Archives

gravatar

Sekali pergi, 16.


Awie (12 tahun) Terkilan gagal selamatkan adik - Reizman (9 tahun)

Petikan Malaysian Insider.

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Berikut adalah senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat Kajang semalam.

Sehingga awal pagi ini 16 mangsa disahkan maut.

Mangsa meninggal dunia

1. Mohd Kamarul Amizan, 11

2. Nurahimi Rosdi, 14

3. Dzahir Haziq M. Muin, 11

4. Ahmad Lokman Hakim, 11

5. Farid Ibrahim, 34

6. Mohd Azrel Azahari, 8

7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19

8. Zahid Assawal Zamri, 19

9. Mohd Mustakim Mamat, 12

10. Mohd Naerzein M. Nor, 8

11. Mohd Aiman Abdullah, 10

12. Shahrul Nurimran Adnan, 9

13. Mohd Zaim Azahawi, 14

14. Mohd Imal Fahad, 9

15. Mohd Riezman Ab Latif, 9

16. Mohd Hazim Sapri, 10


16 pergi, Menangis takkan menghidupkan mereka kembali. Masa mereka masih ada hayatnya, adakah semua pihak buat sepatutnya yang mereka buat?

Wallahualam.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin.

gravatar

Opera.


Ni bukan opera sebenar.


Kadang-kadang bila cabaran sampai, fikiran kita jadi serabut. Priority tak tentu arah, waktu cuti pun fikiran jadi melayang. Saya kira sebenarnya kita jadi takut pada ketidakpastian. Saya begitulah. Bila kita tidak tahu, kita jadi takut. Gentar.

Masa masa macam nilah, kita kena tenangkan fikiran. Kita masukkan entri blog (boleh ke...?), surf sana sini, supaya akal kita tak crash. Otak kita bukan macam hard disk. Boleh partitionkan. Tak kena kita format. Kalaulah otak kita boleh di defrag kan, saya rasa mungkin saya tak seserabut sekarang.

Masa ni, muzik amat penting sebagai terapi jiwa sambil kerja. Saya layan opera hidup dari Wings. (pergh, rasa muda lah pulak! hahaha!)

Nyanyi sama saya?

Opera Hidup
Artist: Wings

Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya


(goreng brader, goreng....)

layan bukansepet, layan.

gravatar

Menangani kepercayaan.

Suatu ketika dulu, ada seekor semut Nama dia Flik.
Dia ni suka berfikir di luar kotak, hingga kadang kala orang tak dapat terima.
Dia cipta mesin tuai, bila something wrong, semut lain senang senang naik marah.

Flik suka melihat dirinya sebagai problem solver.
Tapi semut lain anggap dia sebagai pengacau.
Termasuk keluarga di raja.
Sungguhpun tak semua, tapi semut yang percayakannya bolehlah di katakan berada
dalam kategori bebudak atau kurang penting.
Namun mereka penting buat Flik.
Sekurangnya sebagai sokongan moral.

Rata rata rakyat pakat nak keluarkan Flik dari koloni.
Sejarahnya, Koloni semut ni selalu di ganggu belalang.
 
Demi menghalau belalang, Flik ada idea baru.
Kenapa tak cari samseng lagi power untuk halau belalang.

Ini beri ruang pada koloni untuk halau Flik keluar.
Cipta alasan kononnya Flik lah hero tunggal yang mereka perlukan,
demi menyelamatkan koloni.

Walhal, asalkan Flik keluar mereka puas hati.
Namun pada yang percayakan Flik, mereka menunggu dengan harapan.

Namun cerita jadi upset bila Flik betul betul dapat bawak balik samseng.
Malangnya Flik tertipu sebab samseng di harapkan rupanya serangga sarkis.
... dan kisah Flik menjadi semakin pelik.

Flik buntu.

Begitu terharu aku dengan kisah Flik.
Sebab untuk beberapa ketika ini - akulah Flik tu.
Doakan aku.

p/s: Just enjoying my last few days sebelum di bebani amanah lebih berat oleh Pihak Syarikat.
Sesungguhnya menangani kepercayaan adalah satu beban.

gravatar

Kawan.


Dunia blog memang menakjubkan. Sebelum popularnya atau sama zamannya facebook, myspace dan friendster, blog memang dah ada. Aku start tahun 2005. Sebab tu entri pertama aku di dunia maya ni, aku kekalkan.

Macam macam cara orang berblog. Ada jadikan blog sebagai diari. Ada jadikan blog sebagai karya sastera, lontaran pandangan peribadi mengenai isu semasa, hobi, muzik dan macam macam lagi. Aku? Semua jalan. Sebab yang menulisnya aku. So?

Aku bukan seorang yang gilakan orang komen. Aku dah declare diri aku bebas di alam maya. Entri aku ni aku berkongsi bagaimana ingin jadi blogger bebas dari segi "jiwanya". Ntah betul ke tidak, terpulang.

Tapi komen kawan seorang ni, I'm touched. Barangkali di dunia maya blogger ni, dialah kawan aku yang paling lama. Aku bukan seorang pengingat yang baik. Tapi lagi hebat dia ingat aku. Dan entri ni untuk dia.

Terima kasih kawan. Terima kasih highheelseliparjepun.
You made me smile today.

gravatar

Free Lightroom 3 Presets - Download

Dalam dunia serba canggih ni semua orang / benda nak cepat kecuali inzal. (pinjam kata Sindiket Sol_jah)

1. Ni free. Sendiri Bikin. Suka ok, Tak suka jangan komplen.
2. Ni hasilnya.



Dua gambar ni pula saya google dari internet. Dalam saiz asal.




3. Suka? Kalau suka - Ni link downloadnya. Buat sendiri ni tau!

Download.


(if google brings you here, and you don't have a clue - what language I'm using, it's OK. I think you're pretty smart to understand the main point. If it's working for you, tell me. :)

Kalau berguna, bagi tau saya. :)

layan bukansepet, layan.

p/s: hmm.. pakai template lama balik.. template FB demam. Tak sempat bawak klinik. Ingat kalau dah nazak sangat, cari template lainlah pasni... kendian kendian lah kan.