- All
- Fotografi
- Isu Semasa
- Kreatif
- Seni
- Personal
-
My Blog List
-
Bike Culture Yala, Thailand berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026. Aku bertolak dari Johor dengan kereta, membawa basikal menuju ke Kelantan. Dari Johor, p...1 month ago
-
*NOTA: REVIEW INI ADA BANYAK SPOILER YA! SO JANGAN BACA SEKIRANYA KAU BELUM MENONTONNYA DI PAWAGAM NOWNOW! * Salam.. yes! I'm back! lol.. 1. Khadam ial...4 months ago
-
*KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN* *MAKLUMAT BUKU* *TAJUK* Teater Juta-juta: Koleksi Skrip Teater Fasyali Fadzly *PENULIS* Fasyali Fadzly *KANDUNGAN* Buku ...6 years ago
-
7 years ago
-
源泉徴収票を紛失してしまった場合、それまで勤めていた会社に連絡をすれば再発行してくれます。 転職に伴う源泉徴収票の再発行についてお話ししておきます。 源泉徴収票を無くしてしまったら。 会社勤めをしていて毎年もらっている源 […]8 years ago
-
Nantikan skrip terbaharu saya, sebuah telemovie khas sempena hari raya di Astro Citra (131). Dijangka bersiaran pada malam raya ini, *24 Jun 2017* pada jam...9 years ago
-
Pelbagai aksi dan karenah dapat disaksikan di Liga Malaysia setiap tahun. Paling menarik apabila terdapat sebilangan pemain berkelas dunia menyertai kela...9 years ago
-
*Merry Christmas everyone*. *Peace on Earth* *and* *Goodwill to All Men*10 years ago
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan. Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami. Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...11 years ago
-
sudah kurang lebih seminggu abg bermastautin di bilik kesukaan abg di chah otel kata epal. kerja2 persiapan akhir tayangan filem Usop Wilcha dlm Werewolf D...11 years ago
-
SACC, Shah Alam 29 January - 8 Februari 10 pagi - 9 malam11 years ago
-
Because we seek for happiness and joy all the time... We want things to be fine and for us to get along... BUT Life will never be so. Not everyone will...11 years ago
-
Assalammualaikum, This blog is coming back to life soon. Aku dah bosan dengan facebook! lepas ni aku layan perasaan dgn blog aku pulak. Tahniah bro Nazali ...12 years ago
-
Saya siarkan temu bual wartawan Utusan Malaysia bersama Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah. UTUSAN : Mengapa...12 years ago
-
"To forget is the highest state of being for men, it is very sad if people cannot forget, it's a curse not to forget" -U Wei HjSaari Just imagine if w...12 years ago
-
*"Maghrib semalam menyelesaikan bacaan kumpulan cerpen Kuntowijoyo "Pelajaran Pertama Bagi Calon Politikus" (Kompas, 2013) yang mengandungi 15 buah cerpe...12 years ago
-
Piinnn pinn ponnn ponnnnnn.........14 years ago
-
Pages
KAVEAT
Bukan sepet - nak Cerita ler jugak...Maka adat penceritaan .. ada yang logik, ada yang tidak. Ada yang cukup kajian, ada yang mentah. AKU bukan wartawan. AKU bukan penyampai berita. AKU adalah AKU. Maka tulisan ini adalah tulisan AKU. Pandangan ini adalah pandangan AKU. Jangan salahkan AKU kalau apa yang AKU sampaikan salah. Teguran adalah perlu namun penerimaan masih tertakluk kepada AKU. Begitu juga AKU tidak bertanggungjawap atas apa jua komen di blog ini.Muktamad.Selamat Datang pada AKU!Powered by Blogger.Jumlah tandan pisang terkumpul untuk di buat pengat ...
-
Archives
Raw Android Photo Effects
Acapkali bila balik kampung, saya tak pernah tinggalkan kamera Canon EOS 450d kesayangan saya. Ya, kamera lama, tapi memang saya sayang. Bila di kampung, jiwa tenang, gambar pun jadi lebih menarik.
Cuma masalah timbul bila nak update gambar ke facebook. Maklumlah saya suka mengambil gambar menggunakan format RAW. Format Canon RAW ni nak convert ke JPG kena guna software di PC. Memang betul boleh aja shoot guna RAW+JPG tapi saiz akan berkali ganda besar, dan format JPG terhasil adalah mentah seperti RAW. Kalau shoot setting dah betul, cantiklah JPG, kalau tak, kena juga masuk PC kan? Di komputer selalunya saya guna 3 software:
- Canon DPP
- Adobe CS
- Adobe Lightroom
Bila balik kampung saya tak bawa notebook. Apa barang punggah gajet sana sini ya tak? Dah macam orang nak pergi perang pulak! Paling tidak saya bawa balik tablet Acer Iconia saya. (Tu pun pasal muat dalam handbag wife! - dia tak marah, dia nak guna pun).
Jadi saya terfikir, takkanlah saya tak boleh proses guna Tablet ni aja?
Jawapannya ya!
Apa yang anda perlukan:
- Tablet dengan kemudahan USB
- Memory Card Reader
- Download perisian dari Market/Google Play - Raw Droid
- Download perisian dari Market/Google Play - Resize Lite
- Download perisian dari Market/Google Play - Little Photo
1. Oleh kerana gambar dalam format RAW, saiznya memang besar. Dan menggunakan memory card reader bagi membaca KESEMUA gambar gambar RAW anda menggunakan tablet adalah GILA. Hang doh! Jadi gunakan file manager anda (Saya guna ASTRO File Manager) copy fail RAW (*.CR2) yang anda suka aja ke tablet anda. Letak dalam 1 folder. Dalam 5-6 keping should be ok. Kalau lebih, create another folder.
2. Buka perisian RawDroid yang anda download tu. Tekan butang menu dan browse ke folder gambar anda di tablet. Pilih gambar anda dan tekan menu capaian file dan save. Ia akan jadi format JPG.
3. Buka perisian Resize lite. Tekan Button menu mula mula (di atas skrin) dan select file size di kehendaki. Untuk facebook saya pilih SVGA 800x600. Tekan Menu dan select Image. Cari kembali gambar JPG anda dah save tadi. Tekan button ke 2 dan akan lihat ia bertukar frame landscape atau portrait. Bagusnya resize lite anda boleh crop image ikut mahu anda. Nak sengetkan cuma guna jari, pegang penjuru dan twist. Mudah Gila. Resize Lite juga membolehkan anda edit ringan gambar tu. Tekan menu -> more -> akan ada sharpness, blur, brightness contrast. Bolehlah tu...Button ke 3 4 dan 5 - fikir sendiri. Takkan semua nak ajar... Dah selesai tekan menu -> output image.
4. Buka perisian Little Photo. Perisian ini membolehkan anda tambah effect gambar seperti sephia, lomo, b&w, dan 70 effect lain. 70? ya. 70! Lightroom pun tergugat! Perisian ni tricky sikit. Masa mula mula dia suruh tekan camera utk mula. Saya malas nak fikir, saya snap aja guna tablet tu satu gambar. Kemudian ia akan masuk mode edit. Kanan menu tu gelap aja kan? Cuba tekan kanan tengok. Tadaaa! ada menu! Tapi kita bukan nak edit gambar yang tablet tu tadi ambil kan? So tekan menu dan pilih Load Another Photo. Browse ke gambar dari resize lite tadi dan anda tahulah apa nak buat berikutnya. Cubalah dan little photo membenarkan anda tambah text di gambar. Gila cool!Save atau post ke facebook terus - pilihan anda.
Bonus:
Kadangkala bagi menjimatkan masa upload gambar ke facebook, saya suka buat bentuk collage. Dalam Android perisian yang saya gunakan ialah Turbo Collage. Bolehlah!
Kesimpulannya:
Komputer -> Canon DPP -> Adobe CS -> Adobe Lightroom.
= Tablet -> RawDroid -> Resize Lite -> Little Photo.
Atau anda boleh saja guna Instagram atau One Man With Camera. Tapi buat saya, payah juga nak dapat instagram yang boleh zoom 300mm macam lens Sigma 70-300mm APO saya buat!
Last but not least - Gambar di bawah di ambil menggunakan Canon RAW - ISO 800, f4, 1/125, Focal length 300 mm. Completely transfer to tablet, edit, proses and post using Android Apps. Pergh!
Selamat Mencuba!
layan bukansepet, layan.
Ramadhan
'Blogger?'
'Dulu. Kini tak.'
'Naper?'
'Pernah dulu sehari 1 entry. Pastu, seminggu 2 entry.'
'La ni?'
'Bila ada gesa entry!'
Hahahaha! Kami sama sama ketawa.
'Kamu?, blogger?'
'Pernah ada. Lama dah tak update pun.'
'Kira puasa la ni. Sempena ramadhan kut?'
'Puasa mender. Password pun dah tak ingat dah! Dah peringkat uzur tunggu mati punya blogger ni!'
Lagi sekali berderai kami ketawa.
Pap! lagi lagi tepuk dahi stail dean sham. Ramadan ni gua blum ada entry.
Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa dari bilaadagesablogger.
Kamu, puasa?
Layan bukansepet, layan.
Sampai hati lelabah.
Semalam gua layan citer hebat the amazing spiderman.
Pap! gua tepuk dahi.
Spiderman 1 Cicakman 0.
Walaupun cicakman kita keding dan tak ada ekor, cicakman amerika berekor tapi tak ada lidah panjang dan bercabang, tapi mereka sespesis. Terang terang mereka sudah malukan cicak dan keluarga mereka.
Ini macam aaa... itu Yusri kru kena buat lagi sambungan filem cicakman. Gua pikir watak anti heronya kita bagi orang lelabah pulak. Amacam?
Tak payah terima kasih. Gua tau gua genius.
Layan bukansepet, layan.
Jawa the spirit.
Isteri saya mempunyai darah keturunan jawa - sebelah bapa. Agaknya dah jadi kebiasaan. Kalau mak jawa, anak mesti pandai ngomong jowo. Tapi sebab ini belah bapa, isteri saya tidak tahu berbahasa jawa.
Tapi itu bukan penghalang anak lanang saya yang darjah satu kini bersemangat jawa yang kental. Sungguh kental.
Sebab itu dalam aquarium ikan saya yang baru berusia 3 hari, ada tempe goreng... nak bagi ikan makan katanya.
Bertuah punya budak.
Layan bukansepet, layan.
Topeng.
FB:
HANGOUT DAY. (Real Life)
D: Mana A & B?
E: Ntah. Tak join kut.
D: Dalam FB bergegar, kecoh yang amat.
E: Tu FB.... Selalunya yang kecoh dalam FB ni kat luar, tak reti bercakap.Kalau ada pun, busy manjang kehulu hilir dengan iPad. Duk update dia dimana, buat apa, ambik gambar sana, ambik gambar sini.
D: Barangkali... Mana C?
E: Tuu... yang duk kat hujung senyap sunyi ngadap iPad tu. Kita duk sibuk borak sini, dia sengsorang ngadap iPad kat sana. Dah dekat 2 jam tu. Baik tak payah attend hangout! Ada pun serupa tak ada aja.
D: Hmmm...
Loser.
layan bukansepet, layan.
Entri macam dean sham.
ESQ 165 - again.
Saya letak entri ini. Lama tu. Setahun lebih dulu, hampir nak dekat 2 tahun entri tersebut.
Ringkasnya, masa itu lagi saya dah rasa ada yang tak kena dengan diri saya selepas menyertai kursus ESQ 165. Pendirian saya masih kekal, ESQ 165 bukan sepenuhnya teruk. Ada juga ilmu yang dapat kita manafaatkan. Cuma saya ada masalah dengan kupasannya. Juga ciri ciri ketaksuban pemimpin yang saya dapat 'rasa' getarnya dalam nada dan persembahannya.
Jujurnya, saya agak takut masa saya loadkan entri Julai 2010 tersebut. Perbualan di kalangan rakan sepejabat ada yang sinikal tentang pendirian saya. Seolah saya tak menghargai ilmu. Saya sendiri jahil, nak komen komen orang ibaratnya... Saya ni tak betul agaknya. Pada masa itu, saya pun sangsi, jejangan memang saya yang tak betul.
Tapi apa boleh buat. Itulah saya. Saya percaya ilmu itu hak Allah. Rasa itu pun milik Allah. Dan ilmu Allah bukan untuk di perdagangkan.
Terkini, apa dah jadi?
Pengakuan Kesesatan ESQ 165 Dan Ary Ginanjar Agustian Oleh Alumni ESQ 165, Bekas Pekerja dan Trainer (ATS)
Youtube pun ada.
Jadi, bukanlah saya seorang rupanya.
Semoga kebenaran terbukti.
Wallahualam.
layan bukansepet, layan.
Bunohan. Bukan Review.



Sebenarnya, filem terbaik dan paling memuaskan hati aku. Malangnya aku gagal merungkai kata kata bagi menghubungkan pemikiranku dengan jejari yang menaip blog ini.
Aku tahu apa yang aku rasa.
Aku tak pandai luahkan apa yang aku tahu.
Mujurlah.
Mereka ini, mampu. Dan semestinya lebih baik dari pemikiran aku sendiri.
Rujuk sini:
Fadz - TONTONFILEM
Fadz - TONTONFILEM (tambahan)
Hikayat Sinaga naga
Kalau ada pun yang aku kesalkan, ialah aku gagal mencari gambar Husyairi Hussin - yang memegang watak Jolok dalam filem ini, yang pada aku sangat meyakinkan selain dari Faizal Hussin sebagai Ilham.
Bunohan. Truely a class on its own. Patutlah filem ini ke layar antarabangsa dulu sebelum ke layar tempatan. Cerita yang sangat bagus dan membuat kita menimbang sendiri antara persepsi dan rasa perikemanusiaan sejagat. Hakikatnya, hanya Tuhan layak mengadili. Yang baik belum tentu baiknya. Yang jahat, tak pasti jahatnya... Wallahualam.
Paling berbekas jiwa aku saat Ilham minta Deng pelepas adiknya Adil dengan nyawanya sebagai galang ganti.. Serius. 2 hari lepas aku tengok filem ini. Wajah Faizal ungkapkan 'lepaskan dia' pada bront masih berbayang. Bunohan, memang berbekas.
layan bukansepet, layan.
Blogging via android.
"Bff baru abah kan htc desire hd".
"Abah, mana nak pisah dengan hpnya...!"
Kata kata sinis anak anak aku. Cam hawau. Nak buat camna. Ada betulnya. Sejak ada phone pintar, memang tak lekanglah kata orang. Ada aja aku nak googlekan. Ada aja status fb aku nak baca. Ada aja feeds dari google reader apps buat aku melayar blog. Paling tidak pun, maildroid - tempat aku check e-mail dan kalendar tugasan pejabat.
Ironinya, bila update blog, aku agak ortodok. Masih juga nak guna pc. Tak feel lah update guna android. Payahlah. Lecehlah. Yang betul nya, malaslah... hahaha!
Tapi aku dah berubah. Sedangkan Usin dalam filem zombie kampung pisang yang tak ada spm, boleh ada wawasan dan berubah dalam filem hantu kak limah, kenapa tidak aku? Pergh. Groovy statement tu!
Maka aku akur. Kadangkala depan pc terutama di pejabat, dengan tugasan yang tak pernah putus, mana ke nak ada idea update blog. Ya dak? Bila ada isu nak aku luah, pc pulak malas nak bukak. Terkadang time nak lelap lelap mata camnilah, gatal pulak nak menaip blog. Belum pernah terciptalah yob, orang punggah pc jadi bantal peluk. Ada? Orang giler gamaknya tu... Harap netbook, idaklah kaya teman ada kesemuanya tu... galaxy tab,ipad, ipad2? Haram... kalau pad tuuut tu teman tau ler!
hujung hujung aku download blogaway apps dari android market ni. Maka inilah entri pertama aku dari android. Eh, eh. Takdelah susah sangat rasanya... bolehlah! Ni baru 2012. Tahun androidlah katakan... !
layan bukansepet, layan.
(Aaah. Sudah. Kul brapa aku nak tidur ni karang, aiseh!)
Entri Pertama 2012.
Azam 2012?
Who want to know?
What would they do should they know about it?
What's good in telling anybody about it?
What will be the measurements of achievements?
Where is the action plan?
Is there any plan?
Will we stuck to that plan?
What counter measure that can be taken if the plan don't succeed?
What's the punishments should we fail?
Is there a KPI here?
Is there a KRA here?
If there is, who's monitoring?
Who?
Yourself?
Then stick your azam to yourself, like me. (If I have one.. you will never know don't you?)
Hahaha, quit the formality, stop following people's step, and get back to reality.
Reality is:
WHO CARES!
masuk kubur sengsorang brader...
Layan bukansepet, layan.
(what an emo statement to start 2012 - fuh. power.)
Buku fotografi, murah, berguna.
Pada sesiapa yang ada extra RM19.90, diulang RM19.90 bukan 199, bukan 99 tapi SEMBILAN BELAS SEMBILAN PULUH SEN - belilah buku ini di MPH/Kedai buku Popular. Sangat berbaloi. HWM Mega Guide Digital Photography.
Dari pengenalan asas apa itu kamera digital, prosumer, DSLR etc… sampailah ke penggunaan mode dial, cara komposisi gambar, aksesori patut tahu… Cara lighting, semua ada!
Senang citer BELI AJA! Aku takkan suggest kalau tak bagus. Aku dah beli, dah baca. Value for money. Nanti dah habis, tak rasa pulak.
Even kita rasa kita dah tahu banyak sekalipun, banyak yang ada dalam buku tu, masih boleh kita belajar. Aku sendiri rasa banyak belajar dari buku tu.
PErgh! Kalaulah dulu aku ada buku ni, tak ler seksa aku membaca hal photography bagai nak rak!
Beli. Semua pages berwarna. Kertas kualiti tinggi. Tebal. Muka depan cam gambar bawah.
Mana nak cari!
Worst case, kalau tak baca pun, cantik apa kalau letak kat rak buku di rumah?
HWM MEGA GUIDE : DIGITAL PHOTOGRAPHY

Issue No: 01
Selling Price: RM19.90
Availability: All Major Bookstores and Newsstands
Status: Available Now
Publisher: Mosaic Media Sdn Bhd
Lirik Lagu Bagaikan Puteri – Breakfast Band
Lirik Lagu Bagaikan Puteri – Breakfast Band
Jika aku jadi bintang
Kan ku berikan mu
Cahaya sinar cinta
Yang terang oh
Kau bagai puteri cantik sekali
Indah senyum mu penawar hati
Kau gadis ku mimpi
Dalam tidur ku
Tak puas malam ku bersama mu
Ku berlari jauh mengejar cinta mu
Agar kau kan menjadi milik ku
Korus
Hati, hatiku runsing
Bila kau tiada takkan sempurna rasa
Jiwaku oh
Aku perlu kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Ulang Korus
Kau gadisku mimpi
Dalam tidur ku
Tak puas malamku bersama mu
Ku berlari jauh mengejar cinta mu
Agar kau kan menjadi milik ku
Kata bukansepet:
Bagus bebudak ni. Muzik dah cam Meet Uncle Hussein. Vokal dah macam Faizal Tahir pun ada.
Ni yang buat aku semangat nak dengar lagu lagu melayu ni. Automatik malam tadi aku capai gitar dan cari kod lagu ini. Siap boleh sound anak aku - 'pelan sikit tibi tu. Abah nak feel ni'. Haha! Nak nyanyi lagu najwa latip cinta muka buku, malu ler pulak.
Alah.. bukan pandai main pun, main tabur aja, asal ada bunyi sikit lebih kurang tu - halallah!
Lemau juga kalau layan lagu korea hehari. Kita kasi tukarlah... :)
Sapa kata lagu kita tak best?
layan bukansepet, layan.
Rumah Terbuka Open House: Antara realiti dan fantasi.
Semalam habislah sesi raya 2011 secara official. 30hb Syawal 1432H.
Hmm.. Bukanlah banyak open house aku pergi pun. Aku sendiri tidak buat open house. Aku hanya mengiyakan sesiapa yang ingin berkunjung ke rumah aku. Kalau ramai, wife aku masak masak ler sikit. Tu kira open house ke?
Entri aku kali ini hanyalah percisan minda aku. Aku tertanya tanya:
Raya tu ziarah ke makan makan?
Di mana konsep silaturrahim hari raya? Ni maksud aku.
Kes 1:
Korang plan hujung minggu ni nak pergi raya rumah mak sedara. Lama tak jumpa. Tetiba ada kawan sepejabat ajak ke rumah dia open house. Nak sedapkan citer, 3-4 orang la jugak yg ajak.
Now is the dilema. Korang nak ke rumah mak sedara (as plan) atau ke rumah kawan?
Mak sedara tak buat open house. Kawan buat. Korang memang nak pergi rumah kawan tu, tapi at your own sweet time laa.. Ni macam dah kena 'paksa' ni. Memanglah kawan tu tak paksa... tapi kalau datang lain waktu, kena tanya pulak, apasal hari tu tak datang masa aku buat open house?
To make thing worse, next monday kena perli "Orang tak sudi, nak buat camana..."
What do you do?
Kes 2:
Pergi open house. Salam tuan rumah. Pergh. Bapak meriah brader. KFC, mee bandung, soto dan segala mak nenek nak makan ada... korang lantak giler punya enjoy. Pelan pelan kayuh amik makanan, cari meja nak parking makan. Pas makan, tambah. dan lagi. dan lagi. dan lagi. Orang makan meja sebelah, haram ko tak kenal. Ntah sapa ntah. Dan korang pun never bother nak tanya camana dia kenal tuan rumah. Abis makan, jumpa tuan rumah. Salam. Minta maaf. Chalo.
Biasa tak jumpa keadaan ni?
Kata bukansepet:
Dalam kes 1. Clearly sekarang ni manusia duduk dalam alam fantasi. Fantasinya, kalau buat open house, Orang yang datang tu ikhlas nak datang. Realitinya, Ada yang dalam mode terpaksa brader... ni org kata paksarela! In the end, rumah kawan semua kita attend. Rumah mak sedara - haram. Sebab tak ada open house. Bangang tahap cipan kita ni.
Dalam kes 2. Mana silaturrahimnya? Bayangkan kalau kawan tu buat di rumah dia. Visitor cuma kita dan orang yg makan meja sebelah tu. Dah tentu kita akan borak dengan dia kan? Dah tentu tuan rumah layan kita dan bercerita panjang kan? Taklah jumpa masa datang dan balik aja. Fantasinya: Kita ingat kita raya dan menjalinkan ukhwah. Realitinya: Sebenarnya kita melantak!Bila menu tak best jadi umpatan...
Pada aku, bila aku raya, aku memang nak raya. Memang nak jumpa ko. Memang nak sembang. Ziarah. Silaturrahim. Bukan nak makan. Aku ada duit. Restoran pun banyak. Yang lebih penting adalah ziarah dan silaturrahim. Dan begitu juga kalau orang nak datang rumah aku. Aku alu alukan. Apa yang adalah kita makan ya? kalau kueh raya dah abis, keropok moni pun kalau makan dengan rakan sambil borak, sedap aja. Paling bangsat pun takkan rumah aku tak ada teh jalang dan buat cucur kodok bilis. Wife aku expert bab bab ni. Insyaallah.
Konsep Ziarah & Silaturrahim pada aku, semakin hilang dalam budaya kita berhari raya.
How I wish things turn back like the old days... cam zaman kampung-kampung dulu!
Sigh...
layan bukansepet, layan.
Hantu Bonceng: Parah.
Ok. Aku ngaku. Aku tak pergi pawagam pun untuk tengok cerita ni. Aku pergi pawagam tengok cerita Smurfs 3D dan Raya Tak Jadi.
Tapi entri ni untuk filem hantu bonceng.
Selain dari Juliana Evans yang memukau, memang tak ada apa pun boleh di banggakan cerita ni.
Ntah camanalah Ahmad Idham kata Siti Nurhaliza boleh 'dapat' mesej yang dia cuba sampaikan dalam filem tu. For all we know sesilap dalam keter Dato Siti mengutuk tak ingat filem tu dengan dato K. Takkan nak citer camtu ngan Ahmad idhamm kuuttt....!
'Dapat' mesej? Hampeh.
Semua pakai spoon feed. Agama seperti di persenda. Jalan cerita tak masuk akal.
Memula citer hantu, pastu citer mat rempit, pastu citer budak kampung naif, pastu jeles sana jeles sini, citer kawan tak cukup air otaknya, citer abg agama yg nampak cam tangkap muat, last last, eh eh ada gaduh. Ada nasi kangkang....
Alamak... totally carca merba. Bak kata anak buah aku, filem arah pakai Jub**!
Here my question:
Atas nama komedi, perluke di korbankan kualiti?
Nasib baik aku tengok kat youtube aja... fuh.
Ko gila tak nak raya?
Kalau aku kata aku x suka raya... payah gak. Sebab aku lagi suka ramadhan. Tapi raya itu tuntutan agama. Meraikan kemenangan setelah perjuangan sebulan berlalu. Hmm.. malu sebut perjuangan. . Hakikatnya aku x layak kerana tuntutan ramadhan bukan sekadar berpuasa.. tak malu ke nak sambut? Apakah raya kini hanya adat bukan pengisian. Subhanallah. Kau maha tahu.
Tetiba lak aku ingat lagu jalil hamid..
gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya..
Selamat hari raya..
Maaf zahir batin
Layan bukansepet, layan
Sent from my HTC
Phoenix Bangkit.
Phoenix Bangkit Dari Abu
Artist: M Nasir
Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya
Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis
Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)
Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta... demi cinta
Kadangkala saat semangat kita goyah, lagu lagu sebegini mengingatkan kita, bahawa ada lagi perjuangan yang maha besar yang harus kita gagahi. Kita tempohi.
Sebagaimana bangkitnya phoenix dari abu yang terbakar...Ayuh. Bangkit!
Apa kalah-kalah? Serilah.
Era 80an dulu masa aku di sungai mati Muar, kalau part bola nilah along anak sarjan - wing kanan paling laju tapi sepak bola tak berapa nak kuat...
Zaman tu lawan antara kampung aja... tapi semangat cam wakil negara gamaknya. Referee mana datang lak dari jepun? Wak beca kaki ngail aja jadi referee... Tu pun bayaran tong tong sorang 20 sen. Nak lawan pun kena kayuh beskal dekat 2 km ke kg sebelah. Sampai sampai terus lawan... mengah wo!
Selalu lawan tak menang, kalah. Tak kalah, menang. Seri kadang kadang. Kalah lengit. Menang juara. Seri kawtim. Kira sama terrerlah. Kalau tak sama bingai.
Aggregat? Apa tu?
Mana ada kalah? Serilah!
Hidup harimau malaya!
Stedilah apek, safee & amirul hadi. Korang memang best!
Sent from my HTC







