Filem kita primitif.
Lanjutan dari pembacaan saya di blog Kak Long Maizura dan Ajami Hashim.
Saya bukanlah penonton wayang yang tegar.
Dulu saya selalu 'mengutuk' filem filem melayu dan yang selalunya menjadi mangsa bebelan saya ialah isteri dan anak anak saya. (Mereka pun 'terpaksa' dengar sebenarnya.. haha)
Tapi kini ada blog. Soal ia sampai atau tidak, berkesan atau tidak, saya tidak tahu.
Berbalik soal dulu. Dulu saya kutuk filem melayu bagai nak rak. Macamlah saya ni pandai sangat. Tapi saya telah di'pukul' oleh Md Nor Kadir melalui pernyataannya dalam satu rancangan bual bicara di TV yang saya tidak ingat tajuknya. Sedikit sebanyak dalam bual bicara tersebut, seorang pemanggil telah mengutarakan pendapatnya bahawa filem melayu teruk, kebudak-budakan dan tak matang. Seterusnya pemanggil itu telah memberikan beberapa contoh cerita yang seperti tangkap muat, tak ada yang ilmiah... bla.. bla... bla.
Tahu apa jawap Md nor Kadir?
"Saya percaya pemanggil itu berumur 30-an. Dia jarang ke pawagam. Dan dia lebih banyak menonton drama TV. Saya tak salahkan dia sebab filem itu memang bukan untuk dia. Saya cari makan. Saya buat filem untuk untung. Tak ada orang buat filem nak rugi. Dah itu yang penonton wayang mahu, itulah yang saya beri. Yang tonton wayang kebanyakkannya orang muda. Nak berhibur. Tak nak beratkan kepala. Kalau nakkan yang berkualiti, tengoklah pula drama saya. Di situ anda akan dapat kepuasan kerana drama itu lebih sesuai untuk orang macam anda."
(bukan ayat yang tepat... saya tulis bersandarkan lebih kurang maksudnya...)
Saya terdiam. Isteri saya juga. Pemanggil itu bukan saya. Tapi saya sependapat dengannya. Dan memang benar. Saya juga 30-an. "Three series" kata orang masa kini. Saya juga jarang ke panggung. Dan bila saya lihat drama Md Nor Kadir yang meletup pada masa itu "Cinta Antara Benua".. saya akur dengan kenyataan beliau.
Filem kita primitif. Jadi apa masalahnya?
Biar saya yang "bukan sapa sapa" ni bagi jawapannya.
1. Produser nak untung. Ini bisnes. Nak buat cerita yang bagus, dan untung sangat sukar. Mamat Khalid berjaya dengan filem noirnya "Kala Malam bulan Mengambang". Yasmin Ahmad berjaya dengan "Sepetnya".
(Kata kata terakhir saya di blog Yasmin Ahmad:
"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar pada negara. Beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu...")
Tapi bukan semua boleh buat camni.
2. Penonton wayang (ya, salahkan penonton lagi ya..) tak mahu cerita beratkan kepala.
"Hati Malaya" contohnya...
Jadi 2 elemen penting kat sini:
Produser - Nak untung.
Penonton - Nak yang ringan.
Full stop. Habislah kita....
Dah tu camna nak selesai?
Cadangan saya:
Cadangan 1. Buat filem yang tak bergantung harap pada untung.
Cadangan 2. Ramaikan penonton yang nakkan cerita berkualiti.
Ulasan cadangan 1.
Mana ada... Cuma FINAS aja yang mampu. Apa kata beri dana tu pada Mamat Khalid? Atau Afdlin Shauki? Atau Khabir Baktiar? Cecukup lah dengan Mansor Puteh, Erma Fatima, Dato Jins, U-Wei... Bukan derang tak bagus. Kita perlu yang Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu, kan? Kalau ada sambutan, maka ini akan jadi pemangkin pada produser lain utk buat filem yang sama kualitinya.. Saya kata Dana bukan puncanya. Memadailah dengan dana yang biasa di keluarkan oleh pembuat filem biasa. Yang pentingnya - tak bergantung harap pada untung. Ramai produser berbakat, tapi takut sebab nanti tak untung! Jadikan rantaian filem filem Finas ini sabagai pemangkin. (Baca: Rantaian. Bermaksud, bukan satu. Sekurang kurangnya 3 filem setahun). Pada saya dari bagi dana besar besar utk buat satu filem, baiklah pecahkan dana tu dan buat 3 filem. Dan fahamilah, filem bagus bukan semestinya filem seni semata. Saya ulang. Kita perlu yang Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu
Ulasan cadangan 2.
Aha! Penonton. Contohnya sayalah. Bang... ingat saya takder duit ke nak ke panggung? Dah citer bodoh, buat apa saya nak bazirkan duit ke panggung?
Kalau citer pandai?
emmm.. boleh kut saya ke panggung. Saya dah tengok, Avatar. Saya dah tengok Papadom. (Tak ler bagus sangat, cuma saya pada masa itu tercari cari pengganti Yasmin Ahmad.) Saya dah tengok Sepet. few others. Tapi tau tak apa masalah saya?
SIAPA NAK JAGA ANAK ANAK SAYA?
Bukan golongan ni tak mahu ke panggung. Mediumnya tak ada? Saya pernah ulas pasal Panggung Famili ni dalam entri lepas saya bertajuk Kenapa Tak Ada Pawagam Keluarga.
Betul tak kata saya? Sakit tak kena dengan ubat. Mana nak baik. Cuba cubalah flash back balik zaman tengok wayang pacak dulu... ramai tak famili tengok? ramai kan? pasal apa? Ada mediumnya... sekarang? Tapi tak payahlah buat wayang pacak balik... tu dulu. Sekarang, modenlah sikit...! kan? Selagi tak ada fasiliti utk kami, golongan berkeluarga, golongan yang lebih selektif dalam menonton, golongan marhain yang tak adalah banyak sangat duit nak ke pawagam mini atau hantar anak anak ke nurseri semata mata nak tengok wayang, selagi itulah saya jamin, sebilangan besar penonton ke pawagam sedia ada adalah orang muda, naik motor 125Z atau LC, atau viva/savvy, bawak makwe/pakwe cun dan cute, atau student yang beramai ramai ke pawagam lepas abis peksa di kampus, kakak kakak yang bawak adik adik yang melawat mereka di kota... atau sekadar pasangan kekasih, saja nak abiskan masa berdua. Dan mereka ini rata ratanya, tak nak beratkan kepala mereka untuk berfikir di pawagam!
Jadi balik ke soalan pokok.
Filem kita primitif.
Kata Rosyam Nor - Sebab dana tak cukup.
Kata Kak Long - isi kandungan, cara cerita, pembikin nya lemah.
Kata Ajami - pelakon cap ayam antara puncanya. Ruang utk pembikin filem baru (seperti filem pendek) tak ada. Penonton tak 'diajar' utk memilih filem yang berkualiti.
Kata Bukansepet - Sakit tak kena dengan ubat. Penonton paling penting. Adakan ruang tonton untuk famili. FINAS perlu adakan filem filem sebagai tanda aras. Beri ruang pembikin filem komersil sedia ada / baru buat filem yang bagus tanpa terikat dengan komitmen menghasilkan untung.
Kesimpulannya:
Adakan pawagam famili, harga tiket berpatutan, filem lebih baik dapat dipaparkan sebab 'target audience' lebih matang dan selektif, filem tanda aras FINAS akan mula dapat sambutan di pawagam famili, produser sedia ada mula buka mata pada PASARAN baru, filem filem 'bukan primitif' akan mula menerjah pasaran, dan akhirnya yang terbaik dari ladang akan muncul!
Tadaaaa!!!
Kata sayalah... Betul ke tidak, saya tidak tahu.
layan bukansepet, layan.
Tks Ayie untuk entri ini.
Salaam..
tQ & saya suka ulasan kamu :)
Kak Long, Ajami.
Terima Kasih sanggup drop by.
:)
Suka dengan pemerhatian saudara berkenaan "pawagam keluarga" pihak pawagam perlu ambil inisiatif pemahaman ini dengan halus kerana setiap cara hidup berkait dengan budaya dan saudara menyatakannya dengan tepat dan rasional. saya sokong!
Lagi satu sifu besar pulak komen. Terima kasih.
Next step, Nak tala mana idea ni?
Orang FINAS tau ke baca blog...? (Skeptikal)
Persatuan Pemilik Panggung?
Huh, buta IT semua ni...
Post a Comment