gravatar

ESQ 165

Salam.


"Kemudian hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras daripada batu. Sedangkan antara batu-batu itu terdapat sungai yang mengalir daripadanya dan ada juga yang terbelah lalu mengeluarkan air. Ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidak sekali-kali bersifat lengah terhadap apa yang kamu lakukan." - Surah Al-Baqarah

Sengaja saya letakkan tajuk itu. Saya tahu bila saya letak begitu, maka saya benarkan diri saya "dijumpai" google. Dan tidak dapat tidak, akan adalah sahabat sahabat ESQ (ALUMNI) yang akan memberi komen. (mana tau...)

Mula mula biarlah saya jelaskan. Saya bukan berpengetahuan tinggi dalam agama. Saya bukan alim. Bahkan amalan saya sangat kurang. Secara mudah, saya ini jahil. Dan ini blog saya. Pandangan ini bersifat peribadi dan hanya saya.

Alahmdulillah. Di izinkan tuhan, berkesempatan dilorongkan menghadiri kursus ESQ - Basic. Dalam kesibukan sana sini kata haram tak haram, fatwa sana, fatwa sini... Eh eh, saya pulak kena pergi atas arahan syarikat.

Takut takut sementelah menyedari diri ini lemah imannya, saya layari laman web. Antaranya ke ustaz zaharuddin.

Dengan gusar, saya sertai juga kursus ini.

Hari pertama, dah "jammed" akal saya. bagaimana mungkin seolah-olah kena pilih sayang ibu atau sayang Allah? Level antara keduanya sangat berbeza. Mana boleh di letak sama rata untuk "seolah olah" terpaksa pilih?

Walaupun jawapannya begitu jelas, tapi bisik hati saya, saya manusia. Saya sayang ibu saya. Bila di tanya sebegitu, memang sukar. Secara total pilih sayang Allah seolah menidakkan perasaan sayang saya pada ibu. Sekurang kurangnya itulah yang saya rasakan. Jammed!

Barangkali, alangkah mudahnya kalau di beritahu bahawa kalau anda sayangkan ibu, maka perasaan kasih, perasaan sayang itu Allah yang kurniakan. Melalui ibu, anda lahir. Melalui ibu anda kenal rasa kasih dan sayang. Maka sayangilah Allah berlebih lebih lagi kerana, ibu anda telah melahirkan anda dengan izinNya. Rasanya lebih mudah kalau garapannya dibuat sedemikian rupa.

Ini pada saya ESQ tidak salah dari segi content, namun kupasan, penjelasan, harus di perbaiki. Kaizen. Ambil yang baik, buang yang buruk, cipta yang baru.


Hari kedua "jammed" juga. Mana mungkin di pilih anak atau Allah? Secara total, hati saya tidak mampu. Saya kagum pada mereka yang mampu, namun saya sayang anak saya. Melalui anak, saya lebih sayangkan Allah. Biar buruk, biar baik, tetap anak. Kalau buruk, itulah cubaan untuk saya, kalau baik, itulah cubaan juga pada saya. Sama saja. Penggunaan kisah Nabi Ibrahim, sangat menyentuh kalbu, namun itulah kelebihan Nabi dan Rasul. Sebagai metafora, sebagai kiasan saya kira berbaloi dan bermakna, namun kalau di bicara soal hati, penerimaan mutlak hanya Allah sajalah di hati kita, saya kira saya berbohong kalau saya kata begitu. Dan siapakah yang ingin saya dustakan? Allah Maha Mengetahui. Istighfar lagi saya...

Seperti hari pertama adalah lebih mudah kalau anak itu disimbolkan sebagi hub untuk hubungan kasih sayang kita manusia pada Allah. perbandingan secara sebelah menyebelah antara Allah dan anak adalah sangat janggal bagi saya.

Hari ketiga. Lebih baik. Penggunaan alam sebagai pemberi kehidupan. Udara kehidupan. Cahaya matahari, lembut rembulan dan bintang penunjuk. Sangat mudah memilih antara siapa sebenarnya memberi kehidupan, Udara atau Allah.

Pandangan saya sebenarnya, agaknya inilah yang cuba ESQ sampaikan. Allah yang memberi. Ibu, anak, alam hanyalah medium bagi menyampaikan kasih Allah pada kita, dan untuk kita merasai kasih Allah.

Jadi keseluruhannya material ESQ itu saya kira baik, berjaya dan bagus, namun saya ada masalah pengungkapan. Kupasan. Ritual. Mudah untuk ujud kekeliruan. Salah seorangnya yang keliru saya. Yang jahil ini. Jammed sana. Jammed sini. Kalau tak clear parah....

Justeru itu kemana harus saya arahkan rasa "tidak kena" ini? Namun utk menghuraikan satu persatu saya tidak mampu. Saya bukan pakar imiah. Saya bukan pakar agama. Tapi dalam diri, saya tahu "ada yang tak kena" meskipun saya tak pandai mengungkapkan atau menerangkan di sini dengan jelas. Hahaha... ternyata, saya ada belenggu.

1. Prasangka
2. Prinsip-prinsip hidup
3. Pengalaman
4. Kepentingan
5. Sudut pandangan
6. Perbandingan
7. Liturature

Belenggu 1: Prasangka Negatif.
Saya mempunyai prasangka negatif. Bagaimana mufti wilayah boleh haramkan ESQ sedangkan negeri lain "Ok?". Fatwa kebangsaan juga kata ESQ boleh di teruskan. Tapi bila yang mengatakan ini adalah mufti, kebimbangan saya itu berasas. Mufti bukan golongan kosong. Mereka berilmu. Saya tidak kata saya pro Wilayah atau kebangsaan. tapi saya akui ujud perasaan "ada yang tak kena". Mungkin atau tidak para fasilitator present exactly pada para mufti sebagaimana mereka present pada kami? Agaknya lain kut.... Kerana bila di ketahui yang dibawah itu golongan ulamak, golongan berilmu, cara penyampaian, kupasan, mungkinkah berbeza walaupun slide dan effect lainnya dikekalkan sama?

Belenggu 2: Prinsip-prinsip hidup
Maka diajarkan prinsip hidup yang salah boleh jadi belenggu pada kita. Saya memegang prinsip bahawa bekerja tujuannya mencari rezeki. Wang ringgit. Sekali lagi saya di'gambarkan' sebagai silap. Sebenarnya wang ringgit tak mampu memberi kebahagiaan. Di ajar bahawa ikhlaskan hati, dan bekerja sebagai sejadah untuk ibadahlah yang lebih baik. Di tekankan di sini bahawa bekerjalah sebaik mungkin, beri yang terbaik dalam pekerjaan. Saya setuju.

Namun perkara membelenggu saya ialah soal hak. Kalau kita di tindas dalam pekerjaan, apakah boleh kita diam dan munajatkan diri sepenuhnya aku lakukan ini kerana Allah? Sedangkan kita di beri akal, wajib menjaga kehormatan diri.

Katakan saya bekerja dari jam 8 hingga jam 6. Tiba tiba saya di minta membuat overtime kerana ada hal tidak siap. Kerapkali terjadi. Setelah di siasat hal ini terjadi kerana ada insan lain yang tidak melaksanakan kerjanya. Isteri jadi marah. Anak anak juga marah kerana ayahnya tiada masa untuk keluarga. Janji seringkali di mungkiri untuk makan malam, main layang layang dan sebagainya. Mana satu harus saya dahulukan? Bekerja sebagai ibadah pada Allah atau balik dan tunaikan janji pada isteri dan anak anak? Nanti di kata munafik pula bila berjanji tapi engkar. Inilah yang saya katakan persoalan hak.

Hidup ini amanah Allah. Dengan bekerja, dengan rezeki yang didatangkan, membolehkan kita ini, menanggung anak bini, menghantar anak kesekolah, menyumbang seadanya melalui zakat... bagaimana pula bekerja untuk mencari rezeki digambarkan sebagai "kurang tepat"?

Saya kira sepatutnya ESQ, dalam kupasannya, rezki @ wang ringgit jangan di cantas. Cari rezeki itu dah betul. Cuma utk bahagia, spiritual lebih utama. Sekali lagi kata saya, material ESQ ada, cuma kupasannya mudah disalahertikan.


Belenggu 3: Pengalaman.
Pengalaman lalu berada dalam sebuah persatuan yang kini agak porak peranda hingga ujud perasaan taksub pada pemimpin, saya terlihat/terkesan ada unsur yang sama ujud dalam ESQ seolah seperti mengagungkan pemimpin. Dr Ary nampaknya begitu dikagumi, hinggakan di mana boleh selit, akan diselitkan wajah pemimpin tersebut. Gusar juga saya bimbang ujud ketaksuban yang bukan bukan. Mungkin cuma saya. Perasaan aja mungkin...

Belenggu 4: Kepentingan
Sangat seronok menyertai ESQ. Gamenya menarik. Fasilitatornya lucu dan hebat. Namun terdetik, suka atau tidak mereka ini pun, hanya peniaga. Menjaga kepentingan perniagaan mereka. Sebab itu ada Alumni. Bijak bijak... Dan hari terkahir tatkala majlis penutup oleh ketua saya yang hanya join saat saat akhir kerana ada tugas lain, nyata saya lihat facilitator sebaik mungkin cuba kupas dengan express semua pembelajaran yang telah diajar dalam masa yang singkat seolah olah ingin membuktikan sesuatu - "Kami dah ajar mereka ni macam macam... sambunglah ke level berikutnya!" hahaha... strategi bisnes sungguh! Saya hanya mampu senyum.

Belenggu 5: Sudut pandangan/persepsi
Apabila saya mula masuk di hari pertama, kami di lobi bagai nak rak yang ESQ ni OK. Semua surat mufti di paparkan. Ini bagus. Kalau tak yakin macam mana saya nak teruskan. Persepsi mesti betul. Tapi bila dah selesai, masih ada juga "rasa tak kena", macam mana tu? Betullah hati saya ni dah keras agaknya. Dah jadi batu. Tak nak terima hidayah. Bangang betul saya ni.

Belenggu 6: Perbandingan
Memang pun. Membanding banding ni tak elok. Tapi sepatah kata Ustaz Zahruddin, yalah... dah semacam pulak nampaknya bila peserta sibuk duk hafal surah syam.. demi matahari... demi bulan... Balik kursus sibuk cari lagu tu seolah olah itulah yang paling best dalam ESQ ni... alahai... Itukan Sumpah Allah pada kejadiannya? Itukan ayat Allah? bukan ayat kita... bila dah jadi nasyid, eh eh sejak bila pulak kita bersumpah demi matahari? Allah tak apalah... yang kita dah ungkap berulang ulang kali tu... sembah matahari ke? Nak jadi jepun?

Belenggu 7: Literature
Pembacaan saya pun belenggu saya. Saya tau hitler pernah mengamalkan konsep mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu. Kerana itulah senjata yang paling berkuasa. Apakah mungkin yang haq mampu bercampur dengan yang bathil?

Oleh itu katakan, bagaimana saya harus ada zero mind process?


Kesimpulan saya.


ESQ ada material menarik. Contentnya bagus. Banyak ilmu yang saya dapat. Banyak pengertian dan approach yang jarang kita fikirkan selama ini. Tentang alam, tentang jiwa, ilmu pengurusan, ilmu saintifik dan pegangan agama. Tak di nafikan bohonglah saya kalau tak ada satu pun yang baik saya dapat dari ESQ ni. Ada... Terima kasih ESQ. Tapi dalam pada kebaikan itu, masih ada ruang perlu di perbaiki contohnya perjalanan kursusnya. Kupasan perlu di selaraskan supaya tak ujud soalan soalan yang jammedkan otak. Sesi hulur mikrofon semasa berdoa, tiadakan - menganggu sesi peribadi peserta dengan Allah. Biarkan saja. Kita berdoa pada Allah, peribadi sifatnya. Bukan untuk di kongsi dengar pada semua orang. Apatah lagi mikrofon di hulur pada perempuan (ya, Ustaz Zaharuddin, masih berlaku lagi... Burung terbang tu pun masih ada lagi dan tak di nyatakan bahawa itu hanya ilustrasi saja) Pandangan Mufti Wilayah Harus di teliti.
Kalau Rasulullah di bilang gila kerana berbeza membangkang pandangan kebanyakkan, apalah salahnya di beri ruang Mufti Wilayah menegur? Jangan cepat menuduh, mufti tak joinlah, mufti cuma dengar dari pihak ketigalah... Bacalah penjelasan mufti wilayah.

Bacaan lain:
Komen Peribadi Staff JAKIM dalam blognya.

Ni pula komen Dr Mohd Asri yang pretty much saya sependapat dengannya.

Soalan bonus: Patutkah diteruskan ESQ?
Jawapan saya: Patut di teruskan. Dengan kawalan Pejabat Agama sepenuhnya.

Soalan: Rekemen pada kawan kawan?
Jawapan saya: Yes. Anda PASTI akan dapat sesuatu darinya. Tak banyak sikit, anda pasti akan dapat. Sangat di syorkan buat rakan rakan, sertailah ESQ 165.

Namun yang paling saya gusar ialah: Taksub. Alumni jangan marah ya... saya pun Alumni juga... Jangan taksub ya! Dah ada antara ATS mengaku, ada banyak benda pelik berlaku dalam ESQ. Rujuk komen dalam salah satu link saya di atas tu.


Wallahuaklam. Yang baik dari Allah, yang buruk tu semestinya saya.
Tiada tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya (Nabi) Muhammad itu pesuruhNya.
p/s: Pak Andy, Pak Dudi - minta maaf. Terus dari hati ni. Orang bangang beginilah ...

layan ajalah bukansepet, layan.

gravatar

Assalamu'alaikum...

Buat julung kalinya dibawakan ke Malaysia !

ESQ Parenting Seminar
"Better Parenting for a Better World"

Pada 10/10/10 (Ahad)
di SACC, Shah Alam
akan dibawakan khas oleh Pengasas Model ESQ, Dr.(H.C.) Ary Ginanjar Agustian..
(Penerima pelbagai anugerah dalam bidang pembangunan dan pembentukan karakter)

Harga : RM740
Promosi : RM1180 utk suami&isteri (2 org) - terhad hanya untuk pasangan sahaja
Untuk : Ibu, bapa, bakal ibu, bakal bapa, pendidik dan mereka yang berumur 18 tahun keatas dan yang ingin mengenali dan mengeluarkan potensi fitrah manusia yang luar biasa.

Apa yang akan anda dapati dari seminar ini ialah :

(i.) Fahami peranan & tanggungjawab sebenar sebagai ibubapa yang menjadi faktor utama pembentukan dan perkembangan personaliti anak.
(ii.) Ketahui bagaimana cara untuk mendorong kecemerlangan karakter & potensi diri anak yang mungkin selama ini tanpa disedari kita telah menghalang anugerah Yang Maha Esa ini pada mereka.
(iii.) Pendidikan anak tidak cukup hanya sekadar intelektual, maka singkaplah bagaimana cara untuk mencemerlangkan sumber emosi dan spiritual anak
(iv.) Penyatuan perbezaan pasangan dalam mendidik anak.

''Berikan yang terbaik buat permata hati.. Ibubapa cemerlang dambaan setiap insan''

Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut tentang training ESQ, sila hubungi ESQ di talian: (03) 7728 1650 / 7725 1651,

Terima kasih.

Wassalam..