gravatar

Cuti Sekolah.

"Cuti abah banyak lagi ke?"

"Sari jer tinggal. Naper?"

"Kita bulan ni, banyak kena jalan."

"Apsal?"

"Hujung minggu ni, Jumaat Raya haji. Sabtu dak cip tunang kat muar. Tu siang. Mlm lak, kak dik nikah kat banting. Besoknya tu, kenduri kahwin kak dik."

Saya diam...

"Minggu lagi satu, pun kena balik melaka gak. sabtu dak mid kahwin. Ahad kak long buat khatam quran. Patutnya Jumaat tu kita dah kena balik. Abis takkan ler kita nak balik jadi tetamu lak.. yg nak kahwin ni anak buah kita..."

"Kan abah kerja jumaat tu."

"Sebab tu ler tanya cuti abah banyak lagi tak."

Saya biar aja. Malas nak cakap...

Saya rasa rasalah...




Saya saspek ini gara gara Sony Handycam SR 45E dan Canon Powershot SX10 IS. (ya. ia bukan SLR. Kata tokeh kedai tu, kalau saya peram dalam 6 ke 7 bulan, dia boleh salin kulit jadi Canon EOS 1000D. Tapi kena pakai ragi mahal. dalam RM2000 sekilo rega dia.)

Saya agaklah... ciss!

Cuti sekolah = Musim org kahwin = hati gumbira = penat badan = menghabiskan dvd dan vcd kosong utk burnkan movie dan gambor gambor = mati la aku.

Menariknyaaaa.... Abislah hujung minggu saya untuk rehat.
isyy.. dak eh! sapa yang komplen. haha!


Sony Vegas, Proshow Gold, Adobe Photoshop, Flickr sekalilah.. Bersedialah korang! Amukkkk!!

Kalau anda tertanya tanya, tidak. Saya bukan jurugambar profesional.
Saya tidak dapat bayaran. Saya pun tidak tuntut bayaran.
Saya buat suka suka aja. Kebanyakan utk famili aja.

eh! eh! jahanam. papan tanda arah utk ke majlis kak dik dan dak mid tak print lagi. tak buat pun lagii! aiseh.

layan jerlah bukansepet!