Archives

gravatar

Hikayat Merong Mahawangsa



Half glass full?
Half glass empty?

Bagaimana?

Saya berkesempatan menonton Hikayat Merong Mahawangsa. Saya bukan pengulas filem profesional, saya hanya penonton. Saya bayar tiket saya dan famili saya. (ya, keempat-empat anak saya, saya heret sekali)

Kesimpulannya: Berbaloi & Bangga.


Pada yang komplen komplen kata filem ni bosanlah, banyak cakaplah, CGI lajulah.... ya, okay, itu hak anda. Yang kata tertidur dalam panggung pun ada.

Tapi saya tidak. Saya enjoy every moment. 10 - 15 minit pertama seolah saya menyaksikan filem luar, bukan filem tempatan. Memang menakjubkan. Anda nak saya cari yang saya tak puas hati pada filem ini? Ada. Tapi pada saya itu bukan kesalahan, lebih pada 'boleh di perbaiki lagi'. Beza tuuu...

Sebagai penonton, pada saya casting memang tepat. Saya suka pada semua watak utama dan bagaimana mereka membawa watak mereka.

Stephen Rahman Hudges sebagai Merong Mahawangsa, Jing Lu sebagai Meng Li Hua (Puteri China), Gavin Rees StenHouse sebagai Marcus (Putera Rom), Craig Robert Fong sebagai Admiral Liu Yun (Admiral China), Wan Hanafi Su sebagai Taji, Dato’ Rahim Razali sebagai Kesum, Khir Rahman sebagai Kamawas, Ummi Nazeera sebagai Embok, Umi Aida sebagai Lang (Ibu Merong Mahawangsa) dan Mano Maniam sebagai Goan 1

Manakala Eric Karl Henrik Norman sebagai Lycius (Admiral Rom) - boleh diperbaiki lagi. Saya tak rasa kesungguhan lakonannya. Nell Ng sebagai Ying Ying - terlampau ngada ngada, kena tawan pun tak nampak bimbangnya... hmmm boleh diperbaiki lagi. Nell pelakon hebat saya tau, tapi looking on the bright side - ianya taklah sampai cacat filem ni. Oklah jugak..

Jehan Miskin sebagai Embi. Saya sayang sangat sebab Jehan Miskin tak digunakan sepenuhnya dalam filem ini. Dia pelakon yang bagus. Barangkali Yusry tak mahu Stephen ditenggelamkan oleh Jehan? Sedangkan pada saya, watak side kick perlu untuk hero, dan Jehan boleh di gunakan untuk itu.. sayang kan? ... dan siapa boleh lupa watak Jehan diri atas sampan bergoyang goyang cam nak jatuh? haha. Saya malu nak ketawa dan pandang tempat lain... mender ler...

Cermin? Aha. Ramai komplen pasal cermin digunakan untuk melawan geruda. Dah cerita dia camtu nak buat camana? Yusry mungkin boleh baiki cara meyakinkan penonton bahawa cermin tu memang berkuasa. Dahlah cermin cam cap ayam bikinannya... Orang melayu hebat karya seninya. Kalau kepala sampan, kepala kapal jentayu boleh di ukir begitu cantik, dengan kayu yang tampak keras dan bermutu, takkkanlah gitu rupa cermin 'senjata rahsia' merong tu... come onlah! Belum cerita dia arahkan cahaya ke musuh dan tak semena mena semua terjun laut... hmmm... kena perbaiki lagi teknik tu... tak convincing la bro! Stephen sebagai merong a bit macam bercakap di pentas teater.. ni filem ler bro... ko bisik pun orang dengar, tonasi boleh ubah, tak apa... And then, warna sephia filem.. huh... menganggu sungguh tonenya.

Tapi, overall, filem ni bagus. Siapa kata tak, orang tu memang buta. Mana mungkin anda nak bandingkan produksi RM 8 juta (besamaan 2.6mill U.S Dollar) dengan produksi barat?

Kos Pirates of the Caribbean: At World's End: 300 juta U.S Dollar.
Kos The Chronicles of Narnia: Prince Caspian: 225 juta U.S Dollar.

Kos Hikayat Merong Mahawanga: 2.6 juta U.S Dollar.


US2.6 juta dengan US200 juta? So, lower a bit lah your expectation. Kalau dengan US2.6 juta dia boleh buat macam ni, bayangkan kau dia ada US200 juta? Pergh. Melompat Maya Karin! haha... Soalnya, pasaran. Kos tinggi, mana nak pasarkan bang? Kira ok lah jugak, dapat jual dengan 1st option ke 72 buah negara. Tak silap saya, dalam segmen kerusi panas BernamaFM saya ada dengar panel jemputan bagi tahu, kos untuk buat filem epik memang tinggi, dan RM8 juta tu rendah sebenarnya... Kos filem epik Thailand paling rendah pun RM 40 juta. tu paling rendah tu. Kira KRU ni macam buat miracle dah, bila buat filem begini dengan kos CUMA RM 8 juta. Dapatlah kita tonton filem tempatan RM8 juta. Jadi, janganlah fussy sangat. Bising sangat. Pada saya Ok filem ni lagi dari D-War yang kos pembikinannya 32 juta U.S Dollar tu... (Korean: is a 2007 South Korean fantasy action film released in North America as Dragon Wars: D-War, War of the Dragons in Malaysia, and sometimes referred to colloquially and in some marketing materials as Dragon Wars. It is written and directed by Shim Hyung-rae. This was Korea's largest-budgeted film as of 2007.: Wikipedia)

Saya paling suka Khir Rahman. Jahatnya menjadi. Admiral China pada saya sungguh pun kayu, tapi itulah yang saya gambarkan... bro, ni kapal bawak baju puteri china? Sesuailer laksamana agak kayu, dan 'mengikut' aja cam tu... Tapi tak gagal, malah saya suka.

Filem ni, saya harap dapat membuka mata bahawa, kita tak kurang bakat. Saya bangga dengan Hikayat Merong Mahawangsa. Bukan kerana CGInya. Tapi kerana filemnya.




Saya minat Baik Punya Cilok, tapi saya kurang minat Papadom.
Saya minat Zombi Kampung Pisang, tapi saya kurang minat Estet.
Saya minat Sepet, tapi saya kurang minat Talentime.
Saya kurang minat CicakMan, menyampah MatSpy tapi saya minat Hikayat Merong Mahawangsa.
Syabas Yusry dan KRU.

rambomadonna from All About Mie said:And to be honest, if they (KRU) have another RM 14-15 million we (as in Malaysian movie) will be able to compete internationally and position ourselves in the international film industry.

Couldn't agree with her more. I see the film as half glass full. And I'm proud of it.
Pergilah menonton.

Pautan lain:
Wikipedia.
Fadz Tontonfilem.
All About Mie

layan bukansepet, layan.

gravatar

Fotografi: Kata Cikgu...


Cinta itu kompleks, kalau anda pilih untuk lihatnya begitu... :)


1. Masa saya bersekolah di Darjah 6 Sekolah Rendah Abdullah Sungai Mati Muar dulu, Cikgu Bahasa Malaysia saya iaitu Cikgu Saodah pernah mengajar saya subjek meringkaskan karangan. Hmm... sampai sekarang dah masuk umur 40 pun bodoh. Cuma ada kemajuanlah.... haha.

2. Saya belajar bubuh nombor dalam entri dari pembacaan di laman Che Det. Kalau anda warga negara Malaysia dan tak kenal Che Det, anda ada masalah.

3. Saya nak meringkaskan artikel ini yang di siarkan di Fototeacher.com nukilan Hasnuddin Abu Samah Saya bukan malas nak buat entri dan ambik jalan mudah cilok entri orang, tapi saya rasa sangat betul cakapnya sampai saya tak terkata apa apa lagi. Kalau anda nak baca direct ke laman Fototeacher pun, ada saya kisah? Ni linknya!

4. Kata Hasnuddin tentang flexibiliti panduan:
Maksud saya, apa pun yang anda baca atau belajar mengenai ‘peraturan’ artistik dalam fotografi, ianya hanyalah sekadar panduan saja sebenarnya. Tidak ada betul atau salah dalam fotografi apabila kita bercakap mengenai aspek seninya.Jangan terima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku atau apa yang diajar oleh cikgu fotografi anda. Semuanya terpulang kepada anda untuk mengubahsuai ‘panduan’ yang diberikan tersebut. Contohnya, dalam pelajaran fotografi, dikatakan, kalau rakam foto, subjek yang kita rakam mestilah tajam (sharp) difokus. Tapi itu tak semestinya. Gambar yang ‘blur’ pun boleh jadi gambar yang baik kalau kena pada tempatnya. Satu lagi contoh ialah mengenai noise. Secara teknikalnya, foto yang dirakam mestilah kurang noise, barulah gambar tu dikatakan cantik atau berkualiti. Maka sibuklah sekelian orang berlumba-lumba tukar kamera baru yang kurang noise. Dengan itu juga, ada pulak segelintir kaum, bila tengok gambar orang saja, dia cari noise! Kalau nampak noise pada gambar orang, noise itu yang dikomen dulu – bukannya nilai artistik pada gambar tersebut. Hakikatnya, gambar yang ada noise pun boleh jadi gambar yang berjaya kalau kena pada tempatnya. Kalau gambar yang ada noise tu ada kekuatan lain seperti aksi yang sangat menarik contohnya, maka kelemahan noise tu bolehlah diabaikan saja.


5. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang orang awam:
Pendapat orang awam yang tak mahir fotografi pun adakalanya kita perlu ambil kira. Sebabnya ialah kerana mereka tak pandai fotografilah! Jadi, penilaian mereka tidak akan terikat dengan kualiti teknikal fotografi semata-mata. Mereka akan terus menilai sesuatu foto itu secara keseluruhannya. Kalau gambar tu dapat menarik perhatian mereka, mereka akan kata cantik. Tapi, kita janganlah cepat perasan. Selalunya di Facebook ni, orang komen sebab nak jaga hati kita dan nak memeriahkan suasana. Kalau setakat komen seperti ‘nice’ atau ‘good job bro’, anggaplah itu sebagai satu cara untuk mengeratkan silaturrahim…


6. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang jangan syok sendiri:
Sama juga kalau kita rakam gambar kahwin untuk pengantin. Cantik atau tidak gambar tu akhirnya pelanggan yang akan nilai. Baiklah anda pastikan dia suka gambar tu, kalau tidak, susah dia nak bayar. Sebagai jurugambar, kita akan lebih terarah untuk pilih gambar yang kita susah nak rakam. Kita juga akan lebih cenderung untuk ‘suka’ kepada gambar dengan teknik-teknik yang kononnya berseni seperti rakaman secara silhouette, moment yang pelik dan close-up gambar kaki dan sebagainya. Tapi, adakah pelanggan kita suka gambar macam ni?


7. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang Photoshop:
Fotografi ni satu bidang yang luas. Ada orang yang tak berapa nampak keluasan fotografi ni. Contohnya pasal penggunaan Photoshop. Ada segolongan orang yang tak berapa pandai rakam gambar, (dah tak pandai, tak mau belajar pulak…) Gambar yang dirakam selalunya tak berapa elok. Lalu, banyak kerja mencantikkan gambar dibuat di dalam Photoshop. Kita kata, kalau nak jadi jurugambar, mesti boleh rakam gambar dengan sesempurna mungkin di dalam kamera. Kita masukkan gambar dalam Photoshop untuk mencantikkan lagi gambar yang dah sedia cantik. Tapi, adakah salah kalau buat banyak kerja foto dalam Photoshop? Tak salah. Memang tak salah. Tapi, orang yang buat banyak kerja dalam Photoshop tidak sesuai dipanggil sebagai jurugambar. Dia adalah artis photo manupulation atau ada orang panggil artis foto-grafik. Salahkah artis foto-grafik? Tak salah, dia juga adalah insan seni dan karyanya diiktiraf sebagai karya seni. Adakah foto-grafik juga diiktiraf sebagai fotografi? Ya, foto-grafik juga diterima sebagai satu cabang dari fotografi, tetapi ianya hanyalah pecahan dari bidang fotografi yang luas. Jadi apa yang salah? (biasalah, kita kena cari juga orang yang perlu dipersalahkan) Saya rasa, yang salah atau yang tak berapa tepat ialah, orang yang buat banyak kerja dalam Photoshop, dia tak pandai ambik gambar, tapi dia mengaku kata dia professional photographer. Itu macam, boleh jejaskan nama baik jurugambar lainlah…


8. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang gila kamera:
Sama juga macam jenis orang yang suka beli kamera mahal-mahal dan asyik beli kamera untuk penuhkan dry box dia. Kemudian asyik beli dry box lagi untuk isi kamera baru lagi. Salahkah orang macam ni? Tak salah. Sebab nombor satu ialah – dia beli kamera pakai duit dia sendiri, dia bukannya mencuri. Jadi apa yang salah? Nak kata salah tu, kasar sangat bunyinya. Cuma kita rasa tak sesuailah kalau orang yang asyik beli kamera ni gelar diri dia seorang jurugambar, tetapi dia hanya sibuk bergaya dengan kamera, ikut orang pergi shooting, lepas tu komen gambar orang, tapi gambar dia orang lain tak pernah tengok. Orang macam ni boleh memberi tanggapan yang mengelirukan kepada bidang fotografi dan paling bahaya ialah dia boleh meracun orang lain untuk habiskan duit beli barang fotografi tanpa ada apa-apa kemajuan dalam penghasilan gambar itu sendiri.Sebenarnya, saya kagum juga dengan golongan yang suka beli kamera ini. Cuma mereka tidak begitu sesuai dikategorikan sebagai jurugambar. Mereka lebih sesuai dikategorikan sebagai camera collector.


9. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang fotografi
Fotografi bukan matematik, fotografi satu bidang yang subjektif…


10. Kata bukansepet
Betul, betul, betul. Cikgu Hasnuddin - Spot On!

p/s: Cikgu Saodah Ooo Cikgu Saodah... ni boleh dapat berapa markah ni?
layan bukansepet, layan.