Archives

gravatar

Dunia ibarat roda.

"Dulu mamat tu bawah aku."
"Sekarang tak pasal pasal aku kena repot kat dia"

Keluh si A.

Itulah dia dunia.

Kadang kadang kita di atas.
Kadang kadang kita di bawah.
Berbuat baiklah semasa kita menuju ke atas,
Kalau kita mahu org baik dengan kita masa kita melurut ke bawah!


bak kata orang melaka
hati mau baik berrrr!

layan bukansepet, layan.

gravatar

Apa ada pada Amcorp Mall ?

Nissin di466.
(misi semalam berjaya walaupun di pandang separa hormat alias sengkek oleh tokeh kedai J1 join together gether by mamat melayu berdiri di sebelah aku yang mana sebenarnya aku jaki giler kat dia sebab dia beli Nikon D700, sekaligus menjadikan aku terasa betapa keciknya aku masa tu...)

Sumpah! Kalau itu apek sound aku, nak test ke tidak itu barang - konpom aku kata aku takda bawak itu 'gear' mari. (padahal ada dalam beg)

Ko giler aper? Sebelah dah terlentang nikon D700..? agak agak la sikit...
u don't drop my waterface u know!... (dah drop pun.. huhu)


Celaka. Tak pasal pasal masa balik, menggelupur aku test itu barang dalam keta!
Hah! Okay pun.

Hmm. bolehlah bukansepet... dari tak ada...
layan bukansepet, layan.
(Kalu anda tak paham, sila gugel.)

gravatar

Muzik: Jahilnya aku.

Pernah dengar Kitaro?

Aku pernah.

Korang?

Kalau pernah atau tak pernah, terima kasih pada si naganaga, membawa aku ke kamalsabran.blogspot.com di mana aku di hidangkan dengan

Muzik Space Gambus Experiment.

Kalau ko ke web kamalsabran.blogspot.com tersebut, kat kanan, ko mesti nampak, list lagu dia.

Cair sehhh!!!!! Kata naga, budak kamal sabran tu dia jual lagu lagu tu. (suka hati aku aja, panggil dia budak. Cheh!) RM20 Sekilo. (sebijik album ler tu!)

Cakap banyak takder. Dengar dulu. Bawak itu mouse cursor.

Cucuh sini!

gravatar

Pengakuan Janggal: Drama Bersiri Korea.


Winter Sonata
My Girl
Yuhee The Witch
Boys Over Flower
Goong
Coffee Prince
Snow Queen
You're beatiful.


Apa ke benda ni?
Haha. Ni ler drama Korea.

Tidak.
Kalau anda terfikir yang saya menggemari drama Korea, huhu, anda silap.

Sebenarnya saya menggemari OST nya. Dah lama saya kena penyakit ni. Dah dekat 5 bulan. Kalau kanser tu dah kira tahap 3 ler kut..

Saya akui. Sementelah bermulanya kegilaan anak dara saya pada artis Korea, Lee Dong Wook dan drama drama korea, menjadikan saya 'dipaksa' mencari lagu-lagu dan video klip Korea. Lanjutan pada kegilaan ini terbaru, 'dipaksa' lagi menemaninya membeli pula drama bersiri Boys Over Flower. (Mahal wo..)

Apa ceritanya? Ntah! Sepet aja pelakon nampaknya. Saya bukan sepet!

Tapi yang anehnya, mendengar lagu Loveholic Meh ah Ri OST dari drama Snow Queen, buat saya rasa tenang bila memandu waktu petang. Pulak?

Barangkali sebab saya tak faham maknanya kut, menyebabkan saya lebih melayan melodinya, and somehow, tak dapat nak explain, ada lak rasa sedih bila dengar lagu tu. Dah gila aku ni. Kalau korang tak pernah dengar, google lah. Imeem ada kut.

Sejak itu, bersambung sambunglah lagu korea yang saya dengar. Dari OST berjangkit pula pada yang non-OST. Wonder Girl dengan nobodynya... (dah hit dah lagu tu), SNSD dengan Gee nya, Super Junior dengan Sorry Sorry. Fly to the Sky dengan Blood...

Tak mention lagi, yang saya tak leh sebut pun penyanyinya atau tajuk lagunya.. Yg saya tahu, melodinya - layan!

K-Pop. Untuk orang tua cam saya?
Allah! bior bebenor?

Tapi itu hakikat. Pengakuan janggal buat saya yang biasanya dengar lagu M. Nasir dan sesekali Bunkface atau Pop Shuvit. Jauh sekali lagu nustan, walaupun lagu ahmad jais masih bertakhta di hati.

Apa tak best ke lagu korea? Korang? Ada bran?
layan bukansepet, layan.

gravatar

Johnny sudah tidak lagi bikin filem.



Al-Fatihah.
Tukar Tiub bagi tau...






gravatar

Ada apa dengan Halim Othman? SuriaFM


Ya. Ada apa dengannya?

Dia masuk Suria FM. Bersama menyertainya, Linda Onn.

Wokay....

Halim & Linda di Suria.
Khairil & Najman di Sinar.
Kieran, Fara, Faizal di HotFm.
Seelan dah big boss HotFm.

hmmm.. 'bersepah'nya x-warga ERA.. Tapi jgn salah anggap. Mereka berkualiti.
Cuma, yalah... orang tak tahu nak jaga. Nak wat camna.

Bagus sangat ke dema ni? Adakah ini bermaksud DJ lain tak bagus?

Aku rasa ini sindrom Maggi.
Ya Maggi. Mee segera tu?
"Ko ada beli maggi?"
"Ada. Gi ler tengok."
Sekali tengok bukan Maggi. Mamee. Tapi di panggil Maggi juger kan?. Naper?

Tak pun sindrom pampers.
Ya Pampers. Lampin pakai buang tu?
"Pampers dah tukar?"
"Lum. Gi amik kat lemari tu."
Sekali tengok bukan Pampers. WeeWee. Tapi di panggil Pampers juger. Naper?

Ini semua akibat awalin. Yg pertama popular itulah yg org akan kenang. Dalam kes DJ ni, mereka inilah yg terlebih dahulu mencipta branding DJ Selebriti Sama popularnya ngan artis. Hasil usaha keras ERA.

Itu aja sebabnya. Jauh sekali bermaksud DJ yang lain tu tak bagus..
Walaupun ada usaha utk popularkan DJ DJ baru ni, semua tu dah lambat. Macam dalam lagu Shidee satu ketika dulu. Terus terang saya tak boleh namakan satu pun DJ SuriaFM sekarang ni, walaupun pernah dengar celoteh mereka.

"Sayang semuanya, sudah terlambat, tak guna, engkau sesalkan lagi..." (Lagu peberet mak mertua saya tu!)

Halim Othman,
Linda Onn,
Kieran,
Khairil,
Fara Fauzana,
Faizal Ismail
dah jadi Maggi.

Dah jadi brand.

Nak wat camna. Itulah hakikat. Dan pagi ini saya dengar SuriaFM.

Hmm.. Masih berbisa juga 'Maggi' ini rupanya!
layan bukansepet, layan

gravatar

Lanjutan dari idea wishlist bukansepet (Entri sebelum ini)




Sila baca dengan teliti. Reject sebab tak ikut tema.

Well. No harm in trying! Jangan kata aku tak pernah cuba!

layan bukansepet, layan.

gravatar

Wishlist bukansepet yang pentingkan diri sendiri untuk kerajaan Malaysia.

1. Nakkan panggung wayang dan teater yang khas untuk keluarga, ada bilik sendiri untuk melihat. Justeru derai ketawa, tangis anak anak takkan menggangu penonton lain.

2. Nakkan sekolah jadi satu sesi, supaya anak anak dapat main basikal, main baling selipar, main polis sentri petang petang bersama kawan kawan.

3. Nakkan waktu kerja habis pukul 4.30 petang supaya mak bapak boleh duduk berdua tepi taman permainan lihat anak anak bermain.

4. Nakkan ada nurseri konsep sekolah. Ada kelas, ada 'pengasuh ala ala cikgu' khas, ada bangunan sendiri, besar dan gaji 'cikgu' di bayar kerajaan. Kita pula bayar pada 'sekolah' nurseri ni.. takde ler sibuk nak cari org gaji... Sebab 'sekolah' ni besar, bayaran pula lagi murah dari nurseri persendirian. Setiap bandar mesti ada satu.

5. Nakkan harga kereta ikut harga kereta negara lain.. :( Faham kenapa harga kereta di Malaysia tinggi kerana melindungi "pembekal alat ganti Proton" dan anak Malaysia yg bekerja melaluinya... Tapi.. dah lama sangat ni... mungkin masanya dah tiba utk aku pentingkan diri sendiri pulak.

6. Nakkan universiti percuma. Hmmm.. Negara Arab kaya, bolehlah buat camni, negara kita tak kaya sangat.. tu yg tak boleh buat. Tapi tak de cara ke boleh buat? Pendidikan sama dgn perubatan adalah keperluan asas manusia ni... Berapa ramai anak anak yg bijak tapi tak dapat peluang, kerana mak bapak takder sen nak hantar anak ke U. Last last jadiler misi.. cikgu... guru KEMAS.. guru Sekolah Agama Rakyat...

7. Nakkan ada liga bolasepak terbuka, setiap minggu, supaya semua org tua atau muda boleh tubuh team, join liga dan tak perlu nak berhenti kerja semata mata nak main bola..

8. Nakkan subjek pendidikan seni di sekolah rendah/menengah, taklah asyik lukisan.. batik cop batang pisang.. sulam kertas warna... masuk sekalilah baca puisi, teater, silat, kelas vokal, muzik arrangement. Utk menengah ajar sekali ilmu pengurusan kewangan. Belajar, bukan utk peksa! Belajar utk hidup!

9. Kerajaan ujudkan kelas 'shortcourse', KELAS RAKYAT setiap hujung minggu. Sesiapa boleh join. Ujudkan kelas menari, kelas kompang, tarian india, aerobik, menjahit, sulaman, agro tani, kelas vokal, 1001 kelas boleh di ujudkan... Tak ada kelayakan, hanya belajar utk 'belajar'. For the fun of learning! Of course kenakanlah sikit bayaran... cikgu pun dapat side income, rakyat pun dapat ilmu, kerajaan pun dapat komisen/kredit.

10. Kita sangat stress. Isnin sampai Jumaat (ada sampai Sabtu) kita kerja. Pagi sampai malam. Anak anak besar di tangan org gaji, nurseri.. Anak anak lagi kenal play station dari rumpun padi. Lagi terror surfing internet dari bergaul dengan anak anak jiran. Kita sendiri sikit sangat masa berbual dengan org rumah. Kita dah semakin jadi robot. Barangkali kita perlu kerajaan 'berfikiran' baru. ke kerajaan baru?

layan bukansepet layan.

gravatar

FDAM. Aku kecewa.

Team mamat khalid kalah.

So, rasanya we're stuck dengan filem filem senario beach boys, momok the movie, mat spy (Sori bro afdlin, I knew you're just the director.)dan yang seangkatan dengannya lah.

Lagipun apa ada pada mamat khalid, erma fatima, saw teong hin, aziz m osman, shumi baba, khabir bhatia, bernard chauli, hans isaac, Fauziah nawi... sampah jer derang ni. bukan 'reti' pun.

James lee? yu hang? Amir muhammad? Murali abdullah? tu semua bikin pilem tak laku. setaraf Mansor puteh aja dema ni... level level Johnny bikin filem... tak best. takder aura. tak sehebat Senario the beach boys.

Best 'sangatlah' kalau dapat tengok citer razak mohideen, cgi murah Yusri KRU, Dharma Harun pun nak buat comeback katanya ngan citer adik manja, (aku suka cikgu bedah by the way.) Ahmad Idham nak buat citer apa lak pasni? 'excitednya!' rempit dah. hantu dah. senario beach boy dah. barangkali citer org gi pasar beli ikan best kut? yalah! 'menarik' sungguh jalan citer tu! 'teruja' yang amat aku!

Mat London tak nak buat pilem?

err.

Mat London?

ok.

Sapa pulak Mat London ni? Bunyi cam tajuk novel karya Maizura Ederis aja. oh, aku tau! Yg buat pilem dari Jemapoh ke Manchestee tu kan? Eh? bukan ke?

oh. Yg buat batik tu, dia ke?

Best. Teruja benar aku. Syukur yang amat aku duk kat malaysia ni dan dapat tengok cerita yang menarik menarik belaka! Sementelah arwah kak Yasmin pun dah tak ada. Nasib baik ada Mat London. ada TS jefri. ada M. Jamil. Din glamour ngan Zack Lokman naper senyap? eh aku rindulah zaman julie dahlan bikin pilem. Kalaulah mereka semua aktif kembali, aku percaya kita akan jadi leader industri perfileman dunia! yezzlah!




Mulanya aku nak pindah ke Iran semata mata nak tengok filem dema. Kata org filem dema best. Ntah! Tak jadilah..


layan ajalah bukansepet.
penat.

gravatar

FIFA 2010 Bola itu bulat.

Group A: South Africa, Mexico, Uruguay, France

Prediction – France wins group, Mexico gets second

Group B: Argentina, Nigeria, Korea Republic, Greece

Prediction – Argentina wins group, Nigeria gets second

Group C: England, USA, Algeria, Slovenia

Prediction – England wins group, USA gets second

Group D: Germany, Australia, Serbia, Ghana

Prediction – Serbia wins group, Germany gets second

Group E: Netherlands, Denmark, Japan, Cameroon

Prediction – Netherlands wins group, Cameroon gets second

Group F: Italy, Paraguay, New Zealand, Slovakia

Prediction – Italy wins group, Paraguay gets second

Group G: Brazil, Korea DPR, Côte d’Ivoire (Ivory Coast), Portugal

Prediction – Brazil wins group, Ivory Coast gets second

Group H: Spain, Switzerland, Honduras, Chile

Prediction – Spain wins group, Honduras gets second

Dari pakcik google: here

pastu apa jadik? brazil kut... (aku bukan pakar, pakai tembak aja.)

Malaysia depa tak bagi masuk. Sajer dengki. Depa dengki sebab kita dah bawak balik pingat emas tu hari. So, tak yahlah lagi bawak balik piala emas. Bagi can ler kat orang lain lak...

Sebut bola malaysia, buat aper ler buang duit lagi hantar pemain 'attachment' bagi ke england tu? tak der manernya improve pemain kita nyer... sudah sudahlah. Kita banyak nak pakai duit ni. Gula pun dah naik 20 sen tau?

Baik duit tu, ko sponsor supaya kita banyakkan perlawanan persahabatan dengan Myanmar, Laos, Thailand, Singapore.. lagi banyak lawan lagi bagus! Kalau dah 80% pertemuan tu kita menang selesa, dah improve ler tu! Tak payah attachment attachment ni semua... last last player kita jadi tukang susun kun masa depa berlatih aja. apa hal?

Kalau duit tu banyak lagi, buat aja liga terbuka malaysia. Semua leh masuk. Tak ada batas umur, tak ada batas pro atau amatur. Semua bebas buat team, dan daftar utk masuk liga. Barulah anak anak mutusamy kat ladang ladang yang selama ini tunjuk skil main di padang high chaparal, berkobar kobar bikin team sendiri nak masuk liga!

Hadiah kena power. Kereta ker sorang sebijik utk team menang! Hadiah tambahan, lawankan derang ngan team kebangsaan. Mesti menarik!

Perlawanan setkan setiap hari minggu. Barulah stadium dapat berfungsi! Org pun cuti cuti leh pergi tengok bola. Buat peringkat daerah, negeri, kebangsaan... ala ala myteam. Cuma myteam pilih individu, ni tadak. Daftar team sendiri, bayar yuran sendiri. Kalau menang, team proceed ke next level. Team member bagi syarat, tak leh tukar lebih dari 5 pemain asal yang di daftarkan. Pandai pandai deranglah nak cari sapa, atau nak join sapa untuk buat team.

Barulah pemain bass dari lipis pun leh masuk! hahaha! Eh, abang umuq 40 tahun pun ramai lagi yg aktif dan penuh skil main bola..

Aku percaya ramai gerard, drogba, roberto carlos kat luar sana.. terperangkap di dunia kerja, sebab dulu masa pemilihan team bola, derang gi date ngan makwe. Dah terlepas peluang... Sebab tu aku kata, jangan ada had umur, jangan main selain hari ahad.

Amacam, kerajaan. Ada bran?
Std ler, penakut...
sebab tu enjin kapalterbang pun org boleh curi depan mata. Always afraid to do the right thing!

layan bukansepet, layan...

gravatar

Kalimah Allah pulak?

Lepas ni apa pulak?

Insya-allah?
Subhana-allah?
Allah hu akhbar?

Agaknya aku ni bermimpi.

Dalam mimpi aku tu, ada ler kes yg 'sorang' ni, sajer cari pasal tak semena mena.
Dah sah sah 'kita' punya. Yang 'dia' sibuk nakkan yang sama tu jugak, naper?

Tak ke dengki namanya tu?

Setahu akulah, kalau dalam dunia haiwan, yang bersifat pendengki ni - Ular.
Dalam alam manusia ni - takkan 'dia' tu? Tak bagi malu kaum ke?

Kadang kadang aku pikir, ular pun baik lagi. Sebab ular ni kengkadang tersesat ke rumah orang, tapi dia berusaha nak keluar balik ke tempat asal dia.

'Mamat' ni? Tak tahulah aku. Karang aku kutuk lelebih karang kata aku sekampung yang jahat. Soalnya, sapa yang kacau sapa ni?

Hish. Tak malu betul lah. Bikin malu kaum ko aja Herald ni...
Ada 'banyak' lagi istilah ko leh guna...

kenaper?
kenaper?

Macam aku kata sebelum ni, kalau 'mamat' tu salah, salahkan mamat tu! Bukan agamanya!
Sebab sesilap org lain yg seugama dengannya, ok aja kalau perkataan 'Allah' tu ekslusif utk org Islam. Tak kecoh pun...

Alih alih mamat ni.... hek eleh. Kecewa betul aku. Bukan negara kita ni patutnya saling faham-memahami, hormat menghormati ke?

Tak belajar tatarakyat ke dulu? ke.. tak pas sekolah rendah?

Kalau bebudak senang senang aja aku tamporkan 'mamat' ni, sebab tak reti bahasa.
Kalau budaklah... ni bapak budak. Tan Sri lagi...

Poyo.

layan bukansepet, layan.