Kereta 15 tahun masuk Puspakom
Petikan dari Berita Harian: kereta-15-tahun-masuk-puspakom
KUALA LUMPUR: Mulai 1 Januari tahun depan semua kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun diwajib membuat pemeriksaan tahunan di Puspakom sebagai syarat memperbaharui cukai jalan.
...
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata keperluan pemeriksaan mandatori itu adalah langkah awal ke arah pelaksanaan sepenuhnya Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV).
...
“Buat masa ini, kerajaan membuat keputusan bahawa kenderaan yang berusia lebih 15 tahun wajib melakukan pemeriksaan bagi memastikan ia selamat dan boleh digunakan. Bagaimanapun butiran terperinci masih belum diputuskan lagi,” katanya pada sidang media selepas membentangkan dasar baru hasil kajian semula NAP di sini, semalam.
Kajian semula NAP juga antara lain:
.
.
.
- Merangka mekanisme baru untuk melaksanakan larangan pengimportan alat ganti terpakai kenderaan dalam tempoh 18 bulan akan datang.
Ini pula petikan dari Kosmo
Apabila dilaksanakan kelak, ia dijangka membabitkan hampir dua juta kenderaan yang berusia lebih 15 tahun.
"Kita telah berunding dengan pelbagai pihak dalam industri automotif sebelum menguatkuasakan peraturan ini," katanya pada sidang media yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Abdul Rahman Mamat semalam.
Kata bukansepet
Aku tak pasti aku harus menyanyi atau bersiul... (aku tak pandai bersiul sebenarnya. Engkau?)
Apa yang di check kat puspakom tu? yang ni ke?
Pemeriksaan Puspakom itu akan meliputi pemeriksaan identiti iaitu nombor casis dan enjin sementara pemeriksaan fizikal akan melibatkan maklumat berkaitan keupayaan enjin, warna, jenis badan, buatan, status, model, tahun dibuat dan kelas kegunaan serta pemeriksaan kerangka dan cermin gelap
Proton saga aku tahun 1990. Hmm.. sah kena masuk puspakom tahun depan. Aku rasa kereta aku tu, lepass.. sebab aku jaga elok. Ada tak ada, mungkin tinted kut gelap sikit, mungkin tak lepas syarat JPJ. Maklumlah, tinted murahhhh.... Yg lain ok.
Bila dengar cerita ni di HotFM, Baca di online paper.. aku syahdu teringat:
Abang ipar aku pakai Toyota LE.. alahai... org noreh getah. Kut kalu ke puspakom, rasanya kereta dia tu cat asal dalam geran konpom bukan kuning mr bean...
Mak aku. Mak aku pun pakai saga 1988. Buat berniaga kedai makan. Lantai kaki pun ada bocor sana sini.. Tayar pun pakai tayar celup. Eh eh kereta mak aku dah cat merah... dalam geran biru..
Pak Andak aku. Sabtu ni, nak gi haji. Pun pakai Mitsubishi Galant. Alaa... buat guna nak ke pekan pepagi ... sambil sambil ke pasar tu, sempatlah layan roti canai ngan teh tarik...
Aiseh.. Aku nampak banyak ler Toyota KE 20 kat dalam kem askar tu..? Tu semua kena gi puspakom gak ke?
Nyonya jual tebu kat pasar tani.. suzuki ERV lama tu.. mak datuk.. karat toksah citer ler.. allignment? hahaha.. ko jgn bagi aku gelaklah...
Paling sedih, Datsun 120Y Tonggek di pakai oleh anak sedara biras aku. Kawan tu anaknya ramai... pergiler pepagi, hantar anak ke sekolah.. sampai 2 trip setiap pagi sebelum pergi kerja naik motor... Datsun tu cat pun dah pakai cat botol kata orang...
Alamak.. ada member sorang tu.. pakai Toyota SEG. Color green goblin ko! laaa... teruk gak dia kalau masuk puspakom check bagai...
tapi yg pasti mereka ni semua kenderaannya ADA ROAD TAX!
Persoalannya: Bukan semua orang yg guna kereta lama tu senang. Peniaga pasar malam, penoreh getah, petani, pekerja kilang.. tak kurang yang guna pada kadar minimum seperti kereta buat gi kerja aja... kereta buat hantar anak gi sekolah.. kereta buat gi pasar... kereta hujung minggu aja .. berkelah kat tasik taiping...
Hantar puspakom, bukan mahal sangat pun.. bukan boleh buat org miskin pun.. abis abis dalam RM40 -RM 60 kut sekali periksa... kalau gagal, pemeriksaan semula tambah ler lagi dalam rm 15 - rm 25. Alaa.. campur campur.. kira takat habis duit ikan sayur dalam setengah bulan punya makan AJA...
Masalahnya: persediaan nak ke sana tu yg telan belanja. Tak pasti lah ya ke tidak.. cat asal.. side mirror ok . lampu belakang.. allignment.. asap enjin.. tayar baru.. lantai kerangka elok.. brek makan ikut piawaian... Aku faham ini semua bagi tujuan keselamatan.. Harap harap, standard tu rendahkanlah sikit... bayaran pemeriksaan pun, 'diskaun-diskaun' kan lah sesikit.. mana mungkin kereta dah 15 tahun sebaik, selancar kereta baru? Tang cat tu aku tak pasti... kalau cat tak sama dlm geran boleh pas.. alhamdulillah. Barulah kena ngan moto 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Di utamakan. Bravo!
Dan sedihnya, yang sumbang pada kemalangan di jalan jalan besar, lebuhraya tu semua.. sorilah nak kabo... banyak yg kenderaan bawah 15 tahun yang terlibat pun... mana taknya... kenderaan yang 15 tahun ke atas ni.. golongan marhain aja yg ramai pakai... golongan susah.. Jalan pun takat gi pasar, sekolah, kilang.. ada yg tak pernah merasa tayar cecah lebuhraya pun. Dah ler insuran third party mahal.. minyak mahal.. nak buat ni pulak...
Dah tu.. Napa lah nak susahkan mereka lagi? agaknya nak kena tukar kerajaan baru gamaknya dema ni...
(Macam aku lainn... alhamdulillah. Aku maintain kereta ni sebab sentimental value. Kereta ni dah banyak bersama aku masa susah dan senang..)
Aku rasa pasni BPR mesti kena lebih kerja keras lagi .. nak banteras rasuah dalam Puspakom.
p/s: bukansepet kata, dari ajak masuk puspakom, lagi best ajak masuk "PAPADOM'.. kena pop corn ngan coca cola light.. ajak ler abg ipar, mak, pak andak, mat tiarap, anak sedara biras ngan biras biras tu sekali, member brutal SEG goblin & yang seangkatan dengannya.. Kita kayakan Afdlin Shauki. Lagi puas hati. kan?
layan bukansepet, layan...
Ini semua perkara2 yg menyusahkan rakyat.diorang sedap la kereta semua baru2 yg sipembuat dasar pun kereta semua import ape ade hal masuk puspakom ke tak..dia pun pikir pun org kampung anak ramai ade kemudahan sikit nk di susahkan..ini ke kerajaan yg mementingkan rakyat?JANGAN salahkan rakyat kalau satu hari nanti KERAJAAN BN TUMBANG!!!
pikir2 laa org yg guna kereta 15tahun keatas tu org senang ke org susah???sipembuat dasar ni ade pakai ke kereta 15tahun?ade pernah rasa susah macam org menoreh getah?kalau betul la kerajaan mewajibkan isu ni tahun depan dengan segala hormatnya "AKU TAKKAN UNDI BN" dan kalau aku nak beli keta pun aku takkan beli keta NASIONAL yg hanya tau membebankan rakyat!!!
Anda marah, saya pun marah.
Mak, abang ipar, anak sedara biras, pak sedara, kawan pun marah.
Ramai yg marah ni ..
Thanks red. Anda memang merah.
Post a Comment