gravatar

Hari ini, 14 tahun lepas.


*gambar aishah (kredit toys dari forum jiwang) - dengan lagunya Cinta Beralih Arah adalah Juara Lagu 1995.
Haram takder kena mengena ngan entri ni, kecuali tahun 1995.
Sejujurnya gua lagi minat ella masa tu.



Hari ini, 14 tahun lepas.
Bukan Hari Rabu.
Serius. Aku bukan pengingat yang bagus.
How I wish.

Tapi konpom.
Bukan hari Rabu.
Aku ingat tu.


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku bangun pagi.
Sesuatu yang di luar kebiasaan aku pada hari cuti.
Tepuk tangan untuk aku.
Selalunya, tiada pagi untuk aku.
Bangun bangun aja dah petang.
Ujud ke pagi masa tu, 14 tahun lepas?
Hmmmh...

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku sangat berdebar debar.
Aku semak semua yang aku perlu bawa.

Dokumen? Check!
Duit? Check!
Baju? Check!
Sijil? Check!

Fuhh. Lega. Semua ada.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku ada rasa ralat.
Kalaulah abah ada.
Abah dah setahun bih meninggal.
Al Fatihah.

Kalaulah abah ada, barangkali aku lebih tenang.
Agaknyalah...

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku tau aku sendiri.
Aku kena kuat.
Aku takder bahu sesiapa aku nak bersandar.
Lebih ramai pula sebaliknya yang bersandar di bahu aku.
Mak, adik adik.
Masa masa camnilah how i wish aku ada abg dan akak.
Org kata buat ganti ayah, penguat semangat.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Matahari makin meninggi.
Aku mula bersiap.
Aku tahu.
Masanya dah sampai.
Allah, mudahkanlah perjalanan hambaMu ini.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Terkebil kebil mata aku melihat orang lalu lalang.
Tempat ni bukan asing bagi aku.
Kampung mak aku.
Malah ramai orang sini yang aku kenal.
Ironinya, lagi ramai aku kenal di sini berbanding kampung aku sendiri.
Pulak?
Aaahhh.. !
tu citer lain.
Len kali leh citer.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku sabar.
bila pikir pikir balik, aku rasa aku memang sendiri hari tu walaupun keliling aku jelas sedara mara aku semata-mata.
Ntahlah.
Suasana agak hingar sebenarnya tapi di telinga aku agak sunyi.
seolah olah macam dalam filem...
macam menyelam dalam air...

Dah pekakkah aku?

Org kata time camnilah, layan rokok sepam dua best.
Layan dunhill ke, rokok bensen ke... lucky strike.
paling koman rokok 3 lima atau kuda putih pun boleh...

Sedut! hembus!
Sedut! hembus!
kan tenang?..

Tapi tulah masalahnya.
Aku tak hisap rokok ler pulak.

Potong stim betul la...!


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku saspen.
Rupanya yang betul betul duduk mengadap depan aku lagi saspen.

Aku gelihati. Tapi tak boleh ketawa.
"Nanti biadap."
"Tapi semua yg lain ketawa, apsal lak aku tak boleh?"
"TAK BOLEH! nanti biadap!"
"Senyum boleh?"
"Ha, boleh."

*Bicara minda aku berdialog sesama sendiri. Gila ker aku?

Aku senyum.


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku terima nikah Nxxxxxx Bte xxxxxxx dengan mas kahwinnya (sungguh aku tak ingat) tunai.

"Sah?" kata suara imam.

"Sah."
"Sah."
"Sah."

Terdengar suara suara menyahut. Oh! Aku bukan pekak rupanya.
Suasana sunyi sepi tadi, hilang ntah ke mana.
berganti pula suasana hingar...

Fuhh! Lega. Aku dah normal kembali.

Barangkali pak mertua depan aku ni pun, tarik nafas lega juga!
Segelabah gelabah aku, gelabah lagi dia.
Kali pertama akad, nama anak dia, dia tak ingat.
Kali kedua, dia pi tambah sekali ganda nilai mas kahwin.
Kali ketiga, perfect!
dan di sambut dengan perfectnya oleh aku!
Chewah!

Apak, apak...
Al Fatihah juga untuk apak.
Apak pun dah meninggal menjadikan akulah satu satunya menantu yang dia sendiri nikahkan.


Hari ini, 14 tahun lepas.
aku baru tau, cara cara memakaikan gelang emas di tangan perempuan.
terkial kial aku siut.

"Takper, duduk dekat sikit pun tak aper. Dah boleh dah!"
Di sambut hilai ketawa para hadirin.

Binawe punya imam.
Sempat lagi dia perli aku.

Cheh!
senang lagi betulkan rantai basikal bila terlepas dari perewel.


Hari ini, 14 tahun lepas.
adalah permulaan pengembaraan kami.
dan ianya pengembaraan yang sungguh menarik hatta hingga ke saat tika ini!

Oh ya. kini kami dah ada 4 krew. :) Tak leh buat kerja pun.
Tukang sibuk lebihnya...
tapi kami gembira.


layan bukansepet, layan.