gravatar

Sekeras Kerikil vs Nur Kasih

Semalam saya berkesempatan sekali lagi menonton sekeras kerikil lakonan mantap Jalil Hamid, Fauziah Nawi, Wan Maimunah dan Rosyam Nor.

Sekali lagi saya amat kagum dengan bakat mereka. Mereka ini (kalau belum) selayaknya di beri pengiktirafan yang terbaik dalam dunia lakonan. Shukri Hashim telah pergi. Cukuplah menjadi iktibar.

Dan saya faham juga kenapa Nur Kasih begitu hit di internet. (Rujuk blog Kak Long Maizura Sini)

Lakonan pelakon Sekeras Kerikil penuh jiwa.
Lakonan pelakon Nur Kasih pun begitu.

Skrip Sekeras kerikil begitu baik, kelihatan neutral, amat senang dan dekat di hati.
Skrip Nur Kasih pun...

Ekspresi & Emosi pelakon sekeras kerikil begitu telus.
Ekspresi & Emosi pelakon Nur Kasih pada saya sungguh pun tidak sebaik sekeras kerikil secara keseluruhannya, namun pujian harus di beri pada Tiz Zaqyah dan Umi Nazeera yang amat meyakinkan. Jalalludin Hassan - tak perlu di komen. Dia berada dalam kelas tersendiri, sebaris dengan pelakon sekeras kerikil.

Justeru apakah kelebihan Nur Kasih berbanding Sekeras Kerikil? Jawapan peribadi saya yang bukan ahli dalam bidang ini, hanya satu:

"Kabir Bhatia"

Cara pengarahan, cara cerita di sampaikan secara visual, itulah yang menyebabkan Nur Kasih ini sangat berbeza.

Perbandingan memang berat sebelah, Sekeras Kerikil bukan drama bersiri, sebaliknya untuk Nur Kasih.

Tapi hati saya amat senang kerana kini drama melayu "BOLEH DI TONTON".
Alhamdulillah.