gravatar

Dalam Hati Ada Taman Der!


Hari guru telah berlalu. Saya bukan guru.

Tapi tahun ni, sesuatu berlaku. Seorang guru saya semasa di sekolah menengah telah berjaya 'menjejak' saya di laman facebook. Allah!

Secara jujur, saya taklah rapat dengan cikgu ni masa di sekolah. Bahkan, kadangkala saya membencinya. Semata mata sebab dia guru lelaki. Tak kahwin. Agama Kristian. Ada ler pulak mangkuk mangkuk sudah tebar citer, dia ni mubaligh kristian... saya pun taklah suka sangat...

Berpuluh tahun berlalu... Cikgu tu kini dah pencen. Dah masuk Islam. (Alhamdulillah)Kini buka masakan chinese muslim di Melaka. Dan dia jugalah yang menjejak saya. Sayu juga bila dah lama lama ni. Dedulu budak budak. Mana ler pandai nak timbang dgn akal waras.

Melalui guru itu juga, hari ni, seorang lagi guru saya (guru perempuan) add saya di facebook. Kini dah jadi lecturer dan bergelar Dr. Alhamdulillah. Haha, sebenarnya cikgu ni masa mudanya dulu boleh tahan gak seksinya. Dengan pakai skirt bagai... Ada sekali tu dalam perhimpunan, dia ucap good morning, pelajar-pelajar semua pakat jawap waalaikumsalam!... Merah padam muka dia! Terus pastu kita orang kena soal siasat... Saya antara yang paling teruk disoal siasat sebab saya Ketua Pengawas. (Naperr... ? Tak percaya?)

Tapi dalam diam diam tertarik juga. Lawa juga cikgu ni. Comel. Almaklum, pelajar lelaki. Nasib baik cikgu tu garang! haha.

Saya tak pernah lupa jasa guru. Cuma kesempatan tak ada. Hari ini dengan kecanggihan teknologi, saya berupaya mengucapkan selamat hari guru (walaupun belated) pada mereka berdua. Well, late is better than never!

Te-ri-maaa---- ka---sihhh---cikgu!
(Dalam hati ada taman der!)

layan bukansepet, layan.