Kawan.
Dunia blog memang menakjubkan. Sebelum popularnya atau sama zamannya facebook, myspace dan friendster, blog memang dah ada. Aku start tahun 2005. Sebab tu entri pertama aku di dunia maya ni, aku kekalkan.
Macam macam cara orang berblog. Ada jadikan blog sebagai diari. Ada jadikan blog sebagai karya sastera, lontaran pandangan peribadi mengenai isu semasa, hobi, muzik dan macam macam lagi. Aku? Semua jalan. Sebab yang menulisnya aku. So?
Aku bukan seorang yang gilakan orang komen. Aku dah declare diri aku bebas di alam maya. Entri aku ni aku berkongsi bagaimana ingin jadi blogger bebas dari segi "jiwanya". Ntah betul ke tidak, terpulang.
Tapi komen kawan seorang ni, I'm touched. Barangkali di dunia maya blogger ni, dialah kawan aku yang paling lama. Aku bukan seorang pengingat yang baik. Tapi lagi hebat dia ingat aku. Dan entri ni untuk dia.
Terima kasih kawan. Terima kasih highheelseliparjepun.
You made me smile today.
Post a Comment