Monolog Aku.
Monolog Aku.
Terbinanya aku itu ada 3.
Aku yg jasad.
Aku yg nafsu.
Aku yg roh.
Aku jasad cari sempurna.
Aku nafsu cari jalan.
Aku roh cari redha.
Ketahuilah aku.
Sempurna itu tidak ada.
Bukan haknya, bukan sifatnya.
Ketahuilah aku.
Jalan itu tidak kekal, gembiranya fana.
Sekalis tersongsang, sengsaranya membawa ke tujuh lapis seksa.
Ketahuilah Aku.
Redha itu, amat payah.
Redha itu, amat dicari.
Redha itu, amat dirindui.
Redha itu, ntah ketemui.
Kerana Aku yg itu amat lemah.
Terkadang tuan, selalunya di bulan ramadhan. ('Ter' aja pun.)
Seringnya hamba, tewas pada aku yg berdua.
Jangan berhenti Aku, jangan berhenti. Jangan putus asa.
Dua malaikat pencatat segala.
Maha suci Tuhan, saksi sekelian alam.
20 Mac 2013.
1.00 a.m.