Archives

gravatar

Khidmat Fotografi Murah ( Jurugambar Perkahwinan Bajet)

Salam.

JANGAN PANGKAH DULU, JANGAN BERGERAK!

Anda di artikel yang betul. Saya tahu anda sampai sini kerana nak mencari khidmat jurufoto perkahwinan yang murah. Betul tak?

UPDATE: 2017.

Masya Allah. Sekian lama masih aktif lagi post ini, Melihat komen di bawah, nyatalah yang komen tu, tidak membaca sepenuhnya entri saya.

Tapi tak apa.

Saya tau anda sampai ke sini kerana inginkan pakej murah.

Dik, dah 2017 ni. Murah pun tak dapat lagi dik semurah dulu-dulu. Kos printing pun dah mahal dik.

Beginilah.

Pergi ke link ini, 
https://uzphotoworks.wordpress.com/

mail2ymy@gmail.com

whatsapp, email semua ada sana.
Jurugambar wanita ada. juruvideo wanita ada, jurugambar lelaki tu memanglah ada.

Shoot and Burn: RM 350. 
Album Sticky: Bawah RM 1000.
Album Photobook: Between RM 1000-RM1200
Album Custom: RM1200-RM1500.

Semua tak masuk jarak, tol dan penginapan luar lembah klang.

Sekian.
Bukansepet 2017.

ENTRY LAMA (2013) BERMULA DARI SINI:

Nama saya di alam maya ini bukansepet. Saya jurufoto sambilan. Umur saya 4 series. Pekerjaan utama saya bidang korporat. Nak kata sangat berpengalaman, tidaklah. Adalah dalam 15 pasangan macam tu yang saya ambil gambar perkahwinannya. Sikit kan? Sebab saya fokus hanya untuk keluarga. Meringankan beban kewangan pengantin, terutamanya keluarga saya. Dan saya fikir melalui blog ini, saya boleh bantu anda.

Straight to the point.

Berapa bajet?

Saya tahu anda terkejut beruk sebab kosnya mahal. Dedulu masa saya kahwin, kata isteri saya, bayar RM700 sekali dapat mak andam, fotografi, album. Sekarang?

So, berapa nak bajet?

Biar saya bantu anda. Bajet terbaik ialah RM 700.
(Wah! murah tu.)


Oleh itu, pilihan anda tak banyak. Yalah, dah bajet kita rendah, kenalah beralah.

Ini yg anda boleh cuba survey atau negotiate.

Yang Penting paling tidak dapat 1 album. Pilihan yang ada ikut turutan (paling best atas):

a) Story Album (Tak payah crystal) : RM 1500

b) Photobook 8 x 12 (40 pages) : RM 1200

c) Album Mock Up Sticky Album beserta 110 keping gambar 4R  RM 700-RM 1000

d) Imej digital - dalam dvd atau thumbdrive RM 350 - Shoot and Burn.

Bajet Rm 700 - kebarangkalian anda boleh usahakan pilihan (c) atau (d) sahaja.

Gambar besar dengan frame tu bila bila anda boleh buat sendiri. Frame tu harga lebih kurang dalam RM 50. Cuci Gambar 12RW dalam RM 45. (Kalau ada kawan photographer boleh lagi murah guna photographer rate)

Saya tau kos untuk buat seperti di atas ini tak banyak mana dan rasanya fairlah . Cuma jurufoto tu mungkin kena marah sebab bagi harga rendah dan kill market.. Yg tu, anda kenalah pandai pandai cari. Jangan minta lelebih, kesian.. Jurufoto pun nak cari makan juga. (Harga ni tak masuk kos minyak dan penginapan jurufoto ya - jika ada)


Nak Bajet RM 350 pun boleh. RM 350 - Shoot and Burn.
Saya boleh terangkan.

Boleh juga... Tapi jurufoto ambil gambar ajalah. 

Minta dia editkan tu aja yg anda boleh bargain. Sebab kalau edit sendiri, kalau anda terer tak apa.

Pastu?

Ok, pastu kalau anda nak buat sendiri album anda, yang paling senang ialah mock up sticky album tu. Pergi ke kedai gambar yg cetak album ni, tanya dia berapa kos. (Biasanya lebih mahal sebab anda bukan jurufoto) Anggaran dalam RM 100-RM200 lah - Album sekali dengan cetak gambar 4Rdalam 80-100 keping. Tapi design cover depan tu anda kena buat sendiri. Minta template photoshop (psd) dari kedai tu, dan anda godeh sendiri. Cover aja kut... Sekeping aja. Bukan nak buat setiap page macam custom/story album.

Yang penting anda ada gambar. Ada bajet kelak, buatlah sendiri kan? Tapi kalau nak senang, ikutlah nasihat saya, Anda OK lah tu.


Tapi kalau bajet anda melebihi RM 700, anda boleh pangkah sekarang. Sebab anda ada duit. Go ahead.
Artikel ini untuk pengantin yang tak berapa nak ada duit.

Majlis Perkahwinan mahal. Khemah lagi, kompang lagi, catering lagi.. tak cerita hantaran, pelamin, mekap, duit minyak rombongan, duit rokok penanggah, mana nak cari duit? (Bank ada. Buat loan. Toksah cover, saya tahu.).

Saya tulis entri ini dengan harapan boleh bantu anda.

Perkahwinan kalau boleh sekali seumur hidup. (Jgn citer kahwin 4 dengan saya)
Jadi kalau anda tidak memilih jurufoto yang betul, takkan nak ulang balik majlis kut?
Anda bayar mahal untuk catering. Anda bayar untuk pelamin. Untuk mekap. Untuk kos perjalanan keluarga.
Tapi bila majlis dah selesai, apa yang tinggal?

Isteri/Suami anda.
Lebih lebih telur rebus/lauk pauk.. k lah, bertahan lah 3 hari kut...
Lebih lebih door gift...

Tapi sebenarnya apa yang tinggal? Jawapannya KENANGAN.
dan untuk abadikan kenangan ini, maka fotolah yang jadi saksi. Jadi rujukan. Jadi imbauan pada hari bahagia anda. Dan anda nak letakkan tanggungjawap itu pada cincailah.. sesapa aja? Uissshhh....
Jadi setuju dengan saya jurufoto ini penting?

Layan bukansepet, layan.