gravatar

Anak Luar Nikah.

Setiap 17 minit, 1 anak luar nikah lahir di Malaysia.

Aku takut. Sangat takut dengan kenyataan yang aku dengar dalam sesi Kerusi Panas Radio Bernama FM semalam.

Anak aku 3 perempuan. 1 lelaki. Mana aku tak takut?
Dan semalam aku dengar Wardina pun telefon.

Apa dah jadi?

Nak cakap lelebih, aku akui, aku pun bukan bagus sangat. Apa 'ja yang ada kat aku ni?
Tapi sekadar berkongsi pandangan 'mentah' aku ni, bolehlah kut.. Ntah bernas ntah tidak, terserah.


Siapa mereka?

Dari yang aku dengar tu, ada beberapa perkataan yang aku 'pick up' dari kata kata "SITI", (gadis 18 tahun yang mengandung anak luar nikah, yang mana dia sendiri tak pasti siapa bapa kandungannya itu kerana dia telah di rogol dan pada masa yang sama menjalinkan hubungan kelamin dengan teman lelakinya.)

Antaranya:

"saya kantui"
"mak bapak tak ambik port"
"pak we saya"

Sekilas, saya dapat agak minah ni, adalah remaja biasa kita. Barangkali pergaulan dia melebihi batas, namun dia tetap remaja "Standard" kita.


Siapa kita?

Tak habis habis, bila dah jadi macam ni - tunjuk sana. tunjuk sini. Orang tu salah. Orang ni salah. Abis, kita tak salah?

"Issyy... sampah masyarakat semua tu!"
"Apa nak jadilah derang ni, tak sekolah ke hari ni?"
"Perangai tak semenggah semua tu!"


1 jari tunjuk ke orang 4 jari tunjuk balik ke kita!

Kita kena nasihat mereka ni!

Anda pernah main snooker?
Anda pernah dengar enjin Y1 Rx-Z?
Anda pernah dengar istilah "Tak boleh blah!" ?
Anda pernah dengar istilah "Dek.. seksi sikitlah. Kasi belanja kitaorang ni!"?
Pernah?

Anda tau ke, apa yang 'in-trend' sekarang ni?
Kalau anda tak tau, DIAM!

Anda sibuk nak nasihat orang sana, nasihat orang sini. Kita kena macam ni, kita kena macam tu.

Tak pernah terfikir ke kita nak tahu apa yang mereka rasa? Nak nasihat camana kalau kita pun tak 'kenal' mereka?

Kenal bukan susah. Borak borak kejap, tanya nama, bual sikit lebih kurang - dah kenal ler tu!

Kenal kepala hangguk korang! Remaja remaja ni, tau. Mereka bukan bodoh. Kalau korang dah datang ala-ala ustaz, ala-ala pengendali kursus BTN.. takkan derang nak citer abis! Kantoi ler nanti!

Jangan buang masa nak ceramah sana, ceramah sini.
Nobody cares! Nobody listen!

Why?
1. Sebab korang tak "into" mereka. You're not talking the same language! In order to be listen, lend your ear first.
2. You datang atas tiket nak nasihat. Ingat derang tak tau ke? Like I said. Remaja kita ni bijak. Tak kiralah yang di kampung atau di bandar.


Kita bertamadun. Takkan nak biar mereka cam tu?

Saya nampak ramai golongan yang kononnya 'mulia' sangat. Bertamadun lah sangat. Tak boleh sembang sembang dengan budak muda/Mat Rempit/mat shuffle/mat art... Tak boleh sembang sembang dengan anak-anak gadis jenis "gua-gua, lu, lu. Apa kes brader!" /"alamak hensem gila dong wook tu"/"baikkk punya barang beb". Jauh sekali nak borak borak tentang cerita Adnan Sempit yang "best gilerrr tu!".

Golongan "mulia" ni, berpaling dalam hal hal cam ni.

Boleh tak jangan cerita pasal artis korea?
Boleh tak jangan kata Azam bintang kecil tu cute? Dia orang patut belajar. Bukan menyanyi.
Boleh tak jangan cerita pasal Adnan Sempit? Kita ceritalah pasal akhlak Rasulullah.

Kalau korang masih berfikiran macam tu, rasanya korang akan 'fail'.
Korang golongan 'mulia' sangat. Gi main jauh jauh. Pergilah dengar ceramah atau sampaikan ceramah kat mana mana dewan, masjid, surau. Ada aku kisah? Dah sah sah siapa yang datang dengar ceramah ko tu? Kalau ada pun remaja "Standard" kita, sebab kena paksa. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan brader! Wa cakap lu!

Hello? ni bukan zaman belia 4B. Zaman remaja tak ada kerja gi belajar silat, main kompang. Petang petang layan sepak takraw kat balai raya. Ni zaman, facebook, Xbox, cube. Shuffle. Rempit. Skate board. High Speed Broad Band. 50 Mbps.

Jangan salah faham. Bukan tak boleh cerita pasal akhlak Rasulullah. Boleh.
Cara tu kena diperbaiki.

Cakap berapi api. Apa yang ko dah buat?
Takder apa. hehehe. Kan dah! Saya dah kata, saya bukan bagus sangat. (lame excuse).

Ginilah. Apa yang saya buat ialah, saya 'relate' dengan anak dara 14 tahun saya. Saya berkongsi minatnya. Saya boleh berborak dengan jayanya dengan kawan kawan anak dara saya, hingga mereka pun kata "Bapak ko sempoilah Huda." Bukan saya menolak usia. Tapi saya percaya, inilah caranya kita akan dapat kesan kalau ada masalah. Saya tau anak saya ada crush dengan siapa. Saya tak marah. Saya buat buat tak tahu tapi sebenarnya saya pantau.

Begitu juga dengan anak anak buah saya yang remaja dari 15 hingga ke 30 tahun. (Ya, saya ada ramai anak buah. Dalam 30 orang camtu.) Saya berbual dengan mereka macam kawan. Kata kata mereka saya ambil serius. Saya respek mereka. Skil skateboard mereka. Skil cetak rompak mereka. Skil download guna 'limewire' mereka. Bila mereka dah rasa yang saya ni bukan 'pakcik' la sangat pada mereka, mereka akan kongsi masalah bercinta mereka. (In fact, some of them, (not all unfortunately) add me as their friend in facebook list! Mereka tukar status in relationship, mereka update status mereka i.e. bengang dengan pakwe... And they feel fine although they knew I'm as their uncle is reading it as well! Alhamdulillah.)

"Macam mana pakcik tau, pakcik kena kahwin?"
"Macam mana nak tau org lelaki tu jujur ngan kita cik?"
"Boleh ke cik, layan awek wat spare part aja. Bukan betul betul cik?"
"GRO ni susah cik. Mana org pergi dia ikut org."
"Susah susah org panggil geng pekida org belasah aja mamat tu. Amacam cik, ok tak camtu?


adalah antara soalan sahih yang pernah di keutarakan pada saya.

Dah tu, apa kita boleh buat?

Hikmah is the key word.

Kamal Effendi, penganalisis jenayah / penceramah tu, tajuknya pasal jenayah. Tapi dalam tak sedar dia selit pasal pergaulan muda mudi. Aha! Ni baru line clear kata org sekarang! Canteeeek punya usha masuk dalam... Dia tak cerita secara 'direct'. Dalam gelak, dia selitkan pengajaran. Saya tabik dia kerana dia boleh 'into' golongan begini. Dr. Fadzilah Kamsah, yang penuh berhikmah, tapi kata katanya sangat boleh relate golongan sebegini. Kenapa? Kerana mereka bercakap bahasa yang sama...
Layan. Lepak. Relax lah. Tapi dalam relax tu, das 2 3 peluru hit kepala anak remaja kita.

Kita kena kreatif. Apa kejadahnya letak tajuk / topik "Pendidikan Seks" misalnya?
Tak ada cover line langsung! Setuju dengan Wardina semalam, kita kena ajar pasal cinta. Pada saya bukan kena ajar direct pasal seks. Tapi pandai pandailah. Dalam bercerita mengenai cinta tu... selit selitlah cerita pendidikan seks. Reti?

"Dulu gua bercinta dulu (kan aku dah pakai slanga rock) mana main beb awek belanja kita! Tak macho lah. Aper? Ingat gua ni sengkek sangat ke tak leh belanja lu? Bukan lu aja... mak bapak lu, 1 famili pun gua boleh belanja tau?"

Sekarang bercinta lain beb.

Perempuan: "eh wak, awak blanja kita makan eh?"
Lelaki: "belanja wak lu!, ngada ngada betul! Tak kira. Tong-tong. cam tak biaser lak. Ingat banyak sangatlah sen aku ni... "


Nampak? Dunia dah berubah. Pendekatan kita juga harus berubah.

Pendekatan Macam Mana? Sound Sikit Aku nak Dengar!

Tak ada jalan lain. Kita kena kreatif.

Ingat Seorang Tua Di Kaki Gunung? Satu Novel Sastera yang kena baca di zaman sekolah dulu kalau anda ambil sastera.

Why not, ambil 1 novel cinta yang semulia drama cinta "Nur Kasih" - sebagai subjek kajian di sekolah menengah. Dalam pada kupasan subjek tu, kita selitlah erti sebenar bercinta. Adam respek pada kaum Hawa. Touching touching ni tak macho. Tak respek. Hawa mendambakan cinta suci Adam. Tekankan elemen Tak perlulah sehebat Rasulullah kerana kita lemah. Cukuplah menjadi lelaki budiman. Tak perlu jadi sehebat Maryam, cukuplah sekadar jadi Saidatina Aisyah Umairah - nakal, manja, emosi tapi disayangi Rasulullah.

Jiwa Remaja kita halus. Novel, Drama, Filem, Game Play Station, Lagu adalah perkara perkara dekat dengan mereka. Sentiasa berhikmah dalam menyampaikan. Kalau di peringkat awal dah declare lagu korang lagu Nasyid, apa barang derang nak dengar!

Hikmah. Mana Hikmah? Mana? Mana?

Sebab tu saya tak heran kalau golongan artis/selebriti seperti Aznil Hj Nawawi, Apek Senario, Adlin Aman Ramli, Khir Rahman, Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Allahyarham Yasmin Ahmad, Adibah Noor, Ramli Sarip, Nurul dan Ajai, M. Nasir, Kopratasa dalam diam sebenarnya dah banyak membantu remaja/masyarakat kita ni sedikit sebanyak, meskipun kadangkala orang pertikaikan kredibiliti mereka!

Dia orang pada saya adalah silent achiever. Mereka tak declare sibuk canang sana sini. Yang penting, mesej SAMPAI & TERIMA. Bukan berhenti setakat SAMPAI aja.

ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

Saya bukan yang terbaik.
Tapi saya bukan sepet.

yang hampa biarlah terbang, yang bernas biarlah tinggal.
layan bukansepet, layan.

gravatar

salam...
sy suke la pendekatan tulisan abg nih... syabas...syabass...

gravatar

Terima kasih sebab membaca.
Terima kasih sebab sudi komen.

Berbunga hati saya balik kerja hari ni.

Aha!