Archives

gravatar

Pelakon pelapis. Sekeras Kerikil Versi Songsang.

Semalam saya dan isteri menonton TV. Apa ke lagi nak buat kalau dah kena demam campak. Perintah berkurung ajalah nampaknya.

Sewaktu Melodi ke udara di TV3, ada segmen Aaron Aziz. Saya kurang ingat biji butir ceritanya, tapi dalam temubual tersebut, ada satu statement beliau yang mencuit fikiran saya. Aaron Aziz menyatakan betapa beliau respek pada Eman Manan dan Rosyam Nor.

Saya setuju. Memang pun, pelakon pelapis kita, pada pandangan saya - ada. Tapi cukup bagus ke?

"Bayangkan eh, kalau drama Sekeras Kerikil tu, kalau di buat version songsang, camna agaknya eh?" Kata saya pada isteri.

"Songsang camna?" kata Mem saya..

"Yalah, kalau dalam sekeras kerikil, cerita 2 anak perempuan, 1 anak lelaki jaga ayah yang sakit - disongsangkan, maka jadilah cerita 2 anak lelaki, 1 anak perempuan jaga ibu yang sakit.."

"So?"

"Dah tu siapa pelakon pelapis yang ada, yang boleh bawak watak watak berat tu? Aaron?" kata saya.

"Mungkin tak cukup kuat kut.. " Balas isteri saya.

Saya setuju. (sekali lagi)

Pada yang tidak ingat, sekeras kerikil membariskan pelakon handalan, Jalil Hamid sebagai bapa yang sakit, Fauziah Nawi sebagai Kak Long, Wan Maimunah sebagai Kak Ngah dan Rosyam Nor sebagai Adik Bongsu.

Lantas kalau versi songsang ini di buat, siapa nak jadi ibu? Abang Long? Abang Ngah? dan Adik perempuan bongsu? Maksud saya di kalangan pelakon pelapis? Mampu ke?

Kalau saya... kalau sayalah,

Watak ibu - mungkin Maimon Talib (ni x lehlah, pelakon pelapis. Tak lojiklah pulak watak ibu org muda...)

Abang Long - mungkin Zamarul
Abang Ngah - mungkin ZulHuzaimi atau Que Haidar
Adik Bongsu - mungkin Norkhiriah

Dan saya rasa mereka yang di atas tu, cukup kuat karisma mereka bagi mendukung watak Sekeras Kerikil versi songsang. Lantas, membuktikan hmm.. saya silap. Sebenarnya Ada juga pelakon pelapis yang berbakat rupanya. Intan terpilih.

Bukan Fasha Sanda, Fazura, Scha Al-Yahya, Fauziah Ghaus, Diana Rafar, Anita Bahrom, Maya Karin, Diana Daniel, Liyana Jasmay, Irma 'Nabil' tak cukup bagus... Begitu juga dengan Farid Kamil, Remy Ishak, Fizo Omar, Fizz Fairuz, Adi Putra, Beego, Erry Putra, Aaron Aziz, Fahrin, Awal Ashaari dan ramai lagi...

Cuma saya yang tak yakin.

Ellie suriati, Rusdi Ramli, Amyza Aznan, Azhar Sulaiman, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Ridzuan Hashim, Aida Aris, Raisuddin Hamzah, Haliza Misbun, Hairie Othman, Vanida Imran, Rashidi, Rita Rudaini, Afdlin, Eizlan Yusoff.. of course lah saya tak anggap pelakon pelapis.. mereka kalau tak otai pun, dah separuh otai dah.. haha. Tak leh kira.

Cuma confuse mana nak letak nama Rozita Che Wan ya? haha..

Sekadar pemikiran hari Ahad...

Layan jelah bukansepet ...

gravatar

Isteri dan 2 lagi anak saya demam campak.

pun alhamdulillah.

Orang kata,
penyakit ni, pembasuh dosa.

Ya ke?


Emm... Nampaknya sayalah orang terakhir dalam rumah tu, yang belum di jangkiti virus demam campak.

"Awak pernah kena demam campak?" tanya doktor Azhar. Lembut aja suara doktornya. Agaknya doktor ni semua, memang cam tu kut, fikir saya. Keras keras tambah sakit lagi orang. Agaknya lah...

"Ntahlah doktor. Saya pun tak tahu. Masa kecil saya di bela oleh nenek hingga usia saya 6 tahun. Sekarang ni, nenek pun dah tak ada. Ikut kata mak saya, masa di tangan dia, tak adalah pulak saya kena demam tu." spontan, saya buka sejarah silam. Terpacul secara tiba tiba ... kut pada sejarahwan, tak apa juga. Ini pada doktor. Hek eleh...

Dr. Azhar klinik famili menyambung ayatnya. "Tak apalah kalau macam tu. Awak pun dah tahu camana rupanya. Ni anak anak semua dah kena, awak patut dah tahu. Kita tengoklah kuat mana anti bodi awak."


Sejak Sabtu lepas.
Sumpah.

Setiap hari saya belek badan saya, kut-kut ada bintik 'luar biasa'.
Tak ada pulak...

Haha.

layan bukansepet, layan.

gravatar

Bila anak Khatam Quran...

Lega. Rasa lepas. Syukur.

... adalah rasa yang tercetus bila anak saya yang sulung, Nurul Huda 13 tahun, khatam Quran pada hari Sabtu lepas.

Tiada lain. Hanya Syukur.

Alhamdulillah.

gravatar

Arahan Pemeriksaan Tahunan (NAP) ditarik balik.

Adalah tidak adil, jika saya tidak masukkan entri ini, sekalipun terlewat (Keluarga saya dalam keadaan tidak sihat. Demam Campak)

Satu saja respon saya.

Alhamdulillah.

gravatar

NAP - (saga continues)

Kesan peraturan baru NAP diteliti: Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia meneliti semula peraturan baru Dasar Automotif Nasional (NAP) jika ia memberi kesan buruk kepada rakyat, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyediakan laporan jika berlaku rasa tidak puas hati mana-mana pihak akibat peraturan baru yang mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun menjalani pemeriksaan tahunan di Puspakom sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

- Bernama (baca lanjut di sini )


Datuk. Encik Encik. Tuan Tuan yang berkuasa.

Saya pun boleh tambah sesikit.

1) Jangan hadkan pemeriksaan pada kenderaan berumur 15 tahun ke atas, saja. Buat pada semua kenderaan kan lagi baik.

Minta maaf ler saya nak kabo lagi. Kereta saya tu, walau berusia lebih 15 tahun, belum lagi terbakar datuk. Gen 2 banyak juga yang terbakar datuk... Begitu juga wira, banyak yang enjin dah 'mati' datuk. Kereta saya asap putih pun tak der datuk. Maklumlah .. dah 'top overhaul'...

2) Bukan ke bila kita beli kereta 2nd hand, kereta tu dah kena lalu pemeriksaan Puspakom? Kalau dah 'fit on the road', apsal lak nak kena periksa lagi datuk? Opp. Saya lupa. Tahunan ya datuk? bukan sekali aja ke?

3) Senang cerita, ginilah datuk. Buat aja pemeriksaan 5 tahun sekali. Semua kereta. Sekali periksa, laku 5 tahun. Lepas 5 Tahun, periksa ler puspakom balik. Semua happy.
Pemilik kereta baru tak perlu gusar. Dah sah sah baru. Beli aja, terus leh pakai utk 5 tahun. Tahun ke 6 baru kena hantar puspakom. Tu pun, kalau kereta tu tak di jual lagi. Kalau di jual, dah tentu ada pembelinya. Kalau ada pembelinya, dah tentu kena periksa Puspakom juga. Habis kes.

Kan hidup lebih mudah kalau tak di beza bezakan rakyat ni datuk? tak gitu?
Ampun datuukk...

Apa kata rujuk di blog En Ahmad Tarmizi?

Layan bukansepet, layan.

gravatar

Yasmin Ahmad, Amyikram Ismail & M. Veera Pandiyan

Apa kaitan saya dengan 3 nama ini ya?

Biar saya beritahu. Anda pun bukan ada banyak masa di sini.

Persamaannya adalah ayat ini:

"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar pada negara. Beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu..."

Kaitannya?






Yang mengungkapkannya (menulis lebih tepat) ialah saya.
Yang di tujukan atau diluah kan pada, ialah Allahyarham Yasmin Ahmad.
Yang meng"quote" dan melaporkannya dalam paper the star tarikh Khamis Julai 30 ialah M. Veera Pandiyan.(sini)
Yang menjadikannya tag line di blognya ialah Amyikram Ismail.

Semuanya saya tak kenal personally. Dalam kes M. Veera Pandiyan (terima kasih kerana quote my comment from Kak Min blog) dan Amyikram Ismail, saya tak sedar pun..

Soalnya kenapa sekarang entri ni?
haha. Sebab saya baru aja ke blog amyikram. Dan terdetik hati:

"Seperti pernah ku lihat (baca?tulis?) statement tagline itu, tapi di mana ya?"
hmmm...

Jangan salah faham. Saya OK. Tapi, benar kan, statement saya tu?
p/s: amyikram, if you're reading this (somehow) "Salammm." :)


layan bukansepet, layan.

gravatar

Masjid Bergegar

Termengah mengah si Mat Asmara berlari ke arah saya.

"bukansepet, Ada cerita gembira ni. ko nak tau cerita?" kata Mat Asmara sambil mengusap peluhnya.

"cerita apa? kut ya pun, amik nafas dulu baru cerita..." jawap saya.

Mat Asmara tarik nafas se pam dua.

"Pak JAIS bergaduh." Mat Asmara mula bercerita dengan wajah yang serius.
"Dengan sapa?" muka saya lagi serius.

"Dengan Imam Asri." kata Mat Asmara.
"Laa... Imam dengan imam pun nak gaduh? pasal apa?" pantas saya me'reply'.

"Ntah. Yang aku dengar Pak JAIS tuduh imam Asri ikut Wahab. Tapi bila si Mat teropong tanya sendiri, pak jais kata tak pulak." jelas Mat Asmara.

Saya terdiam sekejap. Masih terkedu ni. "Wahab? Wahab mana pulak?"

"Mana aku tau! Aku pun tak kenal. Kalau Abdul Wahub Ismet Ulam Raja, kenal ler aku...! haha!" diikuti ketawa berkekeh Mat Asmara.

Saya ketawa juga. Bukan sebab kelakar sangat 'statement' si Mat Asmara tu. Tapi lebih pada kelakar tengok muka Mat Asmara bila ketawa.

Terlerai ketawa, saya sambung. "Dah tu, apa berita gembiranya?"

Wajah Mat Asmara terus berubah. Sikit pening. Macam berkerut pun ada.
"Laa... apa ler lembab ko ni! kalau imam ngan imam dah gaduh, makmum dah berterabur saf, canteek ler sikit aktiviti asmara aku. heh heh. "

Saya akur.

Sambung Mat Asmara "Bukan aku aja, jaki jipang, mail judi, karim skodeng.. semua hepi! line clear beb. Takder sapa kacau!"

Kalau anda pening, saya merujuk ke berita ini:
Penahanan Dr. Asri tiada kaitan anuti fahaman wahabi

layan bukansepet, layan...

gravatar

Hujan? Pakailah spek hitam.

Hari ni hujan. Hujan betul. Bukan Hujan band tu. Hujan band tu, saya pun suka.

Saya nak balik. lebih kurang 7 atau 8 tahun lepas, ada dialog ni.


Boss: "bukansepet, you tau tak kalau hujan camana I drive?"
Saya: "camana?"
Boss: "I pakai spek hitam."
Saya: "Huh? Nampak ke?"
Boss: "Tulah, bila I cerita semua org tak percaya. You buat dulu, baru you faham"

Hari ni hujan. Hujan betul. Bukan Hujan band tu. Hujan band tu, saya pun suka. (sekali lagi...)

Dalam kereta saya memang ada spek hitam. Bila hujan, saya pakailah!
Taklah! Bukan baru hari ni nak cuba. Dah lama dah...!

Tulah,

Kalau hujan, pakailah spek hitam.

Hari ni hujan. Hujan betul. Bukan Hujan band tu. Hujan band tu, saya pun suka. (ya, saya ada masalah suka copy dan paste)

Saya nak balik. Jom?

layan bukansepet, layan.

gravatar

Lawak sebabak

Yang aku hantar:

From: ...
Sent: Monday, November 02, 2009 12:46 PM
To: ...
Subject: Flickr update.
Importance: Low

http://www.flickr.com/photos/mysx10is

Yang dia jawap:

From: ...
Sent: Monday, November 02, 2009 3:43 PM
To: ...
Subject: RE: Flickr update.

Blog Hang mana??!!

Yang aku balas:

From: ...
Sent: Monday, November 02, 2009 4:27 PM
To: ...
Subject: RE: Flickr update.

www.d__-_____.com

atau mirror dia

www.cari.com.my

haha.


Dia pulak balas :

From: ...
Sent: Monday, November 02, 2009 4:49 PM
To: ...
Cc: ...
Subject: RE: Flickr update.

Exxxx dah kuar tanduk nak trace.. Kalu jumpa kita buat link dari dxx xxxxx website. hahha

(Exxxx adalah IT admin utk dxx xxxxx)

kata bukansepet:

hahaha... trace ler brader.. bukan popular sangat pun blog ni.
Tak luak apa pun. Nice try anyway!

F, E, If you're reading this: Salammm!!!

gelihati bukansepet.

Perhatian.

Lawak ini kategori terhad.
Kalau anda ketawa dah tentulah anda bukansepet, F atau E.
Kalau anda tak ketawa, harus sahih anda bukanlah F atau E, jauh sekali bukansepet.


layan bukansepet, layan.

gravatar

Saya balik kampung.


Semalam. Kelmarinlah. Saya balik kampung.

Anda ada kampung? Saya ada.



(Maaf ler.. rumah mak mertua saya di kampung tu, dah ganti rumah batu.)

Kesian mak mertua saya. Panggil saya balik kampung, nak tengok cucu sakit demam campak. Sesambil tu nak ikhtiarkan mana yg patut.
Eh! Eh! Mak mertua saya pulak yang demam.
RM 35.00 - duit klinik...

Mujur saya balik kampung.
Mujur saya ada kampung.

(pak mertua saya telah meninggal dunia.)

Kalau klik sini, nanti dia pergi ke laman flickr saya. Baik jangan klik.

layan bukansepet, layan.

gravatar

Kereta 15 tahun masuk Puspakom

Petikan dari Berita Harian: kereta-15-tahun-masuk-puspakom

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
...
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV).
...
“Buat masa ini, kerajaan membuat keputusan bahawa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajib melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Bagaimanapun butiran terperinci masih belum diputuskan lagi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan dasar baru hasil kajian semula NAP di sini, semalam.

Kajian semula NAP juga antara lain:
.
.
.

- Merangka mekanisme baru untuk melaksanakan larangan pengimportan alat ganti terpakai kenderaan dalam tempoh 18 bulan akan datang.



Ini pula petikan dari Kosmo

Apabila dilaksanakan kelak, ia dijangka membabitkan hampir dua juta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun.

"Kita telah berunding dengan pelbagai pihak dalam industri automotif sebelum menguatkuasakan peraturan ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat semalam.


Kata bukansepet

Aku tak pasti aku harus menyanyi atau bersiul... (aku tak pandai bersiul sebenarnya. Engkau?)

Apa yang di check kat puspakom tu? yang ni ke?

Pemeriksaan Puspakom itu akan meliputi pemeriksaan identiti iaitu nombor casis dan enjin sementara pemeriksaan fizikal akan melibatkan maklumat berkaitan keupayaan enjin, warna, jenis badan, buatan, status, model, tahun dibuat dan kelas kegunaan serta pemeriksaan kerangka dan cermin gelap


Proton saga aku tahun 1990. Hmm.. sah kena masuk puspakom tahun depan. Aku rasa kereta aku tu, lepass.. sebab aku jaga elok. Ada tak ada, mungkin tinted kut gelap sikit, mungkin tak lepas syarat JPJ. Maklumlah, tinted murahhhh.... Yg lain ok.




Bila dengar cerita ni di HotFM, Baca di online paper.. aku syahdu teringat:

Abang ipar aku pakai Toyota LE.. alahai... org noreh getah. Kut kalu ke puspakom, rasanya kereta dia tu cat asal dalam geran konpom bukan kuning mr bean...

Mak aku. Mak aku pun pakai saga 1988. Buat berniaga kedai makan. Lantai kaki pun ada bocor sana sini.. Tayar pun pakai tayar celup. Eh eh kereta mak aku dah cat merah... dalam geran biru..

Pak Andak aku. Sabtu ni, nak gi haji. Pun pakai Mitsubishi Galant. Alaa... buat guna nak ke pekan pepagi ... sambil sambil ke pasar tu, sempatlah layan roti canai ngan teh tarik...

Aiseh.. Aku nampak banyak ler Toyota KE 20 kat dalam kem askar tu..? Tu semua kena gi puspakom gak ke?

Nyonya jual tebu kat pasar tani.. suzuki ERV lama tu.. mak datuk.. karat toksah citer ler.. allignment? hahaha.. ko jgn bagi aku gelaklah...

Paling sedih, Datsun 120Y Tonggek di pakai oleh anak sedara biras aku. Kawan tu anaknya ramai... pergiler pepagi, hantar anak ke sekolah.. sampai 2 trip setiap pagi sebelum pergi kerja naik motor... Datsun tu cat pun dah pakai cat botol kata orang...

Alamak.. ada member sorang tu.. pakai Toyota SEG. Color green goblin ko! laaa... teruk gak dia kalau masuk puspakom check bagai...

tapi yg pasti mereka ni semua kenderaannya ADA ROAD TAX!

Persoalannya: Bukan semua orang yg guna kereta lama tu senang. Peniaga pasar malam, penoreh getah, petani, pekerja kilang.. tak kurang yang guna pada kadar minimum seperti kereta buat gi kerja aja... kereta buat hantar anak gi sekolah.. kereta buat gi pasar... kereta hujung minggu aja .. berkelah kat tasik taiping...

Hantar puspakom, bukan mahal sangat pun.. bukan boleh buat org miskin pun.. abis abis dalam RM40 -RM 60 kut sekali periksa... kalau gagal, pemeriksaan semula tambah ler lagi dalam rm 15 - rm 25. Alaa.. campur campur.. kira takat habis duit ikan sayur dalam setengah bulan punya makan AJA...

Masalahnya: persediaan nak ke sana tu yg telan belanja. Tak pasti lah ya ke tidak.. cat asal.. side mirror ok . lampu belakang.. allignment.. asap enjin.. tayar baru.. lantai kerangka elok.. brek makan ikut piawaian... Aku faham ini semua bagi tujuan keselamatan.. Harap harap, standard tu rendahkanlah sikit... bayaran pemeriksaan pun, 'diskaun-diskaun' kan lah sesikit.. mana mungkin kereta dah 15 tahun sebaik, selancar kereta baru? Tang cat tu aku tak pasti... kalau cat tak sama dlm geran boleh pas.. alhamdulillah. Barulah kena ngan moto 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan. Bravo!

Dan sedihnya, yang sumbang pada kemalangan di jalan jalan besar, lebuhraya tu semua.. sorilah nak kabo... banyak yg kenderaan bawah 15 tahun yang terlibat pun... mana taknya... kenderaan yang 15 tahun ke atas ni.. golongan marhain aja yg ramai pakai... golongan susah.. Jalan pun takat gi pasar, sekolah, kilang.. ada yg tak pernah merasa tayar cecah lebuhraya pun. Dah ler insuran third party mahal.. minyak mahal.. nak buat ni pulak...

Dah tu.. Napa lah nak susahkan mereka lagi? agaknya nak kena tukar kerajaan baru gamaknya dema ni...

(Macam aku lainn... alhamdulillah. Aku maintain kereta ni sebab sentimental value. Kereta ni dah banyak bersama aku masa susah dan senang..)

Aku rasa pasni BPR mesti kena lebih kerja keras lagi .. nak banteras rasuah dalam Puspakom.

p/s: bukansepet kata, dari ajak masuk puspakom, lagi best ajak masuk "PAPADOM'.. kena pop corn ngan coca cola light.. ajak ler abg ipar, mak, pak andak, mat tiarap, anak sedara biras ngan biras biras tu sekali, member brutal SEG goblin & yang seangkatan dengannya.. Kita kayakan Afdlin Shauki. Lagi puas hati. kan?

layan bukansepet, layan...

gravatar

Cuba Cuba

hmmm...

Senyum dulu.

Cuba senyum..
Cuba bawak bertenang ...
Cuba rilek ...

Banyak tul cuba cuba yea?
cuba cuba jadi penyanyi..
sedap ke?

cuba cuba jadi pencipta lagu ...
jadik ke?

cuba cuba jadi fotographer...
eh!eh!

cuba cuba jadi penulis?
hehe!

cuba cuba jadi manusia?
ahaha..!

cuba cuba jadi bapa?
woo!

cuba cuba sana
cuba cuba sini

abis,
bila yang betul betulnya?

cuba jawap?
cuba cuba bawak mengucap.

layan bukansepet layan...

gravatar

Demam Campak.

Hati aku hari ni tertinggal kat rumah. 2 minggu lepas anak aku along kena demam campak. Aku boleh bertahan. Sebab dia dah menengah. Bagi air kelapa. Pastikan pantang makan di ikuti. Asingkan dari adik adik dia.. x sampai 2 minggu dah clear.

Tapi 3 hari kebelakangan ni, anak aku yang bongsu, 4 tahun, lak kena. Allah. Tuhan aja yg tahu sedih hati aku tinggalkan dia pagi ni nak gi kerja. Nasib baik mak dia tak kerja. Tapi sejak sakit demam campak ni... dia asyik ngadu kat aku " Abah... saya sakit..." Sebab tu semalam aku EL. Aku tak sampai hati...



Tapi sampai bila lak nak cuti? Nak tak nak hari ni kerja juga...

Terus terang, hari ni, hati aku tertinggal kat rumah.

p/s: balik ni, mana aku nak rembat daun semambu... kata org kena tumbuk daun tu dgn beras, sapu... kurang sikit gatalnya...

Layan bukansepet, layan.

gravatar

Papadom

Sapa tak tengok lagi? Pergi tengok! Perjuangan kasih bapa pada anaknya.

Nak tengok Que haidar paling kelakar?
Nak tengok sempoi Harun Salim Bachik?
Nak tengok comelnya Liayana Jasmay?
Nak tengok seksinya scha as cheer leader?
Nak tengok Chief Afdlin Shauki bercakap dengan hantu?
Nak tengok hantu ajak org mengucap?


Pergi tengokkk!!!!

hahaha... layan bukansepet. layan.

gravatar

Boboiboy Vs Upin Ipin ?

Ok.

Dengarnya beberapa org kuat Les' Copaque Production Sdn. Bhd telah keluar dan menubuhkan satu syarikat baru Animonsta Studios. Mohd. Nizam Abd. Razak, Mohd. Safwan Ab. Karim dan Muhammad Anas Abdul Aziz menarik diri dan menubuhkan syarikat produksi tersebut.

Kata bukansepet

Hmmm... adat ler tu. Tak puas hati, keluar. Tak puas hati, keluar. Tapi lebih baik keluar dari menanah duduk kat dalam. Ya tak?

Personally saya tak kenal pun sapa sapa baik dari LCPSB ataupun Animonsta. (great name by the way). Yang saya kenal cuma Upin Ipin. ... plus raju, ehsan, kak ros, opah, lim, mail, tuk dalang... etc. (hehehe) Pernah ler sekali dua makan kat restoran geng seksyen 13 tu...

Cuma sayang lah bila dah berpecah cam ni. Saya agaklah...

(Hanya khayalan penulis)

Geng animator kata pengurusan buat duit banyak, nak kaya sorang. Kita orang kerja cam nak mampus.. dia yg kaya.

Geng pengurusan lak kata, tak bolehlah asyik nak dengar cakap ko aja... Bukan senang nak buat marketing, convince org sana, convince org sini.. Gaji nak kena bayar, expenses makin bertambah... Ko tau mintak mintak mintak...


(Hanya khayalan penulis)

Percayalah, kes cam ni selalu berlaku. Sebenarnya tak ada salah dan silap. Saya percaya animonsta bila berjaya nanti, akan jumpa keadaan yng sikit lebih kurang sama. Animator tak puas hati dengan pengurusan. Sekarang mungkin tidak.. sebab sekarang kita 1 geng. Sama muda, sama wave length, sama dalam banyak hal.. Akan datang? Tapi animonsta ada kelebihan. Sebab dia dah terkena, harus dia akan lebih berhati hati, dan tak akan seolah olah menindih dan memeras tenaga pekerja.

(Hanya khayalan penulis)

As for LCPSB, hmmh... selalu nilah masalah org kaya. Bila dah terkedepan sikit, lupa pada asal usul. Akhirnya, bulat cerita, tak de aku, hancur bebudak tu.. derang yg tak kenang budi. Susah senang aku, takde sapa nampak. Allo Boss? Mereka tu aset. Kalau kita tak pandai jaga mereka, org lain akan jaga...

(Hanya khayalan penulis)

Ibarat kita mendidik anak, pengurusan kadang kadang kenalah juga dengar kata org muda. Kata animator. Beralah dulu. Menang kemudian. Memang susah. Tapi bila deal dgn creative person, standard ler masalah cam ni. Mereka ni insan seni. Jiwa mereka halus. Mudah tersentuh. Mudah terasa. Tengok kartunis Ujang dengan Creative Enterprise. (La ni kata dah baik semula...)

(Hanya khayalan penulis)

Apa apa pun, benda dah jadi, tetap jadi. Nak patah balik pun rasa saya.. jauhhhh ler lagi.

Harap Upin Ipin dan boboiboy sama berjaya. Cuma jauh di sudut hati, gerak hati saya berkata, upin ipin tak akan sama cam dulu...

Saya gantungkan harapan saya pada BoBoiBoy. Kalaulah anak anak saya tau & faham ... apa yg berlaku di sebalik pembikinan 2 animasi ni.. tentu mereka pun akan sedih.

Pulangkan balik UPIN IPIN aku!
esok esok esok
Apa esok esok? Nak sekarang!


layan bukansepet. layan.

gravatar

Kenapa anda jadi blogger?

Hahahaha!

Gelihati saya. Best tak soalan ni?
Ada blogger mana mana yg baca ni tak?
Apa jawapan anda? (jawap dalam hati pun cukup...)

Kalau anda popular, macam artis ke, karyawan ke, DJ, selebriti...
Anda cari makan dengan blog mcm budiey...
Anda wartawan 'internet' dan aktif mencari bahan seperti sultan muzaffar ...

ya, anda perlu blog. Sebab orang memang membaca dan menanti-nanti entri anda.

Tapi kalau anda tak popular? Ha! Jawap! Jawap!
( Sebab aku nak popular ler aku tulis blog... bongok! <--- ini jawapan anda? OK. Good luck then. Entri ni tak ada kena mengena untuk anda. Anda boleh berhenti di sini. Thanks!)


Anda ada simptom di bawah ni ni tak?


1. GILARESPONMANIA
Dulu. Dululah. Saya main 'boh' aja. eh eh.. ada responlah. ada org komen.. bestnya...

2. BAIKHATIORGBERBUDIKITABERBAHASAMANIA
Pastu. Eh, org dah ke site kita ni. Kita kena ler pulak ke site derang. Baru adil.
Buh komen.. ceciput pun takper. Janji org tu tau kita dah ke blog dia... walhal.. ntah baca seimbas lalu ntah tidak entri derang tu... bukan ya ya pun... tak kisahlah! bukan derang tau, ya tak?

3. HURUHARAFIKIRENTRIMANIA
Belakang. Tiap hari pikir nak tulis topik apa ya. yg menarik sikit.
Nak taruk gambar apa ya.. pressure ler pulak...

4. BLOGHOPINGKEMPENMANIA
Alamak... follower tak ramai ni... blog hoping ler sesikit.. Make sure komen, walaupun tak rasa nak komen.. sebab bila komen, nanti ada kunjungan balas... baru syok!

5. KASIHITMANIA
Camna eh, supaya entri aku ni hit kat carian google...


Kalau anda ada simptom di atas... Tarik nafas, relax, ketawa dulu bersama saya.
HA HA HA!

Boleh kita ulang sekali lagi?
HA HA HA!

Dah? Lega?

Anda nak keluar? Ikut jalan saya.

1. Ikut Terowong LepaskanAku.
Keluar dari blog anda. Silent kan blog selama boleh. Bulan, tahun pun tak apa. Tahan diri anda dari menghantar entri baru.

2. Keluar terowong, belok kanan. Follow Jalan Jujur.
Jangan tak baca blog kawan kawan. Baca.. Cuma kalau rasa menarik dan nak komen, komen lah sejujurnya. Bukan untuk memancing hit ke blog anda sendiri.

3. Go Straight... Sampai jumpa Simpang Jalan Bebas 1. masuk situ ...
Selepas beberapa lama, anda bolehlah ber entri semula. Tapi ingat. Hanya bila anda rasa nak pos, anda pos... tak perlu ada topik khas... tak perlu ulas isu semasa... segalanya milik anda. Anda nak pos? silakan... tak ada julat waktu seminggu sekali ke, tiap dua hari ke... Tetapkan pada diri anda begitu...

4. 300 meter kedepan ada simpang ke Jalan Syok Sendiri. Masuk jalan tu.
Jangan mengharap orang baca pun blog anda... Anda pos kerana anda nak pos. Orang nak baca.. baguslah. alhamdulillah. Orang tak nak baca.. Anda tak rugi apa apa. Tak ada langsung orang baca? Eh? kan anda sendiri baca? Ok ler tu. Syok sendiri? hahaha... ya lah kan. So? Relaxlah brader... layann...

5. Anda akan jumpa signboard besar "LEBUHRAYA BEBAS". Bayar tol dan masuk lebuhraya tu...
Blog itu hak anda. Namun, jangan melampau hingga anda masuk ISA atau OSA.

6. Teruskan berada di lebuhraya tu, tapi pastikan ikut undang undang jalan raya.
Tahniah! Anda kini bebas. Ikuti langkah langkah ini. Anda akan dapat ketenangan berblog seperti saya.

Mari ketawa bersama saya? HAHAHA.

OK?

layan bukansepet. layan.

gravatar

Motivasi. Mexican Fisherman. Japanese Fisherman. Life's Jar.

Sedikit masa dulu saya pernah poskan artikel yg sama. Pagi ini, mendengar Hot FM dengan topik "Motivasi anda" saya teringat 2 cerita ini. 2 Cerita ini telah 'menyepak' saya dalam kehidupan.. seumpama Neo menelan pil merah dalam filem The Matrix. Cerita ketiga, saya pernah terima melalui e-mel. Pun bagus juga...

Sekiranya anda membaca entri ini, dan bermenafaat untuk anda, saya gembira.
Terima Kasih kerana sudi membaca.

Cerita 1: The Mexican Fisherman
Author Unknown

The American investment banker was at the pier of a
small coastal Mexican village when a small boat with
just one fisherman docked.

Inside the small boat were several large yellow fin tuna.
The American complimented the Mexican on the quality
of his fish and asked how long it took to catch them.

The Mexican replied, "Only a little while."

The American then asked, "Why didn't you stay out longer
and catch more fish?"

The Mexican said, "With this I have more than enough to support my family's needs."

The American then asked, "But what do you do with the rest of your time?"

The Mexican fisherman said, "I sleep late, fish a little, play with my children, take siesta with my wife, Maria, stroll into the village each evening where I sip wine and play guitar with my amigos, I have a full and busy life."

The American scoffed, "I am a Harvard MBA and could help you. You should spend more time fishing; and with the proceeds, buy a bigger boat: With the proceeds from the bigger boat you could buy several boats. Eventually you would have a fleet of fishing boats. Instead of selling your catch to a middleman you would sell directly to the
processor; eventually opening your own cannery. You would control the product, processing and distribution. You would need to leave this small coastal fishing village and move to Mexico City, then Los Angeles and eventually New York where you will run your ever-expanding enterprise."

The Mexican fisherman asked, "But, how long will this all take?"

To which the American replied, "15 to 20 years."

"But what then?" asked the Mexican.

The American laughed and said that's the best part. "When the time is right you would announce an IPO and sell your company stock to the public and become very rich, you would make millions."

"Millions?...Then what?"

The American said, "Then you would retire. Move to a small coastal fishing village where you would sleep late, fish a little, play with your kids, take siesta with your wife, stroll to the village in the evenings where you could sip wine and play your guitar with your amigos."



*********************************************************


Cerita 2: Japanese Fisherman

Author Unknown

The Japanese have always loved fresh fish.

But the waters close to Japan have not held many fish for decades.

So to feed the Japanese population,

Fishing boats got bigger and went farther than ever.

The farther the fishermen went, the longer it took to bring in the fish. If the return trip took more than a few days, the fish were not fresh. The Japanese did not like the taste.

To solve this problem, fishing companies installed freezers on their boats.

They would catch the fish and freeze them at sea. Freezers allowed the boats to go farther and stay longer.

However, the Japanese could taste the difference between fresh and frozen and they did not like frozen fish.

The frozen fish brought a lower price . So fishing companies installed fish tanks. They would catch the fish and stuff them in the tanks, fin to fin.

After a little thrashing around, the fish stopped moving.

They were tired and dull, but alive. Unfortunately, the Japanese could still taste the difference.

Because the fish did not move for days, they lost their fresh-fish taste.

The Japanese preferred the lively taste of fresh fish, not sluggish fish .

So how did Japanese fishing companies solve this problem? How do they get fresh-tasting fish to Japan? If you were consulting the fish industry, what

Would you recommend?

Scroll down for answer :

.
.
.
.
.
.
.
.


Here is How Japanese Fish Stay Fresh:

To keep the fish tasting fresh, the Japanese fishing companies still put the fish in the tanks.

But now they add a small shark to each tank. The shark eats a few fish, but most of the fish arrive in a very lively state. The fish are challenged.

Have you realized that some of us are also living in a pond but most of the time tired & dull,

So we need a Shark in our life to keep us awake and moving?

Basically in our lives Sharks are new challenges to keep us active and lively. Some times blessings come in disguise!


*********************************************************


Cerita 3: The Life's Jar.
Author Unknown

A professor stood before his philosophy class and had some items in from of him.

When the class began, wordlessly, he picked up a very large jar and proceeded to fill it with golf balls.

When done he asked the class if they thought the jar was full.

They agreed it was.

The professor then picked up a box of small pebbles and poured them into the jar.

He shook the jar lightly so that the pebbles rolled around and filled the gaps between the gold balls.

Again he asked the students if they thought the jar was full.

They once again agreed and said it was.

Next the professor picked up a box of sand and poured it into the jar.

Of course the sand filled up the remaining space between pebbles and golf balls.

He asked the class once more if they thought the jar was full to which they unanimously replied "yes"

The Professor then produced two cups of coffee from under the desk and added them to the jar filling any remaining space.

"Now" said the professor, " I want you to recognize that this jar represents your life."

"The golf balls are the important things – Your Family, children, health, religion, friends and passions."

"Things that if everything else were lost and only they remained your life would still be full."

"The Pebbles on the other hand are matters like your house, job and car. "

"The Sand is everything else. All the small stuff."

"If you put the sand in first you will have no room for the Golf balls or pebbles. The same goes with life.''

"If you spend all your time on the small stuff, you won't have room for the important things in life."

"Pay attention to the things that are critical to you happiness."

"Play with your children"

"Take your partner out to dinner"

"Have a medical check up"

"There will always be time to clean the house and fix the car."

"Set your priorities and take care of the golf balls first. The rest is just sand."

One of the Students at this point raised her hand and inquired what the Coffee represented.

The Professor smiled. "I'm Glad you asked. It just goes to show you that no matter how full your life may seem, there is always room to have a cup of coffee with a friend."



Kata bukansepet


Mexican Fisherman:
Hargai orang sekeliling anda. Hidup bukan semata mata untuk kerja.

Japanese Fisherman:
Kenapa aku di duga begini? Kerana dugaan itulah yang akan bawa anda maju ke depan.

Life's Jar:
Keluarga. Anak2. Kesihatan. Agama. Kengkawan. Keghairahan. Yg lain tu... pasirrr....(KAKAKk)


Allah tidak beri kita apa yang kita MINTA.
Allah beri kita apa yang kita PERLU.



Hmmm... Layan bukansepet. Layan.

gravatar

Car Audio

Hek eleh.. bukansepet 'terjebak' pulak ke dunia ICE. In Car Entertainment.

Bukan apa, sejak ada 2 kereta ni, kereta Saga 'champion' bukansepet dah kurang di gunakan sebagai kenderaan keluarga... Jadi sahlah, kereta tu kini hanya untuk saya pergi dan balik ke tempat kerja saja...

Justeru tu, mulalah saya bersihkan semula dalaman kereta, yalah, dah budak budak dah tak naik lagi.. kuranglah sampahnya. Beli pelapik tempat duduk depan baru. (Nak tukar seat RECARO melampau ler tu!) Tukar sesikit, betul sesikit dalaman.. fuhh.. sedap mata memandang...sejuk hati saya dah. Dah hampir 12 tahun dah kereta tu bersama saya. Dari mula kahwin hinggalah sekarang...

Ada juga yang tanya, "Tak nak jual ke?"
Jawap saya, "Mana boleh. Ini champion punya. Tak boleh jual."
Hakikatnya, memang begitu. Kereta tu terlalu sentimental value buat saya.

Dan terbaru, eh, nak bagi sedap sikitlah radio kat dalam tu. Masalahnya saya bukan faham sangat audio ni... puas surfing, kini fahamlah saya apa beza SQ dan SP. Apa itu head unit, amp 4 channel, 2 channel, monoblock. Component set, mid bass speaker, 3 way, 2 way, crossover, woofer, active subwoofer... hahaha!

Dah dekat 12 tahun bawak kereta, baru faham? yeeapadaaa!

Setelah faham sesikit, apa yg saya tukar di kereta saya?
SPEAKER aja!!!!

hahaha... tukar ler speaker belakang stock tu (5 inch) ke 6x9 Kenwood 380W 3 way speaker. Kononnya nak tukar head unit sekali, tapi mahal ler pulak. Saya aim Pioneer DEh-2150 - USB ready. Duit lak tak berapa nak meriah... Nantilah dulu... Buat masa ni, maintain ler apa yg ada dulu. Head unit sedia ada ni pun ok apa... brand apa?

MOHEGAN.

Cap ayam! Jangan marah!!!!

Layan ajalah bukansepet.

gravatar

Sekeras Kerikil vs Nur Kasih

Semalam saya berkesempatan sekali lagi menonton sekeras kerikil lakonan mantap Jalil Hamid, Fauziah Nawi, Wan Maimunah dan Rosyam Nor.

Sekali lagi saya amat kagum dengan bakat mereka. Mereka ini (kalau belum) selayaknya di beri pengiktirafan yang terbaik dalam dunia lakonan. Shukri Hashim telah pergi. Cukuplah menjadi iktibar.

Dan saya faham juga kenapa Nur Kasih begitu hit di internet. (Rujuk blog Kak Long Maizura Sini)

Lakonan pelakon Sekeras Kerikil penuh jiwa.
Lakonan pelakon Nur Kasih pun begitu.

Skrip Sekeras kerikil begitu baik, kelihatan neutral, amat senang dan dekat di hati.
Skrip Nur Kasih pun...

Ekspresi & Emosi pelakon sekeras kerikil begitu telus.
Ekspresi & Emosi pelakon Nur Kasih pada saya sungguh pun tidak sebaik sekeras kerikil secara keseluruhannya, namun pujian harus di beri pada Tiz Zaqyah dan Umi Nazeera yang amat meyakinkan. Jalalludin Hassan - tak perlu di komen. Dia berada dalam kelas tersendiri, sebaris dengan pelakon sekeras kerikil.

Justeru apakah kelebihan Nur Kasih berbanding Sekeras Kerikil? Jawapan peribadi saya yang bukan ahli dalam bidang ini, hanya satu:

"Kabir Bhatia"

Cara pengarahan, cara cerita di sampaikan secara visual, itulah yang menyebabkan Nur Kasih ini sangat berbeza.

Perbandingan memang berat sebelah, Sekeras Kerikil bukan drama bersiri, sebaliknya untuk Nur Kasih.

Tapi hati saya amat senang kerana kini drama melayu "BOLEH DI TONTON".
Alhamdulillah.

gravatar

Anang Hermansyah - separuh jiwaku pergi





Lirik Lagu Anang Hermansyah – Separuh Jiwaku Pergi

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku
*courtesy of FunLirik.com
Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Back to Reff:

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Back to Reff:

Petikan Kosmo! online: (sumber asal)

"Aku bukan pemimpin dia lagi, kerana dia sudah memiliki pemimpin lain. Sekarang aku sudah tidak lagi peduli dengan hal dia. Dia mahu tunggang terbalik, dia mahu meloncat-loncat, silakan saja kerana aku sudah tidak peduli lagi dengan dia," kata Anang sambil mengakui perceraian mereka sudah dipanjangkan ke pejabat agama.

Namun, Anang berkali-kali enggan menyebutkan siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin baru KD. Bagaimanapun, dia mengakui dia mendapat tahu mengenai kehadiran orang ketiga dalam rumah tangganya bukan daripada orang lain tetapi anaknya sendiri.

"Anak-anak yang bercerita kepada aku. Aurelie mengadu tentang kelakuan Krisdayanti yang sudah tidak seperti dulu," ujar Anang perlahan.

"Aku sudah ingatkan berkali-kali, tetapi tetap saja dia bermain api. Kata cerai itu datang daripada dia (Krisdayanti)."

Tidak mahu menceritakan apakah yang diluahkan oleh puteri sulungnya, ujar Anang, Aurelie ada memberitahu satu peristiwa yang berlaku di Bali atau lebih tepat lagi di Hotel Sultan.

Dalam temu bual yang turut ditayangkan rancangan Kasak Kusuk SCTV kelmarin, Aurelie turut bersuara mengenai perpisahan orang tua.

"Mimi (Krisdayanti) sudah bohong sama Pipi (Anang)," ungkap Aurelie.




Kata bukansepet


13 tahun. Serasi yang teramat jelas. Sekali tersadung, bukan mudah nak berdiri kembali. Talak 3 terus. Marah yang amat Anang nampaknya... Anak-anak pun bawah jagaan Anang ...

Benarlah, kita manusia mudah lupa.. Selisih lah..

gravatar

Hmmhh.. raya, risik, tunang, Unit trust

1. Raya: Pertama kali beraya menggunakan kenderaan terpakai toyota unser yg baru beli. Dah murah unser sekarang ni. Saya ambik yg lama aja.. tahun 1998. Tak der loan. Bayar terus guna duit lebihan pinjaman bank rakyat. Akhirnya dapat juga org cam saya ni pakai keta tu ya... pernah dulu cerita ngan wife, kita ni anak dah bertambah.. dpt keta besar sikit canteek. Dpt van vannete pun ok. syukur.. Unser ni, pun walau lama, besar rahmat buat saya sekeluarga.

2. Raya ketiga, menyertai rombongan meminang anak buah saya - ke Parit Bakar Muar. haha. jadi photographer saya. Lama betul saya tak ke muar.. eh eh.. dah ada jambatan barulah! takjubnya... teringat kenangan masa saya sekolah di Muar dulu.. High School Muar.

3. Raya keempat, Ke Muar lagi... merisik ler pulak.. anak buah yang lain pulak.. sambil beraya... Balik singgah tanjung emas.. canggih dah ya? menyusuri semula jalan petri.. lihat sekolah lama... balik saja ikut sungai mati... tengok tempat membesar dulu... semua dah tinggal kenangan.. then straight ke tangkak.. balik KL. Sempat ler beli Duku dan langsat buat buah tangan... tengah musim sekarang ni.

4. CIMB hantar lagi brochure.. pasal unit trust. Haram saya tak faham.. dulu masuk guna EPF sebab nak tolong kawan.. la ni.. kawan tu pun dah kemana.. sapa agen saya, saya pun tak tahu... ntah untung ke, rugi ke.. tak reti saya.

Pening aaa.

gravatar

SLR VS Bridge Camera

Pejam celik, pejam celik, dah dekat 2 bulan dah kamera Canon Powershot SX10 IS berada di genggaman saya. Dari termangu mangu memahamkan manual, kini, bolehlah sesikit. Tak ler pandai..

Cuma setelah sebulan lebih di tangan, tidak dapat tidak saya mula nampak kenapa kamera SLR tu teknologinya lebih baik berbanding bridge camera saya. Insyaallah. Ada rezeki, dah pandai sikit nanti, saya pun ingin memiliki kamera SLR.

Tetapi ada satu pengalaman yang membuatkan saya terkedu seketika. Tak lama dulu ada ler seekor mengkarung, singgah di pohon melur isteri saya. Sepantas kilat saya mencapai kamera dan mula mengambil gambar. Mengkarung. Tau tau ajalah. Punyalah laju. Sekejapan dah hilang. Justeru saya pun membelek hasil gambar saya tangkap tadi.

Eh, bolehlah ni...

Tapi kalau dapat di terangkan sikit, di kontra kan sikit, lagi cantik ni.
Main sikit hue saturation .. Aiseh... ISO tinggi ni. Kena hilangkan sikit noise ni.. despeckle ke, apa ke...
.

Sebelum saya terjun ke minat fotografi ini, saya merupakan pengkagum pada gambar gambar yang cantik, berseni.. Dan dengan kemahiran saya,yang ada sesikit menggunakan photoshop dari era version 4.0 hinggalah ke CS 4 ni... saya memang suka edit touch up gambar. Namun bila dah masuk bidang fotografi ini, saya keberatan nak edit. Takut org kata tak original. Takut org kata dah di manupilasi.

Ni lah hasil asal mengkarung saya.



Nampak cam kurang kan? Membuak buak rasanya nak edit, tapi nanti apa pulak rakan rakan kata nanti.

And then it hit me! peduli apa orang nak kata apa. Janji saya dapat puaskan hati saya sendiri. Ikut kata hati. Jangan terbendung oleh rules dan regulations yang cuma org tertentu aja faham kenapa... terus terang saya kata, saya kini tak kisah... saya shoot apa yang saya suka, angle yg saya suka.. edit yg saya tak berkenan. Org tak terima? fine with me. Saya pun tak minta pengiktirafan.

Maka mengkarung pun, jadilah begini...



Hmmh... puas hati saya. Yang penting saya tahu, gambar tu saya yang capture..

Majalah digital keluaran september 09(terbaru) - eh eh ada ler satu camera man tu kata, yang maksudnya sikit lebih kurang (not exact quote) I wish people tell me last 14 years ago to realize that it's fine to edit / touch up picture.

14 tahun? Haha! Saya cuma ambil masa tak sampai 2 bulan! Dan menariknya, kamera saya bukan SLR punnnn... So what? Yang penting, subjek, hasil puas hati.
(Of course dengan SLR teknologi lebih baik) Tapi kalau ada SLR pun.. gambar hampeh...
Tak payahlah...

Pedulikan apa org nak kata. Just shoot, edit and enjoy!
Eh.. ada masa lawat flickr saya?
http://www.flickr.com/photos/mysx10is

Tak suka? ada aku kisah?? hahaha.
Gurau jeerr...

Lantak ler bukansepet!

gravatar

Cerita Makan Di Bulan Ramadhan

Cerita 1:

Perasan tak kat bazar Ramadhan - hatta yang tak ramai peniaga, mesti ada jual makanan yang sama.. Balik balik, murtabak, roti john, air. Murtabak, roti john, air. Kalau nasi campur tu, kira halal lah kan.. sebab lauknya pun x sama .. Tapi yg murtabak, roti john, air.. ni apa cerita?

Cerita 2:

Apa salahnya kreatif sikit? Kat tempat saya ada 'murtabak roti jala', walawey.. kreatif tu! Kan bagus kalau semua cari kelainan macam ni. Murtabak daging rusa ke, murtabak cheese ke, murtabak sardin bercili api ke... (ada ke menu ni? haha)

Tak pun, susah susah jual cokodok pun ok apa? Cokodok pisang, cokodok kosong cecah sambal ikan bilis, cokodok jagung, cokodok kelapa, cokodok sardin bercili api ...(lagii..)

Apa kata ubi rebus ngan sambal belacan, ubi rebus dgn kelapa campur gula, ubi rebus dgn ikan masin layan dgn air kopi.

Tak nak ubi? Pisang ok? Pisang rebus pun layan juga... Asyik goreng aja.. tukar ler pulak. Sedap tau pisang rebus. Tak ok ke? Ker... tak laku?

Cerita 3.

En. Yatim. Jiran pada kakak ipar aku. Menumpang buat rumah di tanah biras aku tu. Tangan gatal, merajinkan diri tanam tebu. Elok elok bulan puasa ni, tebu sedang elok di tebang. Ntah dari mana tau, peraih pun sampai. Kenen nak beli. Sebatang offer RM0.70. Murah tu! Katanya kat bangsar ada yg jual rm1.50 sebatang pun ada. Tapi dia beli murah sebab dapat ler jual murah.. (ntah ya..)
Tapi senang senang En. Yatim dapat jual dekat 500 batang jugaklah! Alhamdulillah.

Saya? Dapat ler berbuka minum air tebu percuma semalam. Haha! Manis..

Ramadhan. Memang Manis.

gravatar

Ramadhan Datang Lagi.

Insyaallah, Esok mulalah kita berpuasa.
Malam ni dah mula terawih.

Allah hu Akhbar!

Ya Allah,
Terlalu banyak dosaku.
Terlalu banyak aku melupakan Mu.

Terlalu banyak pula yang KAU beri padaku.
Terlalu malu untuk ku memohon maaf dari Mu.

Ya Rasulullah,
Apakah mampu ku mengikut jejak larianmu?
Apakah mungkin kau menerimaku sebagai umatmu?

Wahai Alam,
Saksi segala kejadian.
Khabarkan pada ku, berubahkah aku Ramadhan ini?

gravatar

Hobi Baru.

Hobi: Fotografi.
Kamera: Canon Powershot SX10 IS

Hasil :
Flickr Page Saya
Sampel:



Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.

gravatar

Ustaz Asri Rabbani Meninggal?



KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham Asri dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

sumber: BH

Hilang lagi sebutir bintang... Allah Maha Penyayang. Al-Fatihah.


Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

gravatar

Kosmo Minta Maaf.



Hmmh...
Hati masih marah. Macam mana?

gravatar

Funny thing.

Hahahaha... Sebelum org lain gelak, baik saya gelakkan dulu diri saya.
Lagi sekali.
Hahahaha...

Kenapa? Setiap kali ke blog saya, as if dah routine, saya akan klik ke link blog Yasmin Ahmad ...

klik. klik. klik.

as if she will update it..

(senyap... )

hmmm ...

Somehow or rather "The truman show" film directed by Peter Weir. With Jim Carrey, Laura Linney, Noah Emmerich.. came in picture.. The last scene, parts when the TV shows end and everybody's like start switching on to other channel looking for something ...

Exactly how I felt.

Sepatutnya saya dah OK dah. Consider dah abis sedih ler patutnya ni.. Tapi link di kanan tu buat saya ketawakan diri saya hari ini...

Patut ke saya buang link tu?
NO.Definitely. I promise myself that it will always be there.. regardless the blog alive or not.

Mari ketawa. Hahahaha!

gravatar

Al Fatihah Buat Yasmin Ahmad



Perginya satu dalam sejuta.
Al-Fatihah.

Sewaktu mendengar TV3 night line, saya seolah tak percaya bahawa pengarah kesayangan ini telah meninggalkan kita. Saya dan isteri mula berbalah, betul ke tidak apa yang saya dengar.. and true enough... she's gone.

Entri saya sebelum ini menyatakan betapa sesalnya saya kerana memberi komen di blog kak min sebegitu rupa. Namun, apa yang saya takuti itu telah terjadi. Yasmin Ahmad dah pergi.

Terus terang saya katakan saya langsung tak terasa apa apa bila Michael Jackson pergi. Tapi tidak untuk Yasmin Ahmad. Kehilangannya memang sangat sangat saya terasa. Bersarapan pagi bersama isteri, saya agak senyap. Saya masih terasa hilangnya dia. Apa yang terlintas di fikiran saya ialah:

"Finally she's flew. Cukup-cukuplah apa yang orang kata pada dia. Tuhan lebih tahu. Tuhan lebih sayangkan dia... "

Dan bayangan layang-layang terbang, lepas dari genggaman di sawah padi, menjelma di minda saya...

Walhal siapalah saya. Cuma peminat filem filemnya saja. Malah, nama blog ini - BUKANSEPET .. juga menggambarkan betapa minatnya saya pada filem arahan beliau, sekalipun blog afdlin shauki yang "trigger" saya untuk sertai blog.

Saya akui, saya bukan hipokrit. Ada juga intipati karya Yasmin yang saya rasa agak tak selesa ... Tapi itulah Yasmin Ahmad. Satu dalam sejuta.

Dan melihat akhbar mencetak segala cerita Yasmin, kisah silam, saya fikir adalah amat tidak adil. Salah ke kita kenang Yasmin, sebagaimana yang saya rasa beliau mahu di kenang?

Kita tidak tahu berapa lama perang di jiwa beliau dalam menentukan jiwa sebenar dirinya lelaki atau perempuan.

Kita juga tidak tahu berapa lama dia nak buat keputusan untuk masuk kembali ke bidang seni ini. Orang boleh terima ke, tak ke.. pasti tak dapat tidak bergolak di jiwanya?

Dan kini.. lepas dia pergi, kita sungkit, kita bongkar semuanya.. Susah sangat ke nak kenang Yasmin Ahmad sebagai "KAK MIN?"

Benar sungguhlah, masyarakat kita ni, masyarakat yang tak tahu menilai...

Perginya satu dalam sejuta.
Al-Fatihah.

gravatar

Yasmin Ahmad, Get well soon.




Source: Read more here...

Kata bukansepet

This is what I wrote last week to Kak Min in her blog. And she replies...





Now I regret saying all those thing. Just don't make it a reality.

Yasmin Ahmad, Get well soon.
Amin.

-Latest Update-

Read from budiey , she's fine now.
Syukur Alhamdulillah.



bukansepet - suspen giler..

gravatar

360 malam tadi.

Kenapa Cetak Rompak Masih menjadi pilihan?

Aku respek Rosyam Nor pasal dia kata dia pun beli vcd cetak rompak.. Pasal murah kannn?

Tapi soalan aku, tau tak kenapa orang beli vcd/dvd cetak rompak? Sebab niiii.

Nak ke pawagam tak dapat.. emmm... tunggu ajalah vcd keluar. Tapi eloklah tu vcd filem tempatan hanya keluar after filem dah habis main panggung.. kesian gak yg cari makan dalam industri filem ni. Ok lah tu. (isyyy.. cam Saida AF ler pulak..)

Pada aku, kita janganlah hipokrit sangat bab ni.. Ya lah, tengok sekali dua, pastu buang.. apa kes nak beli original?

Bukan hanya vcd/dvd, pirate software, banyak.. Kalau mazidul ada pc di rumah, agak agak berapa banyak agaknya software yg ori? Winzip tu pun ada limited time tau? Lepas dari tarikh tu, maksudnya anda guna secara tak sah, walau pun perisian tu masih berfungsi. OS tu ori ke? What about ring tone dalam phone? Phone tu sendiri.. Original ke, AP? Org kampung kata "under water"... Tapi saya percaya Mazidul bagus orangnya.

Tapi yang lain ni? Saya? haha... agak-agak?

Isteri kita, ada tak pakai T-Shirt jenama/ tulis besar besar GUESS, DKNY, Calvein Klein, Hard Rock, tapi beli kat pasar malam? Siap dengar lagu dari i-phone lagi... yang mana MP3 nya lagu tempatan download dari internet.. eh eh... siap ada iklan hotFM lak dalam tu... sah sah tak legal. Ada? Anak kita, ada tak pakai baju upin ipin tapi bukan keluaran LesCopaque ? Ada? tak cerita lagi gambar Dora, Diego, Power Rangers... yang mana saya percaya tak dapat tidak, ada tuan punya hak milik inteleknya tuu... Pastu main ler pulak kereta control... guna bateri energizer jual tepi pasar harga RM 5 dua butir... Ntah ori ntah tidak bateri tu... tapi peduli apa. Jalan juga kereta remote control anak kita, kan?

Anak dara kita pulak duk belek belek VCD drama Korea kat pasar malam sebab tak mampu nak beli yang ori yang harganya tak tercapai dek akalnya... betul tak?

Adik adik kita, ada tak pakai jam jenama PUMA, beli kat jalan petaling..? Atau lock disk brake motor RXZ, guna lock SOLEX yg harga tak masuk akal.. (mcm tak ori aja...), siap helmet pun boleh tampal sticker, AAM, TV3.. ntah sapa yg cetak agaknya.. Atau maid kita, pakai seluar jeans jenama LEVIS, beli kat rantau panjang kelantan...

Dah tu? Betul kata Rosyam, dah ada di pasaran, murah, kita beli lah.. Toksah lah duk canang kalau tak ada pembelian, tak adalah penawaran.. Sangat hipokrit statement tu.
Start with "KALAU TAK ADA TAWARAN, TAK ADALAH PEMBELIAN".

Kami ni, hanya rakyat marhain.. bukanlah orang senang.
Dah di jual, kami belilah.
Tak di jual, tak dapatlah beli...

Habis cerita. Tak gitu?

gravatar

HTC P3300



Hmmh... Minggu lepas, PDA saya HTC P3300 crash. Sebabnya? Gatal tangan gi install freeware, in the end.. hang.. Tak de cara lain, soft reset. Hasilnya? Dah semua function x jalan.. camera tak jalan, active Sync tak jalan, media player tak jalan... andau andau (bahasa melaka lama ni..) yang jalan, function asas telefon dan window mobile aja..

Back-up pulak saya tak pernah buat...
Perghh... puas jugalah saya nak recover balik...

1 - Back up everything ke PC
2 - Hard Reset PDA
3 - Re-install balik semua perisian.

Semalam barulah boleh di katakan selesai. Satu yang saya perasan ialah kini PDA saya rasa lebih laju. Barangkali kerana semua perisian perisian junk telah hilang masa saya buat hard reset.

Final list inilah perisian yang kekal di PDA saya, yang mana saya rasa saya sangat selesa dan tak boleh kalau tak ada:

1 - SPB menu
2 - SPB keyboard
3 - iContact
4 - HTC theme
5 - HTC customizer
6 - Mapking 2007 (GPS Navigation Software. PDA saya ada GPS built in)
7 - S2V Image Viewer
8 - Skyfire browser
9 - Total Commander
10 - ArcPAD 7.1
11 - Sebagai pengajaran, saya install Sprite Backup Software...
12 - HTC media player skin

Hmmh... puas hati. Tapi kerana tangan tu gatal nakkan kelainan terfikir pulak saya nak custom Today theme screen saya. Oleh kerana saya berkebolehan menggunakan photoshop, why not? Ubah sikit existing theme punya background, bukan susah sangat kan..?

Then it hit me... Banyakkan theme freeware sedia ada. Download ajalah... Browse through internet jumpalah 2 -3 berkenan... tapi tak jugak selesa.. Eh aku buat sendiri karang theme ni..

Search punya search laaa... rupanya memang ada theme generator. Microsoft Pocket PC 2002 Theme generator... free lagi...bak kata indonesia "SENANG BANGET!"




Hmmh... teknologi teknologi.. Dapatlah saya screen yang saya nak, dan personalised lagi...


Saya berangan kalau ada bonus, ada rezeki lebih, nak sambar kamera digital pulak. Saya dah ada HandyCam Sony. Kamera belum. Tak decide lagi sama ada Canon powershot SX10 (prosumer) atau straight away jump to DSLR - (Canon EOS1000D - murah murah dahlah... atau Nikon D60).. SLR ni, payahnya body set aja dah mahal. Belum kira lens lagi... In total kurang kurang RM 5K diperlukan.. Baru puas hati.. Mana nak cari banyak tu..!



Tapi... tu pun kalau ada bonus lah... Kalau tak, Sony Ericsson K510i lama saya tu, masih setia bersama saya.. dan setakat ni, tak pernah lagi mengecewakan saya biarpun hanya 1.3 Megapixel..










Tapi fikir fikir balik.. Jam tangan TimeX saya yang saya dapat percuma kerana menyertai perarakan Merdeka Syarikat 6 tahun lepas .. pun dah usang benar rupanya... pecah sana sini.. Saya tgh intai Casio Edifice EF503D .. Mahal juga ya...? Zaman
saya dulu Casio ni biasa biasa aja... Sekarang dah jauh berubah. Hmmh.. Tengoklah hujung bulan ni macam mana.


bukansepet, layan ajalah...

gravatar

Wayang Pacak.




Petikan dari Wikipedia Bahasa Melayu:

Wayang pacak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Wayang pacak merupakan pertunjungan wayang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot.

Sebelum pertunjukan wayang dimulakan pada sebelah malam sekitar jam 8.00 malam , ada sesi penerangan yang dilakukan oleh pegawai penerangan berhubung bahayanya kegiatan anasir komunis di hutan dan kepentingan meneroka tanah dan bercucuk tanah dalam program Bumi Hijau . Beberapa risalah dan poster bersaiz kecil dan besar brkaiatan program kerajaan diedarkan untuk ditampal di dinding masjid,surau, dewan , rumah , sekolah dan sebagainya. Poster ini menunjukkan mayat pengganas komunis yang telah ditembak mati.

Tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak . Di pertengahan tayangan diselitkan pula dengan syarahan atau ceramah pula dan inilah tujuan utama Jabatan Penerangan Malaysia sebagai perang urat saraf agar penduduk kampung tidak terpengaruh dengan dakyah komunis yang dikatakan anti agama Islam .

Antara filem dan drama yang ditayangkan ialah filem peperangan dari Indonesia yang dilakonkan oleh Dicky Zulkarnain . Drama yang ditayangkan antaranya ialah drama 'Gelombang' iaitu kisah percintaan pemuda yang bekerja sebagai nelayan.

'Bot penerangan' digunakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia di Sungai Perak. Jabatan Penerangan Hilir Perak terletak di Teluk Intan. Bot ini akan dibawa oleh Encik Abdul Aziz dan Encik Sulaiman mudik Sungai Perak hingga ke Kampung Pebayan, Kampung Air Mati, Kampung Pasir Pulai , Kampung Selat Pulau dan beberapa kampung lain. Encik Abdul Aziz dan Encik Sulaiman berasal dari Kampung Air Mati. Hanya kampung tertentu yang memiliki padang / gelanggang di tepian sungai yang sesuai disinggahi oleh bot penerangan ini.

Di Padang Speedy, Teluk Intan pula , kain layar putih sebesar 3 meter X meter direntang di tengah padang. Biasanya diadakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kakitangan Jabatan Penerangan datang dengan van jabatan.

[sunting] Layar bestari

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek memeperkenalkan semula wayang pacak ini dengan nama 'layar bestari'. Layar bestari akan diperkenalkan semula di seluruh negara jika mendapat sambutan ramai penduduk . Jabatan Penerangan menedapati kaedah ini amat efektif dan kreatif untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat luar bandar atau pinggir bandar. Walaupun telah ada media cetak dan media elektronik seperti radio, televisyen dan surat khabar tetapi sasaran sebenar belum tercapai. Pada 27 Oktober 2008 di bandar Kapit, Sarawak, majlis pelancaran layar bestari telah diadakan. Antara yang hadir ialah majlis pelancaran itu ialah Anggota Parlimen Hulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo dan Anggota Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, Pembantu Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Larry Sng Wei Shien, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Abdullah Morad dan Pengarah Penerangan Negeri, Resat Salleh.

Kata Bukan Sepet

Hmmh... Aku pun dulu layan wayang pacak ni... Azura, Ali Setan 1, Ali Setan 2 adalah antara filem yg sempat aku tonton dengan kaedah wayang pacak ni - sekaligus menggambarkan betapa 'tuanya' aku. (ha.ha.)

Tapi bagusnya wayang pacak ni, semua keluarga boleh berhimpun, bersenang lenang lihat wayang, anak anak bebas berlari... Kalau nak di adakan semula, no komenlah aku... Banyak pro kontra yang perlu di fikirkan... Tapi cuba baca semula idea aku di link bawah ni: Kalau dulu dah ada, kenapa sekarang tak ada ?(cuma aku modenkan sikit aja..).

KENAPA ??

Pawagam Keluarga


layanlah bukansepet...

gravatar

Bayangan Jiwa / Kata Hati

Korang pernah tak dalam hidup ni, terfikir bahawa kita boleh "baca" isi hati atau pemikiran org lain? pernah? tak pernah? .. owh... barangkali aku aja kut... (sesungguhnya aku berjiwa kacau.)

Bukan apa, pagi ni, dengar hotFM dan citer Fara Fauzana blind date dengan Jaafar semalam... aku terfikir, apa sebenarnya "bergejolak" dalam jiwa Fara bila dia keluar tu ya?

Aku rasa kata hati Fara macam ni:

Sebelum Keluar blind date
"Alamak... betul ke apa yg aku buat ni... buat malu kaum aja... macam ler aku ni desperate sangaat..."+

Masa Keluar blind date
"Dup Dap dup dap dup dap.. relax Fara.. in control in control.. buat biasa ajaaa..."

Selepas Keluar blind date
"Hek eleh.. takder ler best sangat pun mamat ni.. biasa aja... Impian aku cam Anuar Zain ke, Norman KRU ke.. hek eleh... tapi dari takder, kalau dia serius... dan sanggup terima / bersabar dengan aku.. well wait and see lah... Aku bukan desperate sangat pun... cuma kalau ada jodoh tu, alhamdulillah ajalah.. Aku pun tak suka org duk tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin ... lecehlah!"


Kata Hati aku bayangkan utk org lain:

(Amaran: Semua di bawah ini tidak betul. Bukan benar. Hanya Imaginasi Penulis. Jangan Saman Aku. Noktah.)

Ella: "Maaakkk... sibuklah derang ni suruh ella kahwin. Ella nak.. tapi jantan semua tak guna... "

Our TPM: "Apa benda kecoh sgt derang ni math sains dlm english. English is 1 thing, Math and science another thing... nak baguskan english... fokus kat english subject ajalah.. sapa pulak yg kata english tak penting? improve method ke, cara ke, tu yg nak kena betul.. apsal lak nak korbankan sains dan matematik pulak... apa? kalau x reti english, nak biarkan derang x faham sains dan matematik sekali? apa daaa.. payah sangat ke nak faham? Benda senang clear cut, nak bagi susah buat apa?"

Fazura: "Padan muka ko geraldine... Nak sangat. Aku bagi betul betul..."

Linda Onn: "Fahrin is a good guy. Tapi aku dah buat slack.. alah.. bukan takde org lain... siot betullah."


Emm.. Amacam? korang pernah tak terasa cam tu? Maksudnya cam boleh "baca" isi hati orang...?? Org putih kata "read between the line". Soal betul atau tidak, lain cerita, tapi ... selalunya, adalah jugak yg kena seketul dua...

Salah ke kita berfikiran macam tu? Tak dosa ke? Kena sangka baik wooo...

Ntahlah bukansepet, layan ajalah...

-bukansepet-

gravatar

8ynqx25ehp

8ynqx25ehp

gravatar

Kenapa Tak Ada Pawagam Keluarga?


Melalui facebook, rakan saya menyatakan keluh kesahnya ingin menyaksikan Harry Potter tapi masalahnya, siapa nak jaga baby?

Saya juga ada masalah yg sama. Anak saya lasak. Selalu buat bising. Macam manalah saya nak tengok wayang? Isteri saya minat teater. Macam manalah kami ni nak tengok teater? Anak anak sudah pasti akan buat bising. Org gaji? Saya tak ada. Hantar anak ke nurseri? Takkanlah... semata mata saya dan isteri nak berjalan.. tinggalkan anak anak.. selfish pulak rasanya... Bukan saya tu.

Dah tu? Tunggu ajalah DVD, VCD keluar...

Soalan saya kenapa tak ada pawagam keluarga? Jangan nak bagi idea pawagam mini pulak yang boleh muat 20 orang tu... dah lah mahal.. tak der feel pulak sebab cuma kita aja dalam tu.. Skrin pun kita jer yg tengok...

Kalaulah ada pawagam keluarga, rasanya kalau kena bayar sayyy.. RM75 per room. Sanggup saya. 1 Famili boleh masuk. Boleh lepak di lantai... anak anak boleh main main... Cam di ruang tamu rumah? siap toilet lagi... maklumlah.. nak tukar pampers?

Of course idea saya ni mentah. Kenaler tokok tambah lagi dgn apa yg perlu bagi menjadikannya praktikal...

Secara dangkalnya ini idea saya. Yang putih putih tu.. kekonon bilik ler... kat tingkat 1. Pawagam tu boleh buat bertingkat tingkat pun tak apa... Selain wayang, leh gak guna sebagai pentas teater.. Sekali buat, semua boleh pakai... Barulah kita serius nak membudayakan teater. Tak der ler org duk kata teater kat malaysia ni takder sambutan. Bukan takde, fasilitinya tak ada... untuk orang macam sayalah.. rakyat marhain... Dah tu bila anak anak lagi kenal playstation dari teater, semua marah... Nak ke teater, anak buat bising, Mak Bapak lak kena marah. Abih Camno?

Boleh ke idea saya ni...? hmmmm....
Kalaulah ada, dah lama saya tengok transformer bersama keluarga! Konpom!

gravatar

2009 : A new beginning.

Assalammualaikum / Good day!

Nota 1:
Ever since my 1st entry, there's a lot had happened. Some of my previous blog reader may notice that I had gone through quite number of tough situation with VSS threat and all that... Through it, I gain lot's of wonderful experience in blogging until at one point, I had to stop...

I notice that I lost my freedom in being a blogger when in the end I need to feed stories just to keep up with other readers... (apa daa...Salah sendiri)

Well those days are gone. I've stopped blogging for almost a year or so.. Now, it's a new beginning for me. I've matured. (in blogging that is.)

So what made me start over again?

Nota 2:
Al-kisah.. kerana kita penuh dengan rasa. Jiwa. Seringkali tidak ada cara yang lebih pantas untuk lontarkan pandangan kita selain blog. Soal ada pembaca atau tidak, itu adalah soal kedua. SS? Syok Sendiri? haha.. Ada aku kisah? Ini blog aku. Ini luahan hati aku. Maka inilah in a way AKU.

Ada banyak perkara atau perasaan yang boleh aku terjemahkan menggunakan medium ini. Yang pasti melalui medium ini:

  • Aku akan masukkan entri baru KALAU aku nak..
  • Tak ada gerenti masa in whatsoever dari segi update..
  • Tak ada jaminan bahawa komen akan di layan ..(tu pun kalau ada pembaca.)
  • Jangan berharap aku akan blog hoping ke mana mana pembaca as sort of "return favour" melainkan aku sendiri yang nak..
  • Aku bebas!
  • BEBAS.
Nota 3:
Bukansepet Nak Ceritalah jugak...

Kaveat:
Maka adat penceritaan .. ada yang logik, ada yang tidak. Ada yang cukup kajian, ada yang mentah. AKU bukan wartawan. AKU bukan penyampai berita. AKU adalah AKU. Maka tulisan ini adalah tulisan AKU. Pandangan ini adalah pandangan AKU. Jangan salahkan AKU kalau apa yang AKU sampaikan salah. Teguran adalah perlu namun penerimaan masih tertakluk kepada AKU.

Muktamad.
Selamat Datang pada AKU!

Nota 4:
Masih aku kekalkan entry pertama aku! Pada aku entry itu amat bermakna saat aku mula mengenali dunia blog.
Terima Kasih Afdlin Shauki.

As for other entry.. I've deleted it and keep it to myself now. (Not that's there's anything wrong with it.. it just that, I want a new fresh start.)


-Bukansepet: Kembali Daa...-


gravatar

Impian.

Coretan kak long hari ini:

Bagus betul kalau kita tahu apa impian kita. Malangnya aku tak ada impian. Kalau ada pun yg short term.. cam nak beli RXZ ker, nak simpan rambut panjang ker.. etc... alaaa.. impian bodoh bodoh tu lepas sekolah tu...

Apa yang berlaku dalam hidup aku semua go with the flow...

Aku ke sekolah teknik - sebab semua kawan aku apply sekolah teknik.
Aku ambil jurusan Ukur - sebab masa ting 5 aku benci dengan subjek kejuruteraan awam, dan aku suka ngan cikgu Roslan yg tegas tapi baik di sekolah masa tu...
Aku ke UTM dan menolak tawaran ke MSM Mara ext 2 UK dan tawaran sains politik di australia - sebab aku nak bersama geng geng aku ke UTM skudai.
Aku masuk UTM course ukur - sebab dah tu tawaran yg UTM bagi. Mungkin sebab aku di sekolah teknik belajar ukur.
Aku ke bidang GIS sebab aku tak suka ukur dan itu aja ruang untuk aku lari dari belajar ukur jitu.
Aku ke Melaka dan kerja sbg jurukur - sebab aku nak dekat dgn mak bapak aku walaupun aku x lah suka benar pun kerja ukur tu... tapi taklah pulak benci that job. Kira ok apa...
Aku ke KL dan kerja syarikat IT - sebab bos dia tu member aku dan senang masuk. Gaji pun lebih sikit...
Aku kini di syarikat konglomerat - sebab aku dah penat buat programming, dah tua. Dan ni peluang utk aku inter transfer ke sister company.
Kini di bidang pengurusan .. sebab people see that I can and get promoted.

Nampak sangat dalam hidup aku ni, aku just go with the flow... Mana terarah rezeki aku dan ketentuan Tuhan, aku ikut... I follow !! bak kata Salleh Yaacob di Sinar.FM

Jadiiii... apa impian aku? Masyaallah... ada soklan senang sikit tak?
Secara mudah maybe impian aku general sangat. Impian semua org rasanya...

Nak hidup gembira...
Nak ke Mekah...
Nak masuk syurga...

Secara spesifiknya ? Ntahlah. Baguslah Kak Long tahu dia nak jadi wartawan dari dulu lagi...
Jelesnya...

Maybe org boleh suggest kut apa 'sepatutnya' impian aku... (haha. Kelakarnya...)
Those who knew me - maybe easier. Yg tak tahu aku - here come the list!

- Aku suka makan lauk kampung. Budaya Melayu. Kompang, silat etc...
- Aku bagus dengan komputer - leh la repair sesikit...
- Aku suka baca majalah hiburan, eh sukan pun ok apa? busines.. emmm kureng sikit...
- Aku suka fotografi dan bercadang membeli SLR kalau ada duit... (bila ler bonus ni..)
- Aku pernah buat videografi utk majlis kahwin dsb. - tapi famili ajalah... x der payment pun.. sesuka aja...
- Aku pernah design kad raya utk syarikat, iklan utk syarikat aku kerja dulu guna photoshop, illustrator...
- Aku boleh buat grafik komputer, boleh lagi programming walau x sehebat dulu kut.
- Aku boleh main gitar, minat seni, filem pilihan aku Sepet. Filem Mat saleh - Negotiator.
- Aku minat matematik - best gak. Sebab course Ukur dulu mmg banyak matematik and I enjoy it.
- Anak sulung aku describe aku as kreatif, sempoi, gila gila tapi tegas.. (ha?)
- Minat menyanyi x pernah ke konsert
- X suka org ramai ramai... lagi best kalau lepak kat beach layan gitar 2 - 3 lagu.
- Minat gak travel asalkan with family, tapi jgn ajak aku gi main bowling ke, commit main badminton tiap khamis ke.. x yahlah.. I rather stay at house layan anak anak lagi bagus.
- Meniaga? Worst! Dulu masa sekolah aku kena jual kalendar. Haram!!! Aku bayor aja.. (actually bapak aku bayor... Aku mana ada duit. Student maaa...)

Phew! I guess I'm not an ambitious person at all!
Definitely family man.

Kids, don't follow me. Grab or identify your dreams now. Bukan semua org lucky as I am.
Nevertheless,
Alhamdulillah.

gravatar

Pergi Tak Kembali.

Aku merujuk ke berita ini: 


2 doktor, HUKM disaman RM4.1j


RIDZANO Zainuddin menunjukkan gambar arwah isterinya, Norhazimah Mansor dan writ saman terhadap HUKM atas dakwaan cuai menyebabkan kematian isterinya ketika menjalani pembedahan, di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 10 Julai - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan dua doktornya disaman RM4.1 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian seorang jurutera wanita semasa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian dada.

Saman tersebut dikemukakan oleh tiga anak jurutera terbabit, Muhammad Ridzuan, 11, Muhammad Ridzauddin, 8, dan Nur Irdina Syahridza, 4, selaku plaintif pertama hingga ketiga melalui bapa mereka, Ridzano Zainuddin, 38.

Sementara datuk dan nenek ketiga-tiga kanak-kanak itu, Asnah Khatib, 58, serta Mansor Abu Bakar, 58, dinamakan sebagai plaintif keempat dan kelima.

Ridzano pula dinamakan sebagai plaintif keenam.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Nik Saghir & Ismail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mereka menamakan Perunding Kanan Pembedahan Am dan Kemasukan Minimum Jabatan Surgeri, Prof. Dr. Jasmi Ali Yaakub defendan pertama, Dr. Ng Swee Bean defendan kedua dan HUKM defendan ketiga.

Pihak plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas berjumlah RM4.1 juta.

Semasa writ saman difailkan, Ridzano yang merupakan juruukur di sebuah syarikat swasta turut hadir bersama peguamnya, Ismail Yahya tanpa ditemani anak-anak dan kedua-dua mentuanya.

Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, Ir. Norhazimah Mansor, 35, yang merupakan eksekutif kanan di Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah dikesan mempunyai sejenis ketumbuhan di bahagian dada pada Disember 2006.

Berikutan itu, Allahyarham telah mendapatkan rawatan susulan di HUKM dan menjalani pembedahan di hospital berkenaan bagi membuang ketumbuhan tersebut pada 18 Disember 2007.

Semasa pembedahan, mereka mendakwa doktor pakar telah memotong salah satu saluran yang dipercayai berhubungan dengan saluran utama dari jantung ke sel ketumbuhan sehingga menyebabkan pendarahan dalaman yang kritikal.

Berikutan itu, sekumpulan pakar jantung telah dikejar ke dewan pembedahan untuk memberi bantuan. Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan selepas didakwa kehilangan empat liter darah.

Pihak plaintif turut mendakwa pembedahan tersebut telah mengambil masa lima jam serta tiada bedah siasat dilakukan oleh HUKM untuk mengenal pasti punca kematian sebenar jurutera itu.



Kata BukanSepet

Allahyarhamah Gmah adalah rakan aku. Ridzano pun rakan aku. Aku menyokong beliau. Dengarnya kes ini bukan baru di HUKM. Ramai yang dah tahu butir kes ini. Jangan terperanjat kalau anda boleh dengar soseh soseh orang bercerita di lobi, di kantin HUKM sendiri bahawa memang patut pun Ridzano saman. This is purely act of Professional negligence. 

Secara mudah, analoginya begini. 

Kalau di khabarkan penutup minyak kereta anda perlu di ganti kerana getah pelekapnya sudah haus, dan anda serahkan kereta anda ke bengkel untuk di buat pembaikan. Kemudian selepas 5 jam, di beritahu bahawa enjin kereta anda jahanam. How would you feel? Redha ? Semestinya. Takdir ? Dah pasti. Musyhkil? itu yang tepat!

Dalam kes tadi, adakah anda kan saman mekanik terbabit? yang secara diam diam mengaku terbubuh pasir di corong minyak anda.. and keep quiet about it, hinggalah keadaan menjadi sangat kronik bila enjin di hidupkan.. dan sudah terlambat untuk menyelamatkan enjin tersebut?

Tapi allahyarhamah Gmah bukan enjin! Dia wanita tabah, ceria, ibu kepada 3 anak anaknya yang kerap bermanja dengannya ... and the list goes on.
Anda boleh saja membeli enjin baru. Nyawa tidak. 

Justeru itu, jangan mudah membuat andaian negatif yang bukan bukan. 
Yes. I maybe bias. Sebab ini rakan aku. 

Saman bukan untuk duit. 
Saman bukan untuk mengembalikan yang telah mati. 
Saman bukan untuk menganiayai doktor/pakar. 
Jauh sekali saman untuk glamour.

Saman untuk teladan. 
Somebody got to do something on doctors yang maybe overwork, maybe unskilled, maybe unprepared.. and it cost somebody else life's!

Ridzano - Go for it!
Aku berdiri sebagai sokongan buat teman.

-bukansepet-

gravatar

Anjing itu tergolek

Anjing itu tergolek


Anjing itu tergolek,
kesiannn anjing itu ...

Anjing itu tergolek,
kesian anjing itu.
Barangkali dalam hayatnya
anjing itu pernah jadi anjing comel, keletah yang
pernah di peluk, di belai dan di sayangi tuannya.
Barangkali juga dalam hayatnya,
anjing itu pernah di tugaskan menjaga keselamatan tuannya.

Tapi kini,
anjing itu tergolek,
kesiannn anjing itu ...

Anjing itu tergolek,
kesian anjing itu.
Barangkali dalam hayatnya,
anjing itu pernah di buang tuannya.
Di sisihkan atas sebab tak pasti.
Di lontar batu oleh si anak anak kecil.
Barangkali juga dalam hayatnya,
anjing itu menyisih diri, mencari makanan di tong-tong sampah,
menikus kala di hambat atau di sergah,
mencari sedikit kehangatan di malam dingin di padang permainan kanak-kanak
sebelum di halau ...

Tapi kini,
anjing itu tergolek,
kesiannn anjing itu ...

Anjing itu tergolek,
kesian anjing itu.
Barangkali dalam hayatnya,
anjing itu ibu yang penyayang.
Membesarkan anak-anak dengan sisa makanan terbuang.
Menjaga dan menggembirakan anak-anaknya,
sebelum di pisahkan oleh manusia yang inginkan anaknya sebagai binatang peliharaan.
Seperti nasibnya dulu ?


Tapi kini,
anjing itu tergolek,
di langgar kenderaan laju meluncur di jalan raya.
Berkecah darah dan daging merata.
Namun mata bening anjing itu seolah hidup.
Berkaca meski di golek satu demi satu kenderaan manusia.
Tamatlah sudah derita atau bahagianya.

Anjing itu tergolek.

Kesiannn anjing itu ...


*********************************************************************



Bukansepet

12 Mei 2009

Klang