gravatar

Lensa Putih.


Hujung minggu lepas saya berkesempatan menggunakan lens Canon 70-200mm f/2.8L – lens milik syarikat. Asalnya lens ini di beli untuk di padankan dengan kamera SLR Canon lama (masih menggunakan filem). Tetapi selaras dengan perkembangan teknologi, pihak syarikat mengambil keputusan untuk upgrade ke kamera digital iaitu Nikon D60. Sejak itu lens ini tidak lagi di gunakan dan berada dalam keadaan yang agak teruk. Fungus dan calar merata-rata. Tahun lepas, seorang rakan kami yang mempunyai gear yang agak hebat iaitu Canon EOS 5D Mark II telah cuba membaiki lens ini dengan menghantarnya ke Canon Services. Hasilnya, lens itu kini bolehlah di gunapakai namun bukan berada dalam keadaan tip-top.

Bertuahnya, saya dipinjamkan lens tersebut Jumaat lepas dan berpeluang merasa menggunakan L series. Lens putih tu! Pergh….

Hasilnya, pada pandangan saya
• Ianya lens yang pantas.
• Hasil gambarnya sungguhpun bukan berada pada kondisi tip-top tapi cukup mengkagumkan.
• Berat mak datuk! Sebab ini lens lama. Yang baru saya rasa jauh lebih ringan.

Patutlah semua gila nak beli lens putih ni. Rasa rasanya dengan sen yang ada pada saya, entah bila tahunlah agaknya baru saya berpeluang membeli lens ‘L’ series. Dapat pinjam pun jadilah… Awalnya saya bercadang untuk outing, namun saat akhir tak dapat dilaksanakan kerana ada halangan. Keliru apa nak buat dengan lens ni, saya terfikir untuk buat perbandingan antara kamera prosumer dan kamera DSLR dengan lens putih ni. Inilah hasilnya.

DSLR:-CANON EOS 450d, CANON 70-200mm f/2.8L VS PROSUMER:-CANON POWERSHOT SX10is



1. Saya bermula dengan mencari subjek. Apa lagi, bunga laman rumahlah jadi mangsa!
2. Mula mula saya ambil gambar subjek menggunakan kamera DSLR:



Fuhh… pada jarak fokal 200mm, 1/500s @ f/2.8, ISO 400 hasil gambarnya adalah menakjubkan.
Kenapa saya pilih 1/500s ? Saya sengaja set shutter speed laju kerana saya tidak menggunakan tripod. Lens pula berat, saya tak mahu tangan saya bergoyang ketika mengambil gambar. Aperture pula sengaja saya set f/2.8 kerana itulah kekuatan lens ni. Gambar kelihatan agak lembut, tapi saya kira inilah peluang terbaik saya. ISO pula kenapa saya pilih ISO 400 hanya kerana itulah yang di cadangkan oleh kamera memandangkan saya dah set shutter speed dan aperture. ISO lebih rendah akan menjadi under expose.

3. Giliran kamera prosumer pula:



Jarak fokal: 70mm (saya tak tahu kenapa tak 200mm ambil dari posisi yang sama, tak gerak pun – lantaklah!), 1/500s @ f/5.0, ISO 400. Hmm. Ni lah padahnya bila dah lihat gambar yang lebih baik. Gambar ni boleh jadi saya akan kata cantik kalau saya tak lihat hasil DSLR sebelum ini. Bila dah banding antara keduanya, hmmm, ternyata memang banyak kelebihan pada DSLR. Keupayaan aperture f/2.8 nya memang berhantu. Eh! Nanti dulu. Kan Canon powershot SX10is boleh set aperture f/2.8?



Meskipun pada aperture f/2.8, gambar masih tak sebaik L series. (Memanglah!) Dan harus di ingat bagi membolehkan saya dapat set aperture f/2.8, jarak fokal saya harus minimum. Dalam kes ni: 5mm ! ( 28mm for 35mm eq) (ya, dekat gilerlah dengan bunga….)

4. Perbandingan crop 100%



[DSLR - 1st Picture]
[SX10IS - 2nd Picture]








5. Kesimpulannya: DSLR rules!
Jangan salah faham. Membandingkan DSLR dilengkapi lens L series dengan kamera prosumer memang kerja gila! Macam membandingkan Kondo dengan apartment! Tapi bukan itu niat saya. Teruskan membaca.

6. Jadi semua tau – DSLR memang terbaik. Tapi kita harus ingat, di zaman sains dan teknologi ini, banyak gadjet dan tools boleh kita gunapakai bagi memperbaiki hasil gambar yang kita ambil. Jadi mampukah kita ‘ubahsuai’ gambar dari kamera prosumer kita menjadi lebih baik? Hmm… tepuk dada tanya selera. Lightroom, Photoshop, Picasa, Neat Image, Canon DPP adalah antara perisian yang boleh kita gunakan. Anda tak setuju? Stop here.

__ stop here for holy photographer _





















7. Untuk yang lain – kembali kepada apa tujuan asal gambar di ambil? Nak cantik kan? So what kalau kita tweak a bit here and there. Bila gambar dah siap, Orang hanya tau cantik atau tidak. Kan?

8. Jadi, boleh ke? Orang kata a picture’s worth a thousand words – here goes!

Sebelah kiri: Gambar dari kamera DSLR selepas disunting menggunakan Canon DPP software.
Sebelah kanan: Gambar dari Powershot SX10is selepas di sunting menggunakan Adobe Photoshop 7.



Huh. Macam mana? Bolehlah kan…?
Perbandingan sebelum dan selepas:
Sebelah kiri: Gambar dari kamera DSLR.
Sebelah kanan: Gambar dari Powershot SX10is. (Sila Klik Gambar Untuk Lebih Jelas)





Hmmm, dengan sedikit kerja suntingan, kerajinan, mungkin hasil akhirnya, taklah 100% secantik kamera DSLR dan lens putih, tapi boleh tak saya katakan 80% dah ada? Setuju?

Dari segi histogram anda dapat lihat yang DSLR histogramnya sangat bersih. Padu berbanding yang dari kamera prosumer setelah di sunting. Apa maksud histogram ni? Entah! Tapi sefaham sayalah, lagi bersih dan padu histogram sesuatu gambar tu, lebih baik kualitinya lelebih lagi kalau di cetak pada saiz besar. Hmmm… Saya tak pasti dengan anda semua, Saya cetak 4R aja. Paling besar pun 12R. Tak pernah ada masalah.


Kesimpulannya:

Kalau anda ada duit, belilah DSLR.
Kalau anda ada duit lebih, belilah lens yang bagus.
Itu yang terbaik. Saya pun nak juga.

Sebaliknya,

Kalau anda ada kamera prosumer atau PnS (Point & Shoot), jangan rasa rendah diri.
Bukan kamera yang membuat gambar anda cantik, tapi anda.

Dalam contoh di atas, ya kamera dan lens menghasilkan gambar yang cantik tapi ianya tak akan dapat dilakukan tanpa ANDA.

Tapi yalah, itu saya. Orang baru dalam fotografi ni. Baru 2 tahun. Tak layak pun nak buat review. Tapi saya suka berkongsi apa yang saya cuba, saya rasa. Mungkin juga 5 tahun lagi, saya cakap lain pula, mana tau!

Saya mungkin tak akan memiliki lens putih seumur hidup saya, saya hanya ada powershot SX10is dan kamera DSLR lama EOS 450d beserta kit lens kini– tapi saya OK aja… But, kalau ada orang nak bagi saya lens putih, apa salahnya hahaha! Kurang sikit masa saya meng’edit’ gambar. Kan?

Layan bukansepet, layan.