Kenapa anda jadi blogger?
Hahahaha!
Gelihati saya. Best tak soalan ni?
Ada blogger mana mana yg baca ni tak?
Apa jawapan anda? (jawap dalam hati pun cukup...)
Kalau anda popular, macam artis ke, karyawan ke, DJ, selebriti...
Anda cari makan dengan blog mcm budiey...
Anda wartawan 'internet' dan aktif mencari bahan seperti sultan muzaffar ...
ya, anda perlu blog. Sebab orang memang membaca dan menanti-nanti entri anda.
Tapi kalau anda tak popular? Ha! Jawap! Jawap!
( Sebab aku nak popular ler aku tulis blog... bongok! <--- ini jawapan anda? OK. Good luck then. Entri ni tak ada kena mengena untuk anda. Anda boleh berhenti di sini. Thanks!)
Anda ada simptom di bawah ni ni tak?
1. GILARESPONMANIA
Dulu. Dululah. Saya main 'boh' aja. eh eh.. ada responlah. ada org komen.. bestnya...
2. BAIKHATIORGBERBUDIKITABERBAHASAMANIA
Pastu. Eh, org dah ke site kita ni. Kita kena ler pulak ke site derang. Baru adil.
Buh komen.. ceciput pun takper. Janji org tu tau kita dah ke blog dia... walhal.. ntah baca seimbas lalu ntah tidak entri derang tu... bukan ya ya pun... tak kisahlah! bukan derang tau, ya tak?
3. HURUHARAFIKIRENTRIMANIA
Belakang. Tiap hari pikir nak tulis topik apa ya. yg menarik sikit.
Nak taruk gambar apa ya.. pressure ler pulak...
4. BLOGHOPINGKEMPENMANIA
Alamak... follower tak ramai ni... blog hoping ler sesikit.. Make sure komen, walaupun tak rasa nak komen.. sebab bila komen, nanti ada kunjungan balas... baru syok!
5. KASIHITMANIA
Camna eh, supaya entri aku ni hit kat carian google...
Kalau anda ada simptom di atas... Tarik nafas, relax, ketawa dulu bersama saya.
HA HA HA!
Boleh kita ulang sekali lagi?
HA HA HA!
Dah? Lega?
Anda nak keluar? Ikut jalan saya.
1. Ikut Terowong LepaskanAku.
Keluar dari blog anda. Silent kan blog selama boleh. Bulan, tahun pun tak apa. Tahan diri anda dari menghantar entri baru.
2. Keluar terowong, belok kanan. Follow Jalan Jujur.
Jangan tak baca blog kawan kawan. Baca.. Cuma kalau rasa menarik dan nak komen, komen lah sejujurnya. Bukan untuk memancing hit ke blog anda sendiri.
3. Go Straight... Sampai jumpa Simpang Jalan Bebas 1. masuk situ ...
Selepas beberapa lama, anda bolehlah ber entri semula. Tapi ingat. Hanya bila anda rasa nak pos, anda pos... tak perlu ada topik khas... tak perlu ulas isu semasa... segalanya milik anda. Anda nak pos? silakan... tak ada julat waktu seminggu sekali ke, tiap dua hari ke... Tetapkan pada diri anda begitu...
4. 300 meter kedepan ada simpang ke Jalan Syok Sendiri. Masuk jalan tu.
Jangan mengharap orang baca pun blog anda... Anda pos kerana anda nak pos. Orang nak baca.. baguslah. alhamdulillah. Orang tak nak baca.. Anda tak rugi apa apa. Tak ada langsung orang baca? Eh? kan anda sendiri baca? Ok ler tu. Syok sendiri? hahaha... ya lah kan. So? Relaxlah brader... layann...
5. Anda akan jumpa signboard besar "LEBUHRAYA BEBAS". Bayar tol dan masuk lebuhraya tu...
Blog itu hak anda. Namun, jangan melampau hingga anda masuk ISA atau OSA.
6. Teruskan berada di lebuhraya tu, tapi pastikan ikut undang undang jalan raya.
Tahniah! Anda kini bebas. Ikuti langkah langkah ini. Anda akan dapat ketenangan berblog seperti saya.
Mari ketawa bersama saya? HAHAHA.
OK?
layan bukansepet. layan.
Saya orang tua yang abru blaja nak berblog. Entri tu adalah sikit2 itupun kalau rajin. Minta tips sikit macam mana nak supaya oarng pegi blog saya. Sekarang ni adalah sorang dua yang sampai, follower baru ada satu tapi komen cam tak ada langsung. Kalau ada nasihat dan panduan berguna tolong anta kat akulajuki@g.mail.com
by the way blog saya akulajuki.blogspot.com. Tapi apa-apa yang saya tulis tu semuannya pandangan dan pendapat saya sendiri tidak melibatkan orang lain kalau baca jangan ada yang tersinggung
Encik Juki.
Anda salah tempat nak tanya ni. Saya bukan pakar nak bagi blog popular.. Malu saya.
Saya rasa, eloklah encik bertanya pada blogger yang lebih popular. Contohnya Ajami Hashim, atau afdlin shauki?
Secara jujurnya, saya rasa lebih baiklah encik jangan kejar popular. Tulislah dari hati. Kalau ada orang baca, alhamdulillah. Kalau tidak anggap ajalah sebagai terapi jiwa.
Hanya pandangan peribadi. Tapi kalau nak juga... mungkin tajuk entri kena tepat. Senang google nak cari. Networking paling penting. Sentiasa ke blog dan tinggalkan 1 - 2 mesej. Ini semua adalah langkah, yang saya sendiri pun tak buat!!! hmmm.. Entri saya pun komennya kosong En. Juki. Tapi saya percaya, kalau kita tulis dari hati, kesannya akan balik kembali ke hati.
Agaknyalah... wallah hu alam.
Post a Comment