Archives

gravatar

Khidmat Fotografi Murah ( Jurugambar Perkahwinan Bajet)

Salam.

JANGAN PANGKAH DULU, JANGAN BERGERAK!

Anda di artikel yang betul. Saya tahu anda sampai sini kerana nak mencari khidmat jurufoto perkahwinan yang murah. Betul tak?
 
Nama saya di alam maya ini bukansepet. Saya jurufoto sambilan. Umur saya 4 series. Pekerjaan utama saya bidang korporat. Nak kata sangat berpengalaman, tidaklah. Adalah dalam 15 pasangan macam tu yang saya ambil gambar perkahwinannya. Sikit kan? Sebab saya fokus hanya untuk keluarga. Meringankan beban kewangan pengantin, terutamanya keluarga saya. Dan saya fikir melalui blog ini, saya boleh bantu anda.

Straight to the point.

Berapa bajet?

Saya tahu anda terkejut beruk sebab kosnya mahal. Dedulu masa saya kahwin, kata isteri saya, bayar RM700 sekali dapat mak andam, fotografi, album. Sekarang?

So, berapa nak bajet?

Biar saya bantu anda. Bajet terbaik ialah RM 700.
(Wah! murah tu.)


Oleh itu, pilihan anda tak banyak. Yalah, dah bajet kita rendah, kenalah beralah.

Ini yg anda boleh cuba survey atau negotiate.

Yang Penting paling tidak dapat 1 album. Pilihan yang ada ikut turutan (paling best atas):

a) Story Album (Tak payah crystal) 8'x12' (20pages)  
- Kalau dia tak bagi minta Story Album 8'x8' (20 page - Kecik sikit) )
- 8 x 6 comel sangat... tapi kalau anda ok, rembat ajalah.

Atau

b) Photobook 8 x 12 (40 pages)

Atau

c) 1x Album Mock Up Sticky Album (Eksklusif) beserta 110 keping gambar 4R 
(Kalau dia tak bagi minta Mock Up Sticky Album dengan 80 keping gambar 4R)

+

d) Imej digital - dalam dvd atau thumbdrive

Gambar besar dengan frame tu bila bila anda boleh buat sendiri. Frame tu harga lebih kurang dalam RM 50. Cuci Gambar 12RW dalam RM 45. (Kalau ada kawan photographer boleh lagi murah guna photographer rate)

Saya tau kos untuk buat seperti di atas ini tak banyak mana dan rasanya fairlah utk pengantin minta RM 700 for all this. Cuma jurufoto tu mungkin kena marah sebab bagi harga rendah dan kill market.. Yg tu, anda kenalah pandai pandai cari. Jangan minta lelebih, kesian.. Jurufoto pun nak cari makan juga. (Harga ni tak masuk kos minyak dan penginapan jurufoto ya - jika ada)


Nak Bajet RM 350 pun boleh.
Saya boleh terangkan.

Boleh juga... Tapi jurufoto ambil gambar ajalah. 

a) 2x DVD Imej Beredit Tak payah custom cover.

Minta dia editkan tu aja yg anda boleh bargain. Sebab kalau edit sendiri, kalau anda terer tak apa.

Pastu?

Ok, pastu kalau anda nak buat sendiri album anda, yang paling senang ialah mock up sticky album tu. Pergi ke kedai gambar yg cetak album ni, tanya dia berapa kos. (Biasanya lebih mahal sebab anda bukan jurufoto) Anggaran dalam RM 100-RM200 lah - Album sekali dengan cetak gambar 4Rdalam 80-100 keping. Tapi design cover depan tu anda kena buat sendiri. Minta template photoshop (psd) dari kedai tu, dan anda godeh sendiri. Cover aja kut... Sekeping aja. Bukan nak buat setiap page macam custom/story album.

Yang penting anda ada gambar. Ada bajet kelak, buatlah sendiri kan? Tapi kalau nak senang, ikutlah nasihat saya, bajetkan RM 700 +/- rm 50. Anda OK lah tu.


Tapi kalau bajet anda melebihi RM 700, anda boleh pangkah sekarang. Sebab anda ada duit. Go ahead.
Artikel ini untuk pengantin yang tak berapa nak ada duit.

Majlis Perkahwinan mahal. Khemah lagi, kompang lagi, catering lagi.. tak cerita hantaran, pelamin, mekap, duit minyak rombongan, duit rokok penanggah, mana nak cari duit? (Bank ada. Buat loan. Toksah cover, saya tahu.).

Saya tulis entri ini dengan harapan boleh bantu anda.

Perkahwinan kalau boleh sekali seumur hidup. (Jgn citer kahwin 4 dengan saya)
Jadi kalau anda tidak memilih jurufoto yang betul, takkan nak ulang balik majlis kut?
Anda bayar mahal untuk catering. Anda bayar untuk pelamin. Untuk mekap. Untuk kos perjalanan keluarga.
Tapi bila majlis dah selesai, apa yang tinggal?

Isteri/Suami anda.
Lebih lebih telur rebus/lauk pauk.. k lah, bertahan lah 3 hari kut...
Lebih lebih door gift...

Tapi sebenarnya apa yang tinggal? Jawapannya KENANGAN.
dan untuk abadikan kenangan ini, maka fotolah yang jadi saksi. Jadi rujukan. Jadi imbauan pada hari bahagia anda. Dan anda nak letakkan tanggungjawap itu pada cincailah.. sesapa aja? Uissshhh....
Jadi setuju dengan saya jurufoto ini penting?



LEBIH RM 700 ni.

Apa yang anda mahu sebenarnya?
Saya senaraikan apa yang 'bestnya' kalau dapat:

Majlis Berinai, Pernikahan, Persandingan dan Sesi Outdoor

1x Crystal Album berukuran 12'x15' (20 Pages)
1x Photobook (40 Pages)
1x Album Eksklusif (Mock Up Sticky) beserta 200 keping gambar 4R
2x DVD / Thumbdrive Imej (Unlimited pic) 

1x Gambar berukuran 20'x24' beserta Bingkai Eksklusif
2x Gambar berukuran 10'x15' beserta Bingkai Eksklusif


Fuh! Ni kalau dapat ni, A dah ni! Tak faham? Meh saya terangkan:

a) Crystal Album berukuran 12'x15' (20 Page) 

Ni, ialah custom album. Maksudnya gambar anda di cetak di depan album, ada 20 mukasurat. Setiap mukasurat tu, gambar anda di edit menggunakan komputer, ada gambar besar, ada kecil.. cetak atas tu, dah nampak macam majalahlah! Bukan main lekat lekat atau selit selit gambar... tak men aaaa....  Tapi kertasnya tebal setiap muka surat. Barulah puas tengok kan?  Saiz. Ha ni penting. Anda tengok saiz tu. 12 x 15. Besar mana 12 x 15 tu? Tau pembaris panjang masa sekolah dulu? Ok, album ni SATU mukasurat saiznya lebih sikit satu pembaris panjang, lebar pun satu pembaris panjang! Tapi sekali kita bukak album (atau buku) kan ada 2 mukasurat, haaa... jadi bila anda buka, panjangnya jadi 2++ pembaris panjang, lebarnya 1 pembaris panjang! Fuhh! Besar kan? besar tu! Crystal tu mender pulak? Crystal tu hanya kemasan depan cover album. Ada crsytal, jadi bling bling (berkilat) la sikit cover album anda. Alaa... Tak ada pun sebenarnya tak apa. Ini gimik aja lebih nak halalkan pakej mahal!

b) Photobook.

Alah, album yang helaiannya cam majalah tu! Kertasnya nipislah dari Crystal/Story/Album..


c) Album Eksklusif beserta 200 keping gambar 4R

Pernah pergi Jusco? Pernah beli Album Gambar? Ni sama lah ni! haha!
Dah tu tang mana Eksklusif tu? Ooo, camni. Ekslusif tu sebab dia cetak muka anda kat depan. Kalau beli kat Jusco, muka depan kan pemandangan? Ni, dia ganti ngan muka anda dan pasangan. Edit lagi. Cantiklah jadinya.. So eksklusif la tu...! haha.

d) DVD Imej (Unlimited pic) WIth DVD Custom Cover / Thumbdrive

Emmm... dia burn gambar dia ambil tu, plus dah edit dalam DVD, bagi kat anda. Selalu anda beli DVD, depan ada cover kan? Ha, yg ni, sama juga macam Album Eklusif tu tadi, dia cetaklah muka anda kat cover & DVD tu sendiri.. Fuyooo... best kan? Haha!

Thumbdrive kalau anda tak kenal, anda baru keluar gua ke?

e)  1 Gambar berukuran 20'x24' beserta Bingkai Eksklusif
     2 Gambar berukuran 10'x15' beserta Bingkai Eksklusif

Yang  ni, namanya mengada ngada. Mudahnya ni gambar anda di besarkan aja, letak dalam frame. 20 x 24 tu besar mana? 24 dah sah sah 2 pembaris panjang... Dah boleh agak dah? Hehe...Dapatlah anda 1 gambar besar dan 2 gambar sedehana besar siap frame...

Dan untuk dapat pakej ni berapa kena bayar? Kurang kurang RM 2000 bang! Lebih lagi mau!
Tak caya? Pergilah survey.
Dan ingat, ni hanya untuk satu event saja.Kalau nikah, nikah aja.. kalau sanding, sanding aja.. lebih dari 1 event - bersedialah dengan duit...  Jangan pikir dia cover pihak sebelah.. Kim salam.

Umang aiii... Mahalnya... :)

Jangan macam tu. Ada sebab kenapa mahal. Kos sekarang bukan murah. Jurufoto nak juga jaga pendapatannya. Nak juga maintain kameranya. Tak campur promosi lagi... Penat kerja ni dik. Saya tahu. 
 

Oh ya, ni ada website yg boleh bantu anda buatkan Custom Album untuk anda, with the right price of course.

http://www.wandus.com.my


(Saya nak masukkan gambar contoh, tapi hari ini kepala saya pening, pusing. Lenkalilah)

Layan bukansepet, layan.