Petua Kebahgiaan Rumahtangga
Saya baru 14 tahun berkahwin. Takdir Tuhan, isteri saya punya ramai anak buah. 30 - 40 orang jugaklah. Yang paling tua dah kahwin. Barisan, anak dara anak teruna, fuhh.. bersusun. Dari yang sekolah menengah, sampailah ke universiti.
Yang sekolah rendah, kecil kecil apatah lagi.
Hingga kini 'cucu' saya dah 5 orang. Janggal juga mula mula rasanya dipanggil 'Tok cik' sedangkan saya belum pun lagi cecah 40-an. Alah bisa, tegal biasa.
Adatnya, lepas berkahwin, anak buah akan datang bertandang ke rumah pak/mak sedara. Gitulah. Anak buah saya yang berkahwin baru baru ini, yang saya buat photo coveragenya tu, akan datang ke rumah saya. Apa saya nak pesan?
Saya bukan pakar motivasi, saya pun 'baru' sangat lagi berkahwin utk nak nasihat org. Tapi just for the sake of sharing, kalaulah ada nak gunakan - alhamdulillah.
Petuanya mudah:
JPA TS - (jabatn perkhidmatn Awamm - Tempat Selamat) - (Sengaja di salah ejakan, bagi mengelak, org yg ingin maklumat JPA)
J - Jujur
P - Percaya
A - Amanah/Adil
T - Tolak ansur
S - Sabar
Rata ratanya pada pengamatan, pembacaan saya, perkahwinan yang gagal kerana tiadanya 5 elemen ni. (6 sebenarnya kalau di hitung huruf A membawa 2 perkataan - tapi, kita mudahkanlah ya?)
Bagi Suami:
J - Suami tak jujur, curang - cerai.
P - Suami tak percayakan isteri, isteri percayakan suami. Cemburu tak tentu pasal. Kongkong, nak pergi mana pun nak ambik tahu. Hatta nak beli sayur kat kedai, budak muda sweet sweet pun, marah kat isteri tu.. "awak ada apa apa ke ngan budak tu?" katanya. Lama-lama, bosan juga asyik kena kongkong. Nak kemana pun tak boleh. Balik rumah mak pun, suami tak bagi. Takut bini cerita buruk dia. Nak berhenti kerja, laki tak bagi. Bekerja, asyik kena spedo aja.. lecehlah suami terlebih cemburu camni. last last? - Cerai.
A - Suami tak amanah. Duit belanja bagi, ikut rate zaman 70-an. Duit bini, kebas sama. Duit ada dia bantai gi bowling tak ingat dunia, gi trip mancing macam takde hari esok dah, habis ribu riban kat aksesori kereta.. Berapa lama isteri leh tahan? Meletup kalu? Ceraiiii...
A - Suami tak adil, lebihkan adik beradik atau mak dari isteri, (walaupun syurga di tapak kaki ibu) anda kena pandai imbang.. tak pandai - cerai.
T - Suami tak reti bertolak ansur. Asyik ikut cakap dia aja. Makan kat luar pun, menu semua ikut selera dia. Sakit ke, pening ke, kena masak utk dia. Termengandung, isteri di salahkan. Konon tak pandai. sekali sekala, layanlah. Banyak kali kalu? Cerai beb.
S- Suami tak sabar. Ha ni parah. Panas baran. Main tangan kaki lengkap. Cerai wa cakap lu!
Isteri pulak.
J - Isteri tak jujur. Kat pejabat layan mamat lain. Alah suka suka. Dapat lepas duit makan dah.. Hujung hujung sudah sangkut. Kena lak suami tak romantik kononnya. Tak reti jaga perasaan. Mamat ni lak pandai belai jiwa. Last last? Sangkut. Kantui? Cerai ler beb! Mangsa? Anak anak ler...
P - Isteri tak percayakan suami, balik kerja check tengkuk baju suami, check handphone, call pejabat, call rakan suami, siasat segala.. bagus gak berhati hati, tapi over do it - cerai.
A - Isteri tak amanah bongkar pi jaja cerita buruk baik dalam rumah tangga. Pada jiran. Pada kawan. Kakak, adik hatta pada mak sendiri punnnn last last , org ketiga campur tangan. Konon konon nak bela isteri. Hal kecil di besar besarkan. Hujungnya? - cerai.
A - Isteri tak adil. Dengan org lain make up bagai nak rak. Dengan suami, buat derk aja. Bila org dtg rumah, buat buat manja, bahagia gitu. Padahal, nak air segelas pun payah nak di buatkan. Raya, asyik nak balik rumah dia. Nak suami layan adik beradik dia dgn baik. Dia sendiri anggap adik beradik suami macam peminta sedekah. Adil apa camtu? Berapa lama laki boleh tahan? Ceraiii.
T - Isteri tak reti tolak ansur, sentiasa demanding, nak perabut baru, nak barang kemas baru, nak kereta baru. Bukan nak kira suami tu ada duit ke tak... lama lama suami pun x tahan - cerai.
S - Isteri tak sabar. Asyik mengamuk aja. Laki belum abis buka kasut sebelah masuk rumah, dah membebel. Lama lama , laki pun malas nak balik rumah cepat cepat. Penat telinga. Hujung hujung, laki layan karaoke ngan kawan kawan, sekali awek pulak dah duduk kat riba. Hancus! Ceraiiiii!
See?
Nak bahagia?
Jujurlah.
Percayalah.
Amanahlah. Adillah.
Tolak ansurlah.
Sabarlah.
Kalau kita dah buat semua ni, tapi pasangan tak?
Tuhan Maha Mengetahui. Takdir, kuasa tuhan, adalah di luar pengetahuan kita.
Barangkali, ada yang lebih baik untuk kita, mana tahu?
Ni lah pesan saya pada yang melayarkan bahtera rumah tangga.
JPA TS.
Selamat belayar.
(Utk saya juga.)
layan bukansepet. layan.
Post a Comment