Archives

gravatar

Perasaan itu datang lagi.




Esok Wesak. Cuti. Yeay!

Tapi aku a bit gelabah. Sebab? Lusa ada wedding. Anak buah lagi kahwin. (Hari tu tunang)

'Special'nya kali ini, aku akan jadi official photographer. Something yang aku tak pernah buat. Biarpun sebelum ni aku dah capture wedding anak-anak buah yang lain, tapi bukan sebagai main photographer.

"Ini kali betul betul. Bukan cubaannnn..." sepatah kata Wak Mustar, Pendekar Kampung Pinang Sebatang dalam filem PRamlee.

Hmmm... Gelabah.
Perasaan itu datang lagi.
Doakan yang terbaik buat aku dan anak buah.

layan bukansepet,layan.

-updated. Normally saya tak upload sebab kena minta izin pengantin. Sekeping cukuplah. Just for cikbedahlaser & FAKE. You were right. It did boost up my confident level. Thanks -

gravatar

Maafkan aku, aku KENA post.

Tengok gambor. Cheh!
Tengok iklan. Cheh!
Tengok ayat dalam iklan. Cheh!

Menyampah betul aku. Fenomena konon. Berganda konon.
Ntah ntah dR tu pun, tak buat ayat tu... semua org org dia aja pandai pandai buat iklan tu camtu, camni. Satu yg pasti, elok elok aku tak nyampah, dah nyampah.

Cam bagus sangat.
Sumpah! Tak mo aku nengok citer 2 alam tu eh...

gravatar

Dalam Hati Ada Taman Der!


Hari guru telah berlalu. Saya bukan guru.

Tapi tahun ni, sesuatu berlaku. Seorang guru saya semasa di sekolah menengah telah berjaya 'menjejak' saya di laman facebook. Allah!

Secara jujur, saya taklah rapat dengan cikgu ni masa di sekolah. Bahkan, kadangkala saya membencinya. Semata mata sebab dia guru lelaki. Tak kahwin. Agama Kristian. Ada ler pulak mangkuk mangkuk sudah tebar citer, dia ni mubaligh kristian... saya pun taklah suka sangat...

Berpuluh tahun berlalu... Cikgu tu kini dah pencen. Dah masuk Islam. (Alhamdulillah)Kini buka masakan chinese muslim di Melaka. Dan dia jugalah yang menjejak saya. Sayu juga bila dah lama lama ni. Dedulu budak budak. Mana ler pandai nak timbang dgn akal waras.

Melalui guru itu juga, hari ni, seorang lagi guru saya (guru perempuan) add saya di facebook. Kini dah jadi lecturer dan bergelar Dr. Alhamdulillah. Haha, sebenarnya cikgu ni masa mudanya dulu boleh tahan gak seksinya. Dengan pakai skirt bagai... Ada sekali tu dalam perhimpunan, dia ucap good morning, pelajar-pelajar semua pakat jawap waalaikumsalam!... Merah padam muka dia! Terus pastu kita orang kena soal siasat... Saya antara yang paling teruk disoal siasat sebab saya Ketua Pengawas. (Naperr... ? Tak percaya?)

Tapi dalam diam diam tertarik juga. Lawa juga cikgu ni. Comel. Almaklum, pelajar lelaki. Nasib baik cikgu tu garang! haha.

Saya tak pernah lupa jasa guru. Cuma kesempatan tak ada. Hari ini dengan kecanggihan teknologi, saya berupaya mengucapkan selamat hari guru (walaupun belated) pada mereka berdua. Well, late is better than never!

Te-ri-maaa---- ka---sihhh---cikgu!
(Dalam hati ada taman der!)

layan bukansepet, layan.

gravatar

Zul Huzaimy - Unjul Nak Jadi Orang



Gambar dari sinemamalaysia.com.my

Drama sempena hari guru.

Bukan jalan ceritanya yang menarik perhatian aku. Pada aku ceritanya biasa biasa aja.. Banyak yg aku dah boleh agak.

Tapi aku suka syotnya. Scenenya. Bolehlah aku katakan bahawa kalaulah drama ni boleh aku convert pada gambar, maka akan terhasillah gambar gambar yang sangat cantik! Penuh 1 akaun flickr! Angle nya unik. Meskipun ada scene nampak di ulang pakai banyak kali (Contohnya scene Unjul memandang ke atas utk bercakap dengan kekasihnya) tapi aku suka.

Latar belakang muzik ... orang beraksi di belakang pelakon utama...Sangat mengingatkan aku pada gaya Mamat Khalid. Bercampur Baur dengan Yasmin Ahmad. Syot pegun. Syot fokus wajah. Syot sunyi. Dua dua aku suka. Lantaklah org nak kata ko apa Zul. You prove something!

Barisan pelakon... hmmm nak kata apa lagi. Mubarak Majid, Rosnah Johari (agak disia siakan dalam drama ni. Tak teruji langsung) Redzuan Hashim, Wan Maimunah, Zul sendiri, Zamarul, Ruminah sidek... wo! Tak yah ceritalah kan.. memang hebat. Jue Aziz, Nor albaniah (Shiss... sebijik Mariani kan cara dia berlakon dan lenggok nada suara dia? perasan tak? Cuma seksi std lah...), anaknya (haram aku x kenal)... taklah hancur tapi bolehlah...

Cuma sayang ceritanya agak cliche...

Arahan/Skrip/Lakonan Zul Huzaimy. Pukul bersih! Zul, lu memang ada bakat.
Mungkin terlalu awal, tapi nampaknya, tak mustahil akan lahir seorang lagi pengarah sehebat arwah Yasmin Ahmad! Menariknya dengan sentuhan Mamat Khalid! Kalaulah pula ceritanya sehebat cerita Khabir Bhaktiar -

Zul lu memang akan pukul bersih!

layan bukansepet, layan.
- i likeee mat rempittt.. - (isyyy, geli geleman aku)

gravatar

Syabas Malaysia.

Kita dah laksanakan yang terbaik tapi kita kalah pada yang lebih bagus. Okay apa?

Pembakar semangat untuk jadi lebih bagus. Walau kalah aku tetap laung Syabas Malaysia!

Thomas Cup.
Next time, gadget.
Next time.

gravatar

Malaysia - China. Thomas Cup.


Tak ada maknanya...

Mission impossible
- sepatah kata Jailani Sidek: Memang tepat.

Bukan aku tak sokong Malaysia, aku sokong. Sampai nak hilang suara aku menjerit masa Malaysia lawan Denmark. Sesak nafas masa bergu kedua lawan. Rubber set pulak? Aduh..

Tapi China?
For me, kalau kalah pun tak apa, asalkan melawan - good enough for me. Kalau Chong Wei menang against 'badi' dia tu - lagi bagus. Bonus!

But beat China? Be realistik la kawan... We are good. Just not that good.
(Wish me I'm wrong.)

layan bukansepet, layan.

gravatar

Monday Blues.


Img Source


Hari isnin memang hari malas bekerja.
Org putih kata Monday Blues.
Tapi hari ni aku lihat langit memang BIRU.
Jam 8.00 pagi tadilah...
Teringat ingat semalam Mat Gelap Nama Pangkal D bukan main kerek ngan aku dapat buat trick power.
"Trick apa?" kata aku.
"Trick topi derr. Org putih panggil Hat trick." Sambung Mat Gelap Nama Pangkal D. Huh. Jelas jelas Mat Gelap Nama Pangkal D ni, dah tersampuk citer Adnan Sempit.
"Hahaha.. jadik ler magik ko yer." Aku sambung gelak.
"Dah 29 kali deer.. 29 kali aku sukses. Tapi yg semalam paling jayalah! Fuhh!" Mat Gelap Nama Pangkal D meneruskan bicara riaknya...
Aku senyum. Dalam hati ada taman... Memang ya. Semalam magik Mat Gelap Nama Pangkal D bertempat di Jambatan Stamford, memang kelas.

Eh, yalah.. Hari ni langit memang lebih BIRU dari biasa.
Mungkin hari ni tak sesuai dengar lagu Senja Nan Merah dari Awie dan Ziana Zain kut... Mungkin Langitmu Lebih Biru nyanyian Mawi, lebih relevan.
Berbaloi Berbaloi kata Celcom - Pakej Celcom Blue.

layan bukansepet, layan.

gravatar

Masa aku 15 tahun.

Masa aku 15 tahun.
Mak aku sibuk suruh aku gi kedai. Ada aja barang yang terlupa nak kirim suruh beli.

Masa aku 15 tahun.
Makwe aku leh tahan gak.. semua start kenal masa dalam bas sekolah.

Masa aku 15 tahun.
Abis terrer aku main badminton. 3 set straight pun takder hal.

Masa aku 15 tahun.
Toksah kata bawak keta. Bawak motor pun gayat lagi.

Masa aku 15 tahun.
Aku tak pernah ler pulak nampak parang dalam kereta abah aku.

Masa aku 15 tahun.
Polis kamceng ngan aku. Sebab akak sepupu yg tinggal ngan famili aku tu cun.

Masa aku 15 tahun.
Eh... tak reti ler aku nak merayau kul 2 pagi. Giler. Banyak hantu kum kum masa tu.

Masa aku 15 tahun.
Pistol paling power yang aku buat guna buluh. Peluru dia pakai kertas sokabar rendam. Kena sakit ooo.. Tapi taklah mati. 4 das ke, belas das ke, habis habis bintat aja.

Tapi tu akulah masa 15 tahun. Ada orang tu tak sempat pun rasa umur 16 tahun...

Al Fatihah.

gravatar

Bagaimana nak sambut ulangtahun hari kelahiran.


1. Jam 6.30 - Bangun pagi. Selesaikan apa yg patut.
2. Jam 7.30 - Capai bakul hijau. Tong ikan. Gerak ke pasar Meru. Nanti ikan habis.
3. Jam 8.15 - Sampai pasar. Kejor tempe dulu. Sebab tempe cepat habis. Pastu baru jumpa uncle 'ikan'. Sambar tenggiri yg sedang sedang sikit. Selar dan kembong tu, standard ler beli. Sayur, aiseh. Nyonya pendek bercermin mata tu, hampeh. Tahan dia tak niaga hari ni pasal cuti hari pekerja. Tuuu... tak nak bayar pekerja dia triple ler tu. Kedekut.
4. Jam 10.30 Dah tercegat kat kedai mamak. Order teh tarik dan roti bakar. Wife layan teh ais dan roti canai.
5. Jam 10.50 sambar paper, gerak balik rumah.
6. Jam 12.30 lepas masak, wife pergi rumah bang hamzah, jiran kami. Nak kenduri kesyukuran katanya. Tolong ler masak masak apa yg patut. Masak suka suka kata bang hamzah.. kendurinya esok. ooo... consider rewang ler ni... Aku? duk rumah jaga anak. Rewang rewang ni, tak terrer sangat aku..
7. Jam 2.30 ptg, wife tak balik lagi.
8. Jam 3.30 ptg, suh kak long tepon mak dia. Balik ler.. petang ni ada tahlil rumah mak teh kat kampung delek. Baru dia balik.
9. Jam 5.00 ptg, pas bior wife tidur jap, gerak rumah kak teh. Nak tumpang gi rumah mak teh.
10. Jam 6.00 ptg tak gerak lagi, sebab Bang sani baru balik laut. Murahlah pulak rezeki tu. Kak Teh kata bagi dia setel siang ikan dulu, masuk peti ais. Aku kata tak der hal. Sebab kenduri pun pas Maghrib.
11. Jam 6.15 ptg baru gerak ke Kampung delek. Jamlah pulak pekan Klang ni... cheh!
12. Jam 7.00 mlm Dah lepak kat rumah mak teh sementara nunggu bang man bawak org surau mari untuk tahlil. Nasib baik masak katering.
13. Jam 8.30 mlm Selesai tahlil - layan makan beriani kenduri dengan Pak busu. Borak panjang sebab sejak mak teh takder, nilah sorang pangkat pak sedara yang duk KL ni.
14. Jam 10.00 mlm Kak teh bagi signal, jom balik.
15. Jam 10.30 mlm, lepak rumah kak teh lak. Borak ngan bang sani. Mainly pasal bola. Bg sani sokong liverpool. Aku chelsea. wakaka... Kenalak ada indocafe... hmmm... memang cantek.
16. Jam 11.15 mlm, gerak balik rumah.

Pengsan. Esok kenduri bang hamzah lak.

Eh, eh. Hari ni (1hb May) hari jadi aku ke?
Laa...

layan bukansepet, layan.