Siri Memoria: 2000
Bahang Y2K sudah abis. Kool.
Akhirnya gua balik KL semula. Kompeni berjaya memujuk gua yang merajuk tak dapat bonus gara gara kemeletan ekonomi. Macam budak budak. Tak kool.
Tapi ni bonus wo... Gua perlu sebab nak renew roadtax insuran saga aeroback gua, kurang kurang mau makan ratus ratus. Gua punya kad kredit pulak fully use. Bersusun dalam dompet gua macam helaian daun pakau. Lengkap dari Ace sampai ke King kalau kira kad pengenalan, kad ATM, kad nikah dan segala kad. heh heh.. Sikit lagi gua punya nama tersenarai di ruangan jabatan insolvensi berita harian. Perintah hadir mahkamah bukan baru buat gua...
Tapi gua tekad. Jumpa lorong baik, gua blah.
"Lambat hari ni kak", tegur gua kat akak tudung merah belang kuning jual goreng pisang kat taman perumahan gua sewa. Kalau tak kerana wife dan anak2 suka makan goreng pisang ni, konpom gua blah.
Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.
"Ha,ah. nak keluar rumah tadi sibuk sikit. Tunggu kejap ya, akak panaskan minyak.", jelas akak tu. Gua perati akak ni dari atas motor Honda C70 gua. Kalau comel sure, akak tu perasan gua ushar dia. Tapi tak.. Akak ni memang layak dipanggil akak.
Gua perati terus. Raut wajah dia tak macam orang biasa susah. Kulit dia taklah gelap cam orang biasa niaga tepi jalan.
"Duduk mana kak?", gua pecah keadaan sebelum akak tu pulak yang perasan. Tak sanggup gua nak tambah bini tak masal masal meskipun gua hensem.
"Selayang dik.", jawap akak tu bersahaja sambil tangannya pantas menggoreng pisang dalam kuali.
Selayang? Gila bapak dari Selayang meniaga kat Ampang? Apa, Selayang tu kurang ke taman perumahan?
Gua tak tanya lanjut. Gua tau mesti ini tuntutan rezeki. Gua boleh agak mesti akak ni dulu kerja best. Sesilap akak ni ntah manager ke apa dulu. Ntah layan spa dan facial sini sana. Sebab tu kulit putih mulus sungguh pun dah berusia. Sebab tu, mata akak ni galak cam Liza Abdullah.. sebab tu potongan badan akak ni... err.. errr...automatik gua layan mata gua ke tempat lain sebelum gua pulak terpikat kat akak ni. Cheh.
Time time ni, memang banyak kompeni bungkus. VSS bermaharajalela. Sana sini orang jual goreng pisang, jual nasi lemak.
Bila tengok camtu, insaflah gua kejap.
"Berapa ringgit dik?", tanya akak tu.
"Bagi lima ringgit kak.", spontan gua jawap padahal wife suh beli RM 2 aja. Kesian. Ini hari dia. Esok lusa ntah hari gua pulak. Selisihlah.
Dapat goreng pisang, gua bubuh dalam bakul motor dan blah. Tak dapat bonus pun okay kut, dari tak ada kerja.
Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.
Post a Comment