Archives

gravatar

CUEPACS? Wanita pembuat keputusan?

Sajaaa jer bikin panas.

Sebagai lelaki, dah tentulah saya bias kepada lelaki jadi pembuat keputusan.

Bukan apa... kata saya:

Adam di ciptakan dulu baru Hawa. Hawalah PELENGKAP Adam.
Semua Rasul lelaki.
Rasulullah lelaki.
Ayah sebagai ketua keluarga pun lelaki.
Ketua Kampung lelaki.
Imam dah sah sah lelaki.
Kepala majlis agama baca yassin - lelaki.
Majlis bersunat - lelaki.
Turun jenazah ke liang lahad - lelaki.
Sembahyangkan jenazah - lelaki.
Minta hadirin halalkan makan minum si mati - anak lelaki.
Hatta baca doa selamat - lelaki.
Tak kira halau biawak masuk rumah, ular menjalar atas katil, monyet berlari atas zink rumah, kereta rosak tengah jalan ... selalu siapa setel? lelaki.
Hatta yang tak puas hati dgn keputusan kita, nak gaduh pun senang kalau lelaki.
Kalau perempuan... errr... 'gaduh' cara lain depa bagi.


Kadang kadang ini berlaku, salah kita kaum lelaki juga. Ramai sangat yang seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit. Nak buat camna. Tapi ingat jugalah, bila kita kata ada ramai lelaki yang lemah, jangan lupa ada ramai juga wanita yang makin kurang sifat kewanitaannya.

Bukan semua lelaki betul dan bukan semua wanita pemimpin yang bagus.

Tentu ada sebab Allah jadikan lelaki sebagai pemimpin. Janganlah ber'nafsu' sangat - nak itu, nak ini, saya boleh buat tu, saya boleh buat ni. Kelebihan wanita secara amnya mereka sangat teliti, setia pada peraturan, penyayang dan simpatik. Ada tempat tertentu yang mereka memang patut jadi ketua. Tapi bukan semuaa...

Terimalah hakikat wanita PELENGKAP lelaki. Tanpa wanita, hidup lelaki tak lengkap.
Tanpa lelaki, siapalah wanita nak lengkapkan.

Tak gitu?

gravatar

Kata Pipi. Kata hati.

Kata pipi.

Sedutan entri pipiyapong:

"Dalam jiwa ni ada 3 sudut penting. Yang pertama perasaan, yang kedua fikiran dan yang ketiga, kemahuan. Jiwa yang mempunyai perasaan yang lebih biasanya dia akan jadi seniman. Kalau fikirannya lebih, akan jadilah bijak pandai atau filasuf. Manakala kemahuan yang lebih menjadikannya seorang pahlawan atau pemimpin." kata Haji Malik masa gua naik bas ekspres ke Kolumpo kelmarin.



Alamak.. bisa weh. Tu, truely kata org yang mengkaji jiwa tu. Cuma aku sikit curious la, kalau org tu tak jadi seniman atau bijak pandai atau pahlawan/pemimpin.. boleh ke aku kata org tu takder jiwa? ke jiwa kacau?

Isi tanpa kulit adalah tahi.
Kulit tanpa isi adalah bola.

Dua dua orang tak nak atau orang sepak sepak.
So... aku camna? anda camna?

p/s: Kalau anda nak baca lanjut apa pipi tulis, baca sini.


****

Kata hati.

Baru baru ni ada blogger dah tak nak layan org macam aku. (Aku pun bukan minta di layan) Puncanya? Mudah. Aku tidak menggunakan nama sendiri. Aku tidak menggunakan gambar sendiri. Secara mudahnya. Aku tiada identiti. Aku tiada kredibiliti. Aku spesies baling batu sorok tangan. Astaghfirullah. Teruknya aku.

Tapi aku terima hakikat. Setiap org berkuasa di blog masing masing. Kalau itulah pandangannya pada orang macam aku. Maka dia betul. Betul untuk dia.

Malangnya aku berpandangan lain. Aku cuba menganalisa apa yang dikata bukan siapa yang berkata. Hatta yang berkata itu pengemis sekalipun, kalau benda benar tetap benar. Waima kalau yang berkata itu imam, orang masjid pun kalau silap tetap silap.

Justeru itu aku tidak boleh menghukum orang berfikiran seperti aku. Di sini, akulah tuan tanah. Di sini aku bebaskan semua orang, seperti aku bebaskan diri aku di sini.

Lantaran kekhilafan/wasangka seperti,

"Susah sangat ke nak guna nama sendiri sebagai blogger?"
"Buruk sangat ke rupa hingga takut nak letak wajah sendiri?"


Aku sambut dengan senyuman hambar. Senyum, tapi hambar.
Mereka betul.

Aku tak pasti kenapa sinaganaga atau tok rimau tak pakai nama sendiri. Aku sebutir hama pun tak sepopular mereka. Namun aku ada sebab aku sendiri.

Secara mudahnya aku bukan kalangan orang seni. Aku orang pejabat. Aku punya kakitangan bawahan. Aku punya nama jabatan perlu di jaga. Blog adalah ruang untuk aku menjadi aku. Anda boleh kata aku hipokrit. Mungkin hipokrit agak keras. Aku panggil ia bertindak mengikut situasi. Seperti bergurau kasar dengan rakan takkan sama bergurau dengan bos. Berlawak jenaka dengan rakan di kedai mamak takkan sama dengan berlawak jenaka dengan ipar duai, mak bapak mertua di kampung.

Alasan. Ya benar. Itu semua alasan. Namun itulah aku. Tak gentleman. Kalau itulah anggapan anda pada aku, maka benarlah pernyataan itu untuk anda. Jangan hiraukan aku. Peace!

Tapi kalau anda rasa kata kata aku ada makna. Ada weightage. Aku ucapkan terima kasih. Segala yang baik dari Allah. Yang buruk itu tetap aku.

Percayalah di sebalik nama bukan sepet, di sebalik wajah Tylo (Artis grafikal kumpulan KRU - Tyco) yang aku gunakan sebagai avatar, ada manusia sebenarnya diri teguh atas kata katanya. Dan ya, kalau perlu anda ingin berjumpa orangnya, kalau kena dengan sebabnya, kenapa tidak?

Saya bukansepet.
Saya pengguna avatar Tylo dari kumpulan TYCO (KRU).

Saya adalah saya.
Kata kata ini adalah kata kata saya.

Dan, ini tanah saya.
Maafkan saya kalau saya gagal mengikut piawaian anda.

gravatar

... dengan mas kahwinnya 8300 ?

"Aku terima nikahnya xxxx bte xxxx dengan mas kahwinnya lapan ribu tiga ratus tunai."

"psst..."
"err.. jap. jap. 8300?"
"Bukan kat selangor mas kahwin rm300 ke? "
"Ooo.. dia include sekali wang hantaran as part of mas kahwin!"
"kisahnya..."
"eh, kenapa nak buat camtu lak?"
"syyh.. boleh tak jangan sibuk hal org lain. ada ler sebabnya tu. Takkan nak bagitau kita."

Ok.
*** diam. tapi pening pikir. kalau kat kelantan aku tak heran. ***

***

(majlis lain)

"tu baca apa pulak tu?"
"baca amanah suami pada isteri. pas nikah kena baca."
"eh, eh siap pegang kepala lak lagi"
"ubun ubun lah!"
"yalah. yalah. napa lak kena buat camtu? memang selangor kena buat cam tu eh?"
"sabak bernam tak payah. kat sini aja kut. Melaka camna?"
"melaka baca aja. tak yah pegang pegang ubun ubun semua eh."
"tulah. lain padang, lain belalang."

Ok.
*** diam lagi. ***

(masa lain)

"apsal sama 1 negeri, amalan lain lain ha?"
"apsal ko tak tanya, kenapa 1 negara, tapi tak sama setiap negeri?"
"hah. betul. napa?"
"ko boleh tolong aku tak?"
"apa?"
"tolong diam."

Ok.
*** diam. period. ***

gravatar

Murah tapi berjasa.


Alhamdulillah.

Biarlah apa orang nak kata, yang penting Nissin Di466 aku, telah menunjukkan taringnya dengan berkesan sepanjang 4 hari ni. Kesefahaman yang ditunjukkan dengan abangnya si Canon Powershot SX10is amatlah ketara. Biar di rumah batu di pekan Sabak Bernam ataupun di rumah separuh batu, separuh papan di Kapar.. bergerak lancar memenuhi ruang bagi membolehkan si abang menari pantas hingga ada waktunya sempat shuffle! haha!

Aku faham, Di466 tak mampu menoleh kiri dan kanan, hanya mampu mendongak dan memandang tepat, tapi tetap...sungguh pun ia murah, but so damn berjasa!

Memang berbaloi sekalipun di pandang sengkek dek apek J1.

Penat, tapi puas.

gravatar

Saya akan penat.

Esok bermula kembali kembara mengambil gambar saya. Nikah petang, malam ada berinai.
Lusa majlis sanding bertempat di sabak bernam.
Tulat ada rewang majlis kekah dan cukur jambul. di kapar, klang.
Tonggeng - majlisnya.

Sony DCR45E saya akan di operasikan sepenuhnya oleh isteri saya.
Canon Powershot SX10IS bersama Flash Nissin (murah) akan di kendalikan oleh saya.
Nikon Coolpix pula buat pertama kalinya akan di serahkan pada anak sulung saya.

Justeru, selepas gambar dan video semua di ambil, maka siapakah yang akan memproses gambar gambar dan video tersebut (kerja editing) supaya hasil akhirnya dapat di lihat dalam bentuk DVD?

Tepat sekali. 10 markah untuk anda.
Sebab tu saya tahu saya akan penat.

Livita ke tongkat ali orang kampung?

gravatar

Ketika perkataan lebih bermakna dari percakapan.

Dunia kini, dunia tanpa sempadan. Kalau dulu kita perlu berucap di pentas terbuka, ala ala public speaking dan sekaligus mem'perasankan' diri kita bahwa kitalah seolah Martin Luther King demi untuk menyatakan pendirian kita. Dulu pun ada surat khabar, tapi tak semestinya akan di siarkan. Bergantunglah pulak sama ada ketua pengarang itu pak sedara kita atau pun dia itu satu ketika dulu pernah main layang layang tepi sawah bersama arwah bapak kita. Kalau tidak, haram. Tapi kini tidak semestinya. Kita ada blog yang mana kita boleh menyatakan pendirian kita tentang sesuatu isu seperti liwat, lawat, lewat atau kekwat?

Kalau dulu semasa berkasih cakap kena berdepan. Menulis boleh, kan pun dulu ada surat? Malangnya surat, mediumnya lambat dan mengambil masa. Itu sebab orang putih panggil surat, snail mail yang bermaksud dalam terjemahan literalnya surat siput. Sama ada siput itu siput babi atau siput sedut tidaklah pula di beritahu. Tapi kini dah ada e-mail, chit chat dan SMS, walaupun Raja SMS masih lagi Mawi.

Perkara pentingnya, kini perkataan sudah boleh mewakili percakapan meskipun ada juga perkataan yang membawa dwi makna yang kadangkala boleh menyebabkan kekeliruan, contohnya ayat:

"Saya sepak awak nanti"

Tanpa pengungkapan ayat di atas ternyata boleh membawa makna berlainan mengikut sesedap rasa tuan punya badan nak baca. Ia boleh jadi sepak (menggunakan tangan) atau sepak (menggunakan kaki). Soal tangan kanan atau kiri tidak penting kerana perbuatan sepak itu memang menggunakan tangan. Begitu juga soal kaki kiri atau kaki kanan juga tidak penting tidak kiralah anda penyokong MU, Arsenal atau Chelsea. Begitu juga baju kelab tersebut anda beli di pasar malam atau pasar raya - juga tidak relevan.

Yang pastinya sama ada sepak atau sepak, atau di sepak kemudian di sepak, atau di sepak dulu baru di sepak.. pokoknya... jangan bagi tuan punya badan marah. Nanti dia sepak awak nanti (biar apa pun taksir sepak awak)

....taaaaaaaaaaaapi secara amnya, bolehlah di gunakan perkataan bagi mewakili percakapan.

Itulah sebenarnya yang berlaku pada saya. Saya kena radang tekak.
Ada petua? heh heh..

gravatar

Kerenah Manusia (Go to hell with CIMB Wealth Fund.)

Kerana duit, manusia boleh jadi gila.
Kerana duit, status kita berbeza.
Kerana duit juga, lain cara layanan kita terima.


Pagi ini saya bengang. Merajuk pun ada.
Setelah sekian lama melabur di saham amanah CIMB dah nak masuk 4 tahun ni... (kut. sebab saya pun dh tak ingat..)
Haram ada agen yg call.
Haram ada agen yg prihatin.
Yang mereka tahu: "Encik nak tambah pelaburan ke?"
(agaknyalah.. saya tidak tahu kerana tiada agen call saya)

Aha! Soalan menarik tu! Macam mana dulu saya boleh masuk?
Dulu agen tu kawan saya. Bantu dia sebab dia tiada kerja tetap masa tu.
Selepas melabur menggunakan KWSP (Tu sajalah yg saya mampu bantu dia...) sebanyak 2 kali, tak lama kemudian dia dapat kerja tetap. Dan tak lama juga lepas itu, dia meninggalkan terus kerjaya sebagai agen unit trust. Katanya dia pass akaun saya pada boss dia ketika itu. Masa tu, masih SBB lagi. Belum CIMB.

Paras tu, hingga kini, senyap. Statement terima, tapi sapa saya nak call nak tanya apa yg saya tak faham? Untung ke rugi? Mana ler saya reti baca statement berjela jela ni. Kalau untung, banyak mana? Apa beza dengan Saham DALI, atau DALI2? Sedihnya saya kena surf internet, baca sana, baca sini utk nak fahamkan saham.. tak juga dapatnya... Minta tolong ada satu insan yang juga CIMB agen. Namanya saya dapat dari forum. Tau apa katanya?

"Saya tak dapat tolong encik, sebab akaun encik bukan bawah saya. Tapi kalau encik nak melabur lagi, saya boleh datang jumpa encik. Kita boleh cerita."

Ooo.. gitu. Kalau tambah pelaburan baru nak citer?
Bukan nak katalah, sendiri agak agaklah, kalau last saya invest SBB tu ujud lagi, sekarang ni brapa agak agak dah KWSP saya? Yg patutnya saya leh invest? Use common sense lah! Tapi dah dia kata cam tu.. babailah. Belum apa apa dah nampak sangat materialistiknya. Haram tak telus! Macam hawau, kata orang melaka.

Saya dah tak sanggup. Saya sedang mengintai Public Mutual. Bukan sebab dia bagus. CIMB pun kata orang bagus. Tapi saya fed-up dengan CIMB - agen. Mentang mentang pelaburan saya kecil dan guna EPF pulak tu, tak ada orang kisah pun.
Saya perlukan agen yang 'manusia'. Bukan robot. Sebab hanya manusia yang tahu melayan manusia yang lain. Agen CIMB saya kini, yang saya haram tak kenal atau tahu nama pun.. bukan manusia. dia zombies.

Diari, kalendar meja, payung, cawan? Haram. Call pun tak ada. Ucapan Selamat Hari Raya Jauh Sekali! Kalau saya beli colgate pun boleh dapat pinggan tau tak? Nyonya dan apek kat pasar Meru jual ikan tu pun, kalau hari raya, buleh wish saya selamat hari raya. Bukanlah saya nak sangat, tapi agak agaklah... kalau dapat call pun jadilah.

Tapi yalah...

Kerana duit, status kita berbeza.
Kerana duit juga, lain cara layanan kita terima.

Saya akur. Saya tahu kandungan blog saya tak dapat tidak org akan google dan tajuk ini akan kekal. CIMB Wealth Fund Sucks! 4-5 tahun saya sabar, saya peduli apa!
Go to hell with CIMB Wealth Fund - Agent / agen.
Anda patut malu dengan servis anda. Serve with smile kunun.

Porah!

gravatar

1 pagi 1 kemalangan.

Pagi ini aku menjerit dalam Unser.

Sekuat hati.

2 kali pulak tu.

Hati aku sakit. Berhampiran tol sungai rasau pagi tadi, ada kemalangan motosikal.

Polis sudah pun berada di tempat kejadian.

Aku lihat ada anak perempuan berbaju sekolah rendah, wajah sedih sambil mengetuk mengetuk kakinya seolah kebas atau sakit.

Ada 2 3 dewasa sedang cuba tenteramkannya.

Aku tak tahu apa berlaku.

Aku tak nak berhenti pun untuk ambil tahu kerana aku tidak mahu dikatakan sebagai punca kesesakan lalu lintas yang memang secara semulajadinya sentiasa sesak di pagi hari bekerja.

Yang aku tahu, anak tu paling kuat pun darjah 3 atau 4.

Sebaya anak aku.

Aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

gravatar

TV (lanjutan dari bacaan di blog wardina)

Wardina telah beri 1 ayat hikmat di blognya:

".. if you want to let them (our kids) watch TV,
watch it WITH them, so they can TALK about the show WITH you..."


Saya setuju.

Saya pun alpa juga. Kadang kadang pakai biar aja. Tapi saya beruntung punya isteri yang tak bekerja. Aha! Jadi kawalan agak mudah. (Untungnya saya...)

Seingat saya topik TV membawa kebaikan atau keburukan ni, sangat cliche bunyinya.. dari zaman saya berseluar pendek biru, berbaju putih lengan singkat di sekolah rendah dulu, asal ada perbahasan... ada aja yg akan terfikirkan tajuk ni... kenapa ya?

Dan bro Mazidul pun di ruangan komen di blog yang sama, menyatakan yg positif tentang menonton TV. Tambahan, rakyat kita harus berhenti lihat drama tempatan dan korea yang tidak memperlihatkan yg positif pun..

erk! saya tak tonton drama korea. dengar lagu, ya. tonton tidak. tapi fikir fikir balik, drama tempatan ada juga yg bagus. Nur Kasih contohnya.

Jadi apa yang saya nak katakan ni?

Sebagai bapa kepada 4 anak, 1 di sekolah menengah (dah anak dara pun), sebagai abang yang membela adik lelaki dari tingkatan 2 hingga ke saat ini dah bekerja pun dia... saya kata, TV ni okayy... cuma seperti di atas tulah:

".. if you want to let them (our kids) watch TV,
watch it WITH them, so they can TALK about the show WITH you..."


.. supaya dapat kita terangkan pada mereka, ni baik, ni buruk.. ni boleh ikut, ni teruknyaaa! Pada saya visual jauh lebih berkesan dari pembacaan. (Tapi bukan tidak langsung membaca ya!)

Anak lelaki, 4 tahun, mula mengenal warna bukan dari buku! Sebaliknya dari cerita power rangers!
"yg ni ranger hitam, ranger biru, ranger pink... "

Anak sulung saya dulu belajar bahasa english dari Barney.
"I love you, you love me, we are happy family ..."

Anak kedua dan ketiga dari cerita telly tubbies.
"Kak ngah suka dipsy, dia hijau dan aktif. Kak ngah nak lari cam dialah!"
"Kak lang suka lala dan po. dia comel sangat. Abah, apsal pokok kena siram air?"


See? Bukan semua rancangan TV teruk. You as parents, should know best on how to turn things appear as negative to positive. Saya tak kata saya pakar. Saya cuba.

"Tengok tu kak long, hah, jangan mudah percaya sangat dengan lelaki. tengok tu, dah jadi macam macam. Tulah degil, tergedik gedik. Ingat elok sangat pompuan tergedik gedik macam tu?"

Kata isteri saya pada anak sulung saya.
Saya senyum.

Ok apa tengok TV. Kan?