Pergi Tak Kembali.
Aku merujuk ke berita ini:
2 doktor, HUKM disaman RM4.1j
SHAH ALAM 10 Julai - Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan dua doktornya disaman RM4.1 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian seorang jurutera wanita semasa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian dada.
Saman tersebut dikemukakan oleh tiga anak jurutera terbabit, Muhammad Ridzuan, 11, Muhammad Ridzauddin, 8, dan Nur Irdina Syahridza, 4, selaku plaintif pertama hingga ketiga melalui bapa mereka, Ridzano Zainuddin, 38.
Sementara datuk dan nenek ketiga-tiga kanak-kanak itu, Asnah Khatib, 58, serta Mansor Abu Bakar, 58, dinamakan sebagai plaintif keempat dan kelima.
Ridzano pula dinamakan sebagai plaintif keenam.
Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Nik Saghir & Ismail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Mereka menamakan Perunding Kanan Pembedahan Am dan Kemasukan Minimum Jabatan Surgeri, Prof. Dr. Jasmi Ali Yaakub defendan pertama, Dr. Ng Swee Bean defendan kedua dan HUKM defendan ketiga.
Pihak plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas berjumlah RM4.1 juta.
Semasa writ saman difailkan, Ridzano yang merupakan juruukur di sebuah syarikat swasta turut hadir bersama peguamnya, Ismail Yahya tanpa ditemani anak-anak dan kedua-dua mentuanya.
Dalam pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, Ir. Norhazimah Mansor, 35, yang merupakan eksekutif kanan di Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah dikesan mempunyai sejenis ketumbuhan di bahagian dada pada Disember 2006.
Berikutan itu, Allahyarham telah mendapatkan rawatan susulan di HUKM dan menjalani pembedahan di hospital berkenaan bagi membuang ketumbuhan tersebut pada 18 Disember 2007.
Semasa pembedahan, mereka mendakwa doktor pakar telah memotong salah satu saluran yang dipercayai berhubungan dengan saluran utama dari jantung ke sel ketumbuhan sehingga menyebabkan pendarahan dalaman yang kritikal.
Berikutan itu, sekumpulan pakar jantung telah dikejar ke dewan pembedahan untuk memberi bantuan. Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan selepas didakwa kehilangan empat liter darah.
Pihak plaintif turut mendakwa pembedahan tersebut telah mengambil masa lima jam serta tiada bedah siasat dilakukan oleh HUKM untuk mengenal pasti punca kematian sebenar jurutera itu.
Al-fatihah untuk Allahyarham Gimah.
Saya dan Siti (wife Azwa) sempat ziarah jenazahnya. Masa nak dikapankan bahagian yang terakhir (muka), ada sorang makcik - saya tak tahu siapa tapi pastinya ahli keluarga - kata kat anak bongsunya (lebih kurang 3 tahun), "mama tidur"... "cium mama, mama nak pergi jauh".
Saya tahan sebak, tapi Siti dah berhambur air mata...
Saya pun dah sebak baca kisah kak long ni.
Saya di beritahu, tapi atas kesibukan tak dapat turut serta masa tu.
Cuma Fatihah sempat di iringkan.
assalammualaikum,jgn berfikiran cetek dan mendengar sebelah pihak sahaja.
ajal maut semua ketentuan Allah.Doktor tak boleh melawan ketentuan Illahi.
surgery itu mmemang sukar dan mempunyai 50-50 untuk berjaya sebab itulah dibawah jagaan profesor dan
bukan pakar bedah biasa.
sudah pasti risiko untuk pendarahan teruk yang boleh mengakibatkan kematian telah diberitahu kepada pesakit dan keluarga.
ingat, persetujuan untuk dibedah hanya ditentukan oleh pesakit.
Profesor/doktor itu telah berusaha sepenuh daya tetapi ketumbuhan itu adalah complex dan terdapat banyak salur2 darah
( highly vascularised ).
benar,doktor2 itu telah kalah dalam perjuangan mereka untuk membantu pesakit ini tapi renung2kanlah pula budi mereka yang telah berjaya merawat beribu-ribu pesakit-pesakit lain di HUKM.
Dan ingatlah,tugas doktor tidak semudah tugas mekanik.
wassalam.
Waalaikumsalam Zara.
Siapa pun anda. Dengan baru register July 2009, profile baru 3 kali di lihat, Saya percaya anda create username ini hanya untuk menjawap di blog saya. Saya hormati provasi anda, seperti mana saya sendiri inginkan privasi diri saya. Untuk itu, terima kasih.
Tak perlu kita berbalah.
Setuju, memang nyata ajal maut di tangan Tuhan.
Setuju, risiko pendarahan teruk mesti dijelas kepada pesakit dan keluarga. (Berlaku tak hal itu?)
Setuju, persetujuan untuk di bedah hanya di tentukan oleh pesakit. Saya tambah - dengan penjelasan sepenuhnya oleh doktor yang akan menjalankan pembedahan. (Berlaku tak hal itu?)
Dan saya setuju, tugas doktor tak semudah mekanik. Itu hanya analogi... Harap anda faham.
Kami rakan rakan, dan saya percaya keluarganya juga.. redha kematian allahyarhamah.
Malangnya ada banyak butiran (di sampaikan rakan) tak dapat saya curahkan di sini, kerana ia akan jadi kes mahkamah. Sesungguhnya saya percaya, dalam pengetahuan saya yang cetek ini, dan dalam pengetahuan saya yang hanya dengar sebelah pihak saja ini, pada pandangan saya yang bukan doktor ini, berlaku Act Of Neglegence dalam beberapa stage. Certain act are really questionable.
Kita manusia. Kita buat silap. Least we can do is, akui silap kita...
Zara, kita tunggu saja kes ini di laporkan kelak. Setuju? Anda pun, janganlah juga dengar sebelah pihak saja ya..?
Wasalam. Terima Kasih Zara.
Post a Comment