Archives

gravatar

Gelabah.


4.30 ptg. Bini tepon.

"Bah, tadi adik telepon."
"Ha, naper?"
"Dia nak balik ikut kita."
"Kita balik esok kan?"
"Esok kak long kata majlis lepas zohor."
"Laa.. esok ke? bukan lusa?"
"Esoklah!"
"Err.. kalau cam tu, malam ni ajalah kita balik."
"Habis adik?"
"Dia cuti tak?"
"Dia hari ni dah cuti."
"Ha, telepon ler dia. Bagi tau. Malam ni kita gi rumah dia."
"Orait."


Mampus. Serta merta aku google cari gambar orang bertunang. Save dalam thumbdrive. Sebelum ni aku pernah buat fotografi sedara tunang/kahwin, tapi tak pernah jadi main photographer. Ni kali, skali terkena aku, sebab pengantin nak save bajet. Pengantin memang konpiden ngan aku sebab dia pernah tengok hasil kerja aku. Aku yg tak konpiden dengan aku. Abis camna?

Takat petik kamera, cari angle, insyaallah. Boleh. Takder hal.

Tang nak set posing, lentuk sana, lentuk sini, senyum sana, senyum sini, buat cam tu buat camni, pandang sana, pandang sini ....tuuuuuuuu yang aku lemah tu!

Hai.. mintak mintaklah mak andam derang terror bab ni. Kalau tak...
Sesilap makeup sendiri. Takder mak andam. Maklumlah bertunang...
Huisyy... gelabah dah ni! ada gak gambar org bertunang diri tegak, macam ambik gambor kelas darjah 6 Angsana, sekolah rendah abdullah, sungai mati, muar, johor!

layan bukansepet. layan.

gravatar

Encik Abah.



En. Ahmad! En Ahmad!
Ini 3 orang, dia bilang mau cari kerja...


Sikit lebih kurang cam tulah kata allahyarham Ahmad C dalam filem Seniman Bujang Lapok.

Tapi bila yang melihatnya ialah Alif, 5 tahun, siapalah yang sangka efeknya.

Encik Abah, Encik Abah.
Encik Abah nak makan?


"Alif cakap apa tu?" tegur isteri saya.

"Saya sedang cakap dengan encik abahlah encik mama." Pintasnya spontan.
Lepas tu, ujudlah encik kak long, encik angah dan encik alang.
Tak terkecuali encik gajah, encik ultraman mebius dan encik dinasour.

hehe.
Yalah tu, Encik Alif.

Memang gila citer P.Ramlee ni. Kekal sepanjang zaman merentas generasi.
layan bukansepet, layan.

gravatar

Konsep membazir.


Cantiknya phone tu. Canggih!
Psst.. Ada kasut crocs baru. Harga leh runding.
Bang, handbag baru tu cantik eh? Tapi mahal ler pulak.



Dulu.
Ya dulu, saya selalu kata membazir tu contohnya, kasut dah banyak, buat apa beli lagi?
Telefon yang ada ni pun dah ok, nak tukar baru wat apa?
Jam, handbag... jangan membazirlah!

Kini.
Sama juga. haha.

Selama ni saya rasakan saya cukup berhati hati dalam perbelanjaan, jangan sampai peringkat membazir. Dan sesungguhnya saya bertuah kerana punya isteri yang sama tak suka membazir.

Bahkan lagi teruk, 14 tahun dulu, set kerusi meja ruang tamu rumah saya pun dia kata membazir.

"Kan lagi bagus bentang tikar aja" bentaknya.
"Eh, takkanlah. Tak eloklah kalau tetamu datang" kata saya.
"Eh, ni rumah kita. Sukalah nak buat camna. Rumah melayu kan? Bersila ajalah! Tak salah kan?" sambungnya.


Saya diam. Last last saya beli juga. Tu pun sebab ada barangan Court Mammoth lelong. Kalau tak, langsung tak ada. Pada saya tu bukan membazir. Dah macam keperluan. Sementelah, saya mampu. Bukan beli yang mahal sangat pun.

Begitulah seterusnya hinggalah saya sekeluarga dapat duduk rumah sendiri. Kalau boleh jangan sebab nak ikut orang. Beli sebab perlu. Kalau canggih sikit pun, sebab mampu. Bukan di luar kemampuan sebab nak sangat kelihatan bergaya.

Saya ingat saya hebat. Saya okay.

Tapi 6 tahun lepas, masa saya baru pindah ke rumah sendiri ni, saya tersentak. Bukan dengan orang lain, dengan biras (Abang) sendiri yang dah lama bermastautin dari kecil sampai ke besar di Kapar, Selangor.

"Berapa ko beli susu tu setin?"
"RM x.xx. Naper?"
"Ko beli mana?"
"Kat Jxsxo bang. Kadang saya beli kat Gxxnt"
"Hmmh. Mahal. Kedarah. Kalau kat sini baru RM x.xx setin."
"??? "


Pampers? Mahal!
Gula? Mahal!
Minyak masak? Mahal!
Susu anak? Mahal!
Sardin? Mahal!
Bawang? Mahal!
Ikan? Mahal!

"Ko pakai susu cap apa?"
"FxN bang."
"Laa.. Ko ada minum kat kedai mamak tak?"
"Ada bang. naper?"
"Mamak tu dia pakai susu tu? Tak semua kan? Kadang abang tengok susu murah aja. Dxxry Chxrm, Gold Cxin.. Tapi boleh lak ko minum ya tak?"
"Betul gak bang"
"Alah bisa tegal biasa."

"Sardin?"
"Cap Ayxx"
"Minyak?"
"Cap Bxrxh"
"Huh. Cam Orang kaya!"


Alahai, makan sardin cap Ayxx pun kaya?
Guna bawang putih bakar pun kaya?
Guna bawang merah kecil pun di kira mewah?
Belum kira lagi saya beli Nescxxx sedangkan dia beli Indocxfx!
Saya beli Milx dia beli Vicx!

Masyaallah! Ibarat orang tertidur baru dibangunkan, saya baru tersedar dalam kata saya 'pandai' tak nak membazir, rupanya dah bertahun tahun saya membazir tanpa sedar!

Pasaraya Exonxxve tu jauh jimat! 99 tu pun okay juga. Nak lagi jimat, cuba survey harga barang asas kat kedai sehseh. Tau sehseh? Kedai ubat cina! Yang ada juga jual barang runcit. Anda tak percaya? Sila cuba. Jangan terperanjat kalau harga barangannya lebih murah! Beras, susu, sardin, maggi.

Kalau ikan pulak, std ler. Pasar lagi murah banding pasaraya atau pasar malam. Tapi survey survey ler dulu. Jangan terus terima cakap saya.

(Jangan salah faham. Ada kala, kita memang tak serasi dengan brand murah. Dah biasa sardin cap ayxx, beli ajalah. Bukan tak mampu kan? Cuma survey survey ler dulu. Tu maksud saya. )

Alhamdulillah.

Kalau tak ada abang biras saya tu, sampai la ni, saya tak tahu yang saya sedang membazir dalam diam! Saya tak salah pilih brand kerana itu citarasa peribadi. Saya salah sebab tak survey!

Huh! Macam orang kaya!

heh! heh!
layan bukansepet, layan.

gravatar

Icity (I-city) Shah Alam



Melihat kecantikan palsu minggu lepas di Icity Shah Alam.
Pokoknya palsu.
Pandanya kaku.
Cahayanya elektrik.
Daunnya plastik.
Sangkar burungnya kosong.
Sakuranya bohong.
Hatta,
Seekor tupai pun tiada.
Ulat-ulat buah nak ada camna?

Namun Tuhan sudah back up!
Tuhan bagi senja.

Marbeles!

layan bukansepet, layan.

gravatar

Fokus yang indah.



Terbabas

Hampir hampir sahaja Dr. Fadzilah Kamsah men'terbabaskan' saya untuk lewat ke pejabat pagi ini. Haha.

Kelibatnya di TV3 pagi tadi bersama team MHI Wardina dan Fitri cukup bersahaja tapi begitu berilmiah. Ni baru pakar motivasi!

Fokus yang indah.

Untuk jadi cemerlang dan bahagia, fokus yang indah dalam hidup. Bukan menidakkan semua yang buruk, buruk jadikan sempadan. Jadikan peringatan. Tapi untuk maju ke depan, fikir positif dan fokus pada yang indah-indah, adalah antara kata kunci Dr. pagi ini.

Saya fikir itu benar. Fokuslah pada keletah anak anak kita. Fokuslah pada senyuman isteri kita. Fokuslah pada sarapan yang disedakan pagi hari oleh isteri kita. Sebenarnya kita bahagia. Cuma lazimnya kita terlalu fokus pada benda remeh, menjadikan kita stress dan rasa jiwa kita kacau dan tak bahagia. Atau kita terlalu fokus pada masalah dunia yang di luar lengkungan keupayaan kita. Bagus untuk membantu, tahniah! tapi janganlah pula sampai yang di kejar tak dapat, yang di kendung berciciran. Saya tahu. Bagaimana? Sekurang kurangnya 2 kes berlaku dalam keluarga saya yang menyebabkan saya tahu perkara sebegini.

Angkara nak 'betulkan' dunia.(tapi tak kena cara)

Kes 1: Abang ipar saya bercerai dengan isterinya, hanya kerana isterinya terlalu fokus rumah kebajikan yang di bukanya, khas untuk menjaga remaja remaja yang mengandung anak luar nikah. Tiada apa yang salah tindakan isterinya. Sangat mulia. Isterinya disanjung semua pihak. Termasuk kami ipar duai. Tapi benarlah. Terlalu fokus, anak anak ke sekolah tanpa sarapan. Anak anak lebih senang mengadu masalah pada kawan. Rasa tersisih. Rasa terabai. Abang ipar saya, cuba bertahan. Hingga jejak 10 tahun usia perkahwinannya. Abang pernah kata, makan pun macam anak kucing. Kadang ada makan, kadang tak ada. Baik makan kat restoran aja yang dah tentu ada. Baju pun di gosok sendiri. Basuh? Dobi. Ini yang dapat kami perhatikan pada abang. Tapi akhirnya, bercerai. Sebab tidak dinyatakan, tapi saya percaya tidak dapat tidak faktor keluhan itu antara puncanya. (Selepas itu isterinya ingin rujuk dan mengaku kesilapannya, tapi hati abang saya sudah mati. Kini dah kahwin lain dan bahagia.)

Angkara ibarat melepaskan anjing tersepit.


Kes 2: Kakak ipar saya. Di kurniakan Tuhan lebihlah sedikit rezekinya. Tekadnya bulat, mencari fakir miskin dan dibantu secara bulanan. Tapi akhirnya? Yang di bantu tidak mahu sedar bahkan mula mengambil kesempatan. Tersentak kakak ipar saya cepat sedar dan mula melihat di kalangan keluarga sendiri. Oh, ada anak buah nak sambung belajar tapi tak cukup duit. Ada ipar duai bergaji kecil, anaknya ramai, tidak pernah cerita hal kesusahan mereka hingga makannya pun bercatu. Ada anak buah tersadung skim MLM durjana. Akhirnya hutang menambun, terpaksa gigih sana sini cari rezeki tambahan sebab duit gaji dah habis bayar hutang. Dah betullah salah mereka, tapi anak anak nya? Sampai ke hati kita lihat aja. Walau yang di hulur itu sedikit bukan 'memanja', alangkah syukurnya. Kini kakak ipar saya fokus untuk bantu keluarga dulu, baru jiran sekampung, barulah dunia kalau mampu.

Kesimpulannya.

Sangkut Noh pada isterinya.
Sangkut Yunus pada isterinya.
Sangkut Yusof pada adik beradiknya.
Sangkut Ibrahim pada anaknya Ismail.
Sangkut Musa pada bapanya.
Sangkut Isa tanpa bapanya.
Sangkut Muhammad pada bapa saudaranya.

Fokus yang indah. Fokus orang sekeliling anda. Mereka perlukan anda sebagaimana sama ada anda sedar atau tidak, anda perlukan mereka. Baik yang baik atau buruk. Baik rezeki anda. Buruk ujian anda. Mereka yang terbaik untuk anda. Allah takdirkan.

Allah beri kita apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak.
Jangan banyak komplen.

Fokus yang indah.
Layan bukansepet, layan.

gravatar

Kamera dan gilanya.


Hanya beberapa bulan.

Ya, cuma beberapa bulan Canon Powershot SX10IS ditangan aku, aku telah mula explore CHDK. Jadah apa CHDK?

CHDK adalah Canon Hack Development Kit.

Mender tu?

Sejenis kuih. Boleh dimakan bersama kuah gula. Nak sedap lagi, direbus dulu, di giling, diparut baru dimakan bersama kuah. haha. Kidding.

CHDK adalah firmware.

Firmware? Mender tu?

Sejenis kuih. Boleh dimakan bersama...
errr..ok. idea tu aku dah pakai. tak jadi.

Firmware, adalah perisian yang datang sekali dalam perkakasan. (software that came together with hardware)

Mender tu?

Sejenis kuih. Bo... err... err...

Ginilah. Senang cerita.
Kalau korang ada Canon powershot, nak upgrade kemampuan kamera korang, nilah dia.
Dulu kamera aku tak leh shoot raw. Sekarang dah boleh.
Dulu tak ada indicator bateri tinggal brapa persen, sekarang dah ada.
Dulu takder histogram masa nak shoot, sekarang dah ada. Siap boleh RGB lagi.
Dulu kamera aku tak leh amik gambor x-ray, sekarang dah boleh.

Perghh! Ya ke ni?
Okay, ayat yg last tu aku tipu.

Klik sini untuk baca.
Klik sini untuk cara-caranya.

Hmm. One quick question.

Raw, histogram, RGB itu jadah hapa?
Sejenis kuih.

layan bukansepet,layan.

gravatar

Pakar Motivasi.


Pagi tadi dalam keadaan sibuk nak ke tempat kerja, ekor mata aku sempat menangkap kelibat seseorang di television. TV3. Pakar motivasi agaknya. Dengan selendang bagai. Ntah sapa. Haram tak kenal.

Makin ramai pakar motivasi rupanya ya.

Cuma terfikir, bagus sangat ke dema ni? Ke, sebab pandai cakap aja?

Ada tu, taklah lawak, tapi sesuka buat lawak.. camlah lawak sangat. Kut lawak sangat, masuklah raja lawak.

Ada tu, taklah ramah, tapi sesuka kekununnya dialah paling ramah. Buat buat mesra bagai walhal deep down terasa sangat plastiknya. Renung renungkan dan selamat ber.. Cheh!

Kadang tu, isi 'point'nya, ciiipuut aja. Tapi mencecehnya.. ya allah! Biarlah sepuluh kali Fadzilah Kamsah. Biar hanya 2 minit, isi berdentum dentum pergi. Dan disampaikan dengan cara yg cukup bersahaja, tidak over, tidak nampak plastik. Dan minta maaf - Ustazah Nurbayah tak berapa berkenanlah caranya.. Bingit. Sangat mengingatkan zaman lampau ketika mewakili sekolah dalam pertandingan berpidato... Tapi dia ada point.

Utk yg lain ni, aku rasa kalau takat yang cap ayam ni, takat cam tu, Ally Iskandar, Abby Fana atau Mazidul bila bila masa pun boleh jadi pakar motivasi... Fitri... errr.... Kartika pun boleh apa!

ke moti basi?

mati bosi?

peti bosi?

mati peti?

aha! mati mati!

Dunia, dunia. Asal boleh buat duittt.....
Hentam sajalah!

layan bukansepet, layan.

gravatar

Mior Ahmad Fuad - Al Fatihah.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Amin.

En. Din Beramboi. Selamat Berangkat.

gravatar

Mera Naam Joker.



Dari Wikipedia:

Mera Naam Joker (Hindi: मेरा नाम जोकर, Urdu: میرا نام جوکر, translation: My Name is Joker) is a 1970 Hindi film directed by Raj Kapoor. The screenplay was written by Khwaja Ahmad Abbas. This film was the debut of Rishi Kapoor. Mera Naam Joker is a film about a clown who must make his audience laugh at the cost of his own sorrows. The film is reportedly inspired by Raj Kapoor's own life and the clown an allegory for his own life as an actor.


Din Beramboi di Hospital Selayang, semoga cepat sembuh.