gravatar

Keliru


Saya keliru.

Semasa saya memulakan hobi fotografi, saya kira fotografi ini adalah satu cabang yang 'mulia'.

Mulia?


Yes. You heard (read) it right! Sebab sebelum ini saya pengguna perisian Adobe Photoshop sejak tahun 1998 lagi. Mungkin masa itu versi 4.0 (sekarang dah apa, CS5?)
Menggunakan perisian tu, apa sajalah yang tak boleh di buat? Langit biru nak bagi jadi senja? Baju merah nak jadi biru? Orang tak ada dalam gambar nak di adakan? Orang ada dalam gambar nak di tiadakan? Boleh aja..... kata orang nogori, sonang bai tu. Rasa cam menipu tu memang ada. Yalah kan, gambar tak cantik, dicantikkan?

Jadi bila saya mula hobi saya dalam fotografi ogos tahun lepas, oh. Ini lagi mulia dari digital edit. Berhijrah dari kamera telefon Sony Ericsson K510i ke Canon Powershot SX10is saya mula membaca pelbagai buku tentang fotografi. Aperture, Shutter Speed, ISO, dan mula mengenali pelbagai jargon macam White Balance, spot metering, panning, motion blur, high key, low key.

Awal 2010, saya mula menggunakan flash gun. Nissin. Berjinak dengan flickr. bla bla bla dot com dot my....

Ogos 2010, kamera DSLR saya yang pertama: Canon EOS 450d mula di tangan saya. Saya mula belajar tentang HDR, bracket, Picture Style, golden moment, light painting, zoom effect, Infra Red... phew!

ZAzzzzzz


And then it struck me!

Among advise/tips yang saya baca:

1. Post processing perlu untuk cantikkan gambar. (okay..)
2. Kalau ada obstruction yang menganggu subject, klon it out. (okay...)
3. Kalau masa nak ambil gambar background tak cantik, elakkan obstructing thing tu, kalau tak boleh juga, alih keluar supaya tak ganggu kecantikan gambar. (okay....)
4. Kalau cuaca out door tak sesuai, cuba indoor. Get proper lighting. (okay.......)
5. Then, lepas ambil gambar, conduct post processing... kalau ada kedut, touch up, kalau ada kelopak bunga layu, klonkan. Kalau warna tak strike, naikkan contrast... (WTF?)


Membohong juga rupanya!
Patutlah ramai PRO ambil guna RAW.
Patutlah Canon bagi DPP software.
Patutlah ada Picture Style...

Dungulah saya kerana selama setahun ini beranggapan, lagi fresh gambar keluar dari kamera (dah cantik, tanpa edit) lagi bagus! Dulu saya nak edit pun takut takut. Nanti org kata fake!

The truth is, sebenarnya, pro pun edit gambar mereka! Wake up! Wake up! Don't be fooled. Cuma mereka edit dalam keadaan terkawal. Tidak berlebihan. Originally gamabr tu fresh out from camera memang dah cantik. Itu consider dah 50% successful. Another 50% done during post processing like, buat mata subjek lebih sharp dan glowing, or buat warna bunga lebih striking, cloning, cropping, tilt horizon etc.... Some even up to the extend changes the background / sky if they have to.

Some of the 'clever answer' from so call themself 'pro' bangang photographer

... kalau gambar shaky, they tell that they meant it to be motion blur. Radial blur.
... kalau gelap, mmg saja nak buat low key/silhoutte.
... kalau cerah sangat, ni high key. CLS katanya...
... contrast sangat, I intend nak buat HDR. Memang I buat multi exposure.
... sharp sangat, of course. I buat high pass. You faham ke?
... color kelam kelam, I saja nak buat tone experiment.
... composition out, actually I group yg against the rule of third!

yalah tu! pro lah sangat. Pro-sak.
Buat malu real pro aja.. kan?

...hmmm. Tak ler mulia sangat fotografi ni rupanya! In the end jadi digital edit juga. To make it worst, ramai pulak kaki goreng. So, berguru biar kena tempat.

The golden key is:

1. Take good picture.
2. Sharpened up your photo editing skills.
(Adobe Lightroom is the simplest. Recommended)

Saya rasa yang no 2 tu dah ok kut. Cuma yg no 1 tuuuuu... aja tak lepas lepas. Still learning. Hmmhh....(sigh) How do you find my above posted picture? Click it for better resolution. (1/125:F3.5:ISO200:Focal Length-50mm)Tu digital edit tu. Guna Lightroom. And the good news is saya dah tak rasa bersalah dah. haha.

Happy New Year!

layan bukansepet, layan.

gravatar

seni boleh jadi dua;

1. lakonan

2. kejujuran

kalau kita terus mahu tunjukan yang terindah, dalam apa-apa seni pun akan tetap menjadi lakonan terindah.

kurang yang mahu kongsi jujur, sebab payah.

takut kepada rejected.

tapi peh! entry terbaik. saya selalu fikirkan hal yang sama.

gravatar

Kan? Memeningkan kepala aja.

Terima kasih komen.

gravatar

saya suka rule of third tu. tu kadang2 ada kawan pelik dan tanya ,"apasal kamera kau skrin dia ada line2 ?", haha

gravatar

dug,

kalau saya, sesenang jerr saya jawap kamera mahal mmg camtu! hahaha... (padahal kamera ayam pun ada juga...)

gravatar

owh.. pakai 450.. welkem..

hmmm memula.. mmg tak nak gune editing.. tp lama2.. editing dperlukan.. bg menutup kelemahan sendiri.. lama2..editing dgunakan..utk mencantikan gmbr..
sbb kalau dah main tone.. kamera tak boleh buat..

gmbr yg cantik..mmg gmbr yg fresh drpd camera... yg tak smua org boleh buat..