Wishlist bukansepet yang pentingkan diri sendiri untuk kerajaan Malaysia.
1. Nakkan panggung wayang dan teater yang khas untuk keluarga, ada bilik sendiri untuk melihat. Justeru derai ketawa, tangis anak anak takkan menggangu penonton lain.
2. Nakkan sekolah jadi satu sesi, supaya anak anak dapat main basikal, main baling selipar, main polis sentri petang petang bersama kawan kawan.
3. Nakkan waktu kerja habis pukul 4.30 petang supaya mak bapak boleh duduk berdua tepi taman permainan lihat anak anak bermain.
4. Nakkan ada nurseri konsep sekolah. Ada kelas, ada 'pengasuh ala ala cikgu' khas, ada bangunan sendiri, besar dan gaji 'cikgu' di bayar kerajaan. Kita pula bayar pada 'sekolah' nurseri ni.. takde ler sibuk nak cari org gaji... Sebab 'sekolah' ni besar, bayaran pula lagi murah dari nurseri persendirian. Setiap bandar mesti ada satu.
5. Nakkan harga kereta ikut harga kereta negara lain.. :( Faham kenapa harga kereta di Malaysia tinggi kerana melindungi "pembekal alat ganti Proton" dan anak Malaysia yg bekerja melaluinya... Tapi.. dah lama sangat ni... mungkin masanya dah tiba utk aku pentingkan diri sendiri pulak.
6. Nakkan universiti percuma. Hmmm.. Negara Arab kaya, bolehlah buat camni, negara kita tak kaya sangat.. tu yg tak boleh buat. Tapi tak de cara ke boleh buat? Pendidikan sama dgn perubatan adalah keperluan asas manusia ni... Berapa ramai anak anak yg bijak tapi tak dapat peluang, kerana mak bapak takder sen nak hantar anak ke U. Last last jadiler misi.. cikgu... guru KEMAS.. guru Sekolah Agama Rakyat...
7. Nakkan ada liga bolasepak terbuka, setiap minggu, supaya semua org tua atau muda boleh tubuh team, join liga dan tak perlu nak berhenti kerja semata mata nak main bola..
8. Nakkan subjek pendidikan seni di sekolah rendah/menengah, taklah asyik lukisan.. batik cop batang pisang.. sulam kertas warna... masuk sekalilah baca puisi, teater, silat, kelas vokal, muzik arrangement. Utk menengah ajar sekali ilmu pengurusan kewangan. Belajar, bukan utk peksa! Belajar utk hidup!
9. Kerajaan ujudkan kelas 'shortcourse', KELAS RAKYAT setiap hujung minggu. Sesiapa boleh join. Ujudkan kelas menari, kelas kompang, tarian india, aerobik, menjahit, sulaman, agro tani, kelas vokal, 1001 kelas boleh di ujudkan... Tak ada kelayakan, hanya belajar utk 'belajar'. For the fun of learning! Of course kenakanlah sikit bayaran... cikgu pun dapat side income, rakyat pun dapat ilmu, kerajaan pun dapat komisen/kredit.
10. Kita sangat stress. Isnin sampai Jumaat (ada sampai Sabtu) kita kerja. Pagi sampai malam. Anak anak besar di tangan org gaji, nurseri.. Anak anak lagi kenal play station dari rumpun padi. Lagi terror surfing internet dari bergaul dengan anak anak jiran. Kita sendiri sikit sangat masa berbual dengan org rumah. Kita dah semakin jadi robot. Barangkali kita perlu kerajaan 'berfikiran' baru. ke kerajaan baru?
layan bukansepet layan.
Post a Comment