Showing posts with label Kreatif. Show all posts

gravatar

Certot: Sadiq si penulis novel.

Sadiq jalan jalan.
Sadiq jumpa pameran buku.

Sadiq masuk pameran buku.
Sadiq baca baca. Percuma.

Sadiq kata "Hek eleh, camni pun leh jadik novel"
Lagi Sadiq kata "Camni, aku pun boleh buat!"

Sadiq hempas buku.
Tukang jual buku sudah marah.
Sadiq tak nak gaduh.
Sadiq buat muka senyum kambing.
Sadiq belah.

"Tunggulah!" kata Sadiq.

koma.
 
Malam tu, Sadiq bersemangat nak tulis novel.
Sadiq dah siap mandi.
Badan segar baru ada semangat.
Kopi pun dah redi.
Cap kapal api ko! Ko ada?
Macam macam idea ada dalam kepala Sadiq.
Nak tulis pasal cinta seram.
Cinta komedi pun menarik.
Cinta warga emas, pun ok juga.
Nak fiksyen sikit cinta antara galaksi.
Fuh, menarik tu. Percintaan Alien.

Kalau bukan kisah cinta,
Sadiq nak buat cerita pengembaraan.
Kisah manusia mengembara dalam badan manusia sendiri.
Jumpa jantung, hati, limpa.
Macam filem Tron, tapi ini dalam badan manusia!

"Mesti hit ni!" fikir Sadiq.
"Baru dia orang tau siapa Sadiq"
Sadiq ketawa
Bukan sikit.
Tapi berdekah dekah.

Sadiq sudah fikir, siap nanti Sadiq akan hantar ke Fixi.
Sadiq tau, Fixi berfikiran terbuka.
Mesti derang terima aah!

Sadiq sudah bayang berdiri di pameran buku,
"Err.. dik, kalau nak tau nilah penulis novel ni." Sadiq terbayang kata promoter En. Lejen.

Sain sana, Sain sini.
Fuhhh... Awek berpusu pusu minta sain Sadiq.
Tokey buku petang tadi pun terhegeh hegeh minta tolong sain buku
bagi pihak anaknya yang belajar di MRSM Jasin, Melaka.

Sadiq berkira kira.
Kalau satu novel rm20,
Dapat jual 500 naskah pun dah okay.
"Fuh, Kaya aku", fikir Sadiq.

Sadiq puas.
Padan muka korang.
"Ingat aku ni sengkek sangat ke?"
Jerit Sadiq kuat kuat di rumahnya berlantai dan berdindingkan papan,
Di pinggiran kondo belum siap, sebelah rumai kotai pekerja binaan.

koma.

Change your battery or switch to outlet power immediately.
Your computer has a low battery, so you should act immediately to keep from losing your work.

Terpampang mesej di komputer Sadiq.
Di belakang pop up mesej itu, terpapar perisian Microsoft Words.
Belum ada isi.
Kopi dah habis.
Sadiq dah tidur.
Barangkali Sadiq sedang mengarang dalam mimpinya.
Barangkali.
Nak jadi penulis novel kena ada impian.



ZZZzzzzz.......


gravatar

Topeng.



FB:
A: sksjhdmsowls!, sjsj! sksssjsj....!!!! OMG ....swhdjhwj! sososs! whjw?
B: kjsksjsjs. jJSjslsmn sjjsjs. kjsksks! lol!
C: pwkdmk! kjsksk.
A: kjdjdke. ksk ksksmn HANGOUT nsjsjs?
B: jsjsks BUSY kjsksk. JSjsksm KAHWIN ...jsjsj. sjsjsjs?
A: skjsks. Jkamd, kskkem ksksk, MAK sksksk HOSPITAL ksks.
B: ksks.... C, kdkd pejens?
C: pejens.



HANGOUT DAY. (Real Life)

D: Mana A & B?
E: Ntah. Tak join kut.
D: Dalam FB bergegar, kecoh yang amat.
E: Tu FB.... Selalunya yang kecoh dalam FB ni kat luar, tak reti bercakap.Kalau ada pun, busy manjang kehulu hilir dengan iPad. Duk update dia dimana, buat apa, ambik gambar sana, ambik gambar sini.
D: Barangkali... Mana C?
E: Tuu... yang duk kat hujung senyap sunyi ngadap iPad tu. Kita duk sibuk borak sini, dia sengsorang ngadap iPad kat sana. Dah dekat 2 jam tu. Baik tak payah attend hangout! Ada pun serupa tak ada aja.
D: Hmmm...


FB:
C Status: 
Woi! A, B Rugi korang tak join hangout! Meriah. (Snap photo - upload) Best kat sini. Dapat borak borak. D ada, E ada... memang bestlah!

A: Jelesnya...
B: Kim salam ajalah...

Loser.
layan bukansepet, layan.


gravatar

Hari ini, 15 tahun lepas.




Hari ini, 15 tahun lepas.
Masih bukan Hari Rabu. Bukan Khamis juga.
Serius. Aku masih bukan pengingat yang bagus.
Masih - How I wish.

Tapi konpom.
Bukan hari Rabu atau Khamis.
Aku masih ingat tu.
Jumaat barangkali.

(Hari ini seperti coretan aku setahun lepas, masih sama. Cuma sekarang beranjak setahun usianya ke 15 tahun. )

Hari ini, 15 tahun lepas.

Aku terima nikah Nxxxxxx Bte xxxxxxx dengan mas kahwinnya (sungguh aku tak ingat) tunai.

"Sah?" kata suara imam.

"Sah."
"Sah."
"Sah."

Terdengar suara suara menyahut. Oh! Aku bukan pekak rupanya.
Suasana sunyi sepi tadi, hilang ntah ke mana.
berganti pula suasana hingar...

Fuhh! Lega. Aku dah normal kembali.

Barangkali pak mertua depan aku ni pun, tarik nafas lega juga!
Segelabah gelabah aku, gelabah lagi dia.
Kali pertama akad, nama anak dia, dia tak ingat.
Kali kedua, dia pi tambah sekali ganda nilai mas kahwin.
Kali ketiga, perfect!
dan di sambut dengan perfectnya oleh aku!
Chewah!

Hari ini, 15 tahun lepas.
adalah permulaan pengembaraan kami.
dan ianya pengembaraan yang sungguh menarik hatta hingga ke saat tika ini!

Oh ya. kini kami masih ada 4 krew. :) Tak leh buat kerja pun.
Sorang bizi ngan gambar artis koreanya.
Sorang giler main PS2.
Sorang melaram tak abis abis.
... dan sorang lagi sibuk melobi ala ala manja tak mau pergi sekolah tadika bumbung biru tahun depan.
Pening mamanya.

tapi kami gembira.


layan bukansepet, layan.

(meskipun coretan entri ini ala-ala deja vu (copy paste) namun it still reflects the same exact thing. I'm a family man. And I luv my family. Happy anniversary dear.)

gravatar

Senyum


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


(Lirik Lagu Senyum – Malique & Najwa)

Lokasi: Kaunter Pembayaran Carrefour, Subang Jaya.
Waktu: 1.45 p.m.


"Is that your lunch?", tegur seorang lelaki senior. Barangkali berbangsa punjabi moden tanpa turban sebaliknya mengenakan topi hat besbal, yang beratur di depan gua.

Gua tengok, seorang wanita, di sebelahnya barangkali isterinya, sedang leka memunggah barang dari troli ke atas kaunter pembayaran. Banyak juga..

"I'm afraid, it is sir.", balas gua sambil senyum.
"Well, get in front then. I got all the time in the world. You must be rushing to office, am I right?" sambung sang senior.
"How do you know?", balas gua. Masih senyum.
"Well, you're buying your lunch at a mall did you? That's pretty much tell it's all!", kata senior.

Gua renung barang di tangan. 2 roti dari bakeri dan Nescafe tin - original. Sebenarnya gua ronda bahagian IT Carrefour tadi. Ada gajet IT gua nak riki harga. Time makan, gua tengok tempat makan full. Sebab tu gua sambar apa yang ada aja buat alas perut. Pasal makan, gua memang tak cerewet.

"Haha, You're right sir!", kata gua sambil maju ke depan. Gua senyum kat isteri senior. Dia senyum balik.

Masa bayar, gua tengok awek kaunter tu pun senyum. Gua lagi senyum.
Sebelum gua beredar, gua pandang belakang dan ucap terima kasih.
Dan pasangan elders itu senyum lagi.

Betullah kata orang. Kalau kita senyum, dunia tiada penyakit.
Gua sayang Malaysia.

gravatar

Mencari Kebahagiaan


Ramai orang mencari kebahagiaan. Ramai yang sesat dalam mencari kebahagiaan dan menyalahkan takdir.


Gua pikir ini salah. Masa lahir lagi kita dah bahagia. Kanak kanak selalunya hepi, biar anak orang susah atau senang... memang derang nangis sebab tak makan, di himpit kemiskinan, tapi tetap hepi. Takat main teng teng, baling selipar jepun banyak manalah modal sangat kan? Yg penting hepi.

Apahal lak anak yg ada PS3, cube, internet 24/7, Iphone baru, blackberry, strawberry, rasberry, segala berry lah... pun komplen tak bahagia. Naperrrr?

Ada kita dengar org miskin anak 8 still bahagia?
Ada kita dengar org kaya anak cuma sorang pun masih sengsara?

Apsal aa?

Ada org cakap kat gua, kebahagiaan bukan di cari. Kebahagian sebenarnya tercipta. Kebahagiaan bukan destinasi, sebaliknya kebahagiaan itulah jalan kehidupan.

Gua pikir ini betul. Sebab kalau lu takde duit nak gi langkawi, sydney atau mekah sekali pun, lu masih boleh hepi. Luangkan masa, dan kebahagiaan akan tercipta. Sambil gosok baju, sambil makan, sambil pancing ikan puyu - guna joran buluh jepun di parit dengan anak hatta sambil kopek bawang pun - walau mata nangis, gua pikir lu bahagia.

Gua pikir ramai org sesat bila dia pikir, kalau gi bercuti sekeluarga, baru bahagia datang. In a way, betullah sebab dia bikin ruang utk kebahagiaan tercipta. Tapi tak semestinya! Kalau bercuti pun sibuk call sana sini, ape ke heinya yop?

So kalau sen x cukup? how aaa? rilek brader. Kebahagiaan adalah jalan, bukan destinasi. So live up your life! (skali omputeh gua kluar.. fuhhh....)

Betul tak cakap gua? But then again, apa ler yg gua tau. Gua cuma go with the flow!
heh heh. Layan bukansepet, layan.

gravatar

斋月



..我的上帝!我不知道是谁打破了我们的时间机器。

这是8天,我们正在禁食。

运行时间是非常快。

斋月

我不想让你走

人,让时光机器慢..

我爱你斋月

Fahamilah...(klik)

gravatar

Apa ada pada raya?


Apa ada pada raya? (Versi Kanak-Kanak)
... duit raya! baju baru! duit raya! (lagi, dan lagi, dan lagi...) Bebas kehulu ke hilir mak bapak tak 'question'.

Apa ada pada raya? (Versi Remaja Menengah Rendah)
... jumpa balik member lama yg duk asrama! Plan raya sama sama. Rumah situ. Rumah sini. Rumah cikgu. Rumah cikgi. Rumah sapa pun tak kisah, janji gi sama sama. Ketawa sama sama. Tak dapat duit raya banyak pun takper! Kalau ada sikit duit lebih, kita ronda pekan nak? hooray! Naik bas pun takder hal!

Apa ada pada raya? (Versi Remaja Menengah Atas)
... issyy... camna nak gi/nak sambut makwe/pakwe ke rumah ni.. bapak dia tak marah ke? Nak pakai baju apa lak ni... Pastu... nak jak sapa teman eh..?

Apa ada pada raya? (Versi Remaja Habis Sekolah)
... bosan giler! semua member masuk U. Aku tak. Tak suka raya. Tak suka!

Apa ada pada raya? (Versi Budak U)
... bosan giler. Duit pokai. Nak gi mana mana guna duit. Ada motor tak leh tuang minyak pun nak buat apa. Sapa nak bagi duit raya lagi dah besor panjang camni. Nak gi rumah makwe pun, ada sesapa nak sponsor? Dapat pulak kena ekor mak bapak gi mana mana... atuk tulah, pakcik nilah... bosan siot!

Apa ada pada raya? (Versi Budak lepas U)
... Tak nak keluar rumah. Kerja lum dapat. Sesapa tanya kata aku tak balik!

Apa ada pada raya? (Versi baru kerja)

... Meriah! Sapa nak duit raya sini! Ni, aku ada beli mercun banyak ni. Sapa nak berbaris! hahaha!

Apa ada pada raya? (Versi lama kerja)
... Vrooom. Tengok ekzos lah brader... ni enjin gua dah tune.. mlm ni, kita tengoklah sapa raja. - lelaki. Dek, agak agaklah, ni baju beli butik tau? mahal ni. Matching dengan handbag ni. Apa? duit raya? eh, gi mintak kat mak.. Esok? Esok tak leh dek. Esok gua ada dating!


Apa ada pada raya? (Versi baru kahwin)
... rumah I! rumah you tahun depan!

Apa ada pada raya? (Versi lama sikit kahwin)
... boleh tak jangan tanya pasal anak? rimas lah. Belum nak dapat. Sibuk aja tanya!

Apa ada pada raya? (Versi lama banyak kahwin)
... aiseh. Pulus tak cukup ni. Nanti nak buat open house lagi.. Letak 50 sen aja dalam sampul raya tak leh ke? Apa? Budak budak sekarang ni dah pandai - apa kes duit raya pakai duit besi! Jahanam aku. Takper. Pagi pagi buta kita keluar beraya. Pergi rumah org anak-anak kita dapat duit. Kalau org ke rumah kita, duit kita yang larap! aha! bijak bijak!

Apa ada pada raya? (Versi lama giler kahwin)
... tak yah rayalah. Mana pakej pelancongan tadi?

gravatar

Siri Memoria: 2000


Bahang Y2K sudah abis. Kool.

Akhirnya gua balik KL semula. Kompeni berjaya memujuk gua yang merajuk tak dapat bonus gara gara kemeletan ekonomi. Macam budak budak. Tak kool.

Tapi ni bonus wo... Gua perlu sebab nak renew roadtax insuran saga aeroback gua, kurang kurang mau makan ratus ratus. Gua punya kad kredit pulak fully use. Bersusun dalam dompet gua macam helaian daun pakau. Lengkap dari Ace sampai ke King kalau kira kad pengenalan, kad ATM, kad nikah dan segala kad. heh heh.. Sikit lagi gua punya nama tersenarai di ruangan jabatan insolvensi berita harian. Perintah hadir mahkamah bukan baru buat gua...

Tapi gua tekad. Jumpa lorong baik, gua blah.

"Lambat hari ni kak"
, tegur gua kat akak tudung merah belang kuning jual goreng pisang kat taman perumahan gua sewa. Kalau tak kerana wife dan anak2 suka makan goreng pisang ni, konpom gua blah.

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

"Ha,ah. nak keluar rumah tadi sibuk sikit. Tunggu kejap ya, akak panaskan minyak.", jelas akak tu. Gua perati akak ni dari atas motor Honda C70 gua. Kalau comel sure, akak tu perasan gua ushar dia. Tapi tak.. Akak ni memang layak dipanggil akak.

Gua perati terus. Raut wajah dia tak macam orang biasa susah. Kulit dia taklah gelap cam orang biasa niaga tepi jalan.

"Duduk mana kak?", gua pecah keadaan sebelum akak tu pulak yang perasan. Tak sanggup gua nak tambah bini tak masal masal meskipun gua hensem.

"Selayang dik.", jawap akak tu bersahaja sambil tangannya pantas menggoreng pisang dalam kuali.

Selayang? Gila bapak dari Selayang meniaga kat Ampang? Apa, Selayang tu kurang ke taman perumahan?

Gua tak tanya lanjut. Gua tau mesti ini tuntutan rezeki. Gua boleh agak mesti akak ni dulu kerja best. Sesilap akak ni ntah manager ke apa dulu. Ntah layan spa dan facial sini sana. Sebab tu kulit putih mulus sungguh pun dah berusia. Sebab tu, mata akak ni galak cam Liza Abdullah.. sebab tu potongan badan akak ni... err.. errr...automatik gua layan mata gua ke tempat lain sebelum gua pulak terpikat kat akak ni. Cheh.

Time time ni, memang banyak kompeni bungkus. VSS bermaharajalela. Sana sini orang jual goreng pisang, jual nasi lemak.

Bila tengok camtu, insaflah gua kejap.

"Berapa ringgit dik?", tanya akak tu.
"Bagi lima ringgit kak.", spontan gua jawap padahal wife suh beli RM 2 aja. Kesian. Ini hari dia. Esok lusa ntah hari gua pulak. Selisihlah.

Dapat goreng pisang, gua bubuh dalam bakul motor dan blah. Tak dapat bonus pun okay kut, dari tak ada kerja.

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

gravatar

Siri Memoria: 1998


Ipoh ni besar. Masa memula present nak dapat projek kat sini, sikit pun gua tak sangka kompeni akan transfer gua ke sini. Attach kat gomen opis pulak tu. Gua demand. Nak rumah. Nak elaun tambahan. Sekali gua punya pancing, kena daa...

Kompeni sayang gua. Rumah dua tingkat, fully furnished, RM450 sebulan. Gila badak punya murah. Badak pun tak ini macam punya murah.

Gua pergi sementelah wife gua profesionnya full time housewife. Bukan dia tak ada kelulusan, bukan dia tak nak kerja, sajeerr...

BREAK

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Gua tengok jam dinding gua kat kotak. Maklum barang lum habis keluar kotak. Laa.. dah kul 8.30 malam. Jam tangan gua dah jahanam.

"Kita jalan gi bandar nak?", Gua tanya wife gua.
"Tau ke jalan?", balas wife.
"Tau ler sesikit.", konpiden gua jawap.

Greentown mall ke Ipoh Parade? Huwahhh! Canggih.

Gua tiba kul 9 malam. Pergh. Gua mula suka ipoh bila gua tengok parking banyakkkk! Ini memang kool. Gua senyum. Saga Aeroback kaler biru gelap kalau parking memang senang. Sebab dia kontot. Ronda keliling Ipoh Parade. Bolehlah... Tapi heran jugak gua, banyak kedai tak bukak. Apsal ek?

"Jom makan", gua ajak wife.

Naik atas, gua tengok, kedai medan selera tak banyak. Yang banyak, mamat mamat dan minah minah bawah umur. Yang mamat ramai tak hensem (cam gua), yang minah takat ok ok aja. Tempat port rupanya atas ni. Nak tak nak, kita orang tibai aja kat situ. Dah lapar.

Rupa rupanya, kat ipoh, itu jam aaa, memang kul 9 ke 9.30 malam, kedai dah start tutup dah... Tak happening langsung. Apa kes? Kalau kat KL, meriah!

Gua dah start miss KL. Gua rindu Ampang Point. Gua rindu Mee kari burn, Pandan Indah. Tomyam, Taman Kosas. Nasi Lemak Antarabangsa, Kampung Baru. Sup, jalan Doraisami....

BREAK

Belakang, gua ronda satu pekan ipoh. Sunyi aja Ipoh ni. Cam pekan mati pun ada. Gua layan keliling Taman D.R. Seenivasagam pulak. Alih alih traffic jam.

Ini sudah pelik. Apsal dari lengang tetiba jam. Gua suspek mesti ada road block. Gua pandang keliling.

Alamak. Apsal semua 1 kaum aja ni? gendang berdentam dentum. Asap berkepul ntah dari maner. Kaler kaler pulak tu. Bunyi cam serunai, memang kasi bingit gua punya telinga.
Oh my god. gua sudah termasuk dalam konvoi wel wel. Ini hari perayaan thaipusamlah! Macam mana gua boleh tak ingat.

Wife gua rungut. Tapi gua kool. Dah tersangkut tengah tengah. Nak undur tak boleh, nak forward tak lepas. Nak buat camna lagi. Layan ajalah, bukansepet.

Orang putih ada kata, if you cannot beat them, join them. Gua sengih.
Gua turun tingkap, semerbak bau power sudah masuk dalam kereta gua dan gua jerit kuat kuat.

"Wel wel!
Wel Wel!
Wel Wel!"
, penuh semangat.
Bini gua sudah ketawa. Tensen sudah hilang.

Ada ler 2 - 3 anak muda india situ senyum-senyum pandang gua. Sementelah kulit gua pun comel juga. Hitam manis. Sikit lebih kurang, halallah dengan kulit derang. Gua angkat tangan, tabik dan senyum kat derang. Derang angkat topi besbal hitam tulis NY tanda hormat balik kat gua. Pergh. Gua sayang ini negara. Gua sayang kepelbagaian budaya.

Walaupun, gua sampai rumah nak dekat kul 12, sebab mengiringi konvoi thaipusam penuh berwana warni... tapi yalah, Gua suka ipoh!

What a day to start life in Ipoh!
Memang kool.

gravatar

Siri Memoria: 1996


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Melangkah naik ke pejabat di tingkat atas showroom kereta, memang memenatkan. Apa nak buat, kompeni tak cukup fulus nak beli dari tingkat bawah ke atas. Tapi sewa 3 dari 4 tingkat, memang kool. Tak ada lif, itu yang tak kool.

Gua lerek jam tangan PUMA gua beli kat petaling street pada harga RM20. Sudah pukul 9.00 pagi. Gua lewat. Sejak hijrah KL ni, tiap malam gua tidur lewat.

"Hai lewat nampak?", Aya receptionist comel sudah tegur sama gua. Apa barang lu nak tegur gua?

"Terbabas la yaaa..", dengan muka senyum seposen gua reply. Hmm. Munafiq sungguh. Lain di hati, lain di wajah. Orang baba nyonya melaka kata, muka mau manis, hati mau baik berrr... Gua faillah ini macam jadik orang melaka.

"boss, dah masuk?", lagi tanya gua.

"Lum.", kata aya. Fuhhh... selamat.

Gua ayun kaki gua balik, naik ke tangga. Memang celaka ini tangga. Rasa nak bakar pun ada. Lagi celaka gua punya opis, tingkat 2. Kalau nak kat tingkat 1 gua kena pakai skirt. Sebab kat tingkat 1 cuma ada Aya dan sekretari. Takkan gua nak jadi GM pulak kan?


BREAK



(Lagu mission imposibble berkemundang, sila gugel kalau tak pernah dengar).

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.
"Apa tu?", terkejut gua, bila yang tegur tu Encik Karim, gua punya boss no 2 dalam ini kompeni.
"E-mel, boss", jawap gua. Konpiden.
"Apsal bunyi cam tu?", sambung Encik Karim.

Gua senyum meleret. Gua kool. Itu jam aaa.. siapa terer internet memang kool. Gua sudah berjaya download itu mission imposibble punya wav fail. Huwahhh!

Itu jam aaa... saper tau guna ALAMAK chit chat, IRC kampung, ada website Geocities, memang sudah kool. Termasuk gua.

"Saya punya e-mel boss, saya sudah set. Kalau e-mel masuk aja, notification dia saya set lagu Mission Imposible. Tu yang bunyi tu boss!" Pergh. Bangga siot. Rasa kool sangat. Member sebelah sebelah, jeling menyampah. Ada gua kisah?

En. Karim angguk angguk. Mesti dia kagum. Konpomlah. Mestilah. heh heh.

Encik Karim buka mulut dan bersuara,
"E-mel saya pun, saya buat cam tu. Cuma bila e-mel baru masuk, saya set dia bunyi surah Al-Ikhlas."

Kecik besar kecik besar aja gua pandang ini Karim. Dengan sardin aja dia senyum dan berlalu, diikuti sayup sayup macam dengar tak dengar, hilai kekeh ketawa member sebelah menyebelah...

Tiba tiba gua rasa nak pitam.
Haram tak kool.

gravatar

Siri Memoria: 1995


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja. (persis gaya jeneral sinaganaga)

"Melayu ni bukansepet, bukan tau bersyukur", kata Nuar. Presiden NGO gua.
Gua layan, sambil minum sirap buatan bebudak MRSM Terendak malam tu.

"Pantang dapat projek sikit, mudah lupa. Dapat duit advance 30 persen, dia dah enjoy sakan. Beli tu. Beli ni. Untung tak tahu lagi. Memutus duit nak labur beli barang asas projek, menyusut. Mula ler beli barang gred rendah!", bentak Nuar.

Gua kagum. Gua punya presiden ni, semangat melayunya memang tinggi. Bukan baru gua kenal. Dah lebih 5 tahun dah. Kami sama sama terlibat dalam NGO ni pun, sebab nak bantu anak anak melayu. Meskipun melalui persatuan silat. Pasal melayu mudah lupa ler ni.

"Lepas tu, bila projek dah problem, bangunan runtuh, retak, salahkan orang tu, salahkan orang ni. Dia sendiri tak salah!" berkepul asap rokok Nuar keluar. Cantik pulak rupanya dengan background gelap malam dan sinaran lampu court badminton ni...

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja. Mana tak kool, sejuk siot.

"Eh, dah kul 11 malam ni. Ko tak nak kerja ke esok?", tanya Nuar sambil tengok jam.
"Kerja." Kata gua.
"Em, moh ler." Nuar bangun dan tuju ke keter dia.

Gua pun sauk helmet gua dan isyarat kat Cad.
"Balik!" Jerit gua sambil tuju Honda Raider kaler biru gelap belang putih kesayangan CAD. Cad angguk.


BREAK. (persis gaya jeneral sinaganaga)


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Truut, truut.

Primero BX gua sudah bunyi. Saja gua biar dia bunyi lama sikit. Kasi jaki ini 1 kontena pejabat. Gua tengok supervisor gua jeling cam jeles. Kepala kongsi lagilah... Jakun tak ingat.

Gua angkat itu tepon. Berdiri, picit tepon, jalan mundar mandir - barulah kool.

"Hello" dengan kuat dan riak gua jawap. Tak sedar tepon tu kompeni punya.
"Bukansepet, mari opis!" bergegar jantung gua. Sekali boss daaa...

"Baik Boss!". Celaka. Ini hari gua pakai T-shirt Loudness. Nama pun kerja kat site. Gua rimas pakai kemeja sekalipun lengan pendek. Sial betul. Dalam banyak banyak hari, naper ler hari ni dia saman gua ke Melaka Raya. Nasib baik ada corporate Jacket. Gua sarung. Kena butang sampai atas. Cantik! Tak nampak matahari terbit kat baju gua lagi. Kool.

Gua jeling Ida. Kerani site gua merangkap anak abu. Tiap hari balik menenggek motor lain lain jantan. Sesekali Ida pakai seksi gua jeling juga, tapi lelebih tak adalah. Supervisor gua kata boleh ratah minah ni. Tapi gua baik. Gua kool. (Sebenarnya gua takut perempuan beb. Haha.)

"Ida, aku gi opis, ada nak kirim apa apa?" Bentak gua, keras.
"Ambik stationary. Kak Nor tau." Jawap Ida lembut.
"OK." Tak semena mena gua pun jawap lembut juga.
Hancur!


BREAK.



"Ini hari, I nak you follow I. Kita gi Perbadanan." Encik muka memek, boss gua, start dah ceramah dia.

"I nak ajar sikit, ada satu QS ni. Nilah melayu. Bila ada jawatan sikit, dah mula rasa diri tu besar. Tak sedar awak tu makan gaji aja. I ni pengalaman dah bertahun tahun tau? Ingat senang ke nak dapat lesen kelas BX ni? Dia senang senang tenyeh kata I tak ikut spek. Spek ke jadah dia!" Kan dah. Mula dah ni...

Gua angguk. Konpom terpaksa. Tak kool.

"You turun bawah. Cari Mat. Suruh dia bawak keta depan." Arah boss.
Cantek. Merasa gua naik keter baru boss. Baru 2 minggu umurnya. Mercedes tu!


BREAK.


Terkebil kebil mata QS perbadanan tu kena marah. Gua kontrol. Kan dah. Buat hal lagi dengan boss gua. Sapa suruh?

Sesekali terlihat juga QS tu cuba menjawap. Tapi taulah boss gua. Baru mamat tu jawap dua tiga patah, dia jerkah aja. Satu perbadanan leh dengar suara dia. Terus terang gua tak tahu sapa betul sapa salah, sebab tak ada refereee. Muka dua dua dah macam orang nak telan orang. Gua layan aja. Kool.

Dalam keter, boss gua kata padan muka itu QS.

"You kena belajar ni bukansepet. Jangan bagi orang senang senang pijak kepala kita.", ceramah masih berterusan.

Gua angguk. Perghh.. Giler la ini dunia.
Kalaulah dia tau itu QS, gua punya presiden NGO - Nuar, mesti mati gua. Ntah camana, ini malam masa training, gua cam tau aja, apa Nuar nak citer ngan gua.

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

gravatar

Masa aku 15 tahun.

Masa aku 15 tahun.
Mak aku sibuk suruh aku gi kedai. Ada aja barang yang terlupa nak kirim suruh beli.

Masa aku 15 tahun.
Makwe aku leh tahan gak.. semua start kenal masa dalam bas sekolah.

Masa aku 15 tahun.
Abis terrer aku main badminton. 3 set straight pun takder hal.

Masa aku 15 tahun.
Toksah kata bawak keta. Bawak motor pun gayat lagi.

Masa aku 15 tahun.
Aku tak pernah ler pulak nampak parang dalam kereta abah aku.

Masa aku 15 tahun.
Polis kamceng ngan aku. Sebab akak sepupu yg tinggal ngan famili aku tu cun.

Masa aku 15 tahun.
Eh... tak reti ler aku nak merayau kul 2 pagi. Giler. Banyak hantu kum kum masa tu.

Masa aku 15 tahun.
Pistol paling power yang aku buat guna buluh. Peluru dia pakai kertas sokabar rendam. Kena sakit ooo.. Tapi taklah mati. 4 das ke, belas das ke, habis habis bintat aja.

Tapi tu akulah masa 15 tahun. Ada orang tu tak sempat pun rasa umur 16 tahun...

Al Fatihah.

gravatar

Icity (I-city) Shah Alam



Melihat kecantikan palsu minggu lepas di Icity Shah Alam.
Pokoknya palsu.
Pandanya kaku.
Cahayanya elektrik.
Daunnya plastik.
Sangkar burungnya kosong.
Sakuranya bohong.
Hatta,
Seekor tupai pun tiada.
Ulat-ulat buah nak ada camna?

Namun Tuhan sudah back up!
Tuhan bagi senja.

Marbeles!

layan bukansepet, layan.

gravatar

Fokus yang indah.



Terbabas

Hampir hampir sahaja Dr. Fadzilah Kamsah men'terbabaskan' saya untuk lewat ke pejabat pagi ini. Haha.

Kelibatnya di TV3 pagi tadi bersama team MHI Wardina dan Fitri cukup bersahaja tapi begitu berilmiah. Ni baru pakar motivasi!

Fokus yang indah.

Untuk jadi cemerlang dan bahagia, fokus yang indah dalam hidup. Bukan menidakkan semua yang buruk, buruk jadikan sempadan. Jadikan peringatan. Tapi untuk maju ke depan, fikir positif dan fokus pada yang indah-indah, adalah antara kata kunci Dr. pagi ini.

Saya fikir itu benar. Fokuslah pada keletah anak anak kita. Fokuslah pada senyuman isteri kita. Fokuslah pada sarapan yang disedakan pagi hari oleh isteri kita. Sebenarnya kita bahagia. Cuma lazimnya kita terlalu fokus pada benda remeh, menjadikan kita stress dan rasa jiwa kita kacau dan tak bahagia. Atau kita terlalu fokus pada masalah dunia yang di luar lengkungan keupayaan kita. Bagus untuk membantu, tahniah! tapi janganlah pula sampai yang di kejar tak dapat, yang di kendung berciciran. Saya tahu. Bagaimana? Sekurang kurangnya 2 kes berlaku dalam keluarga saya yang menyebabkan saya tahu perkara sebegini.

Angkara nak 'betulkan' dunia.(tapi tak kena cara)

Kes 1: Abang ipar saya bercerai dengan isterinya, hanya kerana isterinya terlalu fokus rumah kebajikan yang di bukanya, khas untuk menjaga remaja remaja yang mengandung anak luar nikah. Tiada apa yang salah tindakan isterinya. Sangat mulia. Isterinya disanjung semua pihak. Termasuk kami ipar duai. Tapi benarlah. Terlalu fokus, anak anak ke sekolah tanpa sarapan. Anak anak lebih senang mengadu masalah pada kawan. Rasa tersisih. Rasa terabai. Abang ipar saya, cuba bertahan. Hingga jejak 10 tahun usia perkahwinannya. Abang pernah kata, makan pun macam anak kucing. Kadang ada makan, kadang tak ada. Baik makan kat restoran aja yang dah tentu ada. Baju pun di gosok sendiri. Basuh? Dobi. Ini yang dapat kami perhatikan pada abang. Tapi akhirnya, bercerai. Sebab tidak dinyatakan, tapi saya percaya tidak dapat tidak faktor keluhan itu antara puncanya. (Selepas itu isterinya ingin rujuk dan mengaku kesilapannya, tapi hati abang saya sudah mati. Kini dah kahwin lain dan bahagia.)

Angkara ibarat melepaskan anjing tersepit.


Kes 2: Kakak ipar saya. Di kurniakan Tuhan lebihlah sedikit rezekinya. Tekadnya bulat, mencari fakir miskin dan dibantu secara bulanan. Tapi akhirnya? Yang di bantu tidak mahu sedar bahkan mula mengambil kesempatan. Tersentak kakak ipar saya cepat sedar dan mula melihat di kalangan keluarga sendiri. Oh, ada anak buah nak sambung belajar tapi tak cukup duit. Ada ipar duai bergaji kecil, anaknya ramai, tidak pernah cerita hal kesusahan mereka hingga makannya pun bercatu. Ada anak buah tersadung skim MLM durjana. Akhirnya hutang menambun, terpaksa gigih sana sini cari rezeki tambahan sebab duit gaji dah habis bayar hutang. Dah betullah salah mereka, tapi anak anak nya? Sampai ke hati kita lihat aja. Walau yang di hulur itu sedikit bukan 'memanja', alangkah syukurnya. Kini kakak ipar saya fokus untuk bantu keluarga dulu, baru jiran sekampung, barulah dunia kalau mampu.

Kesimpulannya.

Sangkut Noh pada isterinya.
Sangkut Yunus pada isterinya.
Sangkut Yusof pada adik beradiknya.
Sangkut Ibrahim pada anaknya Ismail.
Sangkut Musa pada bapanya.
Sangkut Isa tanpa bapanya.
Sangkut Muhammad pada bapa saudaranya.

Fokus yang indah. Fokus orang sekeliling anda. Mereka perlukan anda sebagaimana sama ada anda sedar atau tidak, anda perlukan mereka. Baik yang baik atau buruk. Baik rezeki anda. Buruk ujian anda. Mereka yang terbaik untuk anda. Allah takdirkan.

Allah beri kita apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak.
Jangan banyak komplen.

Fokus yang indah.
Layan bukansepet, layan.

gravatar

Double Simian Crease



Tapak tangan aku yang pelik.


Tarikh: Suatu hari tak lama dulu.
Masa: Tengahari.
Cuaca: Panas terik. Panas tengkuk.
Lokasi: Dekat opis Premba Saujana Subang.
Misi: Makan Tengah Hari.


"Pergh. Panas hari ni. Hujan kut petang ni." Kata aku pada TF, sekonyong konyong sebaik sahaja E parking keretanya di tepi jalan berhampiran medan selera itu.

"Boleh jadilah." Kata TF sambil kami bertiga sama-sama melintas jalan.

"Tadi aku surf internet. Tup-tup ntah camana, terbaca lak pasal garis kat tapak tangan. Dari kecik lagi aku selalu heran naper tapak tangan aku lain dari yang lain. Tak ada garis 81 dan 18 (tulisan arab) macam orang lain." Sambung aku.

"Napa dengan tapak tangan ko?" Sambung TF. E hanya dengar.

"Ko tengoklah!" Kata aku sambil mengunjukkan tangan aku pada TF.

"La.. tangan aku pun sama." Ujar TF selamba yang buat aku terkejut badak. Badak pun kalau terkejut tak macam aku.

Seumur hidup aku, belum pernah aku jumpa orang yang sama garis tangannya dengan aku. Anak sulung aku, dapat pada tangan kanan. Alif anak kecil aku, dapat pada tangan kiri. Anis, anak buah aku, ada pada sebelah tangan juga. Single Simian.

"Ko tau TF, org macam kita ni, double simian, ikut yg aku baca tulah, sangat rare! Ada yg kaitkan dengan penyakit down syndrome. Sebab selalunya orang penyakit down syndrome aja yang ada tapak tangan camni. Tapi sebenarnya org sihat pun boleh ada jugak. Cuma 1-4 peratus aja dari jumlah penduduk dunia yang dapat tanda lahir camni. Kebarangkalian aku jumpa ko ni pun dah kira macam miracle dah ni!" Terang aku bersemangat laksana profesor universiti dengan gaji tak berbayar.

"La.. Ya ke?" reply TF. Stail dia ler.
Kool.

"Tapi aku ada dengar orang macam kita ni tak leh tanam pokok atau lempang orang. Bisa katanya!" Sambung aku.

"Ha, yang tu, aku pun ada dengar" pantas sambung TF.

E terus angguk angguk. Ntah apa yang dia paham, aku pun tak tau.


from astropalmistry.com - In Palmistry the Simian Line represents the merging of head and heart functions just as the lines themselves are merged. The person with this mark has trouble distinguishing thoughts from feelings and vice versa. There is an intensity of focus and capacity for genius in a particular area, usually indicated by other information in the hand. Persons with the Simian Crease on even one hand often feel isolated, seeing themselves as radically different from their peers. They do not recognize their own talents and may consequently suffer from problems with self-esteem.

madman, murderers and geniuses are among the people who have these - highly skilled, creative and confused. The head constantly battles the heart, but we're in good company with Mozart, John Steinbeck and i hate to admit, Tony Blair all have wierdo palm creases.

The last five Japanese Prime Ministers, Tony Blair, Henry Miller, and John Steinbeck can hardly be considered to have less than normal IQs, not to mention at least 15% of the Asian population.



Wo! Korang jangan main main dengan aku dan TF. hehe. Kita orang boleh jadi orang gila, pembunuh ataupun pemimpin genius yang penuh skil dan kreativiti.

Jadi E sangat gila untuk keluar makan dengan aku dan TF. Haha.
(Melainkan aku dan TF jadi Mozart. Ko bolehlah kut tumpang bangga. hek eleh.)

Sejujurnya?
Petikan dari internet:

Dalam aqidah Islam, garis tangan itu tidak ada kaitannya dengan nasib dan masa depan seseorang. Kalau ada orang yang mengaku membacanya, ketahuilah bahwa orang itu sedang melakukan dusta, namun dibantu oleh syetan yang terkutuk.

Membaca garis tangan sebenarnya bagian dari tindakan syirik, yaitu meramal nasib. Dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah ‘arrafah. Perbuatan seperti ini secara aqidah tidak akan pernah dibenarkan, lantaran nasib dan taqdir setiap orang hanya ada di sisi Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahuinya, karena semua itu hal ghaib serta menjadi rahasia Yang Maha Kuasa.

Sebab ramalan masa depan itu adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syirik. Sementara dosa syirik itu kalau sampai terbawa mati tanpa sempat bertaubat sebelumnya, tidak akan diampuni di akhirat.

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (QS. An-Nisa: 48)


Nauzubillah.
Layan bukansepet, layan.

gravatar

... dengan mas kahwinnya 8300 ?

"Aku terima nikahnya xxxx bte xxxx dengan mas kahwinnya lapan ribu tiga ratus tunai."

"psst..."
"err.. jap. jap. 8300?"
"Bukan kat selangor mas kahwin rm300 ke? "
"Ooo.. dia include sekali wang hantaran as part of mas kahwin!"
"kisahnya..."
"eh, kenapa nak buat camtu lak?"
"syyh.. boleh tak jangan sibuk hal org lain. ada ler sebabnya tu. Takkan nak bagitau kita."

Ok.
*** diam. tapi pening pikir. kalau kat kelantan aku tak heran. ***

***

(majlis lain)

"tu baca apa pulak tu?"
"baca amanah suami pada isteri. pas nikah kena baca."
"eh, eh siap pegang kepala lak lagi"
"ubun ubun lah!"
"yalah. yalah. napa lak kena buat camtu? memang selangor kena buat cam tu eh?"
"sabak bernam tak payah. kat sini aja kut. Melaka camna?"
"melaka baca aja. tak yah pegang pegang ubun ubun semua eh."
"tulah. lain padang, lain belalang."

Ok.
*** diam lagi. ***

(masa lain)

"apsal sama 1 negeri, amalan lain lain ha?"
"apsal ko tak tanya, kenapa 1 negara, tapi tak sama setiap negeri?"
"hah. betul. napa?"
"ko boleh tolong aku tak?"
"apa?"
"tolong diam."

Ok.
*** diam. period. ***

gravatar

Dunia ibarat roda.

"Dulu mamat tu bawah aku."
"Sekarang tak pasal pasal aku kena repot kat dia"

Keluh si A.

Itulah dia dunia.

Kadang kadang kita di atas.
Kadang kadang kita di bawah.
Berbuat baiklah semasa kita menuju ke atas,
Kalau kita mahu org baik dengan kita masa kita melurut ke bawah!


bak kata orang melaka
hati mau baik berrrr!

layan bukansepet, layan.

gravatar

Melayu.

Terbaca dari blog Wardina, hati saya tersentuh untuk mengemaskini blog.

Saya pun Melayu.

Sedikit berbeza dengan Wardina yang katanya keliru bangsa dirinya ketika kecil, saya pula sangat jelas dengan bangsa saya.

Mempunyai bapa seorang polis, saya tidak berkesempatan menikmati rumah kampung, sebaliknya rumah berek polis itulah rumah saya. Namun kerana saya membesar di kalangan masyarakat kampung, sikit sebanyak kenangan itu ada.

Memancing puyu, haruan sampai sekali tu terpancing ular air.
Ponteng sekolah agama dan mandi di tali air sawah.
Memanjat pokok dan makan jambu batu isi merah dengan asam kecut.
Curi buah pulasan di kawasan kubur di karangan masjid.
Baling burung terkukur dengan pisau buatan sendiri di kawasan sawit.
Beria ia kayuh basikal lebih 3 km untuk pergi lawan bolasepak dengan team kampung sebelah berpengadilkan wak beca yang kena bayar RM 3 utk 1 perlawanan.

Itu semua kenangan yang tersimpan kemas di ingatan saya.
Mana Melayunya?

Terus terang saya katakan ntah!

Mungkin melayunya ialah kerana saya berkawan dengan melayu. Saya sertai majlis orang melayu seperti adat meminang, kahwin, cukur jambul, marhaban. Macam mana pula dengan kacau dodol, belajar silat, gaya bahasa bercakap (loghat) ...

Atau adakah sebab darah saya Melayu? Darah saya B positive. Bukan darah Melayu. Darah Melayu secara literalnya, tidak ada. Darah Bombay ada.


Bangsa Melayu bangsa beradab.
Bangsa Melayu bangsa cakap berlapik.
Bangsa Melayu pemegang amanah.
Bangsa Melayu bangsa yang percayakan hidup muafakat, bantu membantu.
Bangsa Melayu bangsa yang taat ketua.
Bangsa Melayu bangsa yang hormatkan orang tua.
Bangsa Melayu bangsa mengutamakan maruah.
Bangsa Melayu bangsa yang menuntut jiwa yang sabar dan tenang.
Bangsa Melayu bangsa yang berani kalau haknya di cabar.
Bangsa Melayu bangsa yang merendah diri pula kalau di puji.
Bangsa Melayu bangsa yang sanggup beralah demi kepentingan semua pihak.
Bangsa Melayu bangsa yang menjunjung tinggi nilai agama.
Bangsa Melayu bangsa yang sanggup merunduk untuk belajar.

Itu antara yang saya tau sebagai bangsa Melayu.

Eh eh, bukan semua bangsa macam tu ke? Ada ke bangsa yang mahukan pecah belah?
Jadi faktor faktor tersebut bukan lah Melayu sebenarnya.

Justeru itu, siapa sebenarnya Melayu?

Hanya bangsa. Tidak lebih dari itu.

Yang lainnya saya percaya adalah nilai kemanusiaan sejagat. Hanya cara sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan (adat) menjadikan setiap bangsa itu unik. Cara berpakaian, cara cakap antaranya.

Jadi perjuangkanlah nilai kemanusiaan sejagat. Bukan bangsa.

Anak anak tetap anak anak biar apa pun bangsanya.
Orang miskin tetap orang miskin, biar apa pun bangsanya.
Golongan teraniaya, tetap teraniaya, biar apa pun bangsanya.

Kurang kah Melayu saya bila saya kata macam tu?

Saya suka bangsa Melayu.
Saya pun Melayu.
Itu bangsa saya.
Sudah terang lagi bersuluh.

Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Malaysia ini dulu namanya Tanah Melayu.
Tuk nenek dulu dah berjanji hidup bersama sama antara kaum di Tanah Melayu.
Sejak dulu lagi, bangsa lain dah setuju yang tempat ini Tanah Melayu, dan iktiraf hak hak melayu - termaktub dalam perlembagaan yang di persetujui semua.

Kata Profesor, tak ada istilah kontrak sosial. Itu perlembagaan.

Adil ke, tak adil ke.. dah janji kan? Dahlah...
Kenapa nak bakar api perkauman lagi sekarang? Melayu pun sama. Nak hunus keris bagai.. apa hal?

Kalau yang korup itu pemimpin, salahkan dirinya, bukan bangsanya.
Kalau yang makan rasuah tu pegawai kerajaan, salahkan dirinya, bukan bangsanya.
Kalau yang menindas dan ambil hak orang lain, salahkan orang itu, bukan bangsanya.
Kalau yang tidak boleh terima hakikat perlembagaan? Salahkan orang itu, bukan bangsanya! Ramai lagi yang sebangsa dengannya yang tidak sependapat dengannya! Jangan cepat nak salahkan bangsa!

Saya beli barang runcit di kedai cina, makan roti canai di kedai mamak, gunting rambut di kedai india.. Ok aja. Tak kecoh apa pun?

Tak ada pulak terfikir, cina tu nak bubuh racun tikus dalam makanan ringan saya beli kat kedainya. Atau mamak nak bubuh racun dalam kari dal, atau india nak gunting rambut saya tu, hiris saya dengan pisau cukur...

Kita hidup aman damai. Man man maa!
Sudah sudahlah...

Pergi layan cerita arwah Yasmin Ahmad lagi bagus.

Secebis dari blog wardina:

bangsa berjaya adalah bangsa yang berubah dengan keadaan, bukan menuntut sesuatu hak keistimewaan dan terus mahu bertongkat...tiada bangsa yang akan berjaya jika terus bersikap begitu ... "Ilmulah yang akan menukar nilai pandangan" kata zaid ibrahim..... cari lah ilmu, luaskankan minda dari fikiran sempit selama ini....


Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!
Dari MANUSIA berbangsa Melayu.

Layan bukansepet, layan.

gravatar

Hari ini, 14 tahun lepas.


*gambar aishah (kredit toys dari forum jiwang) - dengan lagunya Cinta Beralih Arah adalah Juara Lagu 1995.
Haram takder kena mengena ngan entri ni, kecuali tahun 1995.
Sejujurnya gua lagi minat ella masa tu.



Hari ini, 14 tahun lepas.
Bukan Hari Rabu.
Serius. Aku bukan pengingat yang bagus.
How I wish.

Tapi konpom.
Bukan hari Rabu.
Aku ingat tu.


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku bangun pagi.
Sesuatu yang di luar kebiasaan aku pada hari cuti.
Tepuk tangan untuk aku.
Selalunya, tiada pagi untuk aku.
Bangun bangun aja dah petang.
Ujud ke pagi masa tu, 14 tahun lepas?
Hmmmh...

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku sangat berdebar debar.
Aku semak semua yang aku perlu bawa.

Dokumen? Check!
Duit? Check!
Baju? Check!
Sijil? Check!

Fuhh. Lega. Semua ada.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku ada rasa ralat.
Kalaulah abah ada.
Abah dah setahun bih meninggal.
Al Fatihah.

Kalaulah abah ada, barangkali aku lebih tenang.
Agaknyalah...

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku tau aku sendiri.
Aku kena kuat.
Aku takder bahu sesiapa aku nak bersandar.
Lebih ramai pula sebaliknya yang bersandar di bahu aku.
Mak, adik adik.
Masa masa camnilah how i wish aku ada abg dan akak.
Org kata buat ganti ayah, penguat semangat.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Matahari makin meninggi.
Aku mula bersiap.
Aku tahu.
Masanya dah sampai.
Allah, mudahkanlah perjalanan hambaMu ini.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Terkebil kebil mata aku melihat orang lalu lalang.
Tempat ni bukan asing bagi aku.
Kampung mak aku.
Malah ramai orang sini yang aku kenal.
Ironinya, lagi ramai aku kenal di sini berbanding kampung aku sendiri.
Pulak?
Aaahhh.. !
tu citer lain.
Len kali leh citer.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku sabar.
bila pikir pikir balik, aku rasa aku memang sendiri hari tu walaupun keliling aku jelas sedara mara aku semata-mata.
Ntahlah.
Suasana agak hingar sebenarnya tapi di telinga aku agak sunyi.
seolah olah macam dalam filem...
macam menyelam dalam air...

Dah pekakkah aku?

Org kata time camnilah, layan rokok sepam dua best.
Layan dunhill ke, rokok bensen ke... lucky strike.
paling koman rokok 3 lima atau kuda putih pun boleh...

Sedut! hembus!
Sedut! hembus!
kan tenang?..

Tapi tulah masalahnya.
Aku tak hisap rokok ler pulak.

Potong stim betul la...!


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku saspen.
Rupanya yang betul betul duduk mengadap depan aku lagi saspen.

Aku gelihati. Tapi tak boleh ketawa.
"Nanti biadap."
"Tapi semua yg lain ketawa, apsal lak aku tak boleh?"
"TAK BOLEH! nanti biadap!"
"Senyum boleh?"
"Ha, boleh."

*Bicara minda aku berdialog sesama sendiri. Gila ker aku?

Aku senyum.


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku terima nikah Nxxxxxx Bte xxxxxxx dengan mas kahwinnya (sungguh aku tak ingat) tunai.

"Sah?" kata suara imam.

"Sah."
"Sah."
"Sah."

Terdengar suara suara menyahut. Oh! Aku bukan pekak rupanya.
Suasana sunyi sepi tadi, hilang ntah ke mana.
berganti pula suasana hingar...

Fuhh! Lega. Aku dah normal kembali.

Barangkali pak mertua depan aku ni pun, tarik nafas lega juga!
Segelabah gelabah aku, gelabah lagi dia.
Kali pertama akad, nama anak dia, dia tak ingat.
Kali kedua, dia pi tambah sekali ganda nilai mas kahwin.
Kali ketiga, perfect!
dan di sambut dengan perfectnya oleh aku!
Chewah!

Apak, apak...
Al Fatihah juga untuk apak.
Apak pun dah meninggal menjadikan akulah satu satunya menantu yang dia sendiri nikahkan.


Hari ini, 14 tahun lepas.
aku baru tau, cara cara memakaikan gelang emas di tangan perempuan.
terkial kial aku siut.

"Takper, duduk dekat sikit pun tak aper. Dah boleh dah!"
Di sambut hilai ketawa para hadirin.

Binawe punya imam.
Sempat lagi dia perli aku.

Cheh!
senang lagi betulkan rantai basikal bila terlepas dari perewel.


Hari ini, 14 tahun lepas.
adalah permulaan pengembaraan kami.
dan ianya pengembaraan yang sungguh menarik hatta hingga ke saat tika ini!

Oh ya. kini kami dah ada 4 krew. :) Tak leh buat kerja pun.
Tukang sibuk lebihnya...
tapi kami gembira.


layan bukansepet, layan.

gravatar

Petua Kebahgiaan Rumahtangga

Saya baru 14 tahun berkahwin. Takdir Tuhan, isteri saya punya ramai anak buah. 30 - 40 orang jugaklah. Yang paling tua dah kahwin. Barisan, anak dara anak teruna, fuhh.. bersusun. Dari yang sekolah menengah, sampailah ke universiti.

Yang sekolah rendah, kecil kecil apatah lagi.

Hingga kini 'cucu' saya dah 5 orang. Janggal juga mula mula rasanya dipanggil 'Tok cik' sedangkan saya belum pun lagi cecah 40-an. Alah bisa, tegal biasa.

Adatnya, lepas berkahwin, anak buah akan datang bertandang ke rumah pak/mak sedara. Gitulah. Anak buah saya yang berkahwin baru baru ini, yang saya buat photo coveragenya tu, akan datang ke rumah saya. Apa saya nak pesan?

Saya bukan pakar motivasi, saya pun 'baru' sangat lagi berkahwin utk nak nasihat org. Tapi just for the sake of sharing, kalaulah ada nak gunakan - alhamdulillah.

Petuanya mudah:

JPA TS - (jabatn perkhidmatn Awamm - Tempat Selamat) - (Sengaja di salah ejakan, bagi mengelak, org yg ingin maklumat JPA)

J - Jujur
P - Percaya
A - Amanah/Adil
T - Tolak ansur
S - Sabar


Rata ratanya pada pengamatan, pembacaan saya, perkahwinan yang gagal kerana tiadanya 5 elemen ni. (6 sebenarnya kalau di hitung huruf A membawa 2 perkataan - tapi, kita mudahkanlah ya?)

Bagi Suami:

J - Suami tak jujur, curang - cerai.

P - Suami tak percayakan isteri, isteri percayakan suami. Cemburu tak tentu pasal. Kongkong, nak pergi mana pun nak ambik tahu. Hatta nak beli sayur kat kedai, budak muda sweet sweet pun, marah kat isteri tu.. "awak ada apa apa ke ngan budak tu?" katanya. Lama-lama, bosan juga asyik kena kongkong. Nak kemana pun tak boleh. Balik rumah mak pun, suami tak bagi. Takut bini cerita buruk dia. Nak berhenti kerja, laki tak bagi. Bekerja, asyik kena spedo aja.. lecehlah suami terlebih cemburu camni. last last? - Cerai.

A - Suami tak amanah. Duit belanja bagi, ikut rate zaman 70-an. Duit bini, kebas sama. Duit ada dia bantai gi bowling tak ingat dunia, gi trip mancing macam takde hari esok dah, habis ribu riban kat aksesori kereta.. Berapa lama isteri leh tahan? Meletup kalu? Ceraiiii...

A - Suami tak adil, lebihkan adik beradik atau mak dari isteri, (walaupun syurga di tapak kaki ibu) anda kena pandai imbang.. tak pandai - cerai.

T - Suami tak reti bertolak ansur. Asyik ikut cakap dia aja. Makan kat luar pun, menu semua ikut selera dia. Sakit ke, pening ke, kena masak utk dia. Termengandung, isteri di salahkan. Konon tak pandai. sekali sekala, layanlah. Banyak kali kalu? Cerai beb.

S- Suami tak sabar. Ha ni parah. Panas baran. Main tangan kaki lengkap. Cerai wa cakap lu!


Isteri pulak.

J - Isteri tak jujur. Kat pejabat layan mamat lain. Alah suka suka. Dapat lepas duit makan dah.. Hujung hujung sudah sangkut. Kena lak suami tak romantik kononnya. Tak reti jaga perasaan. Mamat ni lak pandai belai jiwa. Last last? Sangkut. Kantui? Cerai ler beb! Mangsa? Anak anak ler...

P - Isteri tak percayakan suami, balik kerja check tengkuk baju suami, check handphone, call pejabat, call rakan suami, siasat segala.. bagus gak berhati hati, tapi over do it - cerai.

A - Isteri tak amanah bongkar pi jaja cerita buruk baik dalam rumah tangga. Pada jiran. Pada kawan. Kakak, adik hatta pada mak sendiri punnnn last last , org ketiga campur tangan. Konon konon nak bela isteri. Hal kecil di besar besarkan. Hujungnya? - cerai.

A - Isteri tak adil. Dengan org lain make up bagai nak rak. Dengan suami, buat derk aja. Bila org dtg rumah, buat buat manja, bahagia gitu. Padahal, nak air segelas pun payah nak di buatkan. Raya, asyik nak balik rumah dia. Nak suami layan adik beradik dia dgn baik. Dia sendiri anggap adik beradik suami macam peminta sedekah. Adil apa camtu? Berapa lama laki boleh tahan? Ceraiii.

T - Isteri tak reti tolak ansur, sentiasa demanding, nak perabut baru, nak barang kemas baru, nak kereta baru. Bukan nak kira suami tu ada duit ke tak... lama lama suami pun x tahan - cerai.

S - Isteri tak sabar. Asyik mengamuk aja. Laki belum abis buka kasut sebelah masuk rumah, dah membebel. Lama lama , laki pun malas nak balik rumah cepat cepat. Penat telinga. Hujung hujung, laki layan karaoke ngan kawan kawan, sekali awek pulak dah duduk kat riba. Hancus! Ceraiiiii!

See?

Nak bahagia?

Jujurlah.
Percayalah.
Amanahlah. Adillah.
Tolak ansurlah.
Sabarlah.

Kalau kita dah buat semua ni, tapi pasangan tak?
Tuhan Maha Mengetahui. Takdir, kuasa tuhan, adalah di luar pengetahuan kita.
Barangkali, ada yang lebih baik untuk kita, mana tahu?

Ni lah pesan saya pada yang melayarkan bahtera rumah tangga.
JPA TS.

Selamat belayar.
(Utk saya juga.)

layan bukansepet. layan.