Archives

gravatar

2011: Tahun Baru, Template Baru.



Hmm... Menarik sungguh template baru ni. Nama template blog ini, smell like facebook. Originally dari Nazieb, di ubahsuai oleh Abu Farhan.

Tidak, saya bukanlah aktif sangat berfesbuk ni. Jarang jarang... kadang-kadang. Tapi template ini memang mengancam. Selain appearancenya yang ala-ala fesbuk, yang saya percaya lebih easy on the eye, nampak lebih biasa atau familiar, sebenarnya apa yang paling mustahak, template ini membenarkan multi-tab.

Aha! Selama ni saya selalu tertanya tanya mana arah blog bukansepet ni. Maklumlah jiwa kacau. Kekadang mood nak tulis pasal fotografi. Kekadang isu semasa. Kekadang pasal filem atau sukan. Hancur. Carca marba. Itulah sebabnya sesetengah orang ada sampai 2 -3 blog. 1 untuk personal, 1 untuk review gadget ke, filem ke, novel ke, 1 untuk sukan umpamanya... tapi dengan template ni, dengan adanya multi-tab, hidup lebih mudah! Kita boleh kategorikan entri kita berdasarkan tag - ehem ehem.. macam saya!

1- Fotografi
2 - Seni
3 - Kreatif
4 - Personal
5- Isu Semasa

Saya tau, sebelum ini pun kita boleh buat kategorikan gunakan tag, tapi taklah semudah seperti template ni.

Permulaan yang baik untuk 2011. Ini entri pertama saya di 2011. Tahun baru, entri baru, template baru, umur pun baru!

(Tahun ni usia saya masuk siri 4. Tapi jangan bagi tau orang, sebab saya selalu bilang - saya seorang yang konsisten! Jadi umur saya kekal 27. haha! syhhh...)

Tapi of course, tak semua perfect. Ada beberapa gadjet hilang dengan template baru ini seperti blog roll saya, kaunter dan trafik live feed. Tapi tu semua boleh buat... Slowly lah kan.. Cuma need to brush up back my programming language. HTML, XML here I come!

layan bukansepet, layan.