Archives

gravatar

Anak Luar Nikah.

Setiap 17 minit, 1 anak luar nikah lahir di Malaysia.

Aku takut. Sangat takut dengan kenyataan yang aku dengar dalam sesi Kerusi Panas Radio Bernama FM semalam.

Anak aku 3 perempuan. 1 lelaki. Mana aku tak takut?
Dan semalam aku dengar Wardina pun telefon.

Apa dah jadi?

Nak cakap lelebih, aku akui, aku pun bukan bagus sangat. Apa 'ja yang ada kat aku ni?
Tapi sekadar berkongsi pandangan 'mentah' aku ni, bolehlah kut.. Ntah bernas ntah tidak, terserah.


Siapa mereka?

Dari yang aku dengar tu, ada beberapa perkataan yang aku 'pick up' dari kata kata "SITI", (gadis 18 tahun yang mengandung anak luar nikah, yang mana dia sendiri tak pasti siapa bapa kandungannya itu kerana dia telah di rogol dan pada masa yang sama menjalinkan hubungan kelamin dengan teman lelakinya.)

Antaranya:

"saya kantui"
"mak bapak tak ambik port"
"pak we saya"

Sekilas, saya dapat agak minah ni, adalah remaja biasa kita. Barangkali pergaulan dia melebihi batas, namun dia tetap remaja "Standard" kita.


Siapa kita?

Tak habis habis, bila dah jadi macam ni - tunjuk sana. tunjuk sini. Orang tu salah. Orang ni salah. Abis, kita tak salah?

"Issyy... sampah masyarakat semua tu!"
"Apa nak jadilah derang ni, tak sekolah ke hari ni?"
"Perangai tak semenggah semua tu!"


1 jari tunjuk ke orang 4 jari tunjuk balik ke kita!

Kita kena nasihat mereka ni!

Anda pernah main snooker?
Anda pernah dengar enjin Y1 Rx-Z?
Anda pernah dengar istilah "Tak boleh blah!" ?
Anda pernah dengar istilah "Dek.. seksi sikitlah. Kasi belanja kitaorang ni!"?
Pernah?

Anda tau ke, apa yang 'in-trend' sekarang ni?
Kalau anda tak tau, DIAM!

Anda sibuk nak nasihat orang sana, nasihat orang sini. Kita kena macam ni, kita kena macam tu.

Tak pernah terfikir ke kita nak tahu apa yang mereka rasa? Nak nasihat camana kalau kita pun tak 'kenal' mereka?

Kenal bukan susah. Borak borak kejap, tanya nama, bual sikit lebih kurang - dah kenal ler tu!

Kenal kepala hangguk korang! Remaja remaja ni, tau. Mereka bukan bodoh. Kalau korang dah datang ala-ala ustaz, ala-ala pengendali kursus BTN.. takkan derang nak citer abis! Kantoi ler nanti!

Jangan buang masa nak ceramah sana, ceramah sini.
Nobody cares! Nobody listen!

Why?
1. Sebab korang tak "into" mereka. You're not talking the same language! In order to be listen, lend your ear first.
2. You datang atas tiket nak nasihat. Ingat derang tak tau ke? Like I said. Remaja kita ni bijak. Tak kiralah yang di kampung atau di bandar.


Kita bertamadun. Takkan nak biar mereka cam tu?

Saya nampak ramai golongan yang kononnya 'mulia' sangat. Bertamadun lah sangat. Tak boleh sembang sembang dengan budak muda/Mat Rempit/mat shuffle/mat art... Tak boleh sembang sembang dengan anak-anak gadis jenis "gua-gua, lu, lu. Apa kes brader!" /"alamak hensem gila dong wook tu"/"baikkk punya barang beb". Jauh sekali nak borak borak tentang cerita Adnan Sempit yang "best gilerrr tu!".

Golongan "mulia" ni, berpaling dalam hal hal cam ni.

Boleh tak jangan cerita pasal artis korea?
Boleh tak jangan kata Azam bintang kecil tu cute? Dia orang patut belajar. Bukan menyanyi.
Boleh tak jangan cerita pasal Adnan Sempit? Kita ceritalah pasal akhlak Rasulullah.

Kalau korang masih berfikiran macam tu, rasanya korang akan 'fail'.
Korang golongan 'mulia' sangat. Gi main jauh jauh. Pergilah dengar ceramah atau sampaikan ceramah kat mana mana dewan, masjid, surau. Ada aku kisah? Dah sah sah siapa yang datang dengar ceramah ko tu? Kalau ada pun remaja "Standard" kita, sebab kena paksa. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan brader! Wa cakap lu!

Hello? ni bukan zaman belia 4B. Zaman remaja tak ada kerja gi belajar silat, main kompang. Petang petang layan sepak takraw kat balai raya. Ni zaman, facebook, Xbox, cube. Shuffle. Rempit. Skate board. High Speed Broad Band. 50 Mbps.

Jangan salah faham. Bukan tak boleh cerita pasal akhlak Rasulullah. Boleh.
Cara tu kena diperbaiki.

Cakap berapi api. Apa yang ko dah buat?
Takder apa. hehehe. Kan dah! Saya dah kata, saya bukan bagus sangat. (lame excuse).

Ginilah. Apa yang saya buat ialah, saya 'relate' dengan anak dara 14 tahun saya. Saya berkongsi minatnya. Saya boleh berborak dengan jayanya dengan kawan kawan anak dara saya, hingga mereka pun kata "Bapak ko sempoilah Huda." Bukan saya menolak usia. Tapi saya percaya, inilah caranya kita akan dapat kesan kalau ada masalah. Saya tau anak saya ada crush dengan siapa. Saya tak marah. Saya buat buat tak tahu tapi sebenarnya saya pantau.

Begitu juga dengan anak anak buah saya yang remaja dari 15 hingga ke 30 tahun. (Ya, saya ada ramai anak buah. Dalam 30 orang camtu.) Saya berbual dengan mereka macam kawan. Kata kata mereka saya ambil serius. Saya respek mereka. Skil skateboard mereka. Skil cetak rompak mereka. Skil download guna 'limewire' mereka. Bila mereka dah rasa yang saya ni bukan 'pakcik' la sangat pada mereka, mereka akan kongsi masalah bercinta mereka. (In fact, some of them, (not all unfortunately) add me as their friend in facebook list! Mereka tukar status in relationship, mereka update status mereka i.e. bengang dengan pakwe... And they feel fine although they knew I'm as their uncle is reading it as well! Alhamdulillah.)

"Macam mana pakcik tau, pakcik kena kahwin?"
"Macam mana nak tau org lelaki tu jujur ngan kita cik?"
"Boleh ke cik, layan awek wat spare part aja. Bukan betul betul cik?"
"GRO ni susah cik. Mana org pergi dia ikut org."
"Susah susah org panggil geng pekida org belasah aja mamat tu. Amacam cik, ok tak camtu?


adalah antara soalan sahih yang pernah di keutarakan pada saya.

Dah tu, apa kita boleh buat?

Hikmah is the key word.

Kamal Effendi, penganalisis jenayah / penceramah tu, tajuknya pasal jenayah. Tapi dalam tak sedar dia selit pasal pergaulan muda mudi. Aha! Ni baru line clear kata org sekarang! Canteeeek punya usha masuk dalam... Dia tak cerita secara 'direct'. Dalam gelak, dia selitkan pengajaran. Saya tabik dia kerana dia boleh 'into' golongan begini. Dr. Fadzilah Kamsah, yang penuh berhikmah, tapi kata katanya sangat boleh relate golongan sebegini. Kenapa? Kerana mereka bercakap bahasa yang sama...
Layan. Lepak. Relax lah. Tapi dalam relax tu, das 2 3 peluru hit kepala anak remaja kita.

Kita kena kreatif. Apa kejadahnya letak tajuk / topik "Pendidikan Seks" misalnya?
Tak ada cover line langsung! Setuju dengan Wardina semalam, kita kena ajar pasal cinta. Pada saya bukan kena ajar direct pasal seks. Tapi pandai pandailah. Dalam bercerita mengenai cinta tu... selit selitlah cerita pendidikan seks. Reti?

"Dulu gua bercinta dulu (kan aku dah pakai slanga rock) mana main beb awek belanja kita! Tak macho lah. Aper? Ingat gua ni sengkek sangat ke tak leh belanja lu? Bukan lu aja... mak bapak lu, 1 famili pun gua boleh belanja tau?"

Sekarang bercinta lain beb.

Perempuan: "eh wak, awak blanja kita makan eh?"
Lelaki: "belanja wak lu!, ngada ngada betul! Tak kira. Tong-tong. cam tak biaser lak. Ingat banyak sangatlah sen aku ni... "


Nampak? Dunia dah berubah. Pendekatan kita juga harus berubah.

Pendekatan Macam Mana? Sound Sikit Aku nak Dengar!

Tak ada jalan lain. Kita kena kreatif.

Ingat Seorang Tua Di Kaki Gunung? Satu Novel Sastera yang kena baca di zaman sekolah dulu kalau anda ambil sastera.

Why not, ambil 1 novel cinta yang semulia drama cinta "Nur Kasih" - sebagai subjek kajian di sekolah menengah. Dalam pada kupasan subjek tu, kita selitlah erti sebenar bercinta. Adam respek pada kaum Hawa. Touching touching ni tak macho. Tak respek. Hawa mendambakan cinta suci Adam. Tekankan elemen Tak perlulah sehebat Rasulullah kerana kita lemah. Cukuplah menjadi lelaki budiman. Tak perlu jadi sehebat Maryam, cukuplah sekadar jadi Saidatina Aisyah Umairah - nakal, manja, emosi tapi disayangi Rasulullah.

Jiwa Remaja kita halus. Novel, Drama, Filem, Game Play Station, Lagu adalah perkara perkara dekat dengan mereka. Sentiasa berhikmah dalam menyampaikan. Kalau di peringkat awal dah declare lagu korang lagu Nasyid, apa barang derang nak dengar!

Hikmah. Mana Hikmah? Mana? Mana?

Sebab tu saya tak heran kalau golongan artis/selebriti seperti Aznil Hj Nawawi, Apek Senario, Adlin Aman Ramli, Khir Rahman, Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Allahyarham Yasmin Ahmad, Adibah Noor, Ramli Sarip, Nurul dan Ajai, M. Nasir, Kopratasa dalam diam sebenarnya dah banyak membantu remaja/masyarakat kita ni sedikit sebanyak, meskipun kadangkala orang pertikaikan kredibiliti mereka!

Dia orang pada saya adalah silent achiever. Mereka tak declare sibuk canang sana sini. Yang penting, mesej SAMPAI & TERIMA. Bukan berhenti setakat SAMPAI aja.

ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

Saya bukan yang terbaik.
Tapi saya bukan sepet.

yang hampa biarlah terbang, yang bernas biarlah tinggal.
layan bukansepet, layan.

gravatar

Double Simian Crease



Tapak tangan aku yang pelik.


Tarikh: Suatu hari tak lama dulu.
Masa: Tengahari.
Cuaca: Panas terik. Panas tengkuk.
Lokasi: Dekat opis Premba Saujana Subang.
Misi: Makan Tengah Hari.


"Pergh. Panas hari ni. Hujan kut petang ni." Kata aku pada TF, sekonyong konyong sebaik sahaja E parking keretanya di tepi jalan berhampiran medan selera itu.

"Boleh jadilah." Kata TF sambil kami bertiga sama-sama melintas jalan.

"Tadi aku surf internet. Tup-tup ntah camana, terbaca lak pasal garis kat tapak tangan. Dari kecik lagi aku selalu heran naper tapak tangan aku lain dari yang lain. Tak ada garis 81 dan 18 (tulisan arab) macam orang lain." Sambung aku.

"Napa dengan tapak tangan ko?" Sambung TF. E hanya dengar.

"Ko tengoklah!" Kata aku sambil mengunjukkan tangan aku pada TF.

"La.. tangan aku pun sama." Ujar TF selamba yang buat aku terkejut badak. Badak pun kalau terkejut tak macam aku.

Seumur hidup aku, belum pernah aku jumpa orang yang sama garis tangannya dengan aku. Anak sulung aku, dapat pada tangan kanan. Alif anak kecil aku, dapat pada tangan kiri. Anis, anak buah aku, ada pada sebelah tangan juga. Single Simian.

"Ko tau TF, org macam kita ni, double simian, ikut yg aku baca tulah, sangat rare! Ada yg kaitkan dengan penyakit down syndrome. Sebab selalunya orang penyakit down syndrome aja yang ada tapak tangan camni. Tapi sebenarnya org sihat pun boleh ada jugak. Cuma 1-4 peratus aja dari jumlah penduduk dunia yang dapat tanda lahir camni. Kebarangkalian aku jumpa ko ni pun dah kira macam miracle dah ni!" Terang aku bersemangat laksana profesor universiti dengan gaji tak berbayar.

"La.. Ya ke?" reply TF. Stail dia ler.
Kool.

"Tapi aku ada dengar orang macam kita ni tak leh tanam pokok atau lempang orang. Bisa katanya!" Sambung aku.

"Ha, yang tu, aku pun ada dengar" pantas sambung TF.

E terus angguk angguk. Ntah apa yang dia paham, aku pun tak tau.


from astropalmistry.com - In Palmistry the Simian Line represents the merging of head and heart functions just as the lines themselves are merged. The person with this mark has trouble distinguishing thoughts from feelings and vice versa. There is an intensity of focus and capacity for genius in a particular area, usually indicated by other information in the hand. Persons with the Simian Crease on even one hand often feel isolated, seeing themselves as radically different from their peers. They do not recognize their own talents and may consequently suffer from problems with self-esteem.

madman, murderers and geniuses are among the people who have these - highly skilled, creative and confused. The head constantly battles the heart, but we're in good company with Mozart, John Steinbeck and i hate to admit, Tony Blair all have wierdo palm creases.

The last five Japanese Prime Ministers, Tony Blair, Henry Miller, and John Steinbeck can hardly be considered to have less than normal IQs, not to mention at least 15% of the Asian population.



Wo! Korang jangan main main dengan aku dan TF. hehe. Kita orang boleh jadi orang gila, pembunuh ataupun pemimpin genius yang penuh skil dan kreativiti.

Jadi E sangat gila untuk keluar makan dengan aku dan TF. Haha.
(Melainkan aku dan TF jadi Mozart. Ko bolehlah kut tumpang bangga. hek eleh.)

Sejujurnya?
Petikan dari internet:

Dalam aqidah Islam, garis tangan itu tidak ada kaitannya dengan nasib dan masa depan seseorang. Kalau ada orang yang mengaku membacanya, ketahuilah bahwa orang itu sedang melakukan dusta, namun dibantu oleh syetan yang terkutuk.

Membaca garis tangan sebenarnya bagian dari tindakan syirik, yaitu meramal nasib. Dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah ‘arrafah. Perbuatan seperti ini secara aqidah tidak akan pernah dibenarkan, lantaran nasib dan taqdir setiap orang hanya ada di sisi Allah. Tidak ada seorang pun yang mengetahuinya, karena semua itu hal ghaib serta menjadi rahasia Yang Maha Kuasa.

Sebab ramalan masa depan itu adalah salah satu pintu dari pintu-pintu syirik. Sementara dosa syirik itu kalau sampai terbawa mati tanpa sempat bertaubat sebelumnya, tidak akan diampuni di akhirat.

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاء وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (QS. An-Nisa: 48)


Nauzubillah.
Layan bukansepet, layan.

gravatar

Tatkala cuti sekolah.


*ni bukan rumah nenek. ni baru, reban ayam rumah nenek. Fuhh! Reban ayam masuk internet haha!*



Semalam.

"Jom dik, kita jalan" kata saya.

"Yeh, nak pergi rumah nenek!" Alif. Anak saya. 5 Tahun.

"Tak dik, kita nak pergi rumah Mak Lang kat Kepong aja."
Wajah saya serius menerangkan seolah-olah, paham benorlah budak 5 tahun tu Kepong di mana.

"Tak nak. Alif nak gi rumah nenek jugak!" bentak Alif sambil mengemaskan mainan Ultraman Mebius, Ultraman Jack dan raksaksa gondola dia dalam beg galasnya.

"Ya lah, ya lah, kita gi rumah nenek." Auta saya.

Menyanyi nyanyi dia dalam kereta. Most of the time, lagu diego dengan dora.
Sesekali lagu ada sekor anak tupai..

"Abah, sana, sana... rumah nenek sana. Abah salah. Sana, sana..." Jerit Alif bila dia perasan saya membelok di satu simpang.

Punggah! Bior betik Alif ni. Mustahillah dia hafal jalan. Pakai GPS ke apa budak ni? Kesudahannya dia monyok di kerusi paling belakang Unser saya sebab dia tahu saya tak ke rumah neneknya.

Puaslah isteri saya pujuk. Telefonkan neneknya dan beri dia bercakap.
Barulah dia ok.

Nilah padah, bercuti minggu lepas di rumah neneknya di kampung Bukit Senggeh, Selandar, Melaka. Sungguhpun hanya 3 hari 2 malam, kesannya sangat ketara di jiwa anak anak.

Bila cuti sekolah, baliklah kampung bersama anak-anak.
Biar Alif tahu, abah dia orang kampung, mak dia orang kampung, walau dia dilahirkan di kota, dia pun orang kampung.

*Senyum.*

layan bukansepet, layan.

gravatar

Lee Chong Wei Menang!


Mlm tadi panas. Nak tidur pun terkebil kebil.
Layan Siaran Langsung Badminton Yonex All England.

Soalan:

Soalan 1: Chong Wei lawan sapa? Jepun? Jepun mana lak ni? Kenichi Tago? Togo bukan kat Afrika ke? Lin Dan mana?
Soalan 2: Apsal lak baju Chong Wei tu sebelah lengan tak der?
Soalan 3: Sapalah suruh Chong Wei main cat biru tu. Kalau nak suruh dia cat pagar ke, rumah ke, agak agak ler sikit! Setuju dengan Toqreemau, dah ruper Avatar lak aku tengok.
Soalan 4: Hampeh Jepun ni, Chong Wei nak kasi dia pressure, apsal dia bantai senyum aja plak? Tak tertekan langsung! Saya yang tertekan - ada!
Soalan 5: Eh, yang masa last point 2nd set tu, bola tu keluar kan?
Kan? Kan? Alamak.. tak best 'feel' camni.

Segmen "Ooo.."

Ooo1: Laa.. Jepun ni jurulatih dia Park Joo Bong ke? Eh, tu member Misbun gak tu dedulu tu.
Ooo2: Jepun ni terrer kat net lah!
Ooo3: Smash Chow Wei! Smash! .. laa.. terer lak Jepun ni angkat. Salute gak!
Ooo4: Bagus betul Chong Wei ni. Nampak dia sesungguh nak sign autograph org.
Ooo5: Besar betul air 100 plus dia ek? Mana beli? haha!

Tak perlah! Bedallah! Janji Piala tu dah balik Malaysia. Last masa Hafiz Hashim.

psst... sapa ada belen cat rumah tu hari? Nak cantek, kaler biru.. pass kat saya sikit. Nak jadi avatar jugak. (Tanpa ekor. Tak smart lah ada ekor.)

Haha!

Tahniah Datuk!

gravatar

Manusia dan alasan.

Entri ini adalah sambungan dari krisis saya dengan CIMB Wealth Fund Agent. (baca sini)

Jangan takut, saya bukan agen unit trust atau nak promote bagai. Ha ha. Korang ni... asal nampak perkataan unit trust, insuran berterabur cepat aja nak klik lain. Paham... paham.


Kronologi semalam.

7.00 a.m:
"Agen CIMB" sms nak jumpa hari ni kul 1 setelah meeting semalam saya gagalkan kerana saya ke ada hal di Pullman Hotel Putrajaya. Saya jawap ok.

9.00 a.m:
"Dia" lewat sikit sebab nak ke klinik katanya. Anak sakit. Saya jawap takper, Pukul 2 lah camtu. I make time for you kata saya. (Sombongnya saya. Hipokrit. Berlagak. Benci)

1.15 p.m:
"Dia" call. Dah sampai Shah Alam nearby Toyota. "Opis you mana?" Katanya. Saya bagi arah lebih kurang.

2.05 p.m:
"Dia" sampai. Saya sambut dengan 3 nescafe di bilik mesyuarat.

2.07 p.m:
Alasan. Alasan. Alasan.

2.30 p.m:
Alasan. Alasan. Alasan. (banyak cakap pulak minah ni...)

2.57 p.m:
Alasan. Alasan. Alasan. (sampai sudah tak ngaku...)

Saya tak terima. 4 tahun pelaburan saya terbiar. Alasan kerana "agen" lama saya (rakan saya - dah berhenti jadi agen 3 tahun lepas) TAK BAGI call saya - bullshit.
"Dia" sebagai upliner tak berani call sebab nanti "agen" lama saya marah - gila.

Saya kata CIMB Wealth Fund ada masalah dengan sistem agen mereka. Agen agen ini telah memburukkan nama CIMB. Termasuklah yang depan saya ni.

Sebenarnya minta maaf aja cukup. Admit. Move on.
Tapi tipikal melayu. (Minta maaf. Bukan semua. Saya pun Melayu.)

Alasan. Alasan. Alasan.

Kalau tak kerana saya bagi tau saya dah berubah hati ke Public Mutual, saya ingat sampai sekarang pun dia tak datang jumpa saya.

So, dia akan switch fund saya. Dia akan update saya tiap 3 bulan. Dia akan cuba pengaruh saya utk tambah pelaburan.

Sebenarnya saya ada niat jahat. Saya nak dia switch. Make best possible profit to recover loss saya 4 tahun tu within 1-2 year ni, then saya nak jual! (Jahat kan?) And forget about this agent!

Kalaulah saya nak teruskan dengan CIMB, saya nak cari agen yang lebih baik. Tu pun kalaulah... Bab cerita "kalau" ni, penangan "kalau" ni, "kalau" di bagi kat unta, unta pun mati, "kalau" di bagi kat gajah, kurus terusss!


"Untuk setiap 1 "damage" yang kita buat, sekurang kurangnya 12 "jasa" diperlukan bagi memadam 1 "damage" tersebut."


Ingat tu.
Buat baik berpada pada. Buat jahat jangan sekali.
(aku jahat tak per. Selfish. Benci.)

gravatar

Filem kita primitif.

Lanjutan dari pembacaan saya di blog Kak Long Maizura dan Ajami Hashim.

Saya bukanlah penonton wayang yang tegar.
Dulu saya selalu 'mengutuk' filem filem melayu dan yang selalunya menjadi mangsa bebelan saya ialah isteri dan anak anak saya. (Mereka pun 'terpaksa' dengar sebenarnya.. haha)

Tapi kini ada blog. Soal ia sampai atau tidak, berkesan atau tidak, saya tidak tahu.

Berbalik soal dulu. Dulu saya kutuk filem melayu bagai nak rak. Macamlah saya ni pandai sangat. Tapi saya telah di'pukul' oleh Md Nor Kadir melalui pernyataannya dalam satu rancangan bual bicara di TV yang saya tidak ingat tajuknya. Sedikit sebanyak dalam bual bicara tersebut, seorang pemanggil telah mengutarakan pendapatnya bahawa filem melayu teruk, kebudak-budakan dan tak matang. Seterusnya pemanggil itu telah memberikan beberapa contoh cerita yang seperti tangkap muat, tak ada yang ilmiah... bla.. bla... bla.

Tahu apa jawap Md nor Kadir?

"Saya percaya pemanggil itu berumur 30-an. Dia jarang ke pawagam. Dan dia lebih banyak menonton drama TV. Saya tak salahkan dia sebab filem itu memang bukan untuk dia. Saya cari makan. Saya buat filem untuk untung. Tak ada orang buat filem nak rugi. Dah itu yang penonton wayang mahu, itulah yang saya beri. Yang tonton wayang kebanyakkannya orang muda. Nak berhibur. Tak nak beratkan kepala. Kalau nakkan yang berkualiti, tengoklah pula drama saya. Di situ anda akan dapat kepuasan kerana drama itu lebih sesuai untuk orang macam anda."
(bukan ayat yang tepat... saya tulis bersandarkan lebih kurang maksudnya...)

Saya terdiam. Isteri saya juga. Pemanggil itu bukan saya. Tapi saya sependapat dengannya. Dan memang benar. Saya juga 30-an. "Three series" kata orang masa kini. Saya juga jarang ke panggung. Dan bila saya lihat drama Md Nor Kadir yang meletup pada masa itu "Cinta Antara Benua".. saya akur dengan kenyataan beliau.

Filem kita primitif. Jadi apa masalahnya?

Biar saya yang "bukan sapa sapa" ni bagi jawapannya.

1. Produser nak untung. Ini bisnes. Nak buat cerita yang bagus, dan untung sangat sukar. Mamat Khalid berjaya dengan filem noirnya "Kala Malam bulan Mengambang". Yasmin Ahmad berjaya dengan "Sepetnya".

(Kata kata terakhir saya di blog Yasmin Ahmad:
"Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar pada negara. Beliau telah membuka mata kita pada erti sebenar perfileman. Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu
...")

Tapi bukan semua boleh buat camni.

2. Penonton wayang (ya, salahkan penonton lagi ya..) tak mahu cerita beratkan kepala.
"Hati Malaya" contohnya...

Jadi 2 elemen penting kat sini:

Produser - Nak untung.
Penonton - Nak yang ringan.


Full stop. Habislah kita....

Dah tu camna nak selesai?
Cadangan saya:

Cadangan 1. Buat filem yang tak bergantung harap pada untung.
Cadangan 2. Ramaikan penonton yang nakkan cerita berkualiti.

Ulasan cadangan 1.

Mana ada... Cuma FINAS aja yang mampu. Apa kata beri dana tu pada Mamat Khalid? Atau Afdlin Shauki? Atau Khabir Baktiar? Cecukup lah dengan Mansor Puteh, Erma Fatima, Dato Jins, U-Wei... Bukan derang tak bagus. Kita perlu yang Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu, kan? Kalau ada sambutan, maka ini akan jadi pemangkin pada produser lain utk buat filem yang sama kualitinya.. Saya kata Dana bukan puncanya. Memadailah dengan dana yang biasa di keluarkan oleh pembuat filem biasa. Yang pentingnya - tak bergantung harap pada untung. Ramai produser berbakat, tapi takut sebab nanti tak untung! Jadikan rantaian filem filem Finas ini sabagai pemangkin. (Baca: Rantaian. Bermaksud, bukan satu. Sekurang kurangnya 3 filem setahun). Pada saya dari bagi dana besar besar utk buat satu filem, baiklah pecahkan dana tu dan buat 3 filem. Dan fahamilah, filem bagus bukan semestinya filem seni semata. Saya ulang. Kita perlu yang Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu

Ulasan cadangan 2.

Aha! Penonton. Contohnya sayalah. Bang... ingat saya takder duit ke nak ke panggung? Dah citer bodoh, buat apa saya nak bazirkan duit ke panggung?

Kalau citer pandai?

emmm.. boleh kut saya ke panggung. Saya dah tengok, Avatar. Saya dah tengok Papadom. (Tak ler bagus sangat, cuma saya pada masa itu tercari cari pengganti Yasmin Ahmad.) Saya dah tengok Sepet. few others. Tapi tau tak apa masalah saya?

SIAPA NAK JAGA ANAK ANAK SAYA?

Bukan golongan ni tak mahu ke panggung. Mediumnya tak ada? Saya pernah ulas pasal Panggung Famili ni dalam entri lepas saya bertajuk Kenapa Tak Ada Pawagam Keluarga.

Betul tak kata saya? Sakit tak kena dengan ubat. Mana nak baik. Cuba cubalah flash back balik zaman tengok wayang pacak dulu... ramai tak famili tengok? ramai kan? pasal apa? Ada mediumnya... sekarang? Tapi tak payahlah buat wayang pacak balik... tu dulu. Sekarang, modenlah sikit...! kan? Selagi tak ada fasiliti utk kami, golongan berkeluarga, golongan yang lebih selektif dalam menonton, golongan marhain yang tak adalah banyak sangat duit nak ke pawagam mini atau hantar anak anak ke nurseri semata mata nak tengok wayang, selagi itulah saya jamin, sebilangan besar penonton ke pawagam sedia ada adalah orang muda, naik motor 125Z atau LC, atau viva/savvy, bawak makwe/pakwe cun dan cute, atau student yang beramai ramai ke pawagam lepas abis peksa di kampus, kakak kakak yang bawak adik adik yang melawat mereka di kota... atau sekadar pasangan kekasih, saja nak abiskan masa berdua. Dan mereka ini rata ratanya, tak nak beratkan kepala mereka untuk berfikir di pawagam!

Jadi balik ke soalan pokok.

Filem kita primitif.

Kata Rosyam Nor - Sebab dana tak cukup.
Kata Kak Long - isi kandungan, cara cerita, pembikin nya lemah.
Kata Ajami - pelakon cap ayam antara puncanya. Ruang utk pembikin filem baru (seperti filem pendek) tak ada. Penonton tak 'diajar' utk memilih filem yang berkualiti.

Kata Bukansepet - Sakit tak kena dengan ubat. Penonton paling penting. Adakan ruang tonton untuk famili. FINAS perlu adakan filem filem sebagai tanda aras. Beri ruang pembikin filem komersil sedia ada / baru buat filem yang bagus tanpa terikat dengan komitmen menghasilkan untung.


Kesimpulannya:


Adakan pawagam famili, harga tiket berpatutan, filem lebih baik dapat dipaparkan sebab 'target audience' lebih matang dan selektif, filem tanda aras FINAS akan mula dapat sambutan di pawagam famili, produser sedia ada mula buka mata pada PASARAN baru, filem filem 'bukan primitif' akan mula menerjah pasaran, dan akhirnya yang terbaik dari ladang akan muncul!

Tadaaaa!!!

Kata sayalah... Betul ke tidak, saya tidak tahu.
layan bukansepet, layan.