Archives

gravatar

Melayu.

Terbaca dari blog Wardina, hati saya tersentuh untuk mengemaskini blog.

Saya pun Melayu.

Sedikit berbeza dengan Wardina yang katanya keliru bangsa dirinya ketika kecil, saya pula sangat jelas dengan bangsa saya.

Mempunyai bapa seorang polis, saya tidak berkesempatan menikmati rumah kampung, sebaliknya rumah berek polis itulah rumah saya. Namun kerana saya membesar di kalangan masyarakat kampung, sikit sebanyak kenangan itu ada.

Memancing puyu, haruan sampai sekali tu terpancing ular air.
Ponteng sekolah agama dan mandi di tali air sawah.
Memanjat pokok dan makan jambu batu isi merah dengan asam kecut.
Curi buah pulasan di kawasan kubur di karangan masjid.
Baling burung terkukur dengan pisau buatan sendiri di kawasan sawit.
Beria ia kayuh basikal lebih 3 km untuk pergi lawan bolasepak dengan team kampung sebelah berpengadilkan wak beca yang kena bayar RM 3 utk 1 perlawanan.

Itu semua kenangan yang tersimpan kemas di ingatan saya.
Mana Melayunya?

Terus terang saya katakan ntah!

Mungkin melayunya ialah kerana saya berkawan dengan melayu. Saya sertai majlis orang melayu seperti adat meminang, kahwin, cukur jambul, marhaban. Macam mana pula dengan kacau dodol, belajar silat, gaya bahasa bercakap (loghat) ...

Atau adakah sebab darah saya Melayu? Darah saya B positive. Bukan darah Melayu. Darah Melayu secara literalnya, tidak ada. Darah Bombay ada.


Bangsa Melayu bangsa beradab.
Bangsa Melayu bangsa cakap berlapik.
Bangsa Melayu pemegang amanah.
Bangsa Melayu bangsa yang percayakan hidup muafakat, bantu membantu.
Bangsa Melayu bangsa yang taat ketua.
Bangsa Melayu bangsa yang hormatkan orang tua.
Bangsa Melayu bangsa mengutamakan maruah.
Bangsa Melayu bangsa yang menuntut jiwa yang sabar dan tenang.
Bangsa Melayu bangsa yang berani kalau haknya di cabar.
Bangsa Melayu bangsa yang merendah diri pula kalau di puji.
Bangsa Melayu bangsa yang sanggup beralah demi kepentingan semua pihak.
Bangsa Melayu bangsa yang menjunjung tinggi nilai agama.
Bangsa Melayu bangsa yang sanggup merunduk untuk belajar.

Itu antara yang saya tau sebagai bangsa Melayu.

Eh eh, bukan semua bangsa macam tu ke? Ada ke bangsa yang mahukan pecah belah?
Jadi faktor faktor tersebut bukan lah Melayu sebenarnya.

Justeru itu, siapa sebenarnya Melayu?

Hanya bangsa. Tidak lebih dari itu.

Yang lainnya saya percaya adalah nilai kemanusiaan sejagat. Hanya cara sesuatu pekerjaan itu dilaksanakan (adat) menjadikan setiap bangsa itu unik. Cara berpakaian, cara cakap antaranya.

Jadi perjuangkanlah nilai kemanusiaan sejagat. Bukan bangsa.

Anak anak tetap anak anak biar apa pun bangsanya.
Orang miskin tetap orang miskin, biar apa pun bangsanya.
Golongan teraniaya, tetap teraniaya, biar apa pun bangsanya.

Kurang kah Melayu saya bila saya kata macam tu?

Saya suka bangsa Melayu.
Saya pun Melayu.
Itu bangsa saya.
Sudah terang lagi bersuluh.

Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
Malaysia ini dulu namanya Tanah Melayu.
Tuk nenek dulu dah berjanji hidup bersama sama antara kaum di Tanah Melayu.
Sejak dulu lagi, bangsa lain dah setuju yang tempat ini Tanah Melayu, dan iktiraf hak hak melayu - termaktub dalam perlembagaan yang di persetujui semua.

Kata Profesor, tak ada istilah kontrak sosial. Itu perlembagaan.

Adil ke, tak adil ke.. dah janji kan? Dahlah...
Kenapa nak bakar api perkauman lagi sekarang? Melayu pun sama. Nak hunus keris bagai.. apa hal?

Kalau yang korup itu pemimpin, salahkan dirinya, bukan bangsanya.
Kalau yang makan rasuah tu pegawai kerajaan, salahkan dirinya, bukan bangsanya.
Kalau yang menindas dan ambil hak orang lain, salahkan orang itu, bukan bangsanya.
Kalau yang tidak boleh terima hakikat perlembagaan? Salahkan orang itu, bukan bangsanya! Ramai lagi yang sebangsa dengannya yang tidak sependapat dengannya! Jangan cepat nak salahkan bangsa!

Saya beli barang runcit di kedai cina, makan roti canai di kedai mamak, gunting rambut di kedai india.. Ok aja. Tak kecoh apa pun?

Tak ada pulak terfikir, cina tu nak bubuh racun tikus dalam makanan ringan saya beli kat kedainya. Atau mamak nak bubuh racun dalam kari dal, atau india nak gunting rambut saya tu, hiris saya dengan pisau cukur...

Kita hidup aman damai. Man man maa!
Sudah sudahlah...

Pergi layan cerita arwah Yasmin Ahmad lagi bagus.

Secebis dari blog wardina:

bangsa berjaya adalah bangsa yang berubah dengan keadaan, bukan menuntut sesuatu hak keistimewaan dan terus mahu bertongkat...tiada bangsa yang akan berjaya jika terus bersikap begitu ... "Ilmulah yang akan menukar nilai pandangan" kata zaid ibrahim..... cari lah ilmu, luaskankan minda dari fikiran sempit selama ini....


Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!
Dari MANUSIA berbangsa Melayu.

Layan bukansepet, layan.

gravatar

Hari ini, 14 tahun lepas.


*gambar aishah (kredit toys dari forum jiwang) - dengan lagunya Cinta Beralih Arah adalah Juara Lagu 1995.
Haram takder kena mengena ngan entri ni, kecuali tahun 1995.
Sejujurnya gua lagi minat ella masa tu.



Hari ini, 14 tahun lepas.
Bukan Hari Rabu.
Serius. Aku bukan pengingat yang bagus.
How I wish.

Tapi konpom.
Bukan hari Rabu.
Aku ingat tu.


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku bangun pagi.
Sesuatu yang di luar kebiasaan aku pada hari cuti.
Tepuk tangan untuk aku.
Selalunya, tiada pagi untuk aku.
Bangun bangun aja dah petang.
Ujud ke pagi masa tu, 14 tahun lepas?
Hmmmh...

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku sangat berdebar debar.
Aku semak semua yang aku perlu bawa.

Dokumen? Check!
Duit? Check!
Baju? Check!
Sijil? Check!

Fuhh. Lega. Semua ada.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku ada rasa ralat.
Kalaulah abah ada.
Abah dah setahun bih meninggal.
Al Fatihah.

Kalaulah abah ada, barangkali aku lebih tenang.
Agaknyalah...

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku tau aku sendiri.
Aku kena kuat.
Aku takder bahu sesiapa aku nak bersandar.
Lebih ramai pula sebaliknya yang bersandar di bahu aku.
Mak, adik adik.
Masa masa camnilah how i wish aku ada abg dan akak.
Org kata buat ganti ayah, penguat semangat.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Matahari makin meninggi.
Aku mula bersiap.
Aku tahu.
Masanya dah sampai.
Allah, mudahkanlah perjalanan hambaMu ini.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Terkebil kebil mata aku melihat orang lalu lalang.
Tempat ni bukan asing bagi aku.
Kampung mak aku.
Malah ramai orang sini yang aku kenal.
Ironinya, lagi ramai aku kenal di sini berbanding kampung aku sendiri.
Pulak?
Aaahhh.. !
tu citer lain.
Len kali leh citer.

Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku sabar.
bila pikir pikir balik, aku rasa aku memang sendiri hari tu walaupun keliling aku jelas sedara mara aku semata-mata.
Ntahlah.
Suasana agak hingar sebenarnya tapi di telinga aku agak sunyi.
seolah olah macam dalam filem...
macam menyelam dalam air...

Dah pekakkah aku?

Org kata time camnilah, layan rokok sepam dua best.
Layan dunhill ke, rokok bensen ke... lucky strike.
paling koman rokok 3 lima atau kuda putih pun boleh...

Sedut! hembus!
Sedut! hembus!
kan tenang?..

Tapi tulah masalahnya.
Aku tak hisap rokok ler pulak.

Potong stim betul la...!


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku saspen.
Rupanya yang betul betul duduk mengadap depan aku lagi saspen.

Aku gelihati. Tapi tak boleh ketawa.
"Nanti biadap."
"Tapi semua yg lain ketawa, apsal lak aku tak boleh?"
"TAK BOLEH! nanti biadap!"
"Senyum boleh?"
"Ha, boleh."

*Bicara minda aku berdialog sesama sendiri. Gila ker aku?

Aku senyum.


Hari ini, 14 tahun lepas.
Aku terima nikah Nxxxxxx Bte xxxxxxx dengan mas kahwinnya (sungguh aku tak ingat) tunai.

"Sah?" kata suara imam.

"Sah."
"Sah."
"Sah."

Terdengar suara suara menyahut. Oh! Aku bukan pekak rupanya.
Suasana sunyi sepi tadi, hilang ntah ke mana.
berganti pula suasana hingar...

Fuhh! Lega. Aku dah normal kembali.

Barangkali pak mertua depan aku ni pun, tarik nafas lega juga!
Segelabah gelabah aku, gelabah lagi dia.
Kali pertama akad, nama anak dia, dia tak ingat.
Kali kedua, dia pi tambah sekali ganda nilai mas kahwin.
Kali ketiga, perfect!
dan di sambut dengan perfectnya oleh aku!
Chewah!

Apak, apak...
Al Fatihah juga untuk apak.
Apak pun dah meninggal menjadikan akulah satu satunya menantu yang dia sendiri nikahkan.


Hari ini, 14 tahun lepas.
aku baru tau, cara cara memakaikan gelang emas di tangan perempuan.
terkial kial aku siut.

"Takper, duduk dekat sikit pun tak aper. Dah boleh dah!"
Di sambut hilai ketawa para hadirin.

Binawe punya imam.
Sempat lagi dia perli aku.

Cheh!
senang lagi betulkan rantai basikal bila terlepas dari perewel.


Hari ini, 14 tahun lepas.
adalah permulaan pengembaraan kami.
dan ianya pengembaraan yang sungguh menarik hatta hingga ke saat tika ini!

Oh ya. kini kami dah ada 4 krew. :) Tak leh buat kerja pun.
Tukang sibuk lebihnya...
tapi kami gembira.


layan bukansepet, layan.

gravatar

Avatar


Fakta No. 1.
Avatar filem James Cameron tak ada kena mengena dengan avatar kartun, budak botak kepala ada arrow.

Fakta No. 2.
Avatar filem James Cameron pun tak ada kena mengena dengan avatar yang di gunapakai dalam forum forum internet. (walau pun ada similarity dari segi 'avatar' sebagai perwakilan)

Fakta No. 3.
Aku dah tengok avatar Jumaat lalu. (setelah mengenepikan myspy)

.
.
.
.
.

Wow.
Memang giler.

Tak sangka pulak aku, Zoe Saldana yang melakonkan watak Neytiri dalam citer tu, rupa rupanya negro. haha.



Elok si Neytiri tu lagi aku tengok. eh eh!
layan ajalah bukansepet!

gravatar

Kecoh Harga Gula Naik.

Hmm..

Sumber berita ni: KPDNKK nafi tarik subsidi gula

Eloklah tu.

Punyalah banyak benda dalam dunia leh adjust, apsal lak tang gula yg korang kesah sangat ni?

Cecubalah tengok kat benda lain... bil servis kereta kerajaan, bil tuntutan komputer riba yg tak masuk akal misalnya ???

Kalu gula naik, nanti teh tarik naik, nanti harga kuih naik.. nanti banyakkkk lagi benda nak naik... last skali darah naik. Jangan lak ada batu nesan lagi naik. Tanah kubur pun nazak / sesak la ni...


Karang aku panas hati karang, aku repot kat tok ketua kampung aku. baru korang tau.
Dengarnya dia tu ada saka. Memang peberet dia pekena teh tarik ngan kuih keria kat kedai kopi senah janda berhias tu.

Ko nak mampus?

Betul betul ler korang ni. Saja saja nak bagi alasan org kampung marah. sesudah ler tu... gi main benda lain lak.

layan bukansepet. layan.

gravatar

Antara macho dan cute.



Rosyam Nor?
Remy Ishak?
Eman Manan?

Macho beb.

Aliff Aziz? Dafi? Kim Bum (Korea popstar)? Chaq (Mentor)? Irwan syah (pakwe acha - indon)?

Cute katanya..


Korang tak getik ke, nengok anak2 bujang teruna duk pakai baju kaler lelembut cam pink karer, pegang teddy bear atau anything cute, pastu smile and make peace sign?

Masalahnya ramai anak gadis sekarang, lebih suka yang cute berbanding macho. Ya ke?

Huk aloh.
geli sungguh aku.
kalau zaman aku dulu, konpom aku tak nak kawan org cam tu.
pondan ke apa.

yalah...
yalah...

aku yang dah makin tua.
nak buat camna..

Aku tau, dia org tetap lelaki.
Bukan aww aww pun. Cuma penampilan jer dah lain.
Zaman dah berubah.

Aku akur.

Kalau aku pakai pink, kemeja slim fit, tali leher silk siam, rambut kaler karat stail lurus jatuh tutup dahi ala ala cam mamat artis korea, tali pinggang putih, pegang teddy bear gemuk warna coklat, buat muka senyum ala comel, buat sign peace..

Cute tak?

(ada ler pulak makcik kat kampung yg mati sakit jantung nengok aku. Terperanjat katanya. belum citer mak mertua aku lagi. Mau keliling kampung dia lari berkain batik buat maraton sebab x percaya)

Eiiiiiiiiiiii.... ko giler ker aper.
pergi matilah.

layan ajalah bukansepet.

gravatar

Petua Kebahgiaan Rumahtangga

Saya baru 14 tahun berkahwin. Takdir Tuhan, isteri saya punya ramai anak buah. 30 - 40 orang jugaklah. Yang paling tua dah kahwin. Barisan, anak dara anak teruna, fuhh.. bersusun. Dari yang sekolah menengah, sampailah ke universiti.

Yang sekolah rendah, kecil kecil apatah lagi.

Hingga kini 'cucu' saya dah 5 orang. Janggal juga mula mula rasanya dipanggil 'Tok cik' sedangkan saya belum pun lagi cecah 40-an. Alah bisa, tegal biasa.

Adatnya, lepas berkahwin, anak buah akan datang bertandang ke rumah pak/mak sedara. Gitulah. Anak buah saya yang berkahwin baru baru ini, yang saya buat photo coveragenya tu, akan datang ke rumah saya. Apa saya nak pesan?

Saya bukan pakar motivasi, saya pun 'baru' sangat lagi berkahwin utk nak nasihat org. Tapi just for the sake of sharing, kalaulah ada nak gunakan - alhamdulillah.

Petuanya mudah:

JPA TS - (jabatn perkhidmatn Awamm - Tempat Selamat) - (Sengaja di salah ejakan, bagi mengelak, org yg ingin maklumat JPA)

J - Jujur
P - Percaya
A - Amanah/Adil
T - Tolak ansur
S - Sabar


Rata ratanya pada pengamatan, pembacaan saya, perkahwinan yang gagal kerana tiadanya 5 elemen ni. (6 sebenarnya kalau di hitung huruf A membawa 2 perkataan - tapi, kita mudahkanlah ya?)

Bagi Suami:

J - Suami tak jujur, curang - cerai.

P - Suami tak percayakan isteri, isteri percayakan suami. Cemburu tak tentu pasal. Kongkong, nak pergi mana pun nak ambik tahu. Hatta nak beli sayur kat kedai, budak muda sweet sweet pun, marah kat isteri tu.. "awak ada apa apa ke ngan budak tu?" katanya. Lama-lama, bosan juga asyik kena kongkong. Nak kemana pun tak boleh. Balik rumah mak pun, suami tak bagi. Takut bini cerita buruk dia. Nak berhenti kerja, laki tak bagi. Bekerja, asyik kena spedo aja.. lecehlah suami terlebih cemburu camni. last last? - Cerai.

A - Suami tak amanah. Duit belanja bagi, ikut rate zaman 70-an. Duit bini, kebas sama. Duit ada dia bantai gi bowling tak ingat dunia, gi trip mancing macam takde hari esok dah, habis ribu riban kat aksesori kereta.. Berapa lama isteri leh tahan? Meletup kalu? Ceraiiii...

A - Suami tak adil, lebihkan adik beradik atau mak dari isteri, (walaupun syurga di tapak kaki ibu) anda kena pandai imbang.. tak pandai - cerai.

T - Suami tak reti bertolak ansur. Asyik ikut cakap dia aja. Makan kat luar pun, menu semua ikut selera dia. Sakit ke, pening ke, kena masak utk dia. Termengandung, isteri di salahkan. Konon tak pandai. sekali sekala, layanlah. Banyak kali kalu? Cerai beb.

S- Suami tak sabar. Ha ni parah. Panas baran. Main tangan kaki lengkap. Cerai wa cakap lu!


Isteri pulak.

J - Isteri tak jujur. Kat pejabat layan mamat lain. Alah suka suka. Dapat lepas duit makan dah.. Hujung hujung sudah sangkut. Kena lak suami tak romantik kononnya. Tak reti jaga perasaan. Mamat ni lak pandai belai jiwa. Last last? Sangkut. Kantui? Cerai ler beb! Mangsa? Anak anak ler...

P - Isteri tak percayakan suami, balik kerja check tengkuk baju suami, check handphone, call pejabat, call rakan suami, siasat segala.. bagus gak berhati hati, tapi over do it - cerai.

A - Isteri tak amanah bongkar pi jaja cerita buruk baik dalam rumah tangga. Pada jiran. Pada kawan. Kakak, adik hatta pada mak sendiri punnnn last last , org ketiga campur tangan. Konon konon nak bela isteri. Hal kecil di besar besarkan. Hujungnya? - cerai.

A - Isteri tak adil. Dengan org lain make up bagai nak rak. Dengan suami, buat derk aja. Bila org dtg rumah, buat buat manja, bahagia gitu. Padahal, nak air segelas pun payah nak di buatkan. Raya, asyik nak balik rumah dia. Nak suami layan adik beradik dia dgn baik. Dia sendiri anggap adik beradik suami macam peminta sedekah. Adil apa camtu? Berapa lama laki boleh tahan? Ceraiii.

T - Isteri tak reti tolak ansur, sentiasa demanding, nak perabut baru, nak barang kemas baru, nak kereta baru. Bukan nak kira suami tu ada duit ke tak... lama lama suami pun x tahan - cerai.

S - Isteri tak sabar. Asyik mengamuk aja. Laki belum abis buka kasut sebelah masuk rumah, dah membebel. Lama lama , laki pun malas nak balik rumah cepat cepat. Penat telinga. Hujung hujung, laki layan karaoke ngan kawan kawan, sekali awek pulak dah duduk kat riba. Hancus! Ceraiiiii!

See?

Nak bahagia?

Jujurlah.
Percayalah.
Amanahlah. Adillah.
Tolak ansurlah.
Sabarlah.

Kalau kita dah buat semua ni, tapi pasangan tak?
Tuhan Maha Mengetahui. Takdir, kuasa tuhan, adalah di luar pengetahuan kita.
Barangkali, ada yang lebih baik untuk kita, mana tahu?

Ni lah pesan saya pada yang melayarkan bahtera rumah tangga.
JPA TS.

Selamat belayar.
(Utk saya juga.)

layan bukansepet. layan.

gravatar

Cuti Sekolah.

Cuti datang lagi.

Nak kemana?

Apa?

Port Dickson lagiii?

biasalah.

Bajet ciput.

Ada org tu, takde bajet pun.

Ada org tu, takder cuti pun.

Ada org tu, takder anak pun!

Syukurlah.

Kau? Camna? PD gak?

gravatar

Harga Keringat Seni



Kata the late Ibrahim hussein dalam 1 wawancara TV yang aku tengok ntah bila, tv mana aku tak ingat satu ketika dulu... dia tak reti nak letak harga kat lukisan dia.

He let his wife do the job.
Sebab hati dia sakit bila org tanya harga karyanya.
pastu tawar menawar..
napa lukisan ni mahal..
napa lukisan ni murah..

Aku pun.
Aku bukan artis.

Aku buat slideshow gambar tunang anak buah.
Guna proshow software.
Hasil akhirnya, slideshow boleh main kat DVD player.

Ada lak yg berkenan.
Tanya aku brapa harga.
Ambil gambar dan output cam ni sekali.

Aku bukan bisnis bro.
Aku buat sesuka aja.
Hati aku puas tengok gambar di ambil cantik.
Di edit cantik.
Masuk TV lawa.

Org tanya cam tu..
komplimen ke tu?
Ya ler kut.

Tidak. Aku tak nak buat pun utk ntah sapa sapa ntah.
Dia pun tanya aja. Aku yg perasan lebih kut.

Tapi kalaulah aku buat... kalaulah...
Berapa nak letak harga? Kalu Free takder ler tu. Free utk sedara aja..
Bukan sedara, takder kerja aku nak memenatkan badan buat camtu camni percuma weh!

Dah tu? berapa?

Ehhh! sakit hati aku eh. Walaupun aku bukan Ibrahim Hussein.
Rasa cam jual anak aja.

Agaknya sebab tulah ujud jawatan Marketing Specialist, promoter dll tu... kut?

hek eleh. perasan ler bulak bukansepet ni. kerek tak memasal.
layannn.



gravatar

Mid Age Crisis

Suatu petang di medan selera.

"Tak payahlah duk pikir nak tanam cendawan ke, apa ke! Kalau ko ada duit ko invest aja kat org lain nyer bisnes."

"Asal lak tak leh?"

"Bisnis sendiri payah. Nak kursus, jaga pekerja. Cari market. Kita dah semakin tua, contact/kabel pun tak power... toksah ler. Baik cari dana, labur kat bisnes org yg ada potential."

"Kalau lingkup?"

"Ko jangan ler jadi bodoh. Cari ler bisnes yg ko yakin. Cam aku, aku believe ngan industri asas tani."

"Berapa ko dah labur?"

"Belum pun."

Sunyi jap... Asap paip tembakau mamat ni dah mula memenuhi legar sekeliling aku.

"Ko kena redi bro. Aku dah buat analisis. Lepas 55 tahun. Kalau kita padam katalah 75 tahun, kurang kurang ko kena ada 3 juta tau tak? Nak makan, anak masuk U, anak kahwin, hospitalisation lagi... Takkkan masa tu ko nak sibuk perah kederat! Mampus le brader! Ko dengar aja cakap aku. Kumpul duit. Jadi investor."

Fuhhh! berapi betul!

"Berapa ko dah kumpul?"

"Ada lah dalam 2000."

"2000? mak aiii...."

Sunyi lagi. 2000. Apa barang 2000. Nak labur apa 2000? kut 200,000 leh lah citer.

Middle age crisis betul.
Layan ajalah bukan sepet.