gravatar

Hantu Bonceng: Parah.

Ok. Aku ngaku. Aku tak pergi pawagam pun untuk tengok cerita ni. Aku pergi pawagam tengok cerita Smurfs 3D dan Raya Tak Jadi.

Tapi entri ni untuk filem hantu bonceng.

Selain dari Juliana Evans yang memukau, memang tak ada apa pun boleh di banggakan cerita ni.
Ntah camanalah Ahmad Idham kata Siti Nurhaliza boleh 'dapat' mesej yang dia cuba sampaikan dalam filem tu. For all we know sesilap dalam keter Dato Siti mengutuk tak ingat filem tu dengan dato K. Takkan nak citer camtu ngan Ahmad idhamm kuuttt....!

'Dapat' mesej? Hampeh.
Semua pakai spoon feed. Agama seperti di persenda. Jalan cerita tak masuk akal.
Memula citer hantu, pastu citer mat rempit, pastu citer budak kampung naif, pastu jeles sana jeles sini, citer kawan tak cukup air otaknya, citer abg agama yg nampak cam tangkap muat, last last, eh eh ada gaduh. Ada nasi kangkang....

Alamak... totally carca merba. Bak kata anak buah aku, filem arah pakai Jub**!

Here my question:

Atas nama komedi, perluke di korbankan kualiti?

Nasib baik aku tengok kat youtube aja... fuh.