Zul Huzaimy - Unjul Nak Jadi Orang
Gambar dari sinemamalaysia.com.my
Drama sempena hari guru.
Bukan jalan ceritanya yang menarik perhatian aku. Pada aku ceritanya biasa biasa aja.. Banyak yg aku dah boleh agak.
Tapi aku suka syotnya. Scenenya. Bolehlah aku katakan bahawa kalaulah drama ni boleh aku convert pada gambar, maka akan terhasillah gambar gambar yang sangat cantik! Penuh 1 akaun flickr! Angle nya unik. Meskipun ada scene nampak di ulang pakai banyak kali (Contohnya scene Unjul memandang ke atas utk bercakap dengan kekasihnya) tapi aku suka.
Latar belakang muzik ... orang beraksi di belakang pelakon utama...Sangat mengingatkan aku pada gaya Mamat Khalid. Bercampur Baur dengan Yasmin Ahmad. Syot pegun. Syot fokus wajah. Syot sunyi. Dua dua aku suka. Lantaklah org nak kata ko apa Zul. You prove something!
Barisan pelakon... hmmm nak kata apa lagi. Mubarak Majid, Rosnah Johari (agak disia siakan dalam drama ni. Tak teruji langsung) Redzuan Hashim, Wan Maimunah, Zul sendiri, Zamarul, Ruminah sidek... wo! Tak yah ceritalah kan.. memang hebat. Jue Aziz, Nor albaniah (Shiss... sebijik Mariani kan cara dia berlakon dan lenggok nada suara dia? perasan tak? Cuma seksi std lah...), anaknya (haram aku x kenal)... taklah hancur tapi bolehlah...
Cuma sayang ceritanya agak cliche...
Arahan/Skrip/Lakonan Zul Huzaimy. Pukul bersih! Zul, lu memang ada bakat.
Mungkin terlalu awal, tapi nampaknya, tak mustahil akan lahir seorang lagi pengarah sehebat arwah Yasmin Ahmad! Menariknya dengan sentuhan Mamat Khalid! Kalaulah pula ceritanya sehebat cerita Khabir Bhaktiar -
Zul lu memang akan pukul bersih!
layan bukansepet, layan.
- i likeee mat rempittt.. - (isyyy, geli geleman aku)
i agree with u.... saya pun terpegun tgk citer nie... ada lain sikit dari yg biasa...
Kan? Berbakat mamat ni. Soal personal life dia... tolak tepi dulu. haha.
Post a Comment