Fotografi: Kata Cikgu...
1. Masa saya bersekolah di Darjah 6 Sekolah Rendah Abdullah Sungai Mati Muar dulu, Cikgu Bahasa Malaysia saya iaitu Cikgu Saodah pernah mengajar saya subjek meringkaskan karangan. Hmm... sampai sekarang dah masuk umur 40 pun bodoh. Cuma ada kemajuanlah.... haha.
2. Saya belajar bubuh nombor dalam entri dari pembacaan di laman Che Det. Kalau anda warga negara Malaysia dan tak kenal Che Det, anda ada masalah.
3. Saya nak meringkaskan artikel ini yang di siarkan di Fototeacher.com nukilan Hasnuddin Abu Samah Saya bukan malas nak buat entri dan ambik jalan mudah cilok entri orang, tapi saya rasa sangat betul cakapnya sampai saya tak terkata apa apa lagi. Kalau anda nak baca direct ke laman Fototeacher pun, ada saya kisah? Ni linknya!
4. Kata Hasnuddin tentang flexibiliti panduan:
Maksud saya, apa pun yang anda baca atau belajar mengenai ‘peraturan’ artistik dalam fotografi, ianya hanyalah sekadar panduan saja sebenarnya. Tidak ada betul atau salah dalam fotografi apabila kita bercakap mengenai aspek seninya.Jangan terima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku atau apa yang diajar oleh cikgu fotografi anda. Semuanya terpulang kepada anda untuk mengubahsuai ‘panduan’ yang diberikan tersebut. Contohnya, dalam pelajaran fotografi, dikatakan, kalau rakam foto, subjek yang kita rakam mestilah tajam (sharp) difokus. Tapi itu tak semestinya. Gambar yang ‘blur’ pun boleh jadi gambar yang baik kalau kena pada tempatnya. Satu lagi contoh ialah mengenai noise. Secara teknikalnya, foto yang dirakam mestilah kurang noise, barulah gambar tu dikatakan cantik atau berkualiti. Maka sibuklah sekelian orang berlumba-lumba tukar kamera baru yang kurang noise. Dengan itu juga, ada pulak segelintir kaum, bila tengok gambar orang saja, dia cari noise! Kalau nampak noise pada gambar orang, noise itu yang dikomen dulu – bukannya nilai artistik pada gambar tersebut. Hakikatnya, gambar yang ada noise pun boleh jadi gambar yang berjaya kalau kena pada tempatnya. Kalau gambar yang ada noise tu ada kekuatan lain seperti aksi yang sangat menarik contohnya, maka kelemahan noise tu bolehlah diabaikan saja.
5. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang orang awam:
Pendapat orang awam yang tak mahir fotografi pun adakalanya kita perlu ambil kira. Sebabnya ialah kerana mereka tak pandai fotografilah! Jadi, penilaian mereka tidak akan terikat dengan kualiti teknikal fotografi semata-mata. Mereka akan terus menilai sesuatu foto itu secara keseluruhannya. Kalau gambar tu dapat menarik perhatian mereka, mereka akan kata cantik. Tapi, kita janganlah cepat perasan. Selalunya di Facebook ni, orang komen sebab nak jaga hati kita dan nak memeriahkan suasana. Kalau setakat komen seperti ‘nice’ atau ‘good job bro’, anggaplah itu sebagai satu cara untuk mengeratkan silaturrahim…
6. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang jangan syok sendiri:
Sama juga kalau kita rakam gambar kahwin untuk pengantin. Cantik atau tidak gambar tu akhirnya pelanggan yang akan nilai. Baiklah anda pastikan dia suka gambar tu, kalau tidak, susah dia nak bayar. Sebagai jurugambar, kita akan lebih terarah untuk pilih gambar yang kita susah nak rakam. Kita juga akan lebih cenderung untuk ‘suka’ kepada gambar dengan teknik-teknik yang kononnya berseni seperti rakaman secara silhouette, moment yang pelik dan close-up gambar kaki dan sebagainya. Tapi, adakah pelanggan kita suka gambar macam ni?
7. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang Photoshop:
Fotografi ni satu bidang yang luas. Ada orang yang tak berapa nampak keluasan fotografi ni. Contohnya pasal penggunaan Photoshop. Ada segolongan orang yang tak berapa pandai rakam gambar, (dah tak pandai, tak mau belajar pulak…) Gambar yang dirakam selalunya tak berapa elok. Lalu, banyak kerja mencantikkan gambar dibuat di dalam Photoshop. Kita kata, kalau nak jadi jurugambar, mesti boleh rakam gambar dengan sesempurna mungkin di dalam kamera. Kita masukkan gambar dalam Photoshop untuk mencantikkan lagi gambar yang dah sedia cantik. Tapi, adakah salah kalau buat banyak kerja foto dalam Photoshop? Tak salah. Memang tak salah. Tapi, orang yang buat banyak kerja dalam Photoshop tidak sesuai dipanggil sebagai jurugambar. Dia adalah artis photo manupulation atau ada orang panggil artis foto-grafik. Salahkah artis foto-grafik? Tak salah, dia juga adalah insan seni dan karyanya diiktiraf sebagai karya seni. Adakah foto-grafik juga diiktiraf sebagai fotografi? Ya, foto-grafik juga diterima sebagai satu cabang dari fotografi, tetapi ianya hanyalah pecahan dari bidang fotografi yang luas. Jadi apa yang salah? (biasalah, kita kena cari juga orang yang perlu dipersalahkan) Saya rasa, yang salah atau yang tak berapa tepat ialah, orang yang buat banyak kerja dalam Photoshop, dia tak pandai ambik gambar, tapi dia mengaku kata dia professional photographer. Itu macam, boleh jejaskan nama baik jurugambar lainlah…
8. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang gila kamera:
Sama juga macam jenis orang yang suka beli kamera mahal-mahal dan asyik beli kamera untuk penuhkan dry box dia. Kemudian asyik beli dry box lagi untuk isi kamera baru lagi. Salahkah orang macam ni? Tak salah. Sebab nombor satu ialah – dia beli kamera pakai duit dia sendiri, dia bukannya mencuri. Jadi apa yang salah? Nak kata salah tu, kasar sangat bunyinya. Cuma kita rasa tak sesuailah kalau orang yang asyik beli kamera ni gelar diri dia seorang jurugambar, tetapi dia hanya sibuk bergaya dengan kamera, ikut orang pergi shooting, lepas tu komen gambar orang, tapi gambar dia orang lain tak pernah tengok. Orang macam ni boleh memberi tanggapan yang mengelirukan kepada bidang fotografi dan paling bahaya ialah dia boleh meracun orang lain untuk habiskan duit beli barang fotografi tanpa ada apa-apa kemajuan dalam penghasilan gambar itu sendiri.Sebenarnya, saya kagum juga dengan golongan yang suka beli kamera ini. Cuma mereka tidak begitu sesuai dikategorikan sebagai jurugambar. Mereka lebih sesuai dikategorikan sebagai camera collector.
9. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang fotografi
Fotografi bukan matematik, fotografi satu bidang yang subjektif…
10. Kata bukansepet
Betul, betul, betul. Cikgu Hasnuddin - Spot On!
p/s: Cikgu Saodah Ooo Cikgu Saodah... ni boleh dapat berapa markah ni?
layan bukansepet, layan.
ada adik ipar sorang mmg tgh berjinak-jinak nk tackel ilmu tentang fotografi ni. time nikah dulu, boleh dikatakan dia jadi cameraman pro saya
Untung lah tu! Save bajet. hehe...
Saya sendiri pun banyak lagi yang tak tau...
Post a Comment