gravatar

UPSR



Tan Sri Zeti Akhtar yang sah sah bukan calon peksa UPSR tahun 2008. - Gambar Sumber Bernama


Sebulan lepas.

"Camana ida? Peksa? OK?" soal saya pada anak buah.

"Okayyy.." ceria bahagia aja jawapnya.

"Boleh jawap?" sambung saya.

"Boleh!" dengan jelas dia jawap. Cantek!

Saya senyum. Alhamdulillah. Dapat juga anak buah aku ni jawap soklan UPSR dengan baik. Ida ni adalah kalangan anak buah saya yang agak kuat berangan. Sebab tu saya agak cuak dengan pembelajarannya. Tapi kini dia yakin. Bagus! Cam nilah baru jadi Melayu baru. Sesilap leh ganti Tan Sri Dato' Dr Zeti Akhtar Aziz - Gabenor Bank Negara tu.. Fuyooo! Cayalah Ida!

"Boleh camana?" kata saya.

"Bolehlaaaaaah....!"(Sila baca 'lah' dengan tiga harkat dan berlagu semakin melayuuu .. - fade to end)

Allah! Hancur impian aku.

Semalam.
2A3C.
"Bolehlaaaaaah....!"(Sila baca 'lah' dengan tiga harkat dan berlagu semakin melayuuu .. - fade to end)

Layan.