Archives

gravatar

Lirik Lagu Bagaikan Puteri – Breakfast Band




Lirik Lagu Bagaikan Puteri – Breakfast Band

Jika aku jadi bintang
Kan ku berikan mu
Cahaya sinar cinta
Yang terang oh
Kau bagai puteri cantik sekali
Indah senyum mu penawar hati

Kau gadis ku mimpi
Dalam tidur ku
Tak puas malam ku bersama mu
Ku berlari jauh mengejar cinta mu
Agar kau kan menjadi milik ku

Korus
Hati, hatiku runsing
Bila kau tiada takkan sempurna rasa
Jiwaku oh
Aku perlu kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu

Ulang Korus

Kau gadisku mimpi
Dalam tidur ku
Tak puas malamku bersama mu
Ku berlari jauh mengejar cinta mu

Agar kau kan menjadi milik ku



Kata bukansepet:

Bagus bebudak ni. Muzik dah cam Meet Uncle Hussein. Vokal dah macam Faizal Tahir pun ada.
Ni yang buat aku semangat nak dengar lagu lagu melayu ni. Automatik malam tadi aku capai gitar dan cari kod lagu ini. Siap boleh sound anak aku - 'pelan sikit tibi tu. Abah nak feel ni'. Haha! Nak nyanyi lagu najwa latip cinta muka buku, malu ler pulak.
Alah.. bukan pandai main pun, main tabur aja, asal ada bunyi sikit lebih kurang tu - halallah!

Lemau juga kalau layan lagu korea hehari. Kita kasi tukarlah... :)
Sapa kata lagu kita tak best?

layan bukansepet, layan.

gravatar

Rumah Terbuka Open House: Antara realiti dan fantasi.


Semalam habislah sesi raya 2011 secara official. 30hb Syawal 1432H.

Hmm.. Bukanlah banyak open house aku pergi pun. Aku sendiri tidak buat open house. Aku hanya mengiyakan sesiapa yang ingin berkunjung ke rumah aku. Kalau ramai, wife aku masak masak ler sikit. Tu kira open house ke?

Entri aku kali ini hanyalah percisan minda aku. Aku tertanya tanya:

Raya tu ziarah ke makan makan?

Di mana konsep silaturrahim hari raya? Ni maksud aku.

Kes 1:
Korang plan hujung minggu ni nak pergi raya rumah mak sedara. Lama tak jumpa. Tetiba ada kawan sepejabat ajak ke rumah dia open house. Nak sedapkan citer, 3-4 orang la jugak yg ajak.

Now is the dilema. Korang nak ke rumah mak sedara (as plan) atau ke rumah kawan?

Mak sedara tak buat open house. Kawan buat. Korang memang nak pergi rumah kawan tu, tapi at your own sweet time laa.. Ni macam dah kena 'paksa' ni. Memanglah kawan tu tak paksa... tapi kalau datang lain waktu, kena tanya pulak, apasal hari tu tak datang masa aku buat open house?
To make thing worse, next monday kena perli "Orang tak sudi, nak buat camana..."

What do you do?


Kes 2:
Pergi open house. Salam tuan rumah. Pergh. Bapak meriah brader. KFC, mee bandung, soto dan segala mak nenek nak makan ada... korang lantak giler punya enjoy. Pelan pelan kayuh amik makanan, cari meja nak parking makan. Pas makan, tambah. dan lagi. dan lagi. dan lagi. Orang makan meja sebelah, haram ko tak kenal. Ntah sapa ntah. Dan korang pun never bother nak tanya camana dia kenal tuan rumah. Abis makan, jumpa tuan rumah. Salam. Minta maaf. Chalo.

Biasa tak jumpa keadaan ni?



Kata bukansepet:

Dalam kes 1. Clearly sekarang ni manusia duduk dalam alam fantasi. Fantasinya, kalau buat open house, Orang yang datang tu ikhlas nak datang. Realitinya, Ada yang dalam mode terpaksa brader... ni org kata paksarela! In the end, rumah kawan semua kita attend. Rumah mak sedara - haram. Sebab tak ada open house. Bangang tahap cipan kita ni.

Dalam kes 2. Mana silaturrahimnya? Bayangkan kalau kawan tu buat di rumah dia. Visitor cuma kita dan orang yg makan meja sebelah tu. Dah tentu kita akan borak dengan dia kan? Dah tentu tuan rumah layan kita dan bercerita panjang kan? Taklah jumpa masa datang dan balik aja. Fantasinya: Kita ingat kita raya dan menjalinkan ukhwah. Realitinya: Sebenarnya kita melantak!Bila menu tak best jadi umpatan...

Pada aku, bila aku raya, aku memang nak raya. Memang nak jumpa ko. Memang nak sembang. Ziarah. Silaturrahim. Bukan nak makan. Aku ada duit. Restoran pun banyak. Yang lebih penting adalah ziarah dan silaturrahim. Dan begitu juga kalau orang nak datang rumah aku. Aku alu alukan. Apa yang adalah kita makan ya? kalau kueh raya dah abis, keropok moni pun kalau makan dengan rakan sambil borak, sedap aja. Paling bangsat pun takkan rumah aku tak ada teh jalang dan buat cucur kodok bilis. Wife aku expert bab bab ni. Insyaallah.

Konsep Ziarah & Silaturrahim pada aku, semakin hilang dalam budaya kita berhari raya.
How I wish things turn back like the old days... cam zaman kampung-kampung dulu!

Sigh...
layan bukansepet, layan.

gravatar

Hantu Bonceng: Parah.

Ok. Aku ngaku. Aku tak pergi pawagam pun untuk tengok cerita ni. Aku pergi pawagam tengok cerita Smurfs 3D dan Raya Tak Jadi.

Tapi entri ni untuk filem hantu bonceng.

Selain dari Juliana Evans yang memukau, memang tak ada apa pun boleh di banggakan cerita ni.
Ntah camanalah Ahmad Idham kata Siti Nurhaliza boleh 'dapat' mesej yang dia cuba sampaikan dalam filem tu. For all we know sesilap dalam keter Dato Siti mengutuk tak ingat filem tu dengan dato K. Takkan nak citer camtu ngan Ahmad idhamm kuuttt....!

'Dapat' mesej? Hampeh.
Semua pakai spoon feed. Agama seperti di persenda. Jalan cerita tak masuk akal.
Memula citer hantu, pastu citer mat rempit, pastu citer budak kampung naif, pastu jeles sana jeles sini, citer kawan tak cukup air otaknya, citer abg agama yg nampak cam tangkap muat, last last, eh eh ada gaduh. Ada nasi kangkang....

Alamak... totally carca merba. Bak kata anak buah aku, filem arah pakai Jub**!

Here my question:

Atas nama komedi, perluke di korbankan kualiti?

Nasib baik aku tengok kat youtube aja... fuh.