gravatar

Encik Abah.



En. Ahmad! En Ahmad!
Ini 3 orang, dia bilang mau cari kerja...


Sikit lebih kurang cam tulah kata allahyarham Ahmad C dalam filem Seniman Bujang Lapok.

Tapi bila yang melihatnya ialah Alif, 5 tahun, siapalah yang sangka efeknya.

Encik Abah, Encik Abah.
Encik Abah nak makan?


"Alif cakap apa tu?" tegur isteri saya.

"Saya sedang cakap dengan encik abahlah encik mama." Pintasnya spontan.
Lepas tu, ujudlah encik kak long, encik angah dan encik alang.
Tak terkecuali encik gajah, encik ultraman mebius dan encik dinasour.

hehe.
Yalah tu, Encik Alif.

Memang gila citer P.Ramlee ni. Kekal sepanjang zaman merentas generasi.
layan bukansepet, layan.

gravatar

kadang-kadang sy juga terikut panggil incik-incik ni...
heheeheheh suami d panggil incik abg.. hehehe

ye..kuat btol pengaruh p ramlee.. CC d opis ni.. boleh lancar kebanyakan dialog-dialog p ramlee..

gravatar

Incik abg? haha.. best gak tu. Ala ala manja gitu. heh heh.

Thanks.