Archives

gravatar

Siri Memoria: 1998


Ipoh ni besar. Masa memula present nak dapat projek kat sini, sikit pun gua tak sangka kompeni akan transfer gua ke sini. Attach kat gomen opis pulak tu. Gua demand. Nak rumah. Nak elaun tambahan. Sekali gua punya pancing, kena daa...

Kompeni sayang gua. Rumah dua tingkat, fully furnished, RM450 sebulan. Gila badak punya murah. Badak pun tak ini macam punya murah.

Gua pergi sementelah wife gua profesionnya full time housewife. Bukan dia tak ada kelulusan, bukan dia tak nak kerja, sajeerr...

BREAK

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Gua tengok jam dinding gua kat kotak. Maklum barang lum habis keluar kotak. Laa.. dah kul 8.30 malam. Jam tangan gua dah jahanam.

"Kita jalan gi bandar nak?", Gua tanya wife gua.
"Tau ke jalan?", balas wife.
"Tau ler sesikit.", konpiden gua jawap.

Greentown mall ke Ipoh Parade? Huwahhh! Canggih.

Gua tiba kul 9 malam. Pergh. Gua mula suka ipoh bila gua tengok parking banyakkkk! Ini memang kool. Gua senyum. Saga Aeroback kaler biru gelap kalau parking memang senang. Sebab dia kontot. Ronda keliling Ipoh Parade. Bolehlah... Tapi heran jugak gua, banyak kedai tak bukak. Apsal ek?

"Jom makan", gua ajak wife.

Naik atas, gua tengok, kedai medan selera tak banyak. Yang banyak, mamat mamat dan minah minah bawah umur. Yang mamat ramai tak hensem (cam gua), yang minah takat ok ok aja. Tempat port rupanya atas ni. Nak tak nak, kita orang tibai aja kat situ. Dah lapar.

Rupa rupanya, kat ipoh, itu jam aaa, memang kul 9 ke 9.30 malam, kedai dah start tutup dah... Tak happening langsung. Apa kes? Kalau kat KL, meriah!

Gua dah start miss KL. Gua rindu Ampang Point. Gua rindu Mee kari burn, Pandan Indah. Tomyam, Taman Kosas. Nasi Lemak Antarabangsa, Kampung Baru. Sup, jalan Doraisami....

BREAK

Belakang, gua ronda satu pekan ipoh. Sunyi aja Ipoh ni. Cam pekan mati pun ada. Gua layan keliling Taman D.R. Seenivasagam pulak. Alih alih traffic jam.

Ini sudah pelik. Apsal dari lengang tetiba jam. Gua suspek mesti ada road block. Gua pandang keliling.

Alamak. Apsal semua 1 kaum aja ni? gendang berdentam dentum. Asap berkepul ntah dari maner. Kaler kaler pulak tu. Bunyi cam serunai, memang kasi bingit gua punya telinga.
Oh my god. gua sudah termasuk dalam konvoi wel wel. Ini hari perayaan thaipusamlah! Macam mana gua boleh tak ingat.

Wife gua rungut. Tapi gua kool. Dah tersangkut tengah tengah. Nak undur tak boleh, nak forward tak lepas. Nak buat camna lagi. Layan ajalah, bukansepet.

Orang putih ada kata, if you cannot beat them, join them. Gua sengih.
Gua turun tingkap, semerbak bau power sudah masuk dalam kereta gua dan gua jerit kuat kuat.

"Wel wel!
Wel Wel!
Wel Wel!"
, penuh semangat.
Bini gua sudah ketawa. Tensen sudah hilang.

Ada ler 2 - 3 anak muda india situ senyum-senyum pandang gua. Sementelah kulit gua pun comel juga. Hitam manis. Sikit lebih kurang, halallah dengan kulit derang. Gua angkat tangan, tabik dan senyum kat derang. Derang angkat topi besbal hitam tulis NY tanda hormat balik kat gua. Pergh. Gua sayang ini negara. Gua sayang kepelbagaian budaya.

Walaupun, gua sampai rumah nak dekat kul 12, sebab mengiringi konvoi thaipusam penuh berwana warni... tapi yalah, Gua suka ipoh!

What a day to start life in Ipoh!
Memang kool.

gravatar

Siri Memoria: 1996


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Melangkah naik ke pejabat di tingkat atas showroom kereta, memang memenatkan. Apa nak buat, kompeni tak cukup fulus nak beli dari tingkat bawah ke atas. Tapi sewa 3 dari 4 tingkat, memang kool. Tak ada lif, itu yang tak kool.

Gua lerek jam tangan PUMA gua beli kat petaling street pada harga RM20. Sudah pukul 9.00 pagi. Gua lewat. Sejak hijrah KL ni, tiap malam gua tidur lewat.

"Hai lewat nampak?", Aya receptionist comel sudah tegur sama gua. Apa barang lu nak tegur gua?

"Terbabas la yaaa..", dengan muka senyum seposen gua reply. Hmm. Munafiq sungguh. Lain di hati, lain di wajah. Orang baba nyonya melaka kata, muka mau manis, hati mau baik berrr... Gua faillah ini macam jadik orang melaka.

"boss, dah masuk?", lagi tanya gua.

"Lum.", kata aya. Fuhhh... selamat.

Gua ayun kaki gua balik, naik ke tangga. Memang celaka ini tangga. Rasa nak bakar pun ada. Lagi celaka gua punya opis, tingkat 2. Kalau nak kat tingkat 1 gua kena pakai skirt. Sebab kat tingkat 1 cuma ada Aya dan sekretari. Takkan gua nak jadi GM pulak kan?


BREAK



(Lagu mission imposibble berkemundang, sila gugel kalau tak pernah dengar).

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.
"Apa tu?", terkejut gua, bila yang tegur tu Encik Karim, gua punya boss no 2 dalam ini kompeni.
"E-mel, boss", jawap gua. Konpiden.
"Apsal bunyi cam tu?", sambung Encik Karim.

Gua senyum meleret. Gua kool. Itu jam aaa.. siapa terer internet memang kool. Gua sudah berjaya download itu mission imposibble punya wav fail. Huwahhh!

Itu jam aaa... saper tau guna ALAMAK chit chat, IRC kampung, ada website Geocities, memang sudah kool. Termasuk gua.

"Saya punya e-mel boss, saya sudah set. Kalau e-mel masuk aja, notification dia saya set lagu Mission Imposible. Tu yang bunyi tu boss!" Pergh. Bangga siot. Rasa kool sangat. Member sebelah sebelah, jeling menyampah. Ada gua kisah?

En. Karim angguk angguk. Mesti dia kagum. Konpomlah. Mestilah. heh heh.

Encik Karim buka mulut dan bersuara,
"E-mel saya pun, saya buat cam tu. Cuma bila e-mel baru masuk, saya set dia bunyi surah Al-Ikhlas."

Kecik besar kecik besar aja gua pandang ini Karim. Dengan sardin aja dia senyum dan berlalu, diikuti sayup sayup macam dengar tak dengar, hilai kekeh ketawa member sebelah menyebelah...

Tiba tiba gua rasa nak pitam.
Haram tak kool.

gravatar

Siri Memoria: 1995


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja. (persis gaya jeneral sinaganaga)

"Melayu ni bukansepet, bukan tau bersyukur", kata Nuar. Presiden NGO gua.
Gua layan, sambil minum sirap buatan bebudak MRSM Terendak malam tu.

"Pantang dapat projek sikit, mudah lupa. Dapat duit advance 30 persen, dia dah enjoy sakan. Beli tu. Beli ni. Untung tak tahu lagi. Memutus duit nak labur beli barang asas projek, menyusut. Mula ler beli barang gred rendah!", bentak Nuar.

Gua kagum. Gua punya presiden ni, semangat melayunya memang tinggi. Bukan baru gua kenal. Dah lebih 5 tahun dah. Kami sama sama terlibat dalam NGO ni pun, sebab nak bantu anak anak melayu. Meskipun melalui persatuan silat. Pasal melayu mudah lupa ler ni.

"Lepas tu, bila projek dah problem, bangunan runtuh, retak, salahkan orang tu, salahkan orang ni. Dia sendiri tak salah!" berkepul asap rokok Nuar keluar. Cantik pulak rupanya dengan background gelap malam dan sinaran lampu court badminton ni...

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja. Mana tak kool, sejuk siot.

"Eh, dah kul 11 malam ni. Ko tak nak kerja ke esok?", tanya Nuar sambil tengok jam.
"Kerja." Kata gua.
"Em, moh ler." Nuar bangun dan tuju ke keter dia.

Gua pun sauk helmet gua dan isyarat kat Cad.
"Balik!" Jerit gua sambil tuju Honda Raider kaler biru gelap belang putih kesayangan CAD. Cad angguk.


BREAK. (persis gaya jeneral sinaganaga)


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Truut, truut.

Primero BX gua sudah bunyi. Saja gua biar dia bunyi lama sikit. Kasi jaki ini 1 kontena pejabat. Gua tengok supervisor gua jeling cam jeles. Kepala kongsi lagilah... Jakun tak ingat.

Gua angkat itu tepon. Berdiri, picit tepon, jalan mundar mandir - barulah kool.

"Hello" dengan kuat dan riak gua jawap. Tak sedar tepon tu kompeni punya.
"Bukansepet, mari opis!" bergegar jantung gua. Sekali boss daaa...

"Baik Boss!". Celaka. Ini hari gua pakai T-shirt Loudness. Nama pun kerja kat site. Gua rimas pakai kemeja sekalipun lengan pendek. Sial betul. Dalam banyak banyak hari, naper ler hari ni dia saman gua ke Melaka Raya. Nasib baik ada corporate Jacket. Gua sarung. Kena butang sampai atas. Cantik! Tak nampak matahari terbit kat baju gua lagi. Kool.

Gua jeling Ida. Kerani site gua merangkap anak abu. Tiap hari balik menenggek motor lain lain jantan. Sesekali Ida pakai seksi gua jeling juga, tapi lelebih tak adalah. Supervisor gua kata boleh ratah minah ni. Tapi gua baik. Gua kool. (Sebenarnya gua takut perempuan beb. Haha.)

"Ida, aku gi opis, ada nak kirim apa apa?" Bentak gua, keras.
"Ambik stationary. Kak Nor tau." Jawap Ida lembut.
"OK." Tak semena mena gua pun jawap lembut juga.
Hancur!


BREAK.



"Ini hari, I nak you follow I. Kita gi Perbadanan." Encik muka memek, boss gua, start dah ceramah dia.

"I nak ajar sikit, ada satu QS ni. Nilah melayu. Bila ada jawatan sikit, dah mula rasa diri tu besar. Tak sedar awak tu makan gaji aja. I ni pengalaman dah bertahun tahun tau? Ingat senang ke nak dapat lesen kelas BX ni? Dia senang senang tenyeh kata I tak ikut spek. Spek ke jadah dia!" Kan dah. Mula dah ni...

Gua angguk. Konpom terpaksa. Tak kool.

"You turun bawah. Cari Mat. Suruh dia bawak keta depan." Arah boss.
Cantek. Merasa gua naik keter baru boss. Baru 2 minggu umurnya. Mercedes tu!


BREAK.


Terkebil kebil mata QS perbadanan tu kena marah. Gua kontrol. Kan dah. Buat hal lagi dengan boss gua. Sapa suruh?

Sesekali terlihat juga QS tu cuba menjawap. Tapi taulah boss gua. Baru mamat tu jawap dua tiga patah, dia jerkah aja. Satu perbadanan leh dengar suara dia. Terus terang gua tak tahu sapa betul sapa salah, sebab tak ada refereee. Muka dua dua dah macam orang nak telan orang. Gua layan aja. Kool.

Dalam keter, boss gua kata padan muka itu QS.

"You kena belajar ni bukansepet. Jangan bagi orang senang senang pijak kepala kita.", ceramah masih berterusan.

Gua angguk. Perghh.. Giler la ini dunia.
Kalaulah dia tau itu QS, gua punya presiden NGO - Nuar, mesti mati gua. Ntah camana, ini malam masa training, gua cam tau aja, apa Nuar nak citer ngan gua.

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

gravatar

Aduhai Fatine...



Perkenalkan, Fatine Young... Of course yang baju pink tu. :)
Cantik kan? Bolehla...

Tapi berubah lah pulak hati, bila dapat tahu nama sebenarnya ialah
Mohammed Fazdil Min Bahari, 37. Khabarnya dah berjaya dapat Visa tinggal di UK bersama 'suaminya' Ian James Young...
Katanya masih maintain agama Islam. 'Suaminya' agamanyalah.
Lain agama, sama jantina.

Hmmm...


Maksud Nama Fadhil (Yang terdekat dengan nama Fazdil)
Fadhil: Orang yg berbuat kebaikan, utama, mulia

Aduhai Fatine,
Aduhai orang yang berbuat kebaikan,
Aduhai orang yang utama,
Aduhai orang yang dimuliakan,
Andai anda membaca ni,
Allah Maha Mengetahui,
Allah Maha Penyayang,
Allah Maha Pengampun.
Mintalah hidayahNya.


Maksud Hidayah dari AlQur'an:
Terjemah ayat," sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti2 yg terang, maka barangsiapa yg melihat bukti2 itu (hidayah), maka bermanfa'atlah bagi dirinya.."
AQ 6: 104

Petikan Internet:
(Dikirim oleh: nurfarain on 26 December, 2009 Forum Halaqah.Net)
... ketika aku di usia remaja, cita-cita ku adalah untuk mengubah dunia, tetapi apabila aku meningkat dewasa, baru ku sedar bahawa dunia tak pernah berubah, lalu aku hadkan cita-cita ku untuk melakukan perubahan ini kepada mengubah negara aku..tetapi apabila usiaku bertambah, aku melihat negaraku juga tidak berubah & apabila badanku lemah di pembaringan aku meletakkan cita2 ku untuk melihat keluargaku berubah tetapi nyata mereka juga tidak berubah & ketika aku di atas pembaringan, nazak menunggu kematian buat kali pertamanya aku berfikir kalaulah yang pertama aku ubah itu adalah diriku sendiri maka mungkin dengan memberikan contoh teladan yang baik, keluargaku akan dapat ku ubah. dengan sokongan daripada keluargaku mungkin aku dapat mengubah negara,...dan siapa tahu aku juga dapat mengubah dunia..

Peringatan ini untuk saya sekali.
Nak cerita lelebih, saya ada anak perempuan.
Ada anak lelaki.
Nauzubillah.

Baca di Kosmo Hari ini: Sini.

gravatar

Memulakan Minat Fotografi.



Ogos ni genaplah setahun saya memegang kamera Canon Powershot SX10is. Saya pernah kata pada diri saya, tujuan saya memiliki kamera ini adalah bagi membolehkan saya memahami kamera digital, setting setting nya dan menjawap susah sangat ke fotografi ni?

Setelah 'kembara' selama hampir setahun, membaca sana sini, e-book PDF file, majalah kamera, Internet, Forum, rakan rakan, flickr... saya rasa kini saya sudah punya keyakinan untuk berhijrah ke dunia DSLR. Bukan kerana Canon Powershot Sx10is saya tidak bagus, tetapi saya ingin melihat apa pula bakal di tawarkan di dunia sebenar DSLR.

Berbekalkan pengalaman tak seberapa ini, saya dedikasikan entri ini untuk kawan kawan yang ingin mencebur diri dalam bidang fotografi. Perlu di ingat saya bukan profesional, saya tak hafal semua aspek aspek teknikal kamera, saya hanya pengguna kamera. Jangan pula anda tanya saya macam mana nak kira DOF, strobist setting dan segala mak nenek tu! Saya tak tahu! Tapi saya akan kongsi apa yang saya tahu.

Info 1
Apa kamera yang ada?


Rupa rupanya kamera digital ni ada 3 kategori. (korang ingat kamera digital tu sepesen aja kan? salah...!)

a) Kamera kompak
b) Kamera prosumer/bridge
c) Kamera DSLR.

Contoh kamera kompak - Canon Ixus, Nikon Coolpix.


Contoh kamera prosumer/bridge - Canon SX20is, Nikon P90.



Contoh kamera DSLR - Canon 550D, Nikon D300S








Kamera Kompak, ringan, boleh selit dalam poket.
Kamera Prosumer, separa kompak, separa DSLR. 2 alam (haha!) Boleh buat setting macam DSLR tapi kalau malas, set pada auto, ia akan berfungsi macam kamera kompak. Tapi saiz sikit ada besarlah... Kalau poket korang besar, taruklah.. saya tak nak! Buruk rupanya!
Kamera DSLR, Hmm.. senang citer semua kamera besar besar tu! heh heh...



Info 2
Brand mana bagus?

Hmm. Korang giler tanya saya soklan tu. Brand ni subjektif. Lain orang lain 'taste'nya. Tapi saya catat di sini bukan atas pengalaman peribadi tapi bercampur baur dengan segala pembacaan di internet, cakap cakap orang, gossip (eh, ni lain ni..) dan sbgnya.

Kita mulakan dengan brand apa yang ada? Nikon, Canon (Ni 2 popularlah...), Panasonic, Sony, Olympus, Pentax, Samsung, Ricoh, Casio, Fujifilm... antara yg saya taulah...

Mana bagus? Cadangan sayalah..

Kompak: Canon Ixus/Powershot, Nikon Coolpix.
Prosumer: Canon Prosumer (SX20is), Panasonic FZ35, Nikon P90
DSLR:
Beginner - Canon 1000D, Nikon D5000
Mid range - Canon 50D, Nikon D300s
Expert - Ko tanyalah orang lain lagi pro..

Info 3
Berapa nak bajet?

Kamera kompak
Kategori:Murah/sederhana
Harga: Antara RM199 - RM 1300

Kamera prosumer/bridge
Kategori:Sederhana
Harga: Antara RM1500 - RM1900

Kamera DSLR
Kategori: Rabak poket
Harga: Antara RM1500 - RM xx,xxx

Laaa... ada rupanya kamera DSLR harga murah ya? Heh heh. Memang ada. Sabar ler saya nak citer ni.

Info 4
Pixel pixel Digic digic ni apa jadahnya?

Tak yah kisah. Utk print gambar saiz A4, 3 mega pixel dah bagus dah, apatah lagi lebih dari tu... sekarang rata rata pixel gila badak punya besar, mana mana pun ok.

Info 5
So nak beli yang mana satu?

Ko ada duit tak?
Banyak? Ciput?
Apa yang di harap dari kamera?
Reti ke pakai nanti?
Jangan membazir duit!

... adalah soklan laser dari saya. Untuk jawap soklan ini mari kita berbalik semula kepada, apa sebab korang nak beli kamera?



a) Nak ambik gambar site? Gambar bunga close up? Projek? Member kahwin? Harijadi adik? Masa bercuti kat air terjun?






b) Nak ambik gambar landscape, depan sharp, belakang kabur? Eh, nak tukarlah, depan kabur belakang sharp? Hajat nak ambik gambar member kahwin, hampeh: Bukak flash terang sangat, padam flash gambar gelap. Camna ni? Nak ambik gambar adik lompat tinggi tapi freezekan seolah olah adik melayang terbang diudara? Nak ambik gambar air, dropletnya jelas sebutir sebutir nampak.


















c) Nak ambik gambar exact moment ombak hempas pantai. Nak ambil gambar kilat menyambar? Nak ambik gambar mata seekor lalat? Nak ambik gambar langit tak cukup biru, di birukan? Nak ambik gambar member kahwin hulur tangan tunjuk cincin masing masing. Cincin dan jari mesti clear sharp, tapi nak gambar muka pengantin tu kalau boleh blur sikit tapi bukanlah blur abis... Senilah konon...

So, korang kategori mana satu? Kalau (a) Ambik kompak. kalau (b) ambik prosumer. Kalau (c) ambik DSLR. Harus ingat, kalau DSLR, semua kebolehan kompak dan prosumer - covered! Apa yg tak boleh!

So, ambillah DSLR! haha.. Nanti dulu kawan.. ada 'catch'nya...


Info 6
Apa masalah dengan DSLR?

Kalau beli DSLR memang bagus. Tapi harus ingat.

1) DSLR besar (dan berat). Kalau bawak gi ambik gambar org kahwin, semua mata, pandang korang. Selesa ke?
2) DSLR harganya mahal. Pulak tu di beri standard kit lens. 50mm. Kalau nak zoom jauh jauh tak dapatlah... melainkan beli lens tambahan. Lens tambahan bagi membolehkan kita zoom jauh jauh ni mahal. Dalam RM 1000 - RM xx,xxx. Tengok berapa jauh, apa brand. In the end, kos akan jadi contoh:

DSLR
Canon 1000D dengan lens std (18-55mm) - RM 1900
Kalau nak bolehkan zoom jauh jauh (takler jauh mana katakan 100mm) tambah ler anggaran kasar RM1500 lagi.
Pastu tak puas hati dengan built in flash pulak! Nak beli external flash lagi. Beli la yg murah nyer Nissin brand tambah lagi RM500 lebih kurang.
Total? RM4000 brader!

3) DSLR perlukan ilmu bagi mengendalikannya. Walaupun ada auto, nanti akan adalah pulak mangkuk mangkuk yang akan kata kat ko, takat pakai auto baik beli kompak aja! Betul tak? Ilmu yang saya maksudkan ialah mengenali dan menyeimbangkan shutter speed, aperture dan ISO. Banyak lagi sebenarnya, tapi tulah 3 yang mengawal hasil gambar secara amnya. Kalau dah pilih DSLR, bersedialah untuk belajar. Saya rasa tak susah mana sebenarnya, tapi cuma kenaler belajar.




Info 7
So tak bolehlah DSLR? Prosumer then?

Siapa kata DSLR tak boleh! Belasah aja! Cuma pesan saya manafaatkan. Macam saya sendiri sebab tak yakin dulu, saya beli prosumer Canon powershotsx10is. Untungnya prosumer ni, sebab dia 2 alam, rasa rasa malas, saya autokan saja. Tapi pada masa yg sama sx10 inilah yang buat saya bersemangat belajar fotografi. Lensnya boleh zoom jauh (kategori superzoom: 20x) Memang superb! Tambah pulak ada IS (Image stabilizer) dalam skrin masa nak ambil gambar nampak macam bergegar, tapi bila klik jadi gambar, eh.. eloklah pulak! Dalam keadaan org berpusu pusu nak ambil gambar pengantin, saya zoom dari jauh aja. heh heh. Begitu juga masa hari sukan, saya boleh zoom close anak saya berlari keliling padang! Memang power! powershot!

Tapi, prosumer saya ni ada kekurangannya.

1) Lens tak boleh tukar. Pakai sampai mati.
Prosumer bukan DSLR. Jadi anda tak boleh nak tukar tukar lens. Terimalah seadanya. Filter pun tak boleh pakai. (Saya tau ada custom adapter di luar sana tapi tak 100% compatible)

2) Delay. Kalau ambil gambar ombak hempas pantai, anda rasa timing anda perfect. Sebaik saja badai splash ke batu anda klik. Sekali tengok gambar, eh eh.. dah terlepas! tak jadi! kenapa? Itulah dia masalah delay. Masalah ni tak ada pada DSLR.

3) DOF. Depth of field yang boleh di hasilkan oleh Prosumer ni, kurang sikit berbanding DSLR. Anda aturkan 5 orang beratur rapat rapat macam org beratur nak keluar duit ATM. Dari arah depan, anda fokus org ketiga dalam barisan supaya sharp. Anda akan dapat lihat org 1, 2, 4 dan 5 akan jadi blur. Tapi tak sebaik DSLR. Sesilap tak blur pun, bergantung dari jarak mana anda shoot. DSLR dengan aperture yang besar senang senang boleh buat ni. Bahkan nak ambil gambar portrait, mata sharp leher kabur pun boleh!




Info 8
Dah semua tak boleh! Kompak ajalah!

Hahaha... ingat bukan kamera yang ambil gambar. Anda yang ambil gambar. Kamera hanya medium. Kamera lagi canggih berikan fasiliti/feature tambahan yang boleh anda manipulasikan. Tapi tak bermakna dengan kamera kompak, anda tak boleh hasilkan gambar yang cantik!

Rahsia untuk dapatkan gambar cantik pada saya:

1) Kreativiti.
2) Komposisi.
3) Kebolehan menggunakan sumber sekeliling seperti lampu, arah cahaya dsb sebagai advantage pada anda.
4) Berkeupayaan memanupulasikan sepenuhnya feature yang ada di kamera anda seperti, setting prebuilt (Landscape, portrait, sports, foliage etc....), setting manual jika ada, setting external flash jika ada.


Info 8
Balik balik Canon, Nikon, yg lain tak elok ke?

Taklah. Pentax K-x bagus! Begitu juga Sony Alpha. Olympus kompak pun banyak yang bagus. Casio Exilim, Fujifilm S Series... Panasonic FZ28 semua bagus. Cuma Canon dan Nikon ni popular. Bila popular ramailah cikgunya. Nak berforum, tanya masalah pun senang. Bagi DSLR pula, nak cari lens 2nd hand banyak. Third party punya lens pun banyak yang custom made utk model canon dan Nikon seperti Sigma dan Tamron. Sebab tulah popular..

Tapi hakikatnya, memang dalam observation saya, Canon and Nikon dominates market... Tapi beware Sony Alpha is rising!

Conclusion.

So,
Takde siapa kata periuk yang mahal akan hasilkan hidangan yang lazat.
Takde siapa kata piano yang mahal akan hasilkan muzik yang sedap.
Takde siapa kata kamera yang mahal akan hasilkan gambar yang cantik.

Hidangan lazat kerana tukang masak.
Muzik sedap kerana pemain piano.
Gambar cantik kerana tukang ambil gambar - Anda.

Kalau kamera Canon 1D pun, tapi org yang ambiknya hampeh.. hampeh jugak kan? Tapi jangan nafikan, kamera yang canggih boleh hasilkan pelbagai gambar cantik yang mungkin sukar sikit untuk kamera kompak hasilkan. So depends!

Sejauh mana anda minat fotografi? Tepuk dada, tanya selera, semak poket brader...!
Oh ya, kalau gambar anda still tak cantik, good old photoshop kan ada?... hahaha! (wink wink!)

layan bukansepet, layan.

gravatar

Kemelut Finas


Hmm... bergaduh lagi. David Theo dan Ahmad Idham di tentang kerana menjadi Jawatankuasa Finas sedangkan mereka masih lagi 'aktif' dalam bidang penerbitan filem negara.

Bagaimana pula mereka yang jadi jawatankuasa, mereka luluskan dan mereka dapat balik peruntukan kerajaan tu? Memang ajaib!

Tak hairanlah kecoh di berita malam tadi penerbit penerbit filem meluahkan ketidak puas hatian mereka. Itu baru penerbit filem perdana. Bagaimana pula luahan kekesalan penerbit/pembuat filem filem baru yang sering ketandusan modal sungguh pun kaya dengan idea segar?

Saya pernah cerita hal ni dulu. March 2010. Di bawah tajuk Filem kita primitif. Antara lontaran idea saya pada entri tu ialah:

Cadangan 1. Buat filem yang tak bergantung harap pada untung.

Mana ada... Cuma FINAS aja yang mampu. Apa kata beri dana tu pada Mamat Khalid? Atau Afdlin Shauki? Atau Khabir Baktiar? Cecukup lah dengan Mansor Puteh, Erma Fatima, Dato Jins, U-Wei... Bukan derang tak bagus. Kita perlu yang Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu, kan? Kalau ada sambutan, maka ini akan jadi pemangkin pada produser lain utk buat filem yang sama kualitinya.. Saya kata Dana bukan puncanya. Memadailah dengan dana yang biasa di keluarkan oleh pembuat filem biasa. Yang pentingnya - tak bergantung harap pada untung. Ramai produser berbakat, tapi takut sebab nanti tak untung! Jadikan rantaian filem filem Finas ini sabagai pemangkin. (Baca: Rantaian. Bermaksud, bukan satu. Sekurang kurangnya 3 filem setahun). Pada saya dari bagi dana besar besar utk buat satu filem, baiklah pecahkan dana tu dan buat 3 filem. Dan fahamilah, filem bagus bukan semestinya filem seni semata. Saya ulang. Kita perlu yang Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu.


Bukan maksud saya penerbit perdana tak harus dapat langsung, tapi berkongsilah... Cukup cukuplah tu!

layan bukansepet, layan.

gravatar

ESQ 165

Salam.


"Kemudian hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras daripada batu. Sedangkan antara batu-batu itu terdapat sungai yang mengalir daripadanya dan ada juga yang terbelah lalu mengeluarkan air. Ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidak sekali-kali bersifat lengah terhadap apa yang kamu lakukan." - Surah Al-Baqarah

Sengaja saya letakkan tajuk itu. Saya tahu bila saya letak begitu, maka saya benarkan diri saya "dijumpai" google. Dan tidak dapat tidak, akan adalah sahabat sahabat ESQ (ALUMNI) yang akan memberi komen. (mana tau...)

Mula mula biarlah saya jelaskan. Saya bukan berpengetahuan tinggi dalam agama. Saya bukan alim. Bahkan amalan saya sangat kurang. Secara mudah, saya ini jahil. Dan ini blog saya. Pandangan ini bersifat peribadi dan hanya saya.

Alahmdulillah. Di izinkan tuhan, berkesempatan dilorongkan menghadiri kursus ESQ - Basic. Dalam kesibukan sana sini kata haram tak haram, fatwa sana, fatwa sini... Eh eh, saya pulak kena pergi atas arahan syarikat.

Takut takut sementelah menyedari diri ini lemah imannya, saya layari laman web. Antaranya ke ustaz zaharuddin.

Dengan gusar, saya sertai juga kursus ini.

Hari pertama, dah "jammed" akal saya. bagaimana mungkin seolah-olah kena pilih sayang ibu atau sayang Allah? Level antara keduanya sangat berbeza. Mana boleh di letak sama rata untuk "seolah olah" terpaksa pilih?

Walaupun jawapannya begitu jelas, tapi bisik hati saya, saya manusia. Saya sayang ibu saya. Bila di tanya sebegitu, memang sukar. Secara total pilih sayang Allah seolah menidakkan perasaan sayang saya pada ibu. Sekurang kurangnya itulah yang saya rasakan. Jammed!

Barangkali, alangkah mudahnya kalau di beritahu bahawa kalau anda sayangkan ibu, maka perasaan kasih, perasaan sayang itu Allah yang kurniakan. Melalui ibu, anda lahir. Melalui ibu anda kenal rasa kasih dan sayang. Maka sayangilah Allah berlebih lebih lagi kerana, ibu anda telah melahirkan anda dengan izinNya. Rasanya lebih mudah kalau garapannya dibuat sedemikian rupa.

Ini pada saya ESQ tidak salah dari segi content, namun kupasan, penjelasan, harus di perbaiki. Kaizen. Ambil yang baik, buang yang buruk, cipta yang baru.


Hari kedua "jammed" juga. Mana mungkin di pilih anak atau Allah? Secara total, hati saya tidak mampu. Saya kagum pada mereka yang mampu, namun saya sayang anak saya. Melalui anak, saya lebih sayangkan Allah. Biar buruk, biar baik, tetap anak. Kalau buruk, itulah cubaan untuk saya, kalau baik, itulah cubaan juga pada saya. Sama saja. Penggunaan kisah Nabi Ibrahim, sangat menyentuh kalbu, namun itulah kelebihan Nabi dan Rasul. Sebagai metafora, sebagai kiasan saya kira berbaloi dan bermakna, namun kalau di bicara soal hati, penerimaan mutlak hanya Allah sajalah di hati kita, saya kira saya berbohong kalau saya kata begitu. Dan siapakah yang ingin saya dustakan? Allah Maha Mengetahui. Istighfar lagi saya...

Seperti hari pertama adalah lebih mudah kalau anak itu disimbolkan sebagi hub untuk hubungan kasih sayang kita manusia pada Allah. perbandingan secara sebelah menyebelah antara Allah dan anak adalah sangat janggal bagi saya.

Hari ketiga. Lebih baik. Penggunaan alam sebagai pemberi kehidupan. Udara kehidupan. Cahaya matahari, lembut rembulan dan bintang penunjuk. Sangat mudah memilih antara siapa sebenarnya memberi kehidupan, Udara atau Allah.

Pandangan saya sebenarnya, agaknya inilah yang cuba ESQ sampaikan. Allah yang memberi. Ibu, anak, alam hanyalah medium bagi menyampaikan kasih Allah pada kita, dan untuk kita merasai kasih Allah.

Jadi keseluruhannya material ESQ itu saya kira baik, berjaya dan bagus, namun saya ada masalah pengungkapan. Kupasan. Ritual. Mudah untuk ujud kekeliruan. Salah seorangnya yang keliru saya. Yang jahil ini. Jammed sana. Jammed sini. Kalau tak clear parah....

Justeru itu kemana harus saya arahkan rasa "tidak kena" ini? Namun utk menghuraikan satu persatu saya tidak mampu. Saya bukan pakar imiah. Saya bukan pakar agama. Tapi dalam diri, saya tahu "ada yang tak kena" meskipun saya tak pandai mengungkapkan atau menerangkan di sini dengan jelas. Hahaha... ternyata, saya ada belenggu.

1. Prasangka
2. Prinsip-prinsip hidup
3. Pengalaman
4. Kepentingan
5. Sudut pandangan
6. Perbandingan
7. Liturature

Belenggu 1: Prasangka Negatif.
Saya mempunyai prasangka negatif. Bagaimana mufti wilayah boleh haramkan ESQ sedangkan negeri lain "Ok?". Fatwa kebangsaan juga kata ESQ boleh di teruskan. Tapi bila yang mengatakan ini adalah mufti, kebimbangan saya itu berasas. Mufti bukan golongan kosong. Mereka berilmu. Saya tidak kata saya pro Wilayah atau kebangsaan. tapi saya akui ujud perasaan "ada yang tak kena". Mungkin atau tidak para fasilitator present exactly pada para mufti sebagaimana mereka present pada kami? Agaknya lain kut.... Kerana bila di ketahui yang dibawah itu golongan ulamak, golongan berilmu, cara penyampaian, kupasan, mungkinkah berbeza walaupun slide dan effect lainnya dikekalkan sama?

Belenggu 2: Prinsip-prinsip hidup
Maka diajarkan prinsip hidup yang salah boleh jadi belenggu pada kita. Saya memegang prinsip bahawa bekerja tujuannya mencari rezeki. Wang ringgit. Sekali lagi saya di'gambarkan' sebagai silap. Sebenarnya wang ringgit tak mampu memberi kebahagiaan. Di ajar bahawa ikhlaskan hati, dan bekerja sebagai sejadah untuk ibadahlah yang lebih baik. Di tekankan di sini bahawa bekerjalah sebaik mungkin, beri yang terbaik dalam pekerjaan. Saya setuju.

Namun perkara membelenggu saya ialah soal hak. Kalau kita di tindas dalam pekerjaan, apakah boleh kita diam dan munajatkan diri sepenuhnya aku lakukan ini kerana Allah? Sedangkan kita di beri akal, wajib menjaga kehormatan diri.

Katakan saya bekerja dari jam 8 hingga jam 6. Tiba tiba saya di minta membuat overtime kerana ada hal tidak siap. Kerapkali terjadi. Setelah di siasat hal ini terjadi kerana ada insan lain yang tidak melaksanakan kerjanya. Isteri jadi marah. Anak anak juga marah kerana ayahnya tiada masa untuk keluarga. Janji seringkali di mungkiri untuk makan malam, main layang layang dan sebagainya. Mana satu harus saya dahulukan? Bekerja sebagai ibadah pada Allah atau balik dan tunaikan janji pada isteri dan anak anak? Nanti di kata munafik pula bila berjanji tapi engkar. Inilah yang saya katakan persoalan hak.

Hidup ini amanah Allah. Dengan bekerja, dengan rezeki yang didatangkan, membolehkan kita ini, menanggung anak bini, menghantar anak kesekolah, menyumbang seadanya melalui zakat... bagaimana pula bekerja untuk mencari rezeki digambarkan sebagai "kurang tepat"?

Saya kira sepatutnya ESQ, dalam kupasannya, rezki @ wang ringgit jangan di cantas. Cari rezeki itu dah betul. Cuma utk bahagia, spiritual lebih utama. Sekali lagi kata saya, material ESQ ada, cuma kupasannya mudah disalahertikan.


Belenggu 3: Pengalaman.
Pengalaman lalu berada dalam sebuah persatuan yang kini agak porak peranda hingga ujud perasaan taksub pada pemimpin, saya terlihat/terkesan ada unsur yang sama ujud dalam ESQ seolah seperti mengagungkan pemimpin. Dr Ary nampaknya begitu dikagumi, hinggakan di mana boleh selit, akan diselitkan wajah pemimpin tersebut. Gusar juga saya bimbang ujud ketaksuban yang bukan bukan. Mungkin cuma saya. Perasaan aja mungkin...

Belenggu 4: Kepentingan
Sangat seronok menyertai ESQ. Gamenya menarik. Fasilitatornya lucu dan hebat. Namun terdetik, suka atau tidak mereka ini pun, hanya peniaga. Menjaga kepentingan perniagaan mereka. Sebab itu ada Alumni. Bijak bijak... Dan hari terkahir tatkala majlis penutup oleh ketua saya yang hanya join saat saat akhir kerana ada tugas lain, nyata saya lihat facilitator sebaik mungkin cuba kupas dengan express semua pembelajaran yang telah diajar dalam masa yang singkat seolah olah ingin membuktikan sesuatu - "Kami dah ajar mereka ni macam macam... sambunglah ke level berikutnya!" hahaha... strategi bisnes sungguh! Saya hanya mampu senyum.

Belenggu 5: Sudut pandangan/persepsi
Apabila saya mula masuk di hari pertama, kami di lobi bagai nak rak yang ESQ ni OK. Semua surat mufti di paparkan. Ini bagus. Kalau tak yakin macam mana saya nak teruskan. Persepsi mesti betul. Tapi bila dah selesai, masih ada juga "rasa tak kena", macam mana tu? Betullah hati saya ni dah keras agaknya. Dah jadi batu. Tak nak terima hidayah. Bangang betul saya ni.

Belenggu 6: Perbandingan
Memang pun. Membanding banding ni tak elok. Tapi sepatah kata Ustaz Zahruddin, yalah... dah semacam pulak nampaknya bila peserta sibuk duk hafal surah syam.. demi matahari... demi bulan... Balik kursus sibuk cari lagu tu seolah olah itulah yang paling best dalam ESQ ni... alahai... Itukan Sumpah Allah pada kejadiannya? Itukan ayat Allah? bukan ayat kita... bila dah jadi nasyid, eh eh sejak bila pulak kita bersumpah demi matahari? Allah tak apalah... yang kita dah ungkap berulang ulang kali tu... sembah matahari ke? Nak jadi jepun?

Belenggu 7: Literature
Pembacaan saya pun belenggu saya. Saya tau hitler pernah mengamalkan konsep mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu. Kerana itulah senjata yang paling berkuasa. Apakah mungkin yang haq mampu bercampur dengan yang bathil?

Oleh itu katakan, bagaimana saya harus ada zero mind process?


Kesimpulan saya.


ESQ ada material menarik. Contentnya bagus. Banyak ilmu yang saya dapat. Banyak pengertian dan approach yang jarang kita fikirkan selama ini. Tentang alam, tentang jiwa, ilmu pengurusan, ilmu saintifik dan pegangan agama. Tak di nafikan bohonglah saya kalau tak ada satu pun yang baik saya dapat dari ESQ ni. Ada... Terima kasih ESQ. Tapi dalam pada kebaikan itu, masih ada ruang perlu di perbaiki contohnya perjalanan kursusnya. Kupasan perlu di selaraskan supaya tak ujud soalan soalan yang jammedkan otak. Sesi hulur mikrofon semasa berdoa, tiadakan - menganggu sesi peribadi peserta dengan Allah. Biarkan saja. Kita berdoa pada Allah, peribadi sifatnya. Bukan untuk di kongsi dengar pada semua orang. Apatah lagi mikrofon di hulur pada perempuan (ya, Ustaz Zaharuddin, masih berlaku lagi... Burung terbang tu pun masih ada lagi dan tak di nyatakan bahawa itu hanya ilustrasi saja) Pandangan Mufti Wilayah Harus di teliti.
Kalau Rasulullah di bilang gila kerana berbeza membangkang pandangan kebanyakkan, apalah salahnya di beri ruang Mufti Wilayah menegur? Jangan cepat menuduh, mufti tak joinlah, mufti cuma dengar dari pihak ketigalah... Bacalah penjelasan mufti wilayah.

Bacaan lain:
Komen Peribadi Staff JAKIM dalam blognya.

Ni pula komen Dr Mohd Asri yang pretty much saya sependapat dengannya.

Soalan bonus: Patutkah diteruskan ESQ?
Jawapan saya: Patut di teruskan. Dengan kawalan Pejabat Agama sepenuhnya.

Soalan: Rekemen pada kawan kawan?
Jawapan saya: Yes. Anda PASTI akan dapat sesuatu darinya. Tak banyak sikit, anda pasti akan dapat. Sangat di syorkan buat rakan rakan, sertailah ESQ 165.

Namun yang paling saya gusar ialah: Taksub. Alumni jangan marah ya... saya pun Alumni juga... Jangan taksub ya! Dah ada antara ATS mengaku, ada banyak benda pelik berlaku dalam ESQ. Rujuk komen dalam salah satu link saya di atas tu.


Wallahuaklam. Yang baik dari Allah, yang buruk tu semestinya saya.
Tiada tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya (Nabi) Muhammad itu pesuruhNya.
p/s: Pak Andy, Pak Dudi - minta maaf. Terus dari hati ni. Orang bangang beginilah ...

layan ajalah bukansepet, layan.

gravatar

Gua tikam kena satu wo.. (mana aci tikam sampai 4)


Kalau main tikam tikam,
Dari 4, aku dah kena satu.

Kurang kurang kalau ada kena - leh dapat 1 pistol air wo...
Kurang kurang dapatlah main dalam setengah hari wo...
Kurang kurang dapatlah men'gerek' ngan kengkawan pistol aku power wo...
Tu pun sebelum aku bawak balik pistol air tu ke rumah dan mak tanya:

"Mana ambik duit beli ni...?"
jeng! jeng! jeng!

(Ko giler nak aku jawap pistol tu hadiah tikam...? Nak mampus?)

Aku pikir selain lagu Waka waka, lagu makarena pun layan jugak.
Almaklum lagu bahsa sepanyol... Kena pulak yg nyanyi minah ni:



Haha! dia reporter daa.. bukan penyanyi! Sara Carbonero - makwe Iker Casillas Goal Keeper Ketua pasukan sepanyol. Apa kes nak makarena makarena! Siap dapat interview eksklusif lagi lepas menang piala dunia.. Sweet.

Spain vs. Netherlands: Spain is World Cup winner after 1-0 victory over the Netherlands

layan bukansepet, layan...

gravatar

3 down, 1 to go.


Januari 6, 2010.
Kat sini aku sudah tembak Brazil akan menang Piala Dunia 2010.
Masa tu Paul si sotong German, masih di laut berasmaradana dengan pasangannya. Agaknyalah..
(Januari tuu... lama sebelum world cup mula!)

Jangkaan awal aku, top 4 ialah:
England akan bertemu Brazil.
USA akan bertemu Spain.

Dan Brazil akan bertemu Spain di final menyaksikan Brazil untuk kesekian kalinya, bersamba ria dengan Piala Dunia!

Haram.

Obviously
, ramalanku meleset belaka...

3 down.
1 to go.

I had no choice. Espana is my only predictions left. Tembok German akan pecah. Oranje ibarat buku bertemu ruas. Tapi Spain yang akan bawa balik piala tu...
Dan sudah pastilah, David Villa itu akan kelihatannya lebih hensem dari Wesley Sneijder, Christiano Ronaldo mau pun Paul Si Sotong German...

Buat kali pertama aku rasa, aku sukalah Paul si sotong tu...

p/s: Tetap sokong Brazil. Consider aku dah kalah.

layan bukansepet, layan.

gravatar

Kalau bangang, berhentilah jadi cikgu!


Baca ni.

Foxnews: Teacher Chides Girl, 12, for Wearing Mexico Shirt in School, Activist Says

1. Meh gelak sama aku! hahahaha!

2. Bangang nyer cikgu. Tak reti nak beza antara isu semasa, orang dewasa atau kanak kanak! Kut ya pun marah pasal isu orang dewasa, yang pi marah budak tu apasal? Apalah yg budak tu tahu? Tak pasal pasal.

3. Kalau akulah bapak budak tu, mau makan pelempang cikgu tu!
Sepatah kata A.R. Tompel:
"B.O.N.G.O.K."

4. Coral Avilez, meh sini nak. Ko pakai ler jersi apa pun, pakcik tak kisah. Pakcik sokong brazil malam ni. Ko sokong mana? Kita sorak and enjoy game bola tu sama sama, orait! calit sikit!