Archives

gravatar

Raw Android Photo Effects


Acapkali bila balik kampung, saya tak pernah tinggalkan kamera Canon EOS 450d kesayangan saya. Ya, kamera lama, tapi memang saya sayang. Bila di kampung, jiwa tenang, gambar pun jadi lebih menarik.

Cuma masalah timbul bila nak update gambar ke facebook. Maklumlah saya suka mengambil gambar menggunakan format RAW. Format Canon RAW ni nak convert ke JPG kena guna software di PC. Memang betul boleh aja shoot guna RAW+JPG tapi saiz akan berkali ganda besar, dan format JPG terhasil adalah mentah seperti RAW. Kalau shoot setting dah betul, cantiklah JPG, kalau tak, kena juga masuk PC kan? Di komputer selalunya saya guna 3 software:

  • Canon DPP
  • Adobe CS
  • Adobe Lightroom

Bila balik kampung saya tak bawa notebook. Apa barang punggah gajet sana sini ya tak? Dah macam orang nak pergi perang pulak! Paling tidak saya bawa balik tablet Acer Iconia saya. (Tu pun pasal muat dalam handbag wife! - dia tak marah, dia nak guna pun).

Jadi saya terfikir, takkanlah saya tak boleh proses guna Tablet ni aja?
Jawapannya ya!

Apa yang anda perlukan:

  • Tablet dengan kemudahan USB
  • Memory Card Reader 
  • Download perisian dari Market/Google Play - Raw Droid 
  • Download perisian dari Market/Google Play - Resize Lite
  • Download perisian dari Market/Google Play - Little Photo
Caranya:

1. Oleh kerana gambar dalam format RAW, saiznya memang besar. Dan menggunakan memory card  reader bagi membaca KESEMUA gambar gambar RAW anda menggunakan tablet adalah GILA. Hang doh! Jadi gunakan file manager anda (Saya guna ASTRO File Manager) copy fail RAW (*.CR2) yang anda suka aja ke tablet anda. Letak dalam 1 folder. Dalam 5-6 keping should be ok. Kalau lebih, create another folder.


2. Buka perisian RawDroid yang anda download tu. Tekan butang menu dan browse ke folder gambar anda di tablet. Pilih gambar anda dan tekan menu capaian file dan save. Ia akan jadi format JPG.



3. Buka perisian Resize lite. Tekan Button menu mula mula (di atas skrin) dan select file size di kehendaki. Untuk facebook saya pilih SVGA 800x600. Tekan Menu dan select Image. Cari kembali gambar JPG anda dah save tadi. Tekan button ke 2 dan akan lihat ia bertukar frame landscape atau portrait. Bagusnya resize lite anda boleh crop image ikut mahu anda. Nak sengetkan cuma guna jari, pegang penjuru dan twist. Mudah Gila. Resize Lite juga membolehkan anda edit ringan gambar tu. Tekan menu -> more -> akan ada sharpness, blur, brightness contrast. Bolehlah tu...Button ke 3 4 dan 5 - fikir sendiri. Takkan semua nak ajar... Dah selesai tekan menu -> output image.



4. Buka perisian Little Photo. Perisian ini membolehkan anda tambah effect gambar seperti sephia, lomo, b&w, dan 70 effect lain. 70? ya. 70! Lightroom pun tergugat! Perisian ni tricky sikit. Masa mula mula dia suruh tekan camera utk mula. Saya malas nak fikir, saya snap aja guna tablet tu satu gambar. Kemudian ia akan masuk mode edit. Kanan menu tu gelap aja kan? Cuba tekan kanan tengok. Tadaaa! ada menu! Tapi kita bukan nak edit gambar yang tablet tu tadi ambil kan? So tekan menu dan pilih Load Another Photo. Browse ke gambar dari resize lite tadi dan anda tahulah apa nak buat berikutnya. Cubalah dan little photo membenarkan anda tambah text di gambar. Gila cool!

Save atau post ke facebook terus - pilihan anda.

Bonus:



Kadangkala bagi menjimatkan masa upload gambar ke facebook, saya suka buat bentuk collage. Dalam Android perisian yang saya gunakan ialah Turbo Collage. Bolehlah!



Kesimpulannya:

   Komputer -> Canon DPP -> Adobe CS -> Adobe Lightroom.
= Tablet -> RawDroid -> Resize Lite -> Little Photo.

Atau anda boleh saja guna Instagram atau One Man With Camera. Tapi buat saya, payah juga nak dapat instagram yang boleh zoom 300mm macam lens Sigma 70-300mm APO saya buat!

Last but not least - Gambar di bawah di ambil menggunakan Canon RAW - ISO 800, f4, 1/125, Focal length 300 mm. Completely transfer to tablet, edit, proses and post using Android Apps. Pergh!
 

Selamat Mencuba!

layan bukansepet, layan.



gravatar

Ramadhan



'Blogger?'

'Dulu. Kini tak.'

'Naper?'


'Pernah dulu sehari 1 entry. Pastu, seminggu 2 entry.'

'La ni?'

'Bila ada gesa entry!'

Hahahaha! Kami sama sama ketawa.

'Kamu?, blogger?'

'Pernah ada. Lama dah tak update pun.'

'Kira puasa la ni. Sempena ramadhan kut?'

'Puasa mender. Password pun dah tak ingat dah! Dah peringkat uzur tunggu mati punya blogger ni!'

Lagi sekali berderai kami ketawa.

Pap! lagi lagi tepuk dahi stail dean sham. Ramadan ni gua blum ada entry.

Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa dari bilaadagesablogger.

Kamu, puasa?

Layan bukansepet, layan.


gravatar

Sampai hati lelabah.


Semalam gua layan citer hebat the amazing spiderman.

Pap! gua tepuk dahi.

Spiderman 1 Cicakman 0.

Walaupun cicakman kita keding dan tak ada ekor, cicakman amerika berekor tapi tak ada lidah panjang dan bercabang, tapi mereka sespesis. Terang terang mereka sudah malukan cicak dan keluarga mereka.

Ini macam aaa... itu Yusri  kru kena buat lagi  sambungan filem cicakman. Gua pikir watak anti heronya kita bagi orang lelabah pulak. Amacam?

Tak payah terima kasih. Gua tau gua genius.

Layan bukansepet, layan.

gravatar

Jawa the spirit.



Isteri saya mempunyai darah keturunan jawa - sebelah bapa. Agaknya dah jadi kebiasaan. Kalau mak jawa, anak mesti pandai ngomong jowo. Tapi sebab ini belah bapa, isteri saya tidak tahu berbahasa jawa.

Tapi itu bukan penghalang anak lanang saya yang darjah satu kini bersemangat jawa yang kental. Sungguh kental.

Sebab itu dalam aquarium ikan saya yang baru berusia 3 hari, ada tempe goreng... nak bagi ikan makan katanya.

Bertuah punya budak.

Layan bukansepet, layan.

gravatar

Topeng.



FB:
A: sksjhdmsowls!, sjsj! sksssjsj....!!!! OMG ....swhdjhwj! sososs! whjw?
B: kjsksjsjs. jJSjslsmn sjjsjs. kjsksks! lol!
C: pwkdmk! kjsksk.
A: kjdjdke. ksk ksksmn HANGOUT nsjsjs?
B: jsjsks BUSY kjsksk. JSjsksm KAHWIN ...jsjsj. sjsjsjs?
A: skjsks. Jkamd, kskkem ksksk, MAK sksksk HOSPITAL ksks.
B: ksks.... C, kdkd pejens?
C: pejens.



HANGOUT DAY. (Real Life)

D: Mana A & B?
E: Ntah. Tak join kut.
D: Dalam FB bergegar, kecoh yang amat.
E: Tu FB.... Selalunya yang kecoh dalam FB ni kat luar, tak reti bercakap.Kalau ada pun, busy manjang kehulu hilir dengan iPad. Duk update dia dimana, buat apa, ambik gambar sana, ambik gambar sini.
D: Barangkali... Mana C?
E: Tuu... yang duk kat hujung senyap sunyi ngadap iPad tu. Kita duk sibuk borak sini, dia sengsorang ngadap iPad kat sana. Dah dekat 2 jam tu. Baik tak payah attend hangout! Ada pun serupa tak ada aja.
D: Hmmm...


FB:
C Status: 
Woi! A, B Rugi korang tak join hangout! Meriah. (Snap photo - upload) Best kat sini. Dapat borak borak. D ada, E ada... memang bestlah!

A: Jelesnya...
B: Kim salam ajalah...

Loser.
layan bukansepet, layan.


gravatar

Entri macam dean sham.



Pap! aku ada blog rupanya! - kata dean sham.

Pap! anak aku dah ada blog rupanya! - kata bukansepet.

Masa itu berjisim meskipun tak berjasad. Halimunan. Sebab tu kita tahu ia mampu berlari.

layan bukansepet, layan.

gravatar

April 2012.



baru bulan 4... jauh lagi perjalanan 2012.

gravatar

ESQ 165 - again.

Julai 20, 2010.

Saya letak entri ini. Lama tu. Setahun lebih dulu, hampir nak dekat 2 tahun entri tersebut.

 Ringkasnya, masa itu lagi saya dah rasa ada yang tak kena dengan diri saya selepas menyertai kursus ESQ 165. Pendirian saya masih kekal, ESQ 165 bukan sepenuhnya teruk. Ada juga ilmu yang dapat kita manafaatkan. Cuma saya ada masalah dengan kupasannya. Juga ciri ciri ketaksuban pemimpin yang saya dapat 'rasa' getarnya dalam nada dan persembahannya.

Jujurnya, saya agak takut masa saya loadkan entri Julai 2010 tersebut. Perbualan di kalangan rakan sepejabat ada yang sinikal tentang pendirian saya. Seolah saya tak menghargai ilmu. Saya sendiri jahil, nak komen komen orang ibaratnya... Saya ni tak betul agaknya. Pada masa itu, saya pun sangsi, jejangan memang saya yang tak betul.

Tapi apa boleh buat. Itulah saya. Saya percaya ilmu itu hak Allah. Rasa itu pun milik Allah. Dan ilmu Allah bukan untuk di perdagangkan.

Terkini, apa dah jadi?

Pengakuan Kesesatan ESQ 165 Dan Ary Ginanjar Agustian Oleh Alumni ESQ 165, Bekas Pekerja dan Trainer (ATS)

Youtube pun ada.

Jadi, bukanlah saya seorang rupanya.
Semoga kebenaran terbukti.

Wallahualam.
layan bukansepet, layan.

gravatar

Bunohan. Bukan Review.




Sebenarnya, filem terbaik dan paling memuaskan hati aku. Malangnya aku gagal merungkai kata kata bagi menghubungkan pemikiranku dengan jejari yang menaip blog ini.

Aku tahu apa yang aku rasa.
Aku tak pandai luahkan apa yang aku tahu.

Mujurlah.

Mereka ini, mampu. Dan semestinya lebih baik dari pemikiran aku sendiri.
Rujuk sini:


Fadz - TONTONFILEM


Fadz - TONTONFILEM (tambahan)


Hikayat Sinaga naga


Kalau ada pun yang aku kesalkan, ialah aku gagal mencari gambar Husyairi Hussin - yang memegang watak Jolok dalam filem ini, yang pada aku sangat meyakinkan selain dari Faizal Hussin sebagai Ilham.

Bunohan. Truely a class on its own. Patutlah filem ini ke layar antarabangsa dulu sebelum ke layar tempatan. Cerita yang sangat bagus dan membuat kita menimbang sendiri antara persepsi dan rasa perikemanusiaan sejagat. Hakikatnya, hanya Tuhan layak mengadili. Yang baik belum tentu baiknya. Yang jahat, tak pasti jahatnya... Wallahualam.

Paling berbekas jiwa aku saat Ilham minta Deng pelepas adiknya Adil dengan nyawanya sebagai galang ganti.. Serius. 2 hari lepas aku tengok filem ini. Wajah Faizal ungkapkan 'lepaskan dia' pada bront masih berbayang. Bunohan, memang berbekas.


"Kau punya besar, tapi aku punya lagi tajam.. "

layan bukansepet, layan.

gravatar

Blogging via android.




"Bff baru abah kan htc desire hd".

"Abah, mana nak pisah dengan hpnya...!"

Kata kata sinis anak anak aku. Cam hawau. Nak buat camna. Ada betulnya. Sejak ada phone pintar, memang tak lekanglah kata orang. Ada aja aku nak googlekan. Ada aja status fb aku nak baca. Ada aja feeds dari google reader apps buat aku melayar blog. Paling tidak pun, maildroid - tempat aku check e-mail dan kalendar tugasan pejabat.

Ironinya, bila update blog, aku agak ortodok. Masih juga nak guna pc.  Tak feel lah update guna android. Payahlah. Lecehlah. Yang betul nya, malaslah... hahaha!

Tapi aku dah berubah. Sedangkan Usin dalam filem zombie kampung pisang yang tak ada spm, boleh ada wawasan dan berubah dalam filem hantu kak limah, kenapa tidak aku? Pergh. Groovy statement tu!

Maka aku akur. Kadangkala depan pc terutama di pejabat, dengan tugasan yang  tak pernah putus, mana ke nak ada idea update blog. Ya dak? Bila ada isu nak aku luah, pc pulak malas nak bukak. Terkadang time nak lelap lelap mata camnilah, gatal pulak nak menaip blog. Belum pernah terciptalah yob, orang punggah pc jadi bantal peluk. Ada? Orang giler gamaknya tu... Harap netbook, idaklah kaya teman ada kesemuanya tu... galaxy tab,ipad, ipad2? Haram... kalau pad tuuut tu teman tau ler!

hujung hujung aku download blogaway apps dari android market ni. Maka inilah entri pertama aku dari android. Eh, eh. Takdelah susah sangat rasanya... bolehlah!  Ni baru 2012. Tahun androidlah katakan... !

layan bukansepet, layan.

(Aaah. Sudah. Kul brapa aku nak tidur ni karang, aiseh!)


gravatar

Entri Pertama 2012.

Azam 2012?

Who want to know?
What would they do should they know about it?
What's good in telling anybody about it?
What will be the measurements of achievements?
Where is the action plan?
Is there any plan?
Will we stuck to that plan?
What counter measure that can be taken if the plan don't succeed?
What's the punishments should we fail?
Is there a KPI here?
Is there a KRA here?
If there is, who's monitoring?
Who?

Yourself?

Then stick your azam to yourself, like me. (If I have one.. you will never know don't you?)

Hahaha, quit the formality, stop following people's step, and get back to reality.
Reality is:

WHO CARES!

masuk kubur sengsorang brader...
Layan bukansepet, layan.

(what an emo statement to start 2012 - fuh. power.)