- All
- Fotografi
- Isu Semasa
- Kreatif
- Seni
- Personal
-
My Blog List
-
Peta Kayuhan Rakan-rakan di Strava. Kayuhan Ria Sungai Telor menawarkan yuran masuk RM10 untuk denai 20 km. Di kala yuran kayuhan lain rata-rata RM60...2 weeks ago
-
*KLIK UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN* *MAKLUMAT BUKU* *TAJUK* Teater Juta-juta: Koleksi Skrip Teater Fasyali Fadzly *PENULIS* Fasyali Fadzly *KANDUNGAN* Buku ...4 years ago
-
5 years ago
-
源泉徴収票を紛失してしまった場合、それまで勤めていた会社に連絡をすれば再発行してくれます。 転職に伴う源泉徴収票の再発行についてお話ししておきます。 源泉徴収票を無くしてしまったら。 会社勤めをしていて毎年もらっている源 […]6 years ago
-
Salam & Hi.. Pada pendapat saya, salah satu ciri siritv berantaian yang bagus bergantung kepada jalur cerita yang diceritakan dengan baik dimana penonton...6 years ago
-
Nantikan skrip terbaharu saya, sebuah telemovie khas sempena hari raya di Astro Citra (131). Dijangka bersiaran pada malam raya ini, *24 Jun 2017* pada jam...7 years ago
-
Pelbagai aksi dan karenah dapat disaksikan di Liga Malaysia setiap tahun. Paling menarik apabila terdapat sebilangan pemain berkelas dunia menyertai kela...8 years ago
-
*Merry Christmas everyone*. *Peace on Earth* *and* *Goodwill to All Men*8 years ago
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan. Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami. Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...9 years ago
-
sudah kurang lebih seminggu abg bermastautin di bilik kesukaan abg di chah otel kata epal. kerja2 persiapan akhir tayangan filem Usop Wilcha dlm Werewolf D...9 years ago
-
SACC, Shah Alam 29 January - 8 Februari 10 pagi - 9 malam9 years ago
-
Because we seek for happiness and joy all the time... We want things to be fine and for us to get along... BUT Life will never be so. Not everyone will...10 years ago
-
Assalammualaikum, This blog is coming back to life soon. Aku dah bosan dengan facebook! lepas ni aku layan perasaan dgn blog aku pulak. Tahniah bro Nazali ...10 years ago
-
Saya siarkan temu bual wartawan Utusan Malaysia bersama Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, Datuk Noor Hisham Abdullah. UTUSAN : Mengapa...10 years ago
-
"To forget is the highest state of being for men, it is very sad if people cannot forget, it's a curse not to forget" -U Wei HjSaari Just imagine if w...10 years ago
-
*"Maghrib semalam menyelesaikan bacaan kumpulan cerpen Kuntowijoyo "Pelajaran Pertama Bagi Calon Politikus" (Kompas, 2013) yang mengandungi 15 buah cerpe...11 years ago
-
Piinnn pinn ponnn ponnnnnn.........13 years ago
-
Pages
KAVEAT
Bukan sepet - nak Cerita ler jugak...Maka adat penceritaan .. ada yang logik, ada yang tidak. Ada yang cukup kajian, ada yang mentah. AKU bukan wartawan. AKU bukan penyampai berita. AKU adalah AKU. Maka tulisan ini adalah tulisan AKU. Pandangan ini adalah pandangan AKU. Jangan salahkan AKU kalau apa yang AKU sampaikan salah. Teguran adalah perlu namun penerimaan masih tertakluk kepada AKU. Begitu juga AKU tidak bertanggungjawap atas apa jua komen di blog ini.Muktamad.Selamat Datang pada AKU!Powered by Blogger.Jumlah tandan pisang terkumpul untuk di buat pengat ...
-
Archives
Buku fotografi, murah, berguna.
Pada sesiapa yang ada extra RM19.90, diulang RM19.90 bukan 199, bukan 99 tapi SEMBILAN BELAS SEMBILAN PULUH SEN - belilah buku ini di MPH/Kedai buku Popular. Sangat berbaloi. HWM Mega Guide Digital Photography.
Dari pengenalan asas apa itu kamera digital, prosumer, DSLR etc… sampailah ke penggunaan mode dial, cara komposisi gambar, aksesori patut tahu… Cara lighting, semua ada!
Senang citer BELI AJA! Aku takkan suggest kalau tak bagus. Aku dah beli, dah baca. Value for money. Nanti dah habis, tak rasa pulak.
Even kita rasa kita dah tahu banyak sekalipun, banyak yang ada dalam buku tu, masih boleh kita belajar. Aku sendiri rasa banyak belajar dari buku tu.
PErgh! Kalaulah dulu aku ada buku ni, tak ler seksa aku membaca hal photography bagai nak rak!
Beli. Semua pages berwarna. Kertas kualiti tinggi. Tebal. Muka depan cam gambar bawah.
Mana nak cari!
Worst case, kalau tak baca pun, cantik apa kalau letak kat rak buku di rumah?
HWM MEGA GUIDE : DIGITAL PHOTOGRAPHY
Issue No: 01
Selling Price: RM19.90
Availability: All Major Bookstores and Newsstands
Status: Available Now
Publisher: Mosaic Media Sdn Bhd
Lirik Lagu Bagaikan Puteri – Breakfast Band
Lirik Lagu Bagaikan Puteri – Breakfast Band
Jika aku jadi bintang
Kan ku berikan mu
Cahaya sinar cinta
Yang terang oh
Kau bagai puteri cantik sekali
Indah senyum mu penawar hati
Kau gadis ku mimpi
Dalam tidur ku
Tak puas malam ku bersama mu
Ku berlari jauh mengejar cinta mu
Agar kau kan menjadi milik ku
Korus
Hati, hatiku runsing
Bila kau tiada takkan sempurna rasa
Jiwaku oh
Aku perlu kamu
Aku cinta kamu
Aku sayang kamu
Ulang Korus
Kau gadisku mimpi
Dalam tidur ku
Tak puas malamku bersama mu
Ku berlari jauh mengejar cinta mu
Agar kau kan menjadi milik ku
Kata bukansepet:
Bagus bebudak ni. Muzik dah cam Meet Uncle Hussein. Vokal dah macam Faizal Tahir pun ada.
Ni yang buat aku semangat nak dengar lagu lagu melayu ni. Automatik malam tadi aku capai gitar dan cari kod lagu ini. Siap boleh sound anak aku - 'pelan sikit tibi tu. Abah nak feel ni'. Haha! Nak nyanyi lagu najwa latip cinta muka buku, malu ler pulak.
Alah.. bukan pandai main pun, main tabur aja, asal ada bunyi sikit lebih kurang tu - halallah!
Lemau juga kalau layan lagu korea hehari. Kita kasi tukarlah... :)
Sapa kata lagu kita tak best?
layan bukansepet, layan.
Rumah Terbuka Open House: Antara realiti dan fantasi.
Semalam habislah sesi raya 2011 secara official. 30hb Syawal 1432H.
Hmm.. Bukanlah banyak open house aku pergi pun. Aku sendiri tidak buat open house. Aku hanya mengiyakan sesiapa yang ingin berkunjung ke rumah aku. Kalau ramai, wife aku masak masak ler sikit. Tu kira open house ke?
Entri aku kali ini hanyalah percisan minda aku. Aku tertanya tanya:
Raya tu ziarah ke makan makan?
Di mana konsep silaturrahim hari raya? Ni maksud aku.
Kes 1:
Korang plan hujung minggu ni nak pergi raya rumah mak sedara. Lama tak jumpa. Tetiba ada kawan sepejabat ajak ke rumah dia open house. Nak sedapkan citer, 3-4 orang la jugak yg ajak.
Now is the dilema. Korang nak ke rumah mak sedara (as plan) atau ke rumah kawan?
Mak sedara tak buat open house. Kawan buat. Korang memang nak pergi rumah kawan tu, tapi at your own sweet time laa.. Ni macam dah kena 'paksa' ni. Memanglah kawan tu tak paksa... tapi kalau datang lain waktu, kena tanya pulak, apasal hari tu tak datang masa aku buat open house?
To make thing worse, next monday kena perli "Orang tak sudi, nak buat camana..."
What do you do?
Kes 2:
Pergi open house. Salam tuan rumah. Pergh. Bapak meriah brader. KFC, mee bandung, soto dan segala mak nenek nak makan ada... korang lantak giler punya enjoy. Pelan pelan kayuh amik makanan, cari meja nak parking makan. Pas makan, tambah. dan lagi. dan lagi. dan lagi. Orang makan meja sebelah, haram ko tak kenal. Ntah sapa ntah. Dan korang pun never bother nak tanya camana dia kenal tuan rumah. Abis makan, jumpa tuan rumah. Salam. Minta maaf. Chalo.
Biasa tak jumpa keadaan ni?
Kata bukansepet:
Dalam kes 1. Clearly sekarang ni manusia duduk dalam alam fantasi. Fantasinya, kalau buat open house, Orang yang datang tu ikhlas nak datang. Realitinya, Ada yang dalam mode terpaksa brader... ni org kata paksarela! In the end, rumah kawan semua kita attend. Rumah mak sedara - haram. Sebab tak ada open house. Bangang tahap cipan kita ni.
Dalam kes 2. Mana silaturrahimnya? Bayangkan kalau kawan tu buat di rumah dia. Visitor cuma kita dan orang yg makan meja sebelah tu. Dah tentu kita akan borak dengan dia kan? Dah tentu tuan rumah layan kita dan bercerita panjang kan? Taklah jumpa masa datang dan balik aja. Fantasinya: Kita ingat kita raya dan menjalinkan ukhwah. Realitinya: Sebenarnya kita melantak!Bila menu tak best jadi umpatan...
Pada aku, bila aku raya, aku memang nak raya. Memang nak jumpa ko. Memang nak sembang. Ziarah. Silaturrahim. Bukan nak makan. Aku ada duit. Restoran pun banyak. Yang lebih penting adalah ziarah dan silaturrahim. Dan begitu juga kalau orang nak datang rumah aku. Aku alu alukan. Apa yang adalah kita makan ya? kalau kueh raya dah abis, keropok moni pun kalau makan dengan rakan sambil borak, sedap aja. Paling bangsat pun takkan rumah aku tak ada teh jalang dan buat cucur kodok bilis. Wife aku expert bab bab ni. Insyaallah.
Konsep Ziarah & Silaturrahim pada aku, semakin hilang dalam budaya kita berhari raya.
How I wish things turn back like the old days... cam zaman kampung-kampung dulu!
Sigh...
layan bukansepet, layan.
Hantu Bonceng: Parah.
Ok. Aku ngaku. Aku tak pergi pawagam pun untuk tengok cerita ni. Aku pergi pawagam tengok cerita Smurfs 3D dan Raya Tak Jadi.
Tapi entri ni untuk filem hantu bonceng.
Selain dari Juliana Evans yang memukau, memang tak ada apa pun boleh di banggakan cerita ni.
Ntah camanalah Ahmad Idham kata Siti Nurhaliza boleh 'dapat' mesej yang dia cuba sampaikan dalam filem tu. For all we know sesilap dalam keter Dato Siti mengutuk tak ingat filem tu dengan dato K. Takkan nak citer camtu ngan Ahmad idhamm kuuttt....!
'Dapat' mesej? Hampeh.
Semua pakai spoon feed. Agama seperti di persenda. Jalan cerita tak masuk akal.
Memula citer hantu, pastu citer mat rempit, pastu citer budak kampung naif, pastu jeles sana jeles sini, citer kawan tak cukup air otaknya, citer abg agama yg nampak cam tangkap muat, last last, eh eh ada gaduh. Ada nasi kangkang....
Alamak... totally carca merba. Bak kata anak buah aku, filem arah pakai Jub**!
Here my question:
Atas nama komedi, perluke di korbankan kualiti?
Nasib baik aku tengok kat youtube aja... fuh.
Ko gila tak nak raya?
Kalau aku kata aku x suka raya... payah gak. Sebab aku lagi suka ramadhan. Tapi raya itu tuntutan agama. Meraikan kemenangan setelah perjuangan sebulan berlalu. Hmm.. malu sebut perjuangan. . Hakikatnya aku x layak kerana tuntutan ramadhan bukan sekadar berpuasa.. tak malu ke nak sambut? Apakah raya kini hanya adat bukan pengisian. Subhanallah. Kau maha tahu.
Tetiba lak aku ingat lagu jalil hamid..
gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balai raya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya..
Selamat hari raya..
Maaf zahir batin
Layan bukansepet, layan
Sent from my HTC
Phoenix Bangkit.
Phoenix Bangkit Dari Abu
Artist: M Nasir
Bina jambatan menuju ke seberang
Melangkah jurang lebar dan dalam
Dengan darah dan keringat
Dengan airmata berpegang pada taliNya
Rapatkan saf semangatmu jangan goyah
Kota yang telah roboh harus dibina semula
Atas dasar kebenaran demi kita demi waris
Semua serangan yang datang kita tangkis
Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)
Phoenix bangkit
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bina jambatan menuju keseberang
Dengan darah keringat dan airmata oh...
Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan
Dirindukan
Demi cinta tiada lain demi cinta
Demi cinta... demi cinta
Kadangkala saat semangat kita goyah, lagu lagu sebegini mengingatkan kita, bahawa ada lagi perjuangan yang maha besar yang harus kita gagahi. Kita tempohi.
Sebagaimana bangkitnya phoenix dari abu yang terbakar...Ayuh. Bangkit!
Apa kalah-kalah? Serilah.
Era 80an dulu masa aku di sungai mati Muar, kalau part bola nilah along anak sarjan - wing kanan paling laju tapi sepak bola tak berapa nak kuat...
Zaman tu lawan antara kampung aja... tapi semangat cam wakil negara gamaknya. Referee mana datang lak dari jepun? Wak beca kaki ngail aja jadi referee... Tu pun bayaran tong tong sorang 20 sen. Nak lawan pun kena kayuh beskal dekat 2 km ke kg sebelah. Sampai sampai terus lawan... mengah wo!
Selalu lawan tak menang, kalah. Tak kalah, menang. Seri kadang kadang. Kalah lengit. Menang juara. Seri kawtim. Kira sama terrerlah. Kalau tak sama bingai.
Aggregat? Apa tu?
Mana ada kalah? Serilah!
Hidup harimau malaya!
Stedilah apek, safee & amirul hadi. Korang memang best!
Sent from my HTC
Sekali pergi, 16.
Petikan Malaysian Insider.
KUALA LUMPUR, 22 Mei — Berikut adalah senarai nama 25 mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat Kajang semalam.
Sehingga awal pagi ini 16 mangsa disahkan maut.
Mangsa meninggal dunia
1. Mohd Kamarul Amizan, 11
2. Nurahimi Rosdi, 14
3. Dzahir Haziq M. Muin, 11
4. Ahmad Lokman Hakim, 11
5. Farid Ibrahim, 34
6. Mohd Azrel Azahari, 8
7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19
8. Zahid Assawal Zamri, 19
9. Mohd Mustakim Mamat, 12
10. Mohd Naerzein M. Nor, 8
11. Mohd Aiman Abdullah, 10
12. Shahrul Nurimran Adnan, 9
13. Mohd Zaim Azahawi, 14
14. Mohd Imal Fahad, 9
15. Mohd Riezman Ab Latif, 9
16. Mohd Hazim Sapri, 10
16 pergi, Menangis takkan menghidupkan mereka kembali. Masa mereka masih ada hayatnya, adakah semua pihak buat sepatutnya yang mereka buat?
Wallahualam.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Amin.
Opera.
Kadang-kadang bila cabaran sampai, fikiran kita jadi serabut. Priority tak tentu arah, waktu cuti pun fikiran jadi melayang. Saya kira sebenarnya kita jadi takut pada ketidakpastian. Saya begitulah. Bila kita tidak tahu, kita jadi takut. Gentar.
Masa masa macam nilah, kita kena tenangkan fikiran. Kita masukkan entri blog (boleh ke...?), surf sana sini, supaya akal kita tak crash. Otak kita bukan macam hard disk. Boleh partitionkan. Tak kena kita format. Kalaulah otak kita boleh di defrag kan, saya rasa mungkin saya tak seserabut sekarang.
Masa ni, muzik amat penting sebagai terapi jiwa sambil kerja. Saya layan opera hidup dari Wings. (pergh, rasa muda lah pulak! hahaha!)
Nyanyi sama saya?
Opera Hidup
Artist: Wings
Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..
Hidup bagaikan pentas opera
Musik hidup bergema
Asyik insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..
Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya
Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..
Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..
Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya
(goreng brader, goreng....)
layan bukansepet, layan.
Menangani kepercayaan.
Dia ni suka berfikir di luar kotak, hingga kadang kala orang tak dapat terima.
Dia cipta mesin tuai, bila something wrong, semut lain senang senang naik marah.
Flik suka melihat dirinya sebagai problem solver.
Tapi semut lain anggap dia sebagai pengacau.
Termasuk keluarga di raja.
Sungguhpun tak semua, tapi semut yang percayakannya bolehlah di katakan berada
dalam kategori bebudak atau kurang penting.
Namun mereka penting buat Flik.
Sekurangnya sebagai sokongan moral.
Rata rata rakyat pakat nak keluarkan Flik dari koloni.
Sejarahnya, Koloni semut ni selalu di ganggu belalang.
Demi menghalau belalang, Flik ada idea baru.
Kenapa tak cari samseng lagi power untuk halau belalang.
Ini beri ruang pada koloni untuk halau Flik keluar.
Cipta alasan kononnya Flik lah hero tunggal yang mereka perlukan,
demi menyelamatkan koloni.
Walhal, asalkan Flik keluar mereka puas hati.
Namun pada yang percayakan Flik, mereka menunggu dengan harapan.
Namun cerita jadi upset bila Flik betul betul dapat bawak balik samseng.
Malangnya Flik tertipu sebab samseng di harapkan rupanya serangga sarkis.
... dan kisah Flik menjadi semakin pelik.
Flik buntu.
Begitu terharu aku dengan kisah Flik.
Sebab untuk beberapa ketika ini - akulah Flik tu.
Doakan aku.
p/s: Just enjoying my last few days sebelum di bebani amanah lebih berat oleh Pihak Syarikat.
Sesungguhnya menangani kepercayaan adalah satu beban.
Kawan.
Dunia blog memang menakjubkan. Sebelum popularnya atau sama zamannya facebook, myspace dan friendster, blog memang dah ada. Aku start tahun 2005. Sebab tu entri pertama aku di dunia maya ni, aku kekalkan.
Macam macam cara orang berblog. Ada jadikan blog sebagai diari. Ada jadikan blog sebagai karya sastera, lontaran pandangan peribadi mengenai isu semasa, hobi, muzik dan macam macam lagi. Aku? Semua jalan. Sebab yang menulisnya aku. So?
Aku bukan seorang yang gilakan orang komen. Aku dah declare diri aku bebas di alam maya. Entri aku ni aku berkongsi bagaimana ingin jadi blogger bebas dari segi "jiwanya". Ntah betul ke tidak, terpulang.
Tapi komen kawan seorang ni, I'm touched. Barangkali di dunia maya blogger ni, dialah kawan aku yang paling lama. Aku bukan seorang pengingat yang baik. Tapi lagi hebat dia ingat aku. Dan entri ni untuk dia.
Terima kasih kawan. Terima kasih highheelseliparjepun.
You made me smile today.
Free Lightroom 3 Presets - Download
Dalam dunia serba canggih ni semua orang / benda nak cepat kecuali inzal. (pinjam kata Sindiket Sol_jah)
1. Ni free. Sendiri Bikin. Suka ok, Tak suka jangan komplen.
2. Ni hasilnya.
Dua gambar ni pula saya google dari internet. Dalam saiz asal.
3. Suka? Kalau suka - Ni link downloadnya. Buat sendiri ni tau!
Download.
(if google brings you here, and you don't have a clue - what language I'm using, it's OK. I think you're pretty smart to understand the main point. If it's working for you, tell me. :)
Kalau berguna, bagi tau saya. :)
layan bukansepet, layan.
p/s: hmm.. pakai template lama balik.. template FB demam. Tak sempat bawak klinik. Ingat kalau dah nazak sangat, cari template lainlah pasni... kendian kendian lah kan.
Lensa Putih.
Hujung minggu lepas saya berkesempatan menggunakan lens Canon 70-200mm f/2.8L – lens milik syarikat. Asalnya lens ini di beli untuk di padankan dengan kamera SLR Canon lama (masih menggunakan filem). Tetapi selaras dengan perkembangan teknologi, pihak syarikat mengambil keputusan untuk upgrade ke kamera digital iaitu Nikon D60. Sejak itu lens ini tidak lagi di gunakan dan berada dalam keadaan yang agak teruk. Fungus dan calar merata-rata. Tahun lepas, seorang rakan kami yang mempunyai gear yang agak hebat iaitu Canon EOS 5D Mark II telah cuba membaiki lens ini dengan menghantarnya ke Canon Services. Hasilnya, lens itu kini bolehlah di gunapakai namun bukan berada dalam keadaan tip-top.
Bertuahnya, saya dipinjamkan lens tersebut Jumaat lepas dan berpeluang merasa menggunakan L series. Lens putih tu! Pergh….
Hasilnya, pada pandangan saya
• Ianya lens yang pantas.
• Hasil gambarnya sungguhpun bukan berada pada kondisi tip-top tapi cukup mengkagumkan.
• Berat mak datuk! Sebab ini lens lama. Yang baru saya rasa jauh lebih ringan.
Patutlah semua gila nak beli lens putih ni. Rasa rasanya dengan sen yang ada pada saya, entah bila tahunlah agaknya baru saya berpeluang membeli lens ‘L’ series. Dapat pinjam pun jadilah… Awalnya saya bercadang untuk outing, namun saat akhir tak dapat dilaksanakan kerana ada halangan. Keliru apa nak buat dengan lens ni, saya terfikir untuk buat perbandingan antara kamera prosumer dan kamera DSLR dengan lens putih ni. Inilah hasilnya.
DSLR:-CANON EOS 450d, CANON 70-200mm f/2.8L VS PROSUMER:-CANON POWERSHOT SX10is
1. Saya bermula dengan mencari subjek. Apa lagi, bunga laman rumahlah jadi mangsa!
2. Mula mula saya ambil gambar subjek menggunakan kamera DSLR:
Fuhh… pada jarak fokal 200mm, 1/500s @ f/2.8, ISO 400 hasil gambarnya adalah menakjubkan.
Kenapa saya pilih 1/500s ? Saya sengaja set shutter speed laju kerana saya tidak menggunakan tripod. Lens pula berat, saya tak mahu tangan saya bergoyang ketika mengambil gambar. Aperture pula sengaja saya set f/2.8 kerana itulah kekuatan lens ni. Gambar kelihatan agak lembut, tapi saya kira inilah peluang terbaik saya. ISO pula kenapa saya pilih ISO 400 hanya kerana itulah yang di cadangkan oleh kamera memandangkan saya dah set shutter speed dan aperture. ISO lebih rendah akan menjadi under expose.
3. Giliran kamera prosumer pula:
Jarak fokal: 70mm (saya tak tahu kenapa tak 200mm ambil dari posisi yang sama, tak gerak pun – lantaklah!), 1/500s @ f/5.0, ISO 400. Hmm. Ni lah padahnya bila dah lihat gambar yang lebih baik. Gambar ni boleh jadi saya akan kata cantik kalau saya tak lihat hasil DSLR sebelum ini. Bila dah banding antara keduanya, hmmm, ternyata memang banyak kelebihan pada DSLR. Keupayaan aperture f/2.8 nya memang berhantu. Eh! Nanti dulu. Kan Canon powershot SX10is boleh set aperture f/2.8?
Meskipun pada aperture f/2.8, gambar masih tak sebaik L series. (Memanglah!) Dan harus di ingat bagi membolehkan saya dapat set aperture f/2.8, jarak fokal saya harus minimum. Dalam kes ni: 5mm ! ( 28mm for 35mm eq) (ya, dekat gilerlah dengan bunga….)
4. Perbandingan crop 100%
[DSLR - 1st Picture]
[SX10IS - 2nd Picture]
5. Kesimpulannya: DSLR rules!
Jangan salah faham. Membandingkan DSLR dilengkapi lens L series dengan kamera prosumer memang kerja gila! Macam membandingkan Kondo dengan apartment! Tapi bukan itu niat saya. Teruskan membaca.
6. Jadi semua tau – DSLR memang terbaik. Tapi kita harus ingat, di zaman sains dan teknologi ini, banyak gadjet dan tools boleh kita gunapakai bagi memperbaiki hasil gambar yang kita ambil. Jadi mampukah kita ‘ubahsuai’ gambar dari kamera prosumer kita menjadi lebih baik? Hmm… tepuk dada tanya selera. Lightroom, Photoshop, Picasa, Neat Image, Canon DPP adalah antara perisian yang boleh kita gunakan. Anda tak setuju? Stop here.
7. Untuk yang lain – kembali kepada apa tujuan asal gambar di ambil? Nak cantik kan? So what kalau kita tweak a bit here and there. Bila gambar dah siap, Orang hanya tau cantik atau tidak. Kan?
8. Jadi, boleh ke? Orang kata a picture’s worth a thousand words – here goes!
Sebelah kiri: Gambar dari kamera DSLR selepas disunting menggunakan Canon DPP software.
Sebelah kanan: Gambar dari Powershot SX10is selepas di sunting menggunakan Adobe Photoshop 7.
Huh. Macam mana? Bolehlah kan…?
Perbandingan sebelum dan selepas:
Sebelah kiri: Gambar dari kamera DSLR.
Sebelah kanan: Gambar dari Powershot SX10is. (Sila Klik Gambar Untuk Lebih Jelas)
Hmmm, dengan sedikit kerja suntingan, kerajinan, mungkin hasil akhirnya, taklah 100% secantik kamera DSLR dan lens putih, tapi boleh tak saya katakan 80% dah ada? Setuju?
Dari segi histogram anda dapat lihat yang DSLR histogramnya sangat bersih. Padu berbanding yang dari kamera prosumer setelah di sunting. Apa maksud histogram ni? Entah! Tapi sefaham sayalah, lagi bersih dan padu histogram sesuatu gambar tu, lebih baik kualitinya lelebih lagi kalau di cetak pada saiz besar. Hmmm… Saya tak pasti dengan anda semua, Saya cetak 4R aja. Paling besar pun 12R. Tak pernah ada masalah.
Kesimpulannya:
Kalau anda ada duit, belilah DSLR.
Kalau anda ada duit lebih, belilah lens yang bagus.
Itu yang terbaik. Saya pun nak juga.
Sebaliknya,
Kalau anda ada kamera prosumer atau PnS (Point & Shoot), jangan rasa rendah diri.
Bukan kamera yang membuat gambar anda cantik, tapi anda.
Dalam contoh di atas, ya kamera dan lens menghasilkan gambar yang cantik tapi ianya tak akan dapat dilakukan tanpa ANDA.
Tapi yalah, itu saya. Orang baru dalam fotografi ni. Baru 2 tahun. Tak layak pun nak buat review. Tapi saya suka berkongsi apa yang saya cuba, saya rasa. Mungkin juga 5 tahun lagi, saya cakap lain pula, mana tau!
Saya mungkin tak akan memiliki lens putih seumur hidup saya, saya hanya ada powershot SX10is dan kamera DSLR lama EOS 450d beserta kit lens kini– tapi saya OK aja… But, kalau ada orang nak bagi saya lens putih, apa salahnya hahaha! Kurang sikit masa saya meng’edit’ gambar. Kan?
Layan bukansepet, layan.
Cewah: Layan.
Kalau anda ingat gambar ni gambar promosi filem ... dalam botol, anda separuh betul. Ni citer ... dalam seluar, sebab kata mamat penulis ni, kalau nak menulis kena ada pel**. Cam haram.
Aku berkongsi kesedihan korang bro. Aku tau, gambar lelaki tak berbaju ni, memang menyeksakan. Bukankah baik kalau digantikan dengan gambar blogger sorang lagi tu... apa ke nama dia... Hanis Zulaikha. Sila kekalkan busana yang sama. Fuh. Sedapler sikit mata aku memandang. Ni dahlah nampak pusat. Kut hensem takper gak. Nasib baik sorang. Kut berdua, nanti orang ingat arja lee dan wan raja pulak. Eiii... simpang malaikat 44.
Malam tadi, sungguh pun penat, gigih aku meng'khatam'kan buku ni. Kira kiranya beberapa kali jugaklah aku tergelak. Word macam, dapat rm9, cekedis, besar nak jadi rock, kalah lumba lari (tauuu kalah. tapi org kata tak baik citer aib orang, apa lagi aib sendiri).
Cuma satu aku tak faham dengan mamat ni. Takder 1 story pun, mat rock ni bercinta, dicinta atau paling koman pun di gilai awek kilang atau anak abu. Tak rock langsung brader. Awie dan Joey BPR pun ramai awek follow... Sah sah gua saspek mamat ni tak laku zaman mudanya. Atau lagi ngeri.... ohh tidak. Jangan jangan mamat ni ....
Senasib dengan pipiyapong penulis buku indie ni, aku pun kalah jugak. Sebab bini aku terlebih dulu khatam dari aku. Cheh! Mana aci. Pastu ngada ngada. Aku lum abis baca sibuk citer dgn anaknya bab tulah, bab nilah. Sajer nak sakitkan hati aku la tu. Cheh. Apa? Anak aku pun dah baca? Hawau.
(... sedang berkira kira lenkali kalau aku beli buku cara pos, aku alamatkan ke pejabat. Ganas gak idea ni.)
Tu aja? kalau kau nak tau lanjut apa lagi citer dalam ni. OIIIII! belilah sendiri!
Pada sesapa berminat nak order buku ni - sini. RM 16 aja termasuk kos penghantaran. Bukan mahal pun. Kut nak simpan RM16 ko tu lama lama pun bukan boleh kaya.
Layan bukansepet, layan.
Hikayat Merong Mahawangsa
Half glass full?
Half glass empty?
Bagaimana?
Saya berkesempatan menonton Hikayat Merong Mahawangsa. Saya bukan pengulas filem profesional, saya hanya penonton. Saya bayar tiket saya dan famili saya. (ya, keempat-empat anak saya, saya heret sekali)
Kesimpulannya: Berbaloi & Bangga.
Pada yang komplen komplen kata filem ni bosanlah, banyak cakaplah, CGI lajulah.... ya, okay, itu hak anda. Yang kata tertidur dalam panggung pun ada.
Tapi saya tidak. Saya enjoy every moment. 10 - 15 minit pertama seolah saya menyaksikan filem luar, bukan filem tempatan. Memang menakjubkan. Anda nak saya cari yang saya tak puas hati pada filem ini? Ada. Tapi pada saya itu bukan kesalahan, lebih pada 'boleh di perbaiki lagi'. Beza tuuu...
Sebagai penonton, pada saya casting memang tepat. Saya suka pada semua watak utama dan bagaimana mereka membawa watak mereka.
Stephen Rahman Hudges sebagai Merong Mahawangsa, Jing Lu sebagai Meng Li Hua (Puteri China), Gavin Rees StenHouse sebagai Marcus (Putera Rom), Craig Robert Fong sebagai Admiral Liu Yun (Admiral China), Wan Hanafi Su sebagai Taji, Dato’ Rahim Razali sebagai Kesum, Khir Rahman sebagai Kamawas, Ummi Nazeera sebagai Embok, Umi Aida sebagai Lang (Ibu Merong Mahawangsa) dan Mano Maniam sebagai Goan 1
Manakala Eric Karl Henrik Norman sebagai Lycius (Admiral Rom) - boleh diperbaiki lagi. Saya tak rasa kesungguhan lakonannya. Nell Ng sebagai Ying Ying - terlampau ngada ngada, kena tawan pun tak nampak bimbangnya... hmmm boleh diperbaiki lagi. Nell pelakon hebat saya tau, tapi looking on the bright side - ianya taklah sampai cacat filem ni. Oklah jugak..
Jehan Miskin sebagai Embi. Saya sayang sangat sebab Jehan Miskin tak digunakan sepenuhnya dalam filem ini. Dia pelakon yang bagus. Barangkali Yusry tak mahu Stephen ditenggelamkan oleh Jehan? Sedangkan pada saya, watak side kick perlu untuk hero, dan Jehan boleh di gunakan untuk itu.. sayang kan? ... dan siapa boleh lupa watak Jehan diri atas sampan bergoyang goyang cam nak jatuh? haha. Saya malu nak ketawa dan pandang tempat lain... mender ler...
Cermin? Aha. Ramai komplen pasal cermin digunakan untuk melawan geruda. Dah cerita dia camtu nak buat camana? Yusry mungkin boleh baiki cara meyakinkan penonton bahawa cermin tu memang berkuasa. Dahlah cermin cam cap ayam bikinannya... Orang melayu hebat karya seninya. Kalau kepala sampan, kepala kapal jentayu boleh di ukir begitu cantik, dengan kayu yang tampak keras dan bermutu, takkkanlah gitu rupa cermin 'senjata rahsia' merong tu... come onlah! Belum cerita dia arahkan cahaya ke musuh dan tak semena mena semua terjun laut... hmmm... kena perbaiki lagi teknik tu... tak convincing la bro! Stephen sebagai merong a bit macam bercakap di pentas teater.. ni filem ler bro... ko bisik pun orang dengar, tonasi boleh ubah, tak apa... And then, warna sephia filem.. huh... menganggu sungguh tonenya.
Tapi, overall, filem ni bagus. Siapa kata tak, orang tu memang buta. Mana mungkin anda nak bandingkan produksi RM 8 juta (besamaan 2.6mill U.S Dollar) dengan produksi barat?
Kos Pirates of the Caribbean: At World's End: 300 juta U.S Dollar.
Kos The Chronicles of Narnia: Prince Caspian: 225 juta U.S Dollar.
Kos Hikayat Merong Mahawanga: 2.6 juta U.S Dollar.
US2.6 juta dengan US200 juta? So, lower a bit lah your expectation. Kalau dengan US2.6 juta dia boleh buat macam ni, bayangkan kau dia ada US200 juta? Pergh. Melompat Maya Karin! haha... Soalnya, pasaran. Kos tinggi, mana nak pasarkan bang? Kira ok lah jugak, dapat jual dengan 1st option ke 72 buah negara. Tak silap saya, dalam segmen kerusi panas BernamaFM saya ada dengar panel jemputan bagi tahu, kos untuk buat filem epik memang tinggi, dan RM8 juta tu rendah sebenarnya... Kos filem epik Thailand paling rendah pun RM 40 juta. tu paling rendah tu. Kira KRU ni macam buat miracle dah, bila buat filem begini dengan kos CUMA RM 8 juta. Dapatlah kita tonton filem tempatan RM8 juta. Jadi, janganlah fussy sangat. Bising sangat. Pada saya Ok filem ni lagi dari D-War yang kos pembikinannya 32 juta U.S Dollar tu... (Korean: is a 2007 South Korean fantasy action film released in North America as Dragon Wars: D-War, War of the Dragons in Malaysia, and sometimes referred to colloquially and in some marketing materials as Dragon Wars. It is written and directed by Shim Hyung-rae. This was Korea's largest-budgeted film as of 2007.: Wikipedia)
Saya paling suka Khir Rahman. Jahatnya menjadi. Admiral China pada saya sungguh pun kayu, tapi itulah yang saya gambarkan... bro, ni kapal bawak baju puteri china? Sesuailer laksamana agak kayu, dan 'mengikut' aja cam tu... Tapi tak gagal, malah saya suka.
Filem ni, saya harap dapat membuka mata bahawa, kita tak kurang bakat. Saya bangga dengan Hikayat Merong Mahawangsa. Bukan kerana CGInya. Tapi kerana filemnya.
Saya minat Baik Punya Cilok, tapi saya kurang minat Papadom.
Saya minat Zombi Kampung Pisang, tapi saya kurang minat Estet.
Saya minat Sepet, tapi saya kurang minat Talentime.
Saya kurang minat CicakMan, menyampah MatSpy tapi saya minat Hikayat Merong Mahawangsa.
Syabas Yusry dan KRU.
rambomadonna from All About Mie said:And to be honest, if they (KRU) have another RM 14-15 million we (as in Malaysian movie) will be able to compete internationally and position ourselves in the international film industry.
Couldn't agree with her more. I see the film as half glass full. And I'm proud of it.
Pergilah menonton.
Pautan lain:
Wikipedia.
Fadz Tontonfilem.
All About Mie
layan bukansepet, layan.
Fotografi: Kata Cikgu...
1. Masa saya bersekolah di Darjah 6 Sekolah Rendah Abdullah Sungai Mati Muar dulu, Cikgu Bahasa Malaysia saya iaitu Cikgu Saodah pernah mengajar saya subjek meringkaskan karangan. Hmm... sampai sekarang dah masuk umur 40 pun bodoh. Cuma ada kemajuanlah.... haha.
2. Saya belajar bubuh nombor dalam entri dari pembacaan di laman Che Det. Kalau anda warga negara Malaysia dan tak kenal Che Det, anda ada masalah.
3. Saya nak meringkaskan artikel ini yang di siarkan di Fototeacher.com nukilan Hasnuddin Abu Samah Saya bukan malas nak buat entri dan ambik jalan mudah cilok entri orang, tapi saya rasa sangat betul cakapnya sampai saya tak terkata apa apa lagi. Kalau anda nak baca direct ke laman Fototeacher pun, ada saya kisah? Ni linknya!
4. Kata Hasnuddin tentang flexibiliti panduan:
Maksud saya, apa pun yang anda baca atau belajar mengenai ‘peraturan’ artistik dalam fotografi, ianya hanyalah sekadar panduan saja sebenarnya. Tidak ada betul atau salah dalam fotografi apabila kita bercakap mengenai aspek seninya.Jangan terima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku atau apa yang diajar oleh cikgu fotografi anda. Semuanya terpulang kepada anda untuk mengubahsuai ‘panduan’ yang diberikan tersebut. Contohnya, dalam pelajaran fotografi, dikatakan, kalau rakam foto, subjek yang kita rakam mestilah tajam (sharp) difokus. Tapi itu tak semestinya. Gambar yang ‘blur’ pun boleh jadi gambar yang baik kalau kena pada tempatnya. Satu lagi contoh ialah mengenai noise. Secara teknikalnya, foto yang dirakam mestilah kurang noise, barulah gambar tu dikatakan cantik atau berkualiti. Maka sibuklah sekelian orang berlumba-lumba tukar kamera baru yang kurang noise. Dengan itu juga, ada pulak segelintir kaum, bila tengok gambar orang saja, dia cari noise! Kalau nampak noise pada gambar orang, noise itu yang dikomen dulu – bukannya nilai artistik pada gambar tersebut. Hakikatnya, gambar yang ada noise pun boleh jadi gambar yang berjaya kalau kena pada tempatnya. Kalau gambar yang ada noise tu ada kekuatan lain seperti aksi yang sangat menarik contohnya, maka kelemahan noise tu bolehlah diabaikan saja.
5. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang orang awam:
Pendapat orang awam yang tak mahir fotografi pun adakalanya kita perlu ambil kira. Sebabnya ialah kerana mereka tak pandai fotografilah! Jadi, penilaian mereka tidak akan terikat dengan kualiti teknikal fotografi semata-mata. Mereka akan terus menilai sesuatu foto itu secara keseluruhannya. Kalau gambar tu dapat menarik perhatian mereka, mereka akan kata cantik. Tapi, kita janganlah cepat perasan. Selalunya di Facebook ni, orang komen sebab nak jaga hati kita dan nak memeriahkan suasana. Kalau setakat komen seperti ‘nice’ atau ‘good job bro’, anggaplah itu sebagai satu cara untuk mengeratkan silaturrahim…
6. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang jangan syok sendiri:
Sama juga kalau kita rakam gambar kahwin untuk pengantin. Cantik atau tidak gambar tu akhirnya pelanggan yang akan nilai. Baiklah anda pastikan dia suka gambar tu, kalau tidak, susah dia nak bayar. Sebagai jurugambar, kita akan lebih terarah untuk pilih gambar yang kita susah nak rakam. Kita juga akan lebih cenderung untuk ‘suka’ kepada gambar dengan teknik-teknik yang kononnya berseni seperti rakaman secara silhouette, moment yang pelik dan close-up gambar kaki dan sebagainya. Tapi, adakah pelanggan kita suka gambar macam ni?
7. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang Photoshop:
Fotografi ni satu bidang yang luas. Ada orang yang tak berapa nampak keluasan fotografi ni. Contohnya pasal penggunaan Photoshop. Ada segolongan orang yang tak berapa pandai rakam gambar, (dah tak pandai, tak mau belajar pulak…) Gambar yang dirakam selalunya tak berapa elok. Lalu, banyak kerja mencantikkan gambar dibuat di dalam Photoshop. Kita kata, kalau nak jadi jurugambar, mesti boleh rakam gambar dengan sesempurna mungkin di dalam kamera. Kita masukkan gambar dalam Photoshop untuk mencantikkan lagi gambar yang dah sedia cantik. Tapi, adakah salah kalau buat banyak kerja foto dalam Photoshop? Tak salah. Memang tak salah. Tapi, orang yang buat banyak kerja dalam Photoshop tidak sesuai dipanggil sebagai jurugambar. Dia adalah artis photo manupulation atau ada orang panggil artis foto-grafik. Salahkah artis foto-grafik? Tak salah, dia juga adalah insan seni dan karyanya diiktiraf sebagai karya seni. Adakah foto-grafik juga diiktiraf sebagai fotografi? Ya, foto-grafik juga diterima sebagai satu cabang dari fotografi, tetapi ianya hanyalah pecahan dari bidang fotografi yang luas. Jadi apa yang salah? (biasalah, kita kena cari juga orang yang perlu dipersalahkan) Saya rasa, yang salah atau yang tak berapa tepat ialah, orang yang buat banyak kerja dalam Photoshop, dia tak pandai ambik gambar, tapi dia mengaku kata dia professional photographer. Itu macam, boleh jejaskan nama baik jurugambar lainlah…
8. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang gila kamera:
Sama juga macam jenis orang yang suka beli kamera mahal-mahal dan asyik beli kamera untuk penuhkan dry box dia. Kemudian asyik beli dry box lagi untuk isi kamera baru lagi. Salahkah orang macam ni? Tak salah. Sebab nombor satu ialah – dia beli kamera pakai duit dia sendiri, dia bukannya mencuri. Jadi apa yang salah? Nak kata salah tu, kasar sangat bunyinya. Cuma kita rasa tak sesuailah kalau orang yang asyik beli kamera ni gelar diri dia seorang jurugambar, tetapi dia hanya sibuk bergaya dengan kamera, ikut orang pergi shooting, lepas tu komen gambar orang, tapi gambar dia orang lain tak pernah tengok. Orang macam ni boleh memberi tanggapan yang mengelirukan kepada bidang fotografi dan paling bahaya ialah dia boleh meracun orang lain untuk habiskan duit beli barang fotografi tanpa ada apa-apa kemajuan dalam penghasilan gambar itu sendiri.Sebenarnya, saya kagum juga dengan golongan yang suka beli kamera ini. Cuma mereka tidak begitu sesuai dikategorikan sebagai jurugambar. Mereka lebih sesuai dikategorikan sebagai camera collector.
9. Kata Hasnuddin (Lagi) tentang fotografi
Fotografi bukan matematik, fotografi satu bidang yang subjektif…
10. Kata bukansepet
Betul, betul, betul. Cikgu Hasnuddin - Spot On!
p/s: Cikgu Saodah Ooo Cikgu Saodah... ni boleh dapat berapa markah ni?
layan bukansepet, layan.
Fotografi: Non-HSS Flash. Mampu ke?
Semalam, saya buat eksperimen. Saya panggil ekperimen ni, Melampaui Cahaya Matahari. Emm..Tak ler sedap sangat bunyinya dalam BM yer? haha..! In English, it's called Overpowering The Sun. Tak kisahlah kan, objektifnya ialah saya cuba melawan kuasa matahari menggunakan Flash Nissin saya.
Mampu ke?
Tak Cuba Tak Tahu.
Eksperimen: Melampaui Kuasa Matahari
Waktu: 4 Petang
Gear:
Canon 450d, Canon EF-S 18-55 Kit Lens, Nissin Di622 Flash Gun.
Langkah 1:
Saya bermula dengan mengambil gambar secara direct. Mode P. Meter ke langit dan shoot.
P Mode Auto ISO 4:05 PM ISO 200 27mm F/22 1/1000 No Flash Metering Mode Spot
Pergh... 1/1000 tu! Memang panas. Saya Tau gambar kat atas tak nampak sangat, tapi matahari memanglah tersangat memancarnya!
Langkah 2:
Mengetahui Flash unit saya sync hanya pada kadar 1/200, saya tukar mode ke shutter speed priority. (TV mode) dan shoot.
TV Mode Auto ISO 4:05 PM ISO 100 27mm F/27 1/180 No Flash Metering Mode Spot
Langkah 3:
Saya dial Mode Manual dengan nilai shutter speed dan aperture yang di beri oleh mode TV tadi. Aperture di beri F27 - tanpa Flash. Saya plan nak on kan flash. Sebab saya guna flash, saya setkan setting aperture dari F27 ke F38. Tanpa Flash memang under expose. Tapi bila guna Flash, harap OKlah. Dan saya zoom sikit.
M Mode Auto ISO 4:06 PM ISO 400 55mm F/38 1/180 Flash Exposure 0 Metering Mode Spot
Hmmm.. Nampak macam ok. Tapi langit saya dah over expose. Subjek saya tak cukup terang.
Langkah 4:
Apa kata kalau saya tukar flash ke 2nd shutter window?
M Mode Auto ISO 4:07 PM ISO 400 55mm F/38 1/180 Flash Exposure 0 Metering Mode Spot
Hmmm… Tak ada beza sangat. Lagi cerah adalah…. Tapi perasan tak guna 2nd shutter window cahaya matahari sempat menyelinap masuk ke frame kita, sebab flash fire saat akhir sebelum shutter close.
Langkah 5:
Cahaya matahari masih terlalu kuat. Terlalu cerah. Saya cuba langkah berikut:
• kurangkan flash exposure ke -1
• aperture saya tukar ke F32
• zoom lebih ketat guna 47 mm sebab saya tak suka ada powerline dalam frame saya :)
• Set ISO 100
M Mode 4:08 PM ISO100 47mm F/32 1/180 Flash Exposure 0 Metering Mode Spot Flash Exp -1
Hmm.. sah sah. Dari ISO 400, terus ke ISO 100, gelap bunga jadinya!
Langkah 6:
Langit sudah okay. Mungkin Flash Exposure Composition saya perlu lebih kuat.
Naikkan ISO supaya lebih cerah.
• Set Flash Exp Comp +2,
• Set ISO 200
M Mode 4:10 PM ISO200 47mm F/32 1/180 Flash Exposure 0 Metering Mode Spot Flash Exp +2
Haha! Cantik. Saya berhenti di sini. Puas hati.
Langkah 7: (ada lagi?)
So? Ni cerita jujur. Masa saya dapat shot langkah 6 ni, saya tak perasan langit dah kurang detail. Maklumlah tengok di skrin kamera, mana nak perasan sangat. Kalaulah saya boleh patah balik dan ambil semula, dah tentu saya akan kurangkan Flash Exp ke +1 atau back to 0. Mesti Ok.
But waittt!!!!!
Kan saya shoot tadi guna RAW? Heh heh. Ni lah bagusnya shoot guna RAW. Saya boleh betulkan semula exposure saya menggunakan Canon Digital Photo Professional Software. Bukan perlu jadi rocket saintis pun. Cuma drag slider exposure tu ke belakang. Convert to JPG. Done!
Flash Exp -1 – terlalu gelap.
Flash Exp +2 – Bunga cantik. Tapi langit kurang detail.
Saya kurangkan Flash Exposure Composition saya -1 stop ke belakang.
Hasilnya?
Ha. Untuk kerja cuma 5 minit setting dan shoot, plus, 1 or 2 more minutes untuk guna Canon Software untuk proses RAW data... consider Ok la kut. :)
So, For Non-HSS Flash, kita kena gunakan sepenuhnya kawalan kamera kita. Jadi kawalan penuh adalah satu kemestian: Dalam Bahasa Mudahnya: Manual Mode. Kawal Shutter Speed, kawal Aperture, adjust Flash Exposure Composition dan mainkan ISO. Boleh apa? Of course kalau anda ada ND filter lagi bagusss... saya tak ada. :)
Well, ada orang suka Post Processing (PP), ada yang tak.
Secara amnya PP yang di terima adalah PP Basic (Colour/Curves/Brightness/Sharpen/Monochrome)
Selective editing - buat masking, cloning, adjust certain part ARE not considered Basic.
So kalau kira basic, gambar langkah 7 tu, kira dah final lah kan. Dah langit memang cam tu, nak wat camna...
---- Sapa against digital edit: stop HERE. Read no further! ----------------
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi, tangan gatal, jom buat PP lebih sikit! ahahaha!
Layan bukansepet, layan.
Fotografi: Belajar term baru. HSS & Forced Perpective.
Minggu ni, saya belajar 3 perkataan baru dalam bidang fotografi.
HSS & Forced Perpective.
Perkataan Pertama: HSS
Bermula dengan rakan saya E, nyatakan kesukaran melaksanakan fill-in flash waktu tengahari.Saya tidak ada pengalaman sedemikian. Setahu saya, saya buat okayyy.. aja. Lepas gali sesikit, barulah saya perasan, yap, adakalanya, latar belakang saya agak over exposed bila saya buat fill in flash.
HSS tu apa?
Dari wikipedia:
Focal plane shutter synchronization
Electronic flash units have compatibility issues with focal plane shutters. Focal plane shutters expose using two curtains that cross the sensor. The first one opens and then the second curtain follows it after a delay equal to the nominal shutter speed. A typical modern focal plane shutter takes about 1/200s to cross the sensor, so at speeds shorter than this only part of the sensor is uncovered at any one time. Electronic flash can have durations as short as 50 µs, so at speeds above the shutter traverse time only part of the sensor is exposed. This limits the shutter speed to about 1/200s when using flash.
High-end flash units address this problem by offering a mode, typically called FP sync or HSS (High Speed Sync), which fires the flash tube multiple times during the time the slit traverses the sensor. Such units require communication with the camera and are thus dedicated to a particular camera make. The multiple flashes result in a significant decrease in guide number, since each is only a part of the total flash power, but it's all that illuminates any particular part of the sensor. In general, if s is the shutter speed, and t is the shutter traverse time, the guide number reduces by √s / t. For example, if the guide number is 100, and the shutter traverse time is 5 ms (a shutter speed of 1/200s), and the shutter speed is set to 1/2000s (0.5 ms), the guide number reduces by a factor of √0.5 / 5, or about 3.16, so the resultant guide number at this speed would be about 32.
In fact, current (2010) flash units frequently have much lower guide numbers in HSS mode than in normal modes, even at speeds below the shutter traverse time. For example, the Mecablitz 58 AF-1 digital flash unit has a guide number of 58 in normal operation, but only 20 in HSS mode, even at low speeds.
Faham? Tak? Dah agak dah. Hahaha!
Ok, secara simplenya nak hasilkan gambar begini:
Apa susah, on Flash, ambik ajalah, kan? Malangnya, untuk ambil gambar sebegini, anda perlukan Flash yang support HSS. (High Speed Sync). Malangnya Nissin Di466 dan Nissin Di622 saya, dua-dua tak support! hahaha. Dalam contoh gambar di atas:
Shutter: 1/1250
f/stop: f/2.8
Nissin saya sync pada kadar 1/200 sahaja, bermaksud, kalaulah saya yang mengambil gambar di atas tu, gambar awek tu akan maintain cun, tapi backgroudnya, akan over exposee.... langit takkan secantik gambar ni. Huhu...
Solution:
1. Adjust composition/model, supaya anda tak perlu guna fill in flash. (Sun shining on your subject shoulder would be a good rule).
2. Bracketkan. Ambil 2 exposure. 1 for the sky. Another for the subject. Later adjust dalam post processing software. Tapi model anda kena statiklah kejap.
3. Tunggu petang sikit lah atau mendung... tu pun nasib! hahaha!
Moral of the story, Bila beli external flash unit, kalau ada duit, beli Canon yang support HSS. Kalau tak cukup duit... boleh beli Nissin tapi anda kena faham limitasinya. Kan? Masa saya beli dulu, sumpah saya tak tau menahu pasal HSS ni. Kalau saya tauuuu.... saya beli nissin juga, sebab bajet tak ada! hahaha!
Perkataan Kedua: Forced Perspective Photography
Dari wikipedia:
Forced perspective is a technique that employs optical illusion to make an object appear farther away, closer, larger or smaller than it actually is. It is used primarily in photography, filmmaking and architecture. It manipulates human visual perception through the use of scaled objects and the correlation between them and the vantage point of the spectator or camera.
Again, faham tak? hahaha... nilah kata orang, a picture worth a thousand words.
Nilah maksud dia:
OOOOOooooooo... tu ka? Dah lama tau! kan? Cuma tak tahu term dia aja! hahaha! Go ahead! Amazes yourself! Google around google images using term Forced Perspective. Memang menarik! Boleh bagi anda idea macam macam nanti! Best of all, pakai kamera phone pun boleh.. hehe.
Layan bukansepet, layan.
p/s:Kata 3 perkataan. Mana lagi satu? Haha.
Perkataan Ketiga: belajar: Canon 600D.
huhu... nangisss...
Kesihatan.
khamis tengah malam, sampailah ke semalam.
2. Inilah pemandangan dari 'bilik' yang setia menjaga isteriku, inilah
yang dapat aku lihat. Cantik juga pemandangan dari tingkat 6 DEMC ni ya... OK lah.. untuk yang sakit dan yang menemani orang sakit.
3. Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah 'check in'. Bukan bermegah,
tapi bersyukur.
4. Benarlah kata orang, kadang kadang bila menemani orang sakit ni,
barulah kita mensyukuri nikmat kesihatan yang ada pada kita. Kalau
sakit beribu kosnya untuk sihat, maka bayangkanlah, sebenarnya berapa
HARGA kesihatan kita? Subhanaallah.
5. Barangkali, dengan kesihatan inilah, kita mampu menyumbang /
membantu yang lain. Walau kadang kala bosan, tapi sekurang kurangnya
kita sihat. Mampu lagi ke sini sana. Aku, Sempatlah juga, ke gerai Pak
Mal Nasi Ayam Seksyen 11. (aku tak makan ayam - belanja anak anak)
Emm.. manis. Kata anak aku.
Dasar orang melaka, kalau tak pedas, tak sah.
Haha.
Layan bukansepet, layan.
Fotografi. Pengalaman "Under warranty"
Kronologi.
Jumaat 2 minggu lepas.
"Mana Opisnya?"
"Ntah ikut ajaler GPS tu.."
"Wisma Tecna kan? Depan tu kut?"
"Ha, ya ler tu. Jalan cam cakcibau. Tak convincing langsung."
"Mana nak parking ni?"
Schmidt Marketing Office: Wisma Tecna, Petaling Jaya.
"Mau repair jugak?"
"Ha ah. Nissin DI466 ni saya jarang guna. Last nak guna, lampu belakang blinking. Tapi Flash tak mau nyala."
"O. Kapan maunya?"
(Kapan? Bloody hell. Indon ke amoi ni?)
"Bila boleh siap?"
"2-3 minggu oooooo..."
"Haaa... Ok ler tu. Jangan 2-3 bulan!"
"Warranty leh pakai kan?"
(yang betulnya Nissin tu jatuh. Terus takmo nyala. Tapi dah amoi indon tu tak nak cakap cer citer! cer citer! aku senyap ajalah.)
"Sempat ke bang nak ke Subang ni?"
"Sempat kut. Janji sebelum time orang balik kerja. Tak pasal pasal sangkut jem lak nanti."
Canon Customer Care,Peremba Square, Subang.
"Mak datuk!, Dah macam bank!, siap ada kaunter, ambik nombor, TV, tempat minum pun di sediakan!. Ni sudah 'A' ni."
"Tapi oranglah pulak ramai."
"Tak per. Janji dah sampai."
1024. Kaunter 6.
"Tu nombor kita tu. Abang ajalah pergi."
"Ya Encik. Boleh saya bantu?" Steady betul brader canon ni.
"Ni powershot SX10 saya ni... bila zoom, skreet skreet bunyinya. Cam ada mekanikal thing tersangkut. Dah bawak kedai saya beli Fotokem, ada ke patut dia kata memang camtu... biasaler katanya..."
"Ni lens problem ni Encik. Masih bawah warranty tak? Kalau tak, mahal ni."
"Dulu saya ada register online. Dia kata 3 tahun warranty. Ni baru setahun lebih..."
"Saya check kejap encik ya... Aha! Ada nama encik ni. Cuma bagi saya no telefon aja. Insyaallah, percumalah sebab masih under warranty."
Selang 4 hari:
"Encik. Nissin dah siap. Kita bagi terus set baru. One to one replacement model. No payment needed."
Selang 6 hari:
" Encik. Kamera dah siap. Kita tukar terus lens baru. Dah tak ada masalah lagi.FOC. "
Fuh.
Terima Kasih Nissin.
Terima Kasih Canon.
Sekarang, laki bini boleh swing back into action!
TERIMA KASEY!
2011: Tahun Baru, Template Baru.
Hmm... Menarik sungguh template baru ni. Nama template blog ini, smell like facebook. Originally dari Nazieb, di ubahsuai oleh Abu Farhan.
Tidak, saya bukanlah aktif sangat berfesbuk ni. Jarang jarang... kadang-kadang. Tapi template ini memang mengancam. Selain appearancenya yang ala-ala fesbuk, yang saya percaya lebih easy on the eye, nampak lebih biasa atau familiar, sebenarnya apa yang paling mustahak, template ini membenarkan multi-tab.
Aha! Selama ni saya selalu tertanya tanya mana arah blog bukansepet ni. Maklumlah jiwa kacau. Kekadang mood nak tulis pasal fotografi. Kekadang isu semasa. Kekadang pasal filem atau sukan. Hancur. Carca marba. Itulah sebabnya sesetengah orang ada sampai 2 -3 blog. 1 untuk personal, 1 untuk review gadget ke, filem ke, novel ke, 1 untuk sukan umpamanya... tapi dengan template ni, dengan adanya multi-tab, hidup lebih mudah! Kita boleh kategorikan entri kita berdasarkan tag - ehem ehem.. macam saya!
1- Fotografi
2 - Seni
3 - Kreatif
4 - Personal
5- Isu Semasa
Saya tau, sebelum ini pun kita boleh buat kategorikan gunakan tag, tapi taklah semudah seperti template ni.
Permulaan yang baik untuk 2011. Ini entri pertama saya di 2011. Tahun baru, entri baru, template baru, umur pun baru!
(Tahun ni usia saya masuk siri 4. Tapi jangan bagi tau orang, sebab saya selalu bilang - saya seorang yang konsisten! Jadi umur saya kekal 27. haha! syhhh...)
Tapi of course, tak semua perfect. Ada beberapa gadjet hilang dengan template baru ini seperti blog roll saya, kaunter dan trafik live feed. Tapi tu semua boleh buat... Slowly lah kan.. Cuma need to brush up back my programming language. HTML, XML here I come!
layan bukansepet, layan.