Archives

gravatar

Keliru


Saya keliru.

Semasa saya memulakan hobi fotografi, saya kira fotografi ini adalah satu cabang yang 'mulia'.

Mulia?


Yes. You heard (read) it right! Sebab sebelum ini saya pengguna perisian Adobe Photoshop sejak tahun 1998 lagi. Mungkin masa itu versi 4.0 (sekarang dah apa, CS5?)
Menggunakan perisian tu, apa sajalah yang tak boleh di buat? Langit biru nak bagi jadi senja? Baju merah nak jadi biru? Orang tak ada dalam gambar nak di adakan? Orang ada dalam gambar nak di tiadakan? Boleh aja..... kata orang nogori, sonang bai tu. Rasa cam menipu tu memang ada. Yalah kan, gambar tak cantik, dicantikkan?

Jadi bila saya mula hobi saya dalam fotografi ogos tahun lepas, oh. Ini lagi mulia dari digital edit. Berhijrah dari kamera telefon Sony Ericsson K510i ke Canon Powershot SX10is saya mula membaca pelbagai buku tentang fotografi. Aperture, Shutter Speed, ISO, dan mula mengenali pelbagai jargon macam White Balance, spot metering, panning, motion blur, high key, low key.

Awal 2010, saya mula menggunakan flash gun. Nissin. Berjinak dengan flickr. bla bla bla dot com dot my....

Ogos 2010, kamera DSLR saya yang pertama: Canon EOS 450d mula di tangan saya. Saya mula belajar tentang HDR, bracket, Picture Style, golden moment, light painting, zoom effect, Infra Red... phew!

ZAzzzzzz


And then it struck me!

Among advise/tips yang saya baca:

1. Post processing perlu untuk cantikkan gambar. (okay..)
2. Kalau ada obstruction yang menganggu subject, klon it out. (okay...)
3. Kalau masa nak ambil gambar background tak cantik, elakkan obstructing thing tu, kalau tak boleh juga, alih keluar supaya tak ganggu kecantikan gambar. (okay....)
4. Kalau cuaca out door tak sesuai, cuba indoor. Get proper lighting. (okay.......)
5. Then, lepas ambil gambar, conduct post processing... kalau ada kedut, touch up, kalau ada kelopak bunga layu, klonkan. Kalau warna tak strike, naikkan contrast... (WTF?)


Membohong juga rupanya!
Patutlah ramai PRO ambil guna RAW.
Patutlah Canon bagi DPP software.
Patutlah ada Picture Style...

Dungulah saya kerana selama setahun ini beranggapan, lagi fresh gambar keluar dari kamera (dah cantik, tanpa edit) lagi bagus! Dulu saya nak edit pun takut takut. Nanti org kata fake!

The truth is, sebenarnya, pro pun edit gambar mereka! Wake up! Wake up! Don't be fooled. Cuma mereka edit dalam keadaan terkawal. Tidak berlebihan. Originally gamabr tu fresh out from camera memang dah cantik. Itu consider dah 50% successful. Another 50% done during post processing like, buat mata subjek lebih sharp dan glowing, or buat warna bunga lebih striking, cloning, cropping, tilt horizon etc.... Some even up to the extend changes the background / sky if they have to.

Some of the 'clever answer' from so call themself 'pro' bangang photographer

... kalau gambar shaky, they tell that they meant it to be motion blur. Radial blur.
... kalau gelap, mmg saja nak buat low key/silhoutte.
... kalau cerah sangat, ni high key. CLS katanya...
... contrast sangat, I intend nak buat HDR. Memang I buat multi exposure.
... sharp sangat, of course. I buat high pass. You faham ke?
... color kelam kelam, I saja nak buat tone experiment.
... composition out, actually I group yg against the rule of third!

yalah tu! pro lah sangat. Pro-sak.
Buat malu real pro aja.. kan?

...hmmm. Tak ler mulia sangat fotografi ni rupanya! In the end jadi digital edit juga. To make it worst, ramai pulak kaki goreng. So, berguru biar kena tempat.

The golden key is:

1. Take good picture.
2. Sharpened up your photo editing skills.
(Adobe Lightroom is the simplest. Recommended)

Saya rasa yang no 2 tu dah ok kut. Cuma yg no 1 tuuuuu... aja tak lepas lepas. Still learning. Hmmhh....(sigh) How do you find my above posted picture? Click it for better resolution. (1/125:F3.5:ISO200:Focal Length-50mm)Tu digital edit tu. Guna Lightroom. And the good news is saya dah tak rasa bersalah dah. haha.

Happy New Year!

layan bukansepet, layan.

gravatar

Hari ini, 15 tahun lepas.




Hari ini, 15 tahun lepas.
Masih bukan Hari Rabu. Bukan Khamis juga.
Serius. Aku masih bukan pengingat yang bagus.
Masih - How I wish.

Tapi konpom.
Bukan hari Rabu atau Khamis.
Aku masih ingat tu.
Jumaat barangkali.

(Hari ini seperti coretan aku setahun lepas, masih sama. Cuma sekarang beranjak setahun usianya ke 15 tahun. )

Hari ini, 15 tahun lepas.

Aku terima nikah Nxxxxxx Bte xxxxxxx dengan mas kahwinnya (sungguh aku tak ingat) tunai.

"Sah?" kata suara imam.

"Sah."
"Sah."
"Sah."

Terdengar suara suara menyahut. Oh! Aku bukan pekak rupanya.
Suasana sunyi sepi tadi, hilang ntah ke mana.
berganti pula suasana hingar...

Fuhh! Lega. Aku dah normal kembali.

Barangkali pak mertua depan aku ni pun, tarik nafas lega juga!
Segelabah gelabah aku, gelabah lagi dia.
Kali pertama akad, nama anak dia, dia tak ingat.
Kali kedua, dia pi tambah sekali ganda nilai mas kahwin.
Kali ketiga, perfect!
dan di sambut dengan perfectnya oleh aku!
Chewah!

Hari ini, 15 tahun lepas.
adalah permulaan pengembaraan kami.
dan ianya pengembaraan yang sungguh menarik hatta hingga ke saat tika ini!

Oh ya. kini kami masih ada 4 krew. :) Tak leh buat kerja pun.
Sorang bizi ngan gambar artis koreanya.
Sorang giler main PS2.
Sorang melaram tak abis abis.
... dan sorang lagi sibuk melobi ala ala manja tak mau pergi sekolah tadika bumbung biru tahun depan.
Pening mamanya.

tapi kami gembira.


layan bukansepet, layan.

(meskipun coretan entri ini ala-ala deja vu (copy paste) namun it still reflects the same exact thing. I'm a family man. And I luv my family. Happy anniversary dear.)

gravatar

Hantu Kak Limah Balik Rumah


Kalau anda mengugel, dan tiba di page ni, mengharapkan reviu pro tentang filem ni, anda salah serulah... sebagaimana tok bomoh siam tersilap panggil Nang Nak, Hantu Kopek (coli berterabur oooo!), atau medusa dalam filem hantu kak limah balik rumah. Tapi jangan risau. Saya boleh bantu anda. Link di bawah akan bawa anda ke pembacaan lebih berilmiah.


1. Fadz Tontonfilem: Hantu Kak Limah Balik Rumah(2010): Zomba yang Memikat

2. HANAELISIS: Hantu Kak Limah Balik Rumah

3. MAIZURA@TANGISANBULANMADU.BLOGSPOT.COM: Hantu Kak Limah Balik Rumah....HIBURAN BERSULAM KRITIKAN

Atau direct dari blog pengarah filemnya: Bang Mamat Khalid

4. TEMPURUNG PECAH: asal cerita hantu kak limah

Jangan risau, saya bukan kemaruk visitor! hahaha! Anda boleh ke sana sekarang. Kerh kerh kerh!

Q: Dah tu naper buat entri ni? Ha! cer citer? cer citer! he eh

( Eh? kat sini lagi? )
A: Saya rasa bersalah pada bang Mamat sebab saya tak suka citer estet. Dah ler gitu lewat ler pulak nengok citer hantu kak limah balik rumah, sebab minggu lepas panggung penuh dan anak anak gegar tangan saya nengok citer Narnia. Baru Sabtu lepas niler saya pergi berdua dengan wife aja.

Q: Best?
A: Best gileer ler... rugi saper tak nengok!

Q: Cer citer! Cer citer! Apa yg bestnya?
A: Yang pertama bang mamat memang hantu. Dia buat hantu memang menjadi. Seram siot.. Tak pernah saya sangka lagu enjit enjit semut boleh jadi seram. hahaha! Delimawati (kan?) memang klas!

Seriously, Saya ingat kalau bang mamat buat citer seram serius, harus menjadi! Sesilap kalah citer jangan pandang belakang. Tapi nama pun mamat khalid kan? dia pilih genre komedi, sebab itulah dia. Suka menghiburkan. Damn! saya memang terhibur.

(Tertanya: Bila ALONG KAMARUDDIN nak buat filem cam mamat khalid? Nampak gayanya si Remi Remos tu pun, berbakat orangnya... Filem Sara tu, jiwang sangatlah...)

Q: Ada cam citer Yasmin Ahmad?
A: Tak bolehlah cam tu... Arwah ada cara dia. Bang Mamat ada caranya. Bila masuk pangguk, korang tunelah kepala memasing ni citer mamat khalid. Sure ok. (walaupun masa saya tengok estet, dah tune pun x boleh pergi... hmmm.. bukan citer utk saya tu.) Gelak tak ingat wa cakap lu!

Tapi satu yang saya perasan. Sinematografi (ya ke saya tulis ni?) banyak improves. Banyak shot yang cantik! Angle x boleh blah... Paling saya suka masa Usin jumpa che nin tepi lalang jepun, dan duduk atas pelantar... fuh. Marbeles! Begitu juga scene dengan low key light... umang aiii... menjadik!

Dan Awie, memang pandai berlakon. Langsung tak canggung. Make believe yang amat sebagai Usin. Kali ni Awie berlakon lebih baik dari Sofi Jikan. Pada saya, power tu! Walaupun mungkin agak berat sebelah sebab Sofi Jikan muncul tak lama dalam filem ni.

Kalau nak citer mesej sosial sebaliknya (secara bersahaja), memang banyak dalam citer ni. Cuma saya tak pandai mengulas. Antara lain yang saya ingat, En. Purnama nengok pembinaan jambatan. Sekaligus, dialog, pembangunan depan mata pun tak nampak terkeluar, masyarakat kita yang lebih suka percaya yang tahyul dari melihat realiti. Krisis pemilihan pemimpin. Pemimpin muda against pemimpin tua. bla bla bla dot com dot my...

Oh ya. Ada lagi.
HOIII MINAH BANGANG! KALAU KO DAH TENGOK CITER NI BANYAK KALI SEKALI PUN JANGANLAH BUAT PANGGUNG NI CAM MAK BAPAK KO YANG PUNYA! CAKAP IKUT SEDAP. KUAT LAK TU. KETAWA TAK MASAL. SPOIL ORG KELILING PUNYA MOOD. ORANG LAIN PUN BAYAR TIKET APA? BODOH PUNYA ORANG! ADAB DALAM PANGGUNG PUN TAK RETI. KALAU NAK BISING BISING BELI DVD BILA KELUAR BESOK, KO LANTAKLAH LAYAN KAT RUMAH! GOBLOK.

Bukan nak katalah, Syamsul Yusof Haslam, Edri abdul Halim, barangkali ada yang anda harus belajar dari kuda tua - bang mamat ni. Parodinya, satiranya, paling mustahak IDENTITINYA. Ada aku kisah korang menang anugerah?

hahaha!
layan bukansepet, layan.

Kalau tak tengok, lagi, gi cepat. TGV sekarang booking online pun boleh!
kerh! kerh! kerh!

gravatar

Senyum


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


(Lirik Lagu Senyum – Malique & Najwa)

Lokasi: Kaunter Pembayaran Carrefour, Subang Jaya.
Waktu: 1.45 p.m.


"Is that your lunch?", tegur seorang lelaki senior. Barangkali berbangsa punjabi moden tanpa turban sebaliknya mengenakan topi hat besbal, yang beratur di depan gua.

Gua tengok, seorang wanita, di sebelahnya barangkali isterinya, sedang leka memunggah barang dari troli ke atas kaunter pembayaran. Banyak juga..

"I'm afraid, it is sir.", balas gua sambil senyum.
"Well, get in front then. I got all the time in the world. You must be rushing to office, am I right?" sambung sang senior.
"How do you know?", balas gua. Masih senyum.
"Well, you're buying your lunch at a mall did you? That's pretty much tell it's all!", kata senior.

Gua renung barang di tangan. 2 roti dari bakeri dan Nescafe tin - original. Sebenarnya gua ronda bahagian IT Carrefour tadi. Ada gajet IT gua nak riki harga. Time makan, gua tengok tempat makan full. Sebab tu gua sambar apa yang ada aja buat alas perut. Pasal makan, gua memang tak cerewet.

"Haha, You're right sir!", kata gua sambil maju ke depan. Gua senyum kat isteri senior. Dia senyum balik.

Masa bayar, gua tengok awek kaunter tu pun senyum. Gua lagi senyum.
Sebelum gua beredar, gua pandang belakang dan ucap terima kasih.
Dan pasangan elders itu senyum lagi.

Betullah kata orang. Kalau kita senyum, dunia tiada penyakit.
Gua sayang Malaysia.

gravatar

Mencari Kebahagiaan


Ramai orang mencari kebahagiaan. Ramai yang sesat dalam mencari kebahagiaan dan menyalahkan takdir.


Gua pikir ini salah. Masa lahir lagi kita dah bahagia. Kanak kanak selalunya hepi, biar anak orang susah atau senang... memang derang nangis sebab tak makan, di himpit kemiskinan, tapi tetap hepi. Takat main teng teng, baling selipar jepun banyak manalah modal sangat kan? Yg penting hepi.

Apahal lak anak yg ada PS3, cube, internet 24/7, Iphone baru, blackberry, strawberry, rasberry, segala berry lah... pun komplen tak bahagia. Naperrrr?

Ada kita dengar org miskin anak 8 still bahagia?
Ada kita dengar org kaya anak cuma sorang pun masih sengsara?

Apsal aa?

Ada org cakap kat gua, kebahagiaan bukan di cari. Kebahagian sebenarnya tercipta. Kebahagiaan bukan destinasi, sebaliknya kebahagiaan itulah jalan kehidupan.

Gua pikir ini betul. Sebab kalau lu takde duit nak gi langkawi, sydney atau mekah sekali pun, lu masih boleh hepi. Luangkan masa, dan kebahagiaan akan tercipta. Sambil gosok baju, sambil makan, sambil pancing ikan puyu - guna joran buluh jepun di parit dengan anak hatta sambil kopek bawang pun - walau mata nangis, gua pikir lu bahagia.

Gua pikir ramai org sesat bila dia pikir, kalau gi bercuti sekeluarga, baru bahagia datang. In a way, betullah sebab dia bikin ruang utk kebahagiaan tercipta. Tapi tak semestinya! Kalau bercuti pun sibuk call sana sini, ape ke heinya yop?

So kalau sen x cukup? how aaa? rilek brader. Kebahagiaan adalah jalan, bukan destinasi. So live up your life! (skali omputeh gua kluar.. fuhhh....)

Betul tak cakap gua? But then again, apa ler yg gua tau. Gua cuma go with the flow!
heh heh. Layan bukansepet, layan.

gravatar

Handsome.


(test shot: Canon EOS 450d + EF 50mm f/1.8 Mark II)

Dengan ke'henseman' sebegini, gua optimis, menantu gua kelak sure cun.
Paling koman pun macam Lisa Surihani.

gravatar

Gua berlari terlalu laju...


Dalam tempoh tak sampai sebulan ni, gua fikir masa memang bergerak terlalu perlahan. Gua sebaliknya pulak, berlari terlalu laju. Barangkali.

Sepintas kata member gua, memang dah sepatutnya ko berlari di garis ini.
Garis DSLR.


Imagine, within a month - gua dah pegang canon 450d dengan standard kit len 18-55mm nya. Pastu gua beli pulak Nissin 622 speedlight... setelah tak masal masal, speedlight Di466 gua jatuh & rosak, takmo nyala lagi doh... (ntah bila gua nak gi PJ antor repair) Macam saja saja aja kan? sumpah! tak sengaja! Dan secara tak sengaja jugalah gua tersambar beg kamera bronich (cap ayam aja ni) back pack bernilai RM200... nasib baik gua punya meroyan tak terambil bag lowepro atau national geographic! nasib aja tuuu....

Sementelah masuk aja gaji, eh eh! dengan tak semena mena, ada pulak tunggakan kenaikan gaji... Hmmm. Interesting!

Interesting sangat sampai gua 'terbeli' lak EF 50mm f/1.8 ii dengan kenko filter di J-One Amcorp Mall. (Itu James aaa.. memang sweet talker punya orang!)

Pkir pikir balik, gua rasa, gua lari laju sangatlah. Kena slow downlah...
lagipun sekarang bini gua dah semakin cemburu!


Ahak!

gravatar

Jambatan Ke Seberang.

"Nak ke mana kamu bertiga,
Jangan sampai bangunkan naga"



... kata M.Nasir dalam filem Majika. Dalam filem tersebut, pada mulanya Diana Danielle tak mampu melihat, jambatan kembali ke dunia manusia meskipun Mawi (Badang) dah tunjukkan arahnya. M.Nasir pula tak semena mena dengan berpakaian ala Gandalf dalam Lord Of the ring, menjelma menjadi naga dan cuba menggagalkan usaha mereka bertiga...

Fuyooo... Naga tu!

Tapi jambatan gua, lain sikit. Jambatan gua orang Jasin panggil 'bridge'. (ya, Jasin. Apa ko salah dengar?) Orang kamera panggil 'prosumer'. Ni jambatan apa ke jadah lak ni? Ada naga tak?

Tak ada. Sinaga naga pun tak ada kena mengena dalam ini cerita. Cuma jambatan gua, menghubungkan antara Point and shoot camera ke DSLR.

Setelah setahun 2 bulan, jambatan gua dah siap. Sekarang gua nak melangkah ke era baru. Melangkah ke seberang. Berbekalkan cuma DSLR 2nd hand, kamera murah orang kampung dan semekin macam gua ni, berlabel A+ stiker kuning, disambar setelah puas di racun oleh Paul dari YL Photo Pudu Plaza, setapak kaki gua melangkah... memang tak ada puteri gunung ledang kat seberang jambatan gua. Diana Danielle pun tak nak. Apa ada di seberang, gua tak pasti...

Doakan utk gua.

Dengan lafaz bismillah....


Bridging to DSLR...
layanlah bukansepet, layan.

gravatar

Pipiyapong dan Maizura Ederis


22 september.
hari ni - hari jadi depa. 2 2 lah!

eh, eh! samalah! Umur tak pastilah pulak.. 27 kut...

Maizura, aku panggil kak long lantaran perkenalan kami bermula semasa di U, adalah salah seoarng penulis novel dan juga penulis skrip drama tempatan, Nurkasih, Datin Wannabe & tudung ekspress antara karyanya.

Pipiyapong pula, haram aku tak kenal di alam benar. Hanya di alam maya. Tapi yg aku tau, bapak dia sastera juga, org lipis, main bass, sokong arsenal (apa klas...) dan merupakan blogger terkenal dari sindiket Sol-jah. Kacip antara hasil karyanya yg buat dia riak hingga tak mau ulang cetak kerana nak jaga status 'rare'.. kununnya... cheh.

Apa persamaan antara keduanya?
Sastera, kreatif, cool, multi talented dan kadangkala, blur!
haha! (blur tu aku sesaja tambah...)

Apa perbezaannya?
Dah tentulah Kak Long Maizura lebih cun dari Pipiyapong....

Pada semua yg menyambut hari lahir hari ini, Selamat Hari Lahir. Semoga murah rezeki, dipanjangkan umur.

Amin.

Pada semua yg menyambut hari lahir hari ini dan kena pulak ambik peksa UPSR, aku AMINNNNN kuat sikit!

gravatar

Kentut di R&R


Atas Highway.

"Bah, berenti kat R&R. Alif kata nak berak.", mama.
"ok.", abah.
"Abah, Alif nak kentutlah!", Alif. 5 tahun.
"Alif! Jgn kentut dalam keter! tunggulah kat bilik air nanti!", abah.
"eeeiiii, tak senonohlah adik ni!", jerit kak long.

R&R
"Cepat Alif, jom kita gi bilik air!", mama.

(... keluar tandas, 5 minit kemudian)

"Awak pun nak kentut jugak ke?",
selamba laung Alif pada kakak yg nak masuk tandas sebelah.

Minah berbaju kurung kuning air penuh sopan tu, ekspresi tak boleh belah.
Antara nak ketawa atau nak berak agaknya...

Mama blank.

gravatar

Selamat Hari Raya. Real punya!



(ulang guna gambar dr entri sebelumnya. suka akulah. blog aku kan?)


Ko mmg giler

- kalau time time ni baru sibuk nak tukar duit kat bank. Sebab dah tinggal duit recycle.
- kalau time time ni baru sibuk nak tanya "Mana nak cari kaunter tpt orang bayar zakat ha?"
- kalau time time ni baru sibuk nak servis keter.
- kalau time time ni baru nak tanya "sapa ada sampul ang pau lebih", tulah sampul singgit pun ko kedekut tak masal...
- kalau time time ni baru teringat butang baju melayu ko satu butang dah hilang.
- kalau time time ni baru terperasan dah beli tiket balik kg, tapi tiket balik sini tak lagi? len kali belilah tiket pergi balik, mangkuk!
- kalau time time ni baru nak cari balang letak kuih. sebelum ni ada balang kat kedai 2 ringgit, sombong tak nak. konon takder klas. ha padan muka ko. menjajau carik!
- kalau time time ni baru nak cari songkok, ntah mana ler pulak letaknya.. maklumlah songkok tu selama ni 'aksesori' aja...
- kalau time time ni baru nak sibuk cari keter 2nd hand nak beli, sebab kena kencing ngan dealer keter baru - janji dpt sebelum raya. Baiikk punyer kencing!

Tapi gua tak giler. Lu pun kan? cayalah.

apa apa pun, gua dah ready. gua steady. Ini mlm pun kalau gua mau, gua boleh balik melaka. tapi gua plan besok. gua tak mo rush. gua bukan macam e-one. bini kena kerja. tak dapat cuti. Tak dpt balik kg raya. kesian dia. e-one, peace!

selamat hari raya.
maaf zahir dan batin.

gravatar

... merdeka! & selamat hari raya!



Al-maklum. Hujung minggu ni, sure ramai sibuk giler cari persiapan raya.
Sure ramai sibuk melengkapkan 'koleksi' kueh telunjuk.
Sure ramai sibuk menukar duit, bayar zakat.
Sure ramai penat terawih last seven the week after.

mana tau terlupa.
ucap awal kan senang? 2 minggu lagi ja'!

selamat nuzul quran, merdeka & hari raya!
(ucapan pakej.)

gravatar

Cerkas (Karya Sindiket Sol-Jah): Kata isteri, kata aku.


(imej dari toqreemaow)



Kata isteri:
... Yang ni pipiyapong? hensem ler jugak.

Kata aku:
... touch up aja tu. fotoshop.

(break)

Kata isteri:
... Sinaganaga?

Kata aku:
... kepala berselubung tu.

Kata isteri:
... oh.. Tak de ler tua sangat.

Kata aku:
... touch up aja tu. fotoshop.

(break)

Kata isteri:
... Tok rimau?

Kata aku:
Yang, abang beli buku tu, utk baca! bukan nak tengok tengok gambar. Lagipun semua gambar kat belakang tu dah fotoshop!

(break)

Kata isteri:
... Tok rimau ni saper? Karya dia walau cerkas, tapi macam bahan ilmiah ler pulak. Siap buat homework dia ni.

Kata aku:
... Org tua tu yang... dedulu homework skolah slalu tak siap. Dah tua baru reti buat homework... agaknyalah... ntah apa punya nasib leh jadi pensyarah abah pun tak tahu.

(break)

Kata isteri:
... apsal karya sinaganaga semua pendek-pendek...?

Kata aku:
Dia memang pendek punn..

(break)

Kata isteri:
... Vovin ni lucahlah!

Kata aku:
Org tak 'dapat' cam tu lah...

(break)

Kata isteri:
... apsal citer berak pipiyapong ni, Lau Siew Sen lak finishkan?

Kata aku:
... ntah! agaknya std kut, kerja dia ni semuanya org lain kena siapkan. Rockers bizi manjang!

(break)

Kata isteri:
Hahaha!

Kata aku:
Naper?

Kata isteri:
Dua dewasa satu kanak kanak! Giler jigo ni!

Kata aku:
(senyum)

Kata isteri:
Op Zaharin dengan Mat Jan ni kuat berangan kan?

Kata aku:
Ya lah kut!

(break)


Kata isteri:
... Boring ler dean sham ni.

Kata aku:
Lain org lain citarasanya. Dia ni ngan U-Wei, lebih kurang aja. Bezanya, cuma U-Wei lebih, dia yg kurang.

(break)

Kata aku:
Dah baca yg Azam tulis?

Kata isteri:
Dah. Cam baca karya tulisan dalam majalah gila gila zaman dedulu! Kelakar!

(break)

Kata aku:
Yg lain?

Kata isteri:
Bolehlah....


Hmmm. Giler. 1 malam leh abis baca. laki bini lak tu.
Berbaloi RM15.

Abis terawih aku.

(saper nak order CERKAS, sini. Derang ni berlagak sikit. Urban ler katakan... Kalau dah habis, konpom dia riak dgn korang. Baik beli sementara ada...)

gravatar

斋月



..我的上帝!我不知道是谁打破了我们的时间机器。

这是8天,我们正在禁食。

运行时间是非常快。

斋月

我不想让你走

人,让时光机器慢..

我爱你斋月

Fahamilah...(klik)

gravatar

Apa ada pada raya?


Apa ada pada raya? (Versi Kanak-Kanak)
... duit raya! baju baru! duit raya! (lagi, dan lagi, dan lagi...) Bebas kehulu ke hilir mak bapak tak 'question'.

Apa ada pada raya? (Versi Remaja Menengah Rendah)
... jumpa balik member lama yg duk asrama! Plan raya sama sama. Rumah situ. Rumah sini. Rumah cikgu. Rumah cikgi. Rumah sapa pun tak kisah, janji gi sama sama. Ketawa sama sama. Tak dapat duit raya banyak pun takper! Kalau ada sikit duit lebih, kita ronda pekan nak? hooray! Naik bas pun takder hal!

Apa ada pada raya? (Versi Remaja Menengah Atas)
... issyy... camna nak gi/nak sambut makwe/pakwe ke rumah ni.. bapak dia tak marah ke? Nak pakai baju apa lak ni... Pastu... nak jak sapa teman eh..?

Apa ada pada raya? (Versi Remaja Habis Sekolah)
... bosan giler! semua member masuk U. Aku tak. Tak suka raya. Tak suka!

Apa ada pada raya? (Versi Budak U)
... bosan giler. Duit pokai. Nak gi mana mana guna duit. Ada motor tak leh tuang minyak pun nak buat apa. Sapa nak bagi duit raya lagi dah besor panjang camni. Nak gi rumah makwe pun, ada sesapa nak sponsor? Dapat pulak kena ekor mak bapak gi mana mana... atuk tulah, pakcik nilah... bosan siot!

Apa ada pada raya? (Versi Budak lepas U)
... Tak nak keluar rumah. Kerja lum dapat. Sesapa tanya kata aku tak balik!

Apa ada pada raya? (Versi baru kerja)

... Meriah! Sapa nak duit raya sini! Ni, aku ada beli mercun banyak ni. Sapa nak berbaris! hahaha!

Apa ada pada raya? (Versi lama kerja)
... Vrooom. Tengok ekzos lah brader... ni enjin gua dah tune.. mlm ni, kita tengoklah sapa raja. - lelaki. Dek, agak agaklah, ni baju beli butik tau? mahal ni. Matching dengan handbag ni. Apa? duit raya? eh, gi mintak kat mak.. Esok? Esok tak leh dek. Esok gua ada dating!


Apa ada pada raya? (Versi baru kahwin)
... rumah I! rumah you tahun depan!

Apa ada pada raya? (Versi lama sikit kahwin)
... boleh tak jangan tanya pasal anak? rimas lah. Belum nak dapat. Sibuk aja tanya!

Apa ada pada raya? (Versi lama banyak kahwin)
... aiseh. Pulus tak cukup ni. Nanti nak buat open house lagi.. Letak 50 sen aja dalam sampul raya tak leh ke? Apa? Budak budak sekarang ni dah pandai - apa kes duit raya pakai duit besi! Jahanam aku. Takper. Pagi pagi buta kita keluar beraya. Pergi rumah org anak-anak kita dapat duit. Kalau org ke rumah kita, duit kita yang larap! aha! bijak bijak!

Apa ada pada raya? (Versi lama giler kahwin)
... tak yah rayalah. Mana pakej pelancongan tadi?

gravatar

Selamat Menyambut Ramadhan!



Tu aja. Best kan?
Ramadhan memang best!

gravatar

Siri Memoria: 2000


Bahang Y2K sudah abis. Kool.

Akhirnya gua balik KL semula. Kompeni berjaya memujuk gua yang merajuk tak dapat bonus gara gara kemeletan ekonomi. Macam budak budak. Tak kool.

Tapi ni bonus wo... Gua perlu sebab nak renew roadtax insuran saga aeroback gua, kurang kurang mau makan ratus ratus. Gua punya kad kredit pulak fully use. Bersusun dalam dompet gua macam helaian daun pakau. Lengkap dari Ace sampai ke King kalau kira kad pengenalan, kad ATM, kad nikah dan segala kad. heh heh.. Sikit lagi gua punya nama tersenarai di ruangan jabatan insolvensi berita harian. Perintah hadir mahkamah bukan baru buat gua...

Tapi gua tekad. Jumpa lorong baik, gua blah.

"Lambat hari ni kak"
, tegur gua kat akak tudung merah belang kuning jual goreng pisang kat taman perumahan gua sewa. Kalau tak kerana wife dan anak2 suka makan goreng pisang ni, konpom gua blah.

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

"Ha,ah. nak keluar rumah tadi sibuk sikit. Tunggu kejap ya, akak panaskan minyak.", jelas akak tu. Gua perati akak ni dari atas motor Honda C70 gua. Kalau comel sure, akak tu perasan gua ushar dia. Tapi tak.. Akak ni memang layak dipanggil akak.

Gua perati terus. Raut wajah dia tak macam orang biasa susah. Kulit dia taklah gelap cam orang biasa niaga tepi jalan.

"Duduk mana kak?", gua pecah keadaan sebelum akak tu pulak yang perasan. Tak sanggup gua nak tambah bini tak masal masal meskipun gua hensem.

"Selayang dik.", jawap akak tu bersahaja sambil tangannya pantas menggoreng pisang dalam kuali.

Selayang? Gila bapak dari Selayang meniaga kat Ampang? Apa, Selayang tu kurang ke taman perumahan?

Gua tak tanya lanjut. Gua tau mesti ini tuntutan rezeki. Gua boleh agak mesti akak ni dulu kerja best. Sesilap akak ni ntah manager ke apa dulu. Ntah layan spa dan facial sini sana. Sebab tu kulit putih mulus sungguh pun dah berusia. Sebab tu, mata akak ni galak cam Liza Abdullah.. sebab tu potongan badan akak ni... err.. errr...automatik gua layan mata gua ke tempat lain sebelum gua pulak terpikat kat akak ni. Cheh.

Time time ni, memang banyak kompeni bungkus. VSS bermaharajalela. Sana sini orang jual goreng pisang, jual nasi lemak.

Bila tengok camtu, insaflah gua kejap.

"Berapa ringgit dik?", tanya akak tu.
"Bagi lima ringgit kak.", spontan gua jawap padahal wife suh beli RM 2 aja. Kesian. Ini hari dia. Esok lusa ntah hari gua pulak. Selisihlah.

Dapat goreng pisang, gua bubuh dalam bakul motor dan blah. Tak dapat bonus pun okay kut, dari tak ada kerja.

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

gravatar

Siri Memoria: 1998


Ipoh ni besar. Masa memula present nak dapat projek kat sini, sikit pun gua tak sangka kompeni akan transfer gua ke sini. Attach kat gomen opis pulak tu. Gua demand. Nak rumah. Nak elaun tambahan. Sekali gua punya pancing, kena daa...

Kompeni sayang gua. Rumah dua tingkat, fully furnished, RM450 sebulan. Gila badak punya murah. Badak pun tak ini macam punya murah.

Gua pergi sementelah wife gua profesionnya full time housewife. Bukan dia tak ada kelulusan, bukan dia tak nak kerja, sajeerr...

BREAK

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Gua tengok jam dinding gua kat kotak. Maklum barang lum habis keluar kotak. Laa.. dah kul 8.30 malam. Jam tangan gua dah jahanam.

"Kita jalan gi bandar nak?", Gua tanya wife gua.
"Tau ke jalan?", balas wife.
"Tau ler sesikit.", konpiden gua jawap.

Greentown mall ke Ipoh Parade? Huwahhh! Canggih.

Gua tiba kul 9 malam. Pergh. Gua mula suka ipoh bila gua tengok parking banyakkkk! Ini memang kool. Gua senyum. Saga Aeroback kaler biru gelap kalau parking memang senang. Sebab dia kontot. Ronda keliling Ipoh Parade. Bolehlah... Tapi heran jugak gua, banyak kedai tak bukak. Apsal ek?

"Jom makan", gua ajak wife.

Naik atas, gua tengok, kedai medan selera tak banyak. Yang banyak, mamat mamat dan minah minah bawah umur. Yang mamat ramai tak hensem (cam gua), yang minah takat ok ok aja. Tempat port rupanya atas ni. Nak tak nak, kita orang tibai aja kat situ. Dah lapar.

Rupa rupanya, kat ipoh, itu jam aaa, memang kul 9 ke 9.30 malam, kedai dah start tutup dah... Tak happening langsung. Apa kes? Kalau kat KL, meriah!

Gua dah start miss KL. Gua rindu Ampang Point. Gua rindu Mee kari burn, Pandan Indah. Tomyam, Taman Kosas. Nasi Lemak Antarabangsa, Kampung Baru. Sup, jalan Doraisami....

BREAK

Belakang, gua ronda satu pekan ipoh. Sunyi aja Ipoh ni. Cam pekan mati pun ada. Gua layan keliling Taman D.R. Seenivasagam pulak. Alih alih traffic jam.

Ini sudah pelik. Apsal dari lengang tetiba jam. Gua suspek mesti ada road block. Gua pandang keliling.

Alamak. Apsal semua 1 kaum aja ni? gendang berdentam dentum. Asap berkepul ntah dari maner. Kaler kaler pulak tu. Bunyi cam serunai, memang kasi bingit gua punya telinga.
Oh my god. gua sudah termasuk dalam konvoi wel wel. Ini hari perayaan thaipusamlah! Macam mana gua boleh tak ingat.

Wife gua rungut. Tapi gua kool. Dah tersangkut tengah tengah. Nak undur tak boleh, nak forward tak lepas. Nak buat camna lagi. Layan ajalah, bukansepet.

Orang putih ada kata, if you cannot beat them, join them. Gua sengih.
Gua turun tingkap, semerbak bau power sudah masuk dalam kereta gua dan gua jerit kuat kuat.

"Wel wel!
Wel Wel!
Wel Wel!"
, penuh semangat.
Bini gua sudah ketawa. Tensen sudah hilang.

Ada ler 2 - 3 anak muda india situ senyum-senyum pandang gua. Sementelah kulit gua pun comel juga. Hitam manis. Sikit lebih kurang, halallah dengan kulit derang. Gua angkat tangan, tabik dan senyum kat derang. Derang angkat topi besbal hitam tulis NY tanda hormat balik kat gua. Pergh. Gua sayang ini negara. Gua sayang kepelbagaian budaya.

Walaupun, gua sampai rumah nak dekat kul 12, sebab mengiringi konvoi thaipusam penuh berwana warni... tapi yalah, Gua suka ipoh!

What a day to start life in Ipoh!
Memang kool.

gravatar

Siri Memoria: 1996


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Melangkah naik ke pejabat di tingkat atas showroom kereta, memang memenatkan. Apa nak buat, kompeni tak cukup fulus nak beli dari tingkat bawah ke atas. Tapi sewa 3 dari 4 tingkat, memang kool. Tak ada lif, itu yang tak kool.

Gua lerek jam tangan PUMA gua beli kat petaling street pada harga RM20. Sudah pukul 9.00 pagi. Gua lewat. Sejak hijrah KL ni, tiap malam gua tidur lewat.

"Hai lewat nampak?", Aya receptionist comel sudah tegur sama gua. Apa barang lu nak tegur gua?

"Terbabas la yaaa..", dengan muka senyum seposen gua reply. Hmm. Munafiq sungguh. Lain di hati, lain di wajah. Orang baba nyonya melaka kata, muka mau manis, hati mau baik berrr... Gua faillah ini macam jadik orang melaka.

"boss, dah masuk?", lagi tanya gua.

"Lum.", kata aya. Fuhhh... selamat.

Gua ayun kaki gua balik, naik ke tangga. Memang celaka ini tangga. Rasa nak bakar pun ada. Lagi celaka gua punya opis, tingkat 2. Kalau nak kat tingkat 1 gua kena pakai skirt. Sebab kat tingkat 1 cuma ada Aya dan sekretari. Takkan gua nak jadi GM pulak kan?


BREAK



(Lagu mission imposibble berkemundang, sila gugel kalau tak pernah dengar).

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.
"Apa tu?", terkejut gua, bila yang tegur tu Encik Karim, gua punya boss no 2 dalam ini kompeni.
"E-mel, boss", jawap gua. Konpiden.
"Apsal bunyi cam tu?", sambung Encik Karim.

Gua senyum meleret. Gua kool. Itu jam aaa.. siapa terer internet memang kool. Gua sudah berjaya download itu mission imposibble punya wav fail. Huwahhh!

Itu jam aaa... saper tau guna ALAMAK chit chat, IRC kampung, ada website Geocities, memang sudah kool. Termasuk gua.

"Saya punya e-mel boss, saya sudah set. Kalau e-mel masuk aja, notification dia saya set lagu Mission Imposible. Tu yang bunyi tu boss!" Pergh. Bangga siot. Rasa kool sangat. Member sebelah sebelah, jeling menyampah. Ada gua kisah?

En. Karim angguk angguk. Mesti dia kagum. Konpomlah. Mestilah. heh heh.

Encik Karim buka mulut dan bersuara,
"E-mel saya pun, saya buat cam tu. Cuma bila e-mel baru masuk, saya set dia bunyi surah Al-Ikhlas."

Kecik besar kecik besar aja gua pandang ini Karim. Dengan sardin aja dia senyum dan berlalu, diikuti sayup sayup macam dengar tak dengar, hilai kekeh ketawa member sebelah menyebelah...

Tiba tiba gua rasa nak pitam.
Haram tak kool.

gravatar

Siri Memoria: 1995


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja. (persis gaya jeneral sinaganaga)

"Melayu ni bukansepet, bukan tau bersyukur", kata Nuar. Presiden NGO gua.
Gua layan, sambil minum sirap buatan bebudak MRSM Terendak malam tu.

"Pantang dapat projek sikit, mudah lupa. Dapat duit advance 30 persen, dia dah enjoy sakan. Beli tu. Beli ni. Untung tak tahu lagi. Memutus duit nak labur beli barang asas projek, menyusut. Mula ler beli barang gred rendah!", bentak Nuar.

Gua kagum. Gua punya presiden ni, semangat melayunya memang tinggi. Bukan baru gua kenal. Dah lebih 5 tahun dah. Kami sama sama terlibat dalam NGO ni pun, sebab nak bantu anak anak melayu. Meskipun melalui persatuan silat. Pasal melayu mudah lupa ler ni.

"Lepas tu, bila projek dah problem, bangunan runtuh, retak, salahkan orang tu, salahkan orang ni. Dia sendiri tak salah!" berkepul asap rokok Nuar keluar. Cantik pulak rupanya dengan background gelap malam dan sinaran lampu court badminton ni...

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja. Mana tak kool, sejuk siot.

"Eh, dah kul 11 malam ni. Ko tak nak kerja ke esok?", tanya Nuar sambil tengok jam.
"Kerja." Kata gua.
"Em, moh ler." Nuar bangun dan tuju ke keter dia.

Gua pun sauk helmet gua dan isyarat kat Cad.
"Balik!" Jerit gua sambil tuju Honda Raider kaler biru gelap belang putih kesayangan CAD. Cad angguk.


BREAK. (persis gaya jeneral sinaganaga)


Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

Truut, truut.

Primero BX gua sudah bunyi. Saja gua biar dia bunyi lama sikit. Kasi jaki ini 1 kontena pejabat. Gua tengok supervisor gua jeling cam jeles. Kepala kongsi lagilah... Jakun tak ingat.

Gua angkat itu tepon. Berdiri, picit tepon, jalan mundar mandir - barulah kool.

"Hello" dengan kuat dan riak gua jawap. Tak sedar tepon tu kompeni punya.
"Bukansepet, mari opis!" bergegar jantung gua. Sekali boss daaa...

"Baik Boss!". Celaka. Ini hari gua pakai T-shirt Loudness. Nama pun kerja kat site. Gua rimas pakai kemeja sekalipun lengan pendek. Sial betul. Dalam banyak banyak hari, naper ler hari ni dia saman gua ke Melaka Raya. Nasib baik ada corporate Jacket. Gua sarung. Kena butang sampai atas. Cantik! Tak nampak matahari terbit kat baju gua lagi. Kool.

Gua jeling Ida. Kerani site gua merangkap anak abu. Tiap hari balik menenggek motor lain lain jantan. Sesekali Ida pakai seksi gua jeling juga, tapi lelebih tak adalah. Supervisor gua kata boleh ratah minah ni. Tapi gua baik. Gua kool. (Sebenarnya gua takut perempuan beb. Haha.)

"Ida, aku gi opis, ada nak kirim apa apa?" Bentak gua, keras.
"Ambik stationary. Kak Nor tau." Jawap Ida lembut.
"OK." Tak semena mena gua pun jawap lembut juga.
Hancur!


BREAK.



"Ini hari, I nak you follow I. Kita gi Perbadanan." Encik muka memek, boss gua, start dah ceramah dia.

"I nak ajar sikit, ada satu QS ni. Nilah melayu. Bila ada jawatan sikit, dah mula rasa diri tu besar. Tak sedar awak tu makan gaji aja. I ni pengalaman dah bertahun tahun tau? Ingat senang ke nak dapat lesen kelas BX ni? Dia senang senang tenyeh kata I tak ikut spek. Spek ke jadah dia!" Kan dah. Mula dah ni...

Gua angguk. Konpom terpaksa. Tak kool.

"You turun bawah. Cari Mat. Suruh dia bawak keta depan." Arah boss.
Cantek. Merasa gua naik keter baru boss. Baru 2 minggu umurnya. Mercedes tu!


BREAK.


Terkebil kebil mata QS perbadanan tu kena marah. Gua kontrol. Kan dah. Buat hal lagi dengan boss gua. Sapa suruh?

Sesekali terlihat juga QS tu cuba menjawap. Tapi taulah boss gua. Baru mamat tu jawap dua tiga patah, dia jerkah aja. Satu perbadanan leh dengar suara dia. Terus terang gua tak tahu sapa betul sapa salah, sebab tak ada refereee. Muka dua dua dah macam orang nak telan orang. Gua layan aja. Kool.

Dalam keter, boss gua kata padan muka itu QS.

"You kena belajar ni bukansepet. Jangan bagi orang senang senang pijak kepala kita.", ceramah masih berterusan.

Gua angguk. Perghh.. Giler la ini dunia.
Kalaulah dia tau itu QS, gua punya presiden NGO - Nuar, mesti mati gua. Ntah camana, ini malam masa training, gua cam tau aja, apa Nuar nak citer ngan gua.

Itu hari, macam slalu slalu, gua kool aja.

gravatar

Aduhai Fatine...



Perkenalkan, Fatine Young... Of course yang baju pink tu. :)
Cantik kan? Bolehla...

Tapi berubah lah pulak hati, bila dapat tahu nama sebenarnya ialah
Mohammed Fazdil Min Bahari, 37. Khabarnya dah berjaya dapat Visa tinggal di UK bersama 'suaminya' Ian James Young...
Katanya masih maintain agama Islam. 'Suaminya' agamanyalah.
Lain agama, sama jantina.

Hmmm...


Maksud Nama Fadhil (Yang terdekat dengan nama Fazdil)
Fadhil: Orang yg berbuat kebaikan, utama, mulia

Aduhai Fatine,
Aduhai orang yang berbuat kebaikan,
Aduhai orang yang utama,
Aduhai orang yang dimuliakan,
Andai anda membaca ni,
Allah Maha Mengetahui,
Allah Maha Penyayang,
Allah Maha Pengampun.
Mintalah hidayahNya.


Maksud Hidayah dari AlQur'an:
Terjemah ayat," sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti2 yg terang, maka barangsiapa yg melihat bukti2 itu (hidayah), maka bermanfa'atlah bagi dirinya.."
AQ 6: 104

Petikan Internet:
(Dikirim oleh: nurfarain on 26 December, 2009 Forum Halaqah.Net)
... ketika aku di usia remaja, cita-cita ku adalah untuk mengubah dunia, tetapi apabila aku meningkat dewasa, baru ku sedar bahawa dunia tak pernah berubah, lalu aku hadkan cita-cita ku untuk melakukan perubahan ini kepada mengubah negara aku..tetapi apabila usiaku bertambah, aku melihat negaraku juga tidak berubah & apabila badanku lemah di pembaringan aku meletakkan cita2 ku untuk melihat keluargaku berubah tetapi nyata mereka juga tidak berubah & ketika aku di atas pembaringan, nazak menunggu kematian buat kali pertamanya aku berfikir kalaulah yang pertama aku ubah itu adalah diriku sendiri maka mungkin dengan memberikan contoh teladan yang baik, keluargaku akan dapat ku ubah. dengan sokongan daripada keluargaku mungkin aku dapat mengubah negara,...dan siapa tahu aku juga dapat mengubah dunia..

Peringatan ini untuk saya sekali.
Nak cerita lelebih, saya ada anak perempuan.
Ada anak lelaki.
Nauzubillah.

Baca di Kosmo Hari ini: Sini.

gravatar

Memulakan Minat Fotografi.



Ogos ni genaplah setahun saya memegang kamera Canon Powershot SX10is. Saya pernah kata pada diri saya, tujuan saya memiliki kamera ini adalah bagi membolehkan saya memahami kamera digital, setting setting nya dan menjawap susah sangat ke fotografi ni?

Setelah 'kembara' selama hampir setahun, membaca sana sini, e-book PDF file, majalah kamera, Internet, Forum, rakan rakan, flickr... saya rasa kini saya sudah punya keyakinan untuk berhijrah ke dunia DSLR. Bukan kerana Canon Powershot Sx10is saya tidak bagus, tetapi saya ingin melihat apa pula bakal di tawarkan di dunia sebenar DSLR.

Berbekalkan pengalaman tak seberapa ini, saya dedikasikan entri ini untuk kawan kawan yang ingin mencebur diri dalam bidang fotografi. Perlu di ingat saya bukan profesional, saya tak hafal semua aspek aspek teknikal kamera, saya hanya pengguna kamera. Jangan pula anda tanya saya macam mana nak kira DOF, strobist setting dan segala mak nenek tu! Saya tak tahu! Tapi saya akan kongsi apa yang saya tahu.

Info 1
Apa kamera yang ada?


Rupa rupanya kamera digital ni ada 3 kategori. (korang ingat kamera digital tu sepesen aja kan? salah...!)

a) Kamera kompak
b) Kamera prosumer/bridge
c) Kamera DSLR.

Contoh kamera kompak - Canon Ixus, Nikon Coolpix.


Contoh kamera prosumer/bridge - Canon SX20is, Nikon P90.



Contoh kamera DSLR - Canon 550D, Nikon D300S








Kamera Kompak, ringan, boleh selit dalam poket.
Kamera Prosumer, separa kompak, separa DSLR. 2 alam (haha!) Boleh buat setting macam DSLR tapi kalau malas, set pada auto, ia akan berfungsi macam kamera kompak. Tapi saiz sikit ada besarlah... Kalau poket korang besar, taruklah.. saya tak nak! Buruk rupanya!
Kamera DSLR, Hmm.. senang citer semua kamera besar besar tu! heh heh...



Info 2
Brand mana bagus?

Hmm. Korang giler tanya saya soklan tu. Brand ni subjektif. Lain orang lain 'taste'nya. Tapi saya catat di sini bukan atas pengalaman peribadi tapi bercampur baur dengan segala pembacaan di internet, cakap cakap orang, gossip (eh, ni lain ni..) dan sbgnya.

Kita mulakan dengan brand apa yang ada? Nikon, Canon (Ni 2 popularlah...), Panasonic, Sony, Olympus, Pentax, Samsung, Ricoh, Casio, Fujifilm... antara yg saya taulah...

Mana bagus? Cadangan sayalah..

Kompak: Canon Ixus/Powershot, Nikon Coolpix.
Prosumer: Canon Prosumer (SX20is), Panasonic FZ35, Nikon P90
DSLR:
Beginner - Canon 1000D, Nikon D5000
Mid range - Canon 50D, Nikon D300s
Expert - Ko tanyalah orang lain lagi pro..

Info 3
Berapa nak bajet?

Kamera kompak
Kategori:Murah/sederhana
Harga: Antara RM199 - RM 1300

Kamera prosumer/bridge
Kategori:Sederhana
Harga: Antara RM1500 - RM1900

Kamera DSLR
Kategori: Rabak poket
Harga: Antara RM1500 - RM xx,xxx

Laaa... ada rupanya kamera DSLR harga murah ya? Heh heh. Memang ada. Sabar ler saya nak citer ni.

Info 4
Pixel pixel Digic digic ni apa jadahnya?

Tak yah kisah. Utk print gambar saiz A4, 3 mega pixel dah bagus dah, apatah lagi lebih dari tu... sekarang rata rata pixel gila badak punya besar, mana mana pun ok.

Info 5
So nak beli yang mana satu?

Ko ada duit tak?
Banyak? Ciput?
Apa yang di harap dari kamera?
Reti ke pakai nanti?
Jangan membazir duit!

... adalah soklan laser dari saya. Untuk jawap soklan ini mari kita berbalik semula kepada, apa sebab korang nak beli kamera?



a) Nak ambik gambar site? Gambar bunga close up? Projek? Member kahwin? Harijadi adik? Masa bercuti kat air terjun?






b) Nak ambik gambar landscape, depan sharp, belakang kabur? Eh, nak tukarlah, depan kabur belakang sharp? Hajat nak ambik gambar member kahwin, hampeh: Bukak flash terang sangat, padam flash gambar gelap. Camna ni? Nak ambik gambar adik lompat tinggi tapi freezekan seolah olah adik melayang terbang diudara? Nak ambik gambar air, dropletnya jelas sebutir sebutir nampak.


















c) Nak ambik gambar exact moment ombak hempas pantai. Nak ambil gambar kilat menyambar? Nak ambik gambar mata seekor lalat? Nak ambik gambar langit tak cukup biru, di birukan? Nak ambik gambar member kahwin hulur tangan tunjuk cincin masing masing. Cincin dan jari mesti clear sharp, tapi nak gambar muka pengantin tu kalau boleh blur sikit tapi bukanlah blur abis... Senilah konon...

So, korang kategori mana satu? Kalau (a) Ambik kompak. kalau (b) ambik prosumer. Kalau (c) ambik DSLR. Harus ingat, kalau DSLR, semua kebolehan kompak dan prosumer - covered! Apa yg tak boleh!

So, ambillah DSLR! haha.. Nanti dulu kawan.. ada 'catch'nya...


Info 6
Apa masalah dengan DSLR?

Kalau beli DSLR memang bagus. Tapi harus ingat.

1) DSLR besar (dan berat). Kalau bawak gi ambik gambar org kahwin, semua mata, pandang korang. Selesa ke?
2) DSLR harganya mahal. Pulak tu di beri standard kit lens. 50mm. Kalau nak zoom jauh jauh tak dapatlah... melainkan beli lens tambahan. Lens tambahan bagi membolehkan kita zoom jauh jauh ni mahal. Dalam RM 1000 - RM xx,xxx. Tengok berapa jauh, apa brand. In the end, kos akan jadi contoh:

DSLR
Canon 1000D dengan lens std (18-55mm) - RM 1900
Kalau nak bolehkan zoom jauh jauh (takler jauh mana katakan 100mm) tambah ler anggaran kasar RM1500 lagi.
Pastu tak puas hati dengan built in flash pulak! Nak beli external flash lagi. Beli la yg murah nyer Nissin brand tambah lagi RM500 lebih kurang.
Total? RM4000 brader!

3) DSLR perlukan ilmu bagi mengendalikannya. Walaupun ada auto, nanti akan adalah pulak mangkuk mangkuk yang akan kata kat ko, takat pakai auto baik beli kompak aja! Betul tak? Ilmu yang saya maksudkan ialah mengenali dan menyeimbangkan shutter speed, aperture dan ISO. Banyak lagi sebenarnya, tapi tulah 3 yang mengawal hasil gambar secara amnya. Kalau dah pilih DSLR, bersedialah untuk belajar. Saya rasa tak susah mana sebenarnya, tapi cuma kenaler belajar.




Info 7
So tak bolehlah DSLR? Prosumer then?

Siapa kata DSLR tak boleh! Belasah aja! Cuma pesan saya manafaatkan. Macam saya sendiri sebab tak yakin dulu, saya beli prosumer Canon powershotsx10is. Untungnya prosumer ni, sebab dia 2 alam, rasa rasa malas, saya autokan saja. Tapi pada masa yg sama sx10 inilah yang buat saya bersemangat belajar fotografi. Lensnya boleh zoom jauh (kategori superzoom: 20x) Memang superb! Tambah pulak ada IS (Image stabilizer) dalam skrin masa nak ambil gambar nampak macam bergegar, tapi bila klik jadi gambar, eh.. eloklah pulak! Dalam keadaan org berpusu pusu nak ambil gambar pengantin, saya zoom dari jauh aja. heh heh. Begitu juga masa hari sukan, saya boleh zoom close anak saya berlari keliling padang! Memang power! powershot!

Tapi, prosumer saya ni ada kekurangannya.

1) Lens tak boleh tukar. Pakai sampai mati.
Prosumer bukan DSLR. Jadi anda tak boleh nak tukar tukar lens. Terimalah seadanya. Filter pun tak boleh pakai. (Saya tau ada custom adapter di luar sana tapi tak 100% compatible)

2) Delay. Kalau ambil gambar ombak hempas pantai, anda rasa timing anda perfect. Sebaik saja badai splash ke batu anda klik. Sekali tengok gambar, eh eh.. dah terlepas! tak jadi! kenapa? Itulah dia masalah delay. Masalah ni tak ada pada DSLR.

3) DOF. Depth of field yang boleh di hasilkan oleh Prosumer ni, kurang sikit berbanding DSLR. Anda aturkan 5 orang beratur rapat rapat macam org beratur nak keluar duit ATM. Dari arah depan, anda fokus org ketiga dalam barisan supaya sharp. Anda akan dapat lihat org 1, 2, 4 dan 5 akan jadi blur. Tapi tak sebaik DSLR. Sesilap tak blur pun, bergantung dari jarak mana anda shoot. DSLR dengan aperture yang besar senang senang boleh buat ni. Bahkan nak ambil gambar portrait, mata sharp leher kabur pun boleh!




Info 8
Dah semua tak boleh! Kompak ajalah!

Hahaha... ingat bukan kamera yang ambil gambar. Anda yang ambil gambar. Kamera hanya medium. Kamera lagi canggih berikan fasiliti/feature tambahan yang boleh anda manipulasikan. Tapi tak bermakna dengan kamera kompak, anda tak boleh hasilkan gambar yang cantik!

Rahsia untuk dapatkan gambar cantik pada saya:

1) Kreativiti.
2) Komposisi.
3) Kebolehan menggunakan sumber sekeliling seperti lampu, arah cahaya dsb sebagai advantage pada anda.
4) Berkeupayaan memanupulasikan sepenuhnya feature yang ada di kamera anda seperti, setting prebuilt (Landscape, portrait, sports, foliage etc....), setting manual jika ada, setting external flash jika ada.


Info 8
Balik balik Canon, Nikon, yg lain tak elok ke?

Taklah. Pentax K-x bagus! Begitu juga Sony Alpha. Olympus kompak pun banyak yang bagus. Casio Exilim, Fujifilm S Series... Panasonic FZ28 semua bagus. Cuma Canon dan Nikon ni popular. Bila popular ramailah cikgunya. Nak berforum, tanya masalah pun senang. Bagi DSLR pula, nak cari lens 2nd hand banyak. Third party punya lens pun banyak yang custom made utk model canon dan Nikon seperti Sigma dan Tamron. Sebab tulah popular..

Tapi hakikatnya, memang dalam observation saya, Canon and Nikon dominates market... Tapi beware Sony Alpha is rising!

Conclusion.

So,
Takde siapa kata periuk yang mahal akan hasilkan hidangan yang lazat.
Takde siapa kata piano yang mahal akan hasilkan muzik yang sedap.
Takde siapa kata kamera yang mahal akan hasilkan gambar yang cantik.

Hidangan lazat kerana tukang masak.
Muzik sedap kerana pemain piano.
Gambar cantik kerana tukang ambil gambar - Anda.

Kalau kamera Canon 1D pun, tapi org yang ambiknya hampeh.. hampeh jugak kan? Tapi jangan nafikan, kamera yang canggih boleh hasilkan pelbagai gambar cantik yang mungkin sukar sikit untuk kamera kompak hasilkan. So depends!

Sejauh mana anda minat fotografi? Tepuk dada, tanya selera, semak poket brader...!
Oh ya, kalau gambar anda still tak cantik, good old photoshop kan ada?... hahaha! (wink wink!)

layan bukansepet, layan.

gravatar

Kemelut Finas


Hmm... bergaduh lagi. David Theo dan Ahmad Idham di tentang kerana menjadi Jawatankuasa Finas sedangkan mereka masih lagi 'aktif' dalam bidang penerbitan filem negara.

Bagaimana pula mereka yang jadi jawatankuasa, mereka luluskan dan mereka dapat balik peruntukan kerajaan tu? Memang ajaib!

Tak hairanlah kecoh di berita malam tadi penerbit penerbit filem meluahkan ketidak puas hatian mereka. Itu baru penerbit filem perdana. Bagaimana pula luahan kekesalan penerbit/pembuat filem filem baru yang sering ketandusan modal sungguh pun kaya dengan idea segar?

Saya pernah cerita hal ni dulu. March 2010. Di bawah tajuk Filem kita primitif. Antara lontaran idea saya pada entri tu ialah:

Cadangan 1. Buat filem yang tak bergantung harap pada untung.

Mana ada... Cuma FINAS aja yang mampu. Apa kata beri dana tu pada Mamat Khalid? Atau Afdlin Shauki? Atau Khabir Baktiar? Cecukup lah dengan Mansor Puteh, Erma Fatima, Dato Jins, U-Wei... Bukan derang tak bagus. Kita perlu yang Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu, kan? Kalau ada sambutan, maka ini akan jadi pemangkin pada produser lain utk buat filem yang sama kualitinya.. Saya kata Dana bukan puncanya. Memadailah dengan dana yang biasa di keluarkan oleh pembuat filem biasa. Yang pentingnya - tak bergantung harap pada untung. Ramai produser berbakat, tapi takut sebab nanti tak untung! Jadikan rantaian filem filem Finas ini sabagai pemangkin. (Baca: Rantaian. Bermaksud, bukan satu. Sekurang kurangnya 3 filem setahun). Pada saya dari bagi dana besar besar utk buat satu filem, baiklah pecahkan dana tu dan buat 3 filem. Dan fahamilah, filem bagus bukan semestinya filem seni semata. Saya ulang. Kita perlu yang Bagaimana seni, penceritaan dan aspek komersil boleh bergabung menjadi satu.


Bukan maksud saya penerbit perdana tak harus dapat langsung, tapi berkongsilah... Cukup cukuplah tu!

layan bukansepet, layan.

gravatar

ESQ 165

Salam.


"Kemudian hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras daripada batu. Sedangkan antara batu-batu itu terdapat sungai yang mengalir daripadanya dan ada juga yang terbelah lalu mengeluarkan air. Ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidak sekali-kali bersifat lengah terhadap apa yang kamu lakukan." - Surah Al-Baqarah

Sengaja saya letakkan tajuk itu. Saya tahu bila saya letak begitu, maka saya benarkan diri saya "dijumpai" google. Dan tidak dapat tidak, akan adalah sahabat sahabat ESQ (ALUMNI) yang akan memberi komen. (mana tau...)

Mula mula biarlah saya jelaskan. Saya bukan berpengetahuan tinggi dalam agama. Saya bukan alim. Bahkan amalan saya sangat kurang. Secara mudah, saya ini jahil. Dan ini blog saya. Pandangan ini bersifat peribadi dan hanya saya.

Alahmdulillah. Di izinkan tuhan, berkesempatan dilorongkan menghadiri kursus ESQ - Basic. Dalam kesibukan sana sini kata haram tak haram, fatwa sana, fatwa sini... Eh eh, saya pulak kena pergi atas arahan syarikat.

Takut takut sementelah menyedari diri ini lemah imannya, saya layari laman web. Antaranya ke ustaz zaharuddin.

Dengan gusar, saya sertai juga kursus ini.

Hari pertama, dah "jammed" akal saya. bagaimana mungkin seolah-olah kena pilih sayang ibu atau sayang Allah? Level antara keduanya sangat berbeza. Mana boleh di letak sama rata untuk "seolah olah" terpaksa pilih?

Walaupun jawapannya begitu jelas, tapi bisik hati saya, saya manusia. Saya sayang ibu saya. Bila di tanya sebegitu, memang sukar. Secara total pilih sayang Allah seolah menidakkan perasaan sayang saya pada ibu. Sekurang kurangnya itulah yang saya rasakan. Jammed!

Barangkali, alangkah mudahnya kalau di beritahu bahawa kalau anda sayangkan ibu, maka perasaan kasih, perasaan sayang itu Allah yang kurniakan. Melalui ibu, anda lahir. Melalui ibu anda kenal rasa kasih dan sayang. Maka sayangilah Allah berlebih lebih lagi kerana, ibu anda telah melahirkan anda dengan izinNya. Rasanya lebih mudah kalau garapannya dibuat sedemikian rupa.

Ini pada saya ESQ tidak salah dari segi content, namun kupasan, penjelasan, harus di perbaiki. Kaizen. Ambil yang baik, buang yang buruk, cipta yang baru.


Hari kedua "jammed" juga. Mana mungkin di pilih anak atau Allah? Secara total, hati saya tidak mampu. Saya kagum pada mereka yang mampu, namun saya sayang anak saya. Melalui anak, saya lebih sayangkan Allah. Biar buruk, biar baik, tetap anak. Kalau buruk, itulah cubaan untuk saya, kalau baik, itulah cubaan juga pada saya. Sama saja. Penggunaan kisah Nabi Ibrahim, sangat menyentuh kalbu, namun itulah kelebihan Nabi dan Rasul. Sebagai metafora, sebagai kiasan saya kira berbaloi dan bermakna, namun kalau di bicara soal hati, penerimaan mutlak hanya Allah sajalah di hati kita, saya kira saya berbohong kalau saya kata begitu. Dan siapakah yang ingin saya dustakan? Allah Maha Mengetahui. Istighfar lagi saya...

Seperti hari pertama adalah lebih mudah kalau anak itu disimbolkan sebagi hub untuk hubungan kasih sayang kita manusia pada Allah. perbandingan secara sebelah menyebelah antara Allah dan anak adalah sangat janggal bagi saya.

Hari ketiga. Lebih baik. Penggunaan alam sebagai pemberi kehidupan. Udara kehidupan. Cahaya matahari, lembut rembulan dan bintang penunjuk. Sangat mudah memilih antara siapa sebenarnya memberi kehidupan, Udara atau Allah.

Pandangan saya sebenarnya, agaknya inilah yang cuba ESQ sampaikan. Allah yang memberi. Ibu, anak, alam hanyalah medium bagi menyampaikan kasih Allah pada kita, dan untuk kita merasai kasih Allah.

Jadi keseluruhannya material ESQ itu saya kira baik, berjaya dan bagus, namun saya ada masalah pengungkapan. Kupasan. Ritual. Mudah untuk ujud kekeliruan. Salah seorangnya yang keliru saya. Yang jahil ini. Jammed sana. Jammed sini. Kalau tak clear parah....

Justeru itu kemana harus saya arahkan rasa "tidak kena" ini? Namun utk menghuraikan satu persatu saya tidak mampu. Saya bukan pakar imiah. Saya bukan pakar agama. Tapi dalam diri, saya tahu "ada yang tak kena" meskipun saya tak pandai mengungkapkan atau menerangkan di sini dengan jelas. Hahaha... ternyata, saya ada belenggu.

1. Prasangka
2. Prinsip-prinsip hidup
3. Pengalaman
4. Kepentingan
5. Sudut pandangan
6. Perbandingan
7. Liturature

Belenggu 1: Prasangka Negatif.
Saya mempunyai prasangka negatif. Bagaimana mufti wilayah boleh haramkan ESQ sedangkan negeri lain "Ok?". Fatwa kebangsaan juga kata ESQ boleh di teruskan. Tapi bila yang mengatakan ini adalah mufti, kebimbangan saya itu berasas. Mufti bukan golongan kosong. Mereka berilmu. Saya tidak kata saya pro Wilayah atau kebangsaan. tapi saya akui ujud perasaan "ada yang tak kena". Mungkin atau tidak para fasilitator present exactly pada para mufti sebagaimana mereka present pada kami? Agaknya lain kut.... Kerana bila di ketahui yang dibawah itu golongan ulamak, golongan berilmu, cara penyampaian, kupasan, mungkinkah berbeza walaupun slide dan effect lainnya dikekalkan sama?

Belenggu 2: Prinsip-prinsip hidup
Maka diajarkan prinsip hidup yang salah boleh jadi belenggu pada kita. Saya memegang prinsip bahawa bekerja tujuannya mencari rezeki. Wang ringgit. Sekali lagi saya di'gambarkan' sebagai silap. Sebenarnya wang ringgit tak mampu memberi kebahagiaan. Di ajar bahawa ikhlaskan hati, dan bekerja sebagai sejadah untuk ibadahlah yang lebih baik. Di tekankan di sini bahawa bekerjalah sebaik mungkin, beri yang terbaik dalam pekerjaan. Saya setuju.

Namun perkara membelenggu saya ialah soal hak. Kalau kita di tindas dalam pekerjaan, apakah boleh kita diam dan munajatkan diri sepenuhnya aku lakukan ini kerana Allah? Sedangkan kita di beri akal, wajib menjaga kehormatan diri.

Katakan saya bekerja dari jam 8 hingga jam 6. Tiba tiba saya di minta membuat overtime kerana ada hal tidak siap. Kerapkali terjadi. Setelah di siasat hal ini terjadi kerana ada insan lain yang tidak melaksanakan kerjanya. Isteri jadi marah. Anak anak juga marah kerana ayahnya tiada masa untuk keluarga. Janji seringkali di mungkiri untuk makan malam, main layang layang dan sebagainya. Mana satu harus saya dahulukan? Bekerja sebagai ibadah pada Allah atau balik dan tunaikan janji pada isteri dan anak anak? Nanti di kata munafik pula bila berjanji tapi engkar. Inilah yang saya katakan persoalan hak.

Hidup ini amanah Allah. Dengan bekerja, dengan rezeki yang didatangkan, membolehkan kita ini, menanggung anak bini, menghantar anak kesekolah, menyumbang seadanya melalui zakat... bagaimana pula bekerja untuk mencari rezeki digambarkan sebagai "kurang tepat"?

Saya kira sepatutnya ESQ, dalam kupasannya, rezki @ wang ringgit jangan di cantas. Cari rezeki itu dah betul. Cuma utk bahagia, spiritual lebih utama. Sekali lagi kata saya, material ESQ ada, cuma kupasannya mudah disalahertikan.


Belenggu 3: Pengalaman.
Pengalaman lalu berada dalam sebuah persatuan yang kini agak porak peranda hingga ujud perasaan taksub pada pemimpin, saya terlihat/terkesan ada unsur yang sama ujud dalam ESQ seolah seperti mengagungkan pemimpin. Dr Ary nampaknya begitu dikagumi, hinggakan di mana boleh selit, akan diselitkan wajah pemimpin tersebut. Gusar juga saya bimbang ujud ketaksuban yang bukan bukan. Mungkin cuma saya. Perasaan aja mungkin...

Belenggu 4: Kepentingan
Sangat seronok menyertai ESQ. Gamenya menarik. Fasilitatornya lucu dan hebat. Namun terdetik, suka atau tidak mereka ini pun, hanya peniaga. Menjaga kepentingan perniagaan mereka. Sebab itu ada Alumni. Bijak bijak... Dan hari terkahir tatkala majlis penutup oleh ketua saya yang hanya join saat saat akhir kerana ada tugas lain, nyata saya lihat facilitator sebaik mungkin cuba kupas dengan express semua pembelajaran yang telah diajar dalam masa yang singkat seolah olah ingin membuktikan sesuatu - "Kami dah ajar mereka ni macam macam... sambunglah ke level berikutnya!" hahaha... strategi bisnes sungguh! Saya hanya mampu senyum.

Belenggu 5: Sudut pandangan/persepsi
Apabila saya mula masuk di hari pertama, kami di lobi bagai nak rak yang ESQ ni OK. Semua surat mufti di paparkan. Ini bagus. Kalau tak yakin macam mana saya nak teruskan. Persepsi mesti betul. Tapi bila dah selesai, masih ada juga "rasa tak kena", macam mana tu? Betullah hati saya ni dah keras agaknya. Dah jadi batu. Tak nak terima hidayah. Bangang betul saya ni.

Belenggu 6: Perbandingan
Memang pun. Membanding banding ni tak elok. Tapi sepatah kata Ustaz Zahruddin, yalah... dah semacam pulak nampaknya bila peserta sibuk duk hafal surah syam.. demi matahari... demi bulan... Balik kursus sibuk cari lagu tu seolah olah itulah yang paling best dalam ESQ ni... alahai... Itukan Sumpah Allah pada kejadiannya? Itukan ayat Allah? bukan ayat kita... bila dah jadi nasyid, eh eh sejak bila pulak kita bersumpah demi matahari? Allah tak apalah... yang kita dah ungkap berulang ulang kali tu... sembah matahari ke? Nak jadi jepun?

Belenggu 7: Literature
Pembacaan saya pun belenggu saya. Saya tau hitler pernah mengamalkan konsep mencampuradukkan yang benar dengan yang palsu. Kerana itulah senjata yang paling berkuasa. Apakah mungkin yang haq mampu bercampur dengan yang bathil?

Oleh itu katakan, bagaimana saya harus ada zero mind process?


Kesimpulan saya.


ESQ ada material menarik. Contentnya bagus. Banyak ilmu yang saya dapat. Banyak pengertian dan approach yang jarang kita fikirkan selama ini. Tentang alam, tentang jiwa, ilmu pengurusan, ilmu saintifik dan pegangan agama. Tak di nafikan bohonglah saya kalau tak ada satu pun yang baik saya dapat dari ESQ ni. Ada... Terima kasih ESQ. Tapi dalam pada kebaikan itu, masih ada ruang perlu di perbaiki contohnya perjalanan kursusnya. Kupasan perlu di selaraskan supaya tak ujud soalan soalan yang jammedkan otak. Sesi hulur mikrofon semasa berdoa, tiadakan - menganggu sesi peribadi peserta dengan Allah. Biarkan saja. Kita berdoa pada Allah, peribadi sifatnya. Bukan untuk di kongsi dengar pada semua orang. Apatah lagi mikrofon di hulur pada perempuan (ya, Ustaz Zaharuddin, masih berlaku lagi... Burung terbang tu pun masih ada lagi dan tak di nyatakan bahawa itu hanya ilustrasi saja) Pandangan Mufti Wilayah Harus di teliti.
Kalau Rasulullah di bilang gila kerana berbeza membangkang pandangan kebanyakkan, apalah salahnya di beri ruang Mufti Wilayah menegur? Jangan cepat menuduh, mufti tak joinlah, mufti cuma dengar dari pihak ketigalah... Bacalah penjelasan mufti wilayah.

Bacaan lain:
Komen Peribadi Staff JAKIM dalam blognya.

Ni pula komen Dr Mohd Asri yang pretty much saya sependapat dengannya.

Soalan bonus: Patutkah diteruskan ESQ?
Jawapan saya: Patut di teruskan. Dengan kawalan Pejabat Agama sepenuhnya.

Soalan: Rekemen pada kawan kawan?
Jawapan saya: Yes. Anda PASTI akan dapat sesuatu darinya. Tak banyak sikit, anda pasti akan dapat. Sangat di syorkan buat rakan rakan, sertailah ESQ 165.

Namun yang paling saya gusar ialah: Taksub. Alumni jangan marah ya... saya pun Alumni juga... Jangan taksub ya! Dah ada antara ATS mengaku, ada banyak benda pelik berlaku dalam ESQ. Rujuk komen dalam salah satu link saya di atas tu.


Wallahuaklam. Yang baik dari Allah, yang buruk tu semestinya saya.
Tiada tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya (Nabi) Muhammad itu pesuruhNya.
p/s: Pak Andy, Pak Dudi - minta maaf. Terus dari hati ni. Orang bangang beginilah ...

layan ajalah bukansepet, layan.

gravatar

Gua tikam kena satu wo.. (mana aci tikam sampai 4)


Kalau main tikam tikam,
Dari 4, aku dah kena satu.

Kurang kurang kalau ada kena - leh dapat 1 pistol air wo...
Kurang kurang dapatlah main dalam setengah hari wo...
Kurang kurang dapatlah men'gerek' ngan kengkawan pistol aku power wo...
Tu pun sebelum aku bawak balik pistol air tu ke rumah dan mak tanya:

"Mana ambik duit beli ni...?"
jeng! jeng! jeng!

(Ko giler nak aku jawap pistol tu hadiah tikam...? Nak mampus?)

Aku pikir selain lagu Waka waka, lagu makarena pun layan jugak.
Almaklum lagu bahsa sepanyol... Kena pulak yg nyanyi minah ni:



Haha! dia reporter daa.. bukan penyanyi! Sara Carbonero - makwe Iker Casillas Goal Keeper Ketua pasukan sepanyol. Apa kes nak makarena makarena! Siap dapat interview eksklusif lagi lepas menang piala dunia.. Sweet.

Spain vs. Netherlands: Spain is World Cup winner after 1-0 victory over the Netherlands

layan bukansepet, layan...

gravatar

3 down, 1 to go.


Januari 6, 2010.
Kat sini aku sudah tembak Brazil akan menang Piala Dunia 2010.
Masa tu Paul si sotong German, masih di laut berasmaradana dengan pasangannya. Agaknyalah..
(Januari tuu... lama sebelum world cup mula!)

Jangkaan awal aku, top 4 ialah:
England akan bertemu Brazil.
USA akan bertemu Spain.

Dan Brazil akan bertemu Spain di final menyaksikan Brazil untuk kesekian kalinya, bersamba ria dengan Piala Dunia!

Haram.

Obviously
, ramalanku meleset belaka...

3 down.
1 to go.

I had no choice. Espana is my only predictions left. Tembok German akan pecah. Oranje ibarat buku bertemu ruas. Tapi Spain yang akan bawa balik piala tu...
Dan sudah pastilah, David Villa itu akan kelihatannya lebih hensem dari Wesley Sneijder, Christiano Ronaldo mau pun Paul Si Sotong German...

Buat kali pertama aku rasa, aku sukalah Paul si sotong tu...

p/s: Tetap sokong Brazil. Consider aku dah kalah.

layan bukansepet, layan.

gravatar

Kalau bangang, berhentilah jadi cikgu!


Baca ni.

Foxnews: Teacher Chides Girl, 12, for Wearing Mexico Shirt in School, Activist Says

1. Meh gelak sama aku! hahahaha!

2. Bangang nyer cikgu. Tak reti nak beza antara isu semasa, orang dewasa atau kanak kanak! Kut ya pun marah pasal isu orang dewasa, yang pi marah budak tu apasal? Apalah yg budak tu tahu? Tak pasal pasal.

3. Kalau akulah bapak budak tu, mau makan pelempang cikgu tu!
Sepatah kata A.R. Tompel:
"B.O.N.G.O.K."

4. Coral Avilez, meh sini nak. Ko pakai ler jersi apa pun, pakcik tak kisah. Pakcik sokong brazil malam ni. Ko sokong mana? Kita sorak and enjoy game bola tu sama sama, orait! calit sikit!

gravatar

Kalau berani masuk ler...


Iguana
Zoo Negara
26/06/2010


"Kalau berani masuk ler..."
"Apa masuk-masuk? Dah dekat ni sedara ..."

(Sekilas teringat dialog antara Kuswadinata dan S. Shamsuddin dalam filem Bujang Lapok)

Pak Sudin di khabarkan sakit di rumah anaknya di Singapura. Kini katanya semakin sembuh.
Semoga Pak Sudin sihat dan kembali ceria.

Amin.

Alif 5 tahun, anak saya tu pun, dah pandai nyanyi lagu:
"Bau acam, ketiak abah busuk, lalalala..."
(Ciss. Pandai pandai ajer alif 'mengubah' lirik lagu bujang lapok ni.
hampeh.)

gravatar

Berorientasikan Peperiksaan?


Q: Berorientasikan peperiksaan?
A: Setuju.

Q: Hapuskan PMR dan UPSR?
A: Setuju.

Q: Tapi hidup penuh dugaan kan? Kalau tak ajar dari awal, takut leka/lalai pulak nanti.
A: Ya tak ya jugak. Betul tu.

Q: Lagi sekali. Hapuskan PMR dan UPSR?
A: Tak yah.

Q: Kekalkan PMR dan UPSR?
A: Ya.

Q: Tapi kita masih berorientasikan peperiksaan?
A: A'ah.

Q: So, nak hapus ke tak ni?
A: Hapus.

Q: Tadi kata tak yah. Ni hapus pulak. Mana satu ni? Hapus ke tak?
A: Errr...

Q: Ke nak kekalkan UPSR tapi mansuhkan PMR?
A: Emm.. Ok kut.

Q: Adakan penilaian khas bagi menggantikan UPSR sebelum pelajar masuk ke sekolah menengah?
A: Eh! Apa ke jadahnya pulak tu! Bukan tu ke tujuan UPSR? Ko pun citer belit belit. Wal hasil balik asal tu!

Q: Dah tu?
A: Ntah!

Bagi aku lak tanya.

Q2: Kenapa sekolah sampai 11 tahun? tak lama ke?
A2: Lama gak.

Q2: Ada belajar kemahiran teknikal ke?
A2: Kalau kat teknik tu, memang ada. Sekolah biasa... taklah sangat.

Q2: Perlu ke kemahiran teknikal?
A2: Perlu.

Q2: Naper tak ada?
A2: Err...

Q2: Perlu ke belajar dari kul 7.30 pagi sampai ke 6.30 petang (campur sekolah agama?)
A2: Tak kut.

Q2: Naper tak tukar? Gabungkan ngan sekolah agama ke? pukul 4.30 ptg semua dah boleh balik rumah. Termasuk mak bapak sekali supaya ada lebih masa untuk keluarga.
A2: Eh! Tak boleh. Nanti produktiviti negara terjejas.

Q2: Siapa cakap?
A2: Aku agaklah...

Q2: Takder maknanya... Anak kita berorientasikan peperiksaan. Kita berorientasikan kuantiti. Lagi lama kerja, lagi bertambah produktiviti, lagi bagus. Lagi lama anak sekolah lagi pandai. Aku rasa kita ni dah hidup cam dalam alam fantasi. In the end:

- anak balik sekolah lambat.
- homework melambak melambak.
- kita balik kerja lambat.
- kerja sama jugak banyaknya.
- tak sempat bersukan.
- tak sempat ada family quality time.
- belajar tak jugak pandainya.
- kerja tak jugak kayanya.
- produktiviti pi mai pi mai tang tu jugak.
- gejala sosial pi mai pi mai tang tu jugak.

Dulu dulu,
- Subuh abah gi surau.
- Kul 6.30 pagi dah sarapan 1 keluarga.
- Kul 7 anak gi sekolah. Abah gi kebun.
- Kul 11 abah balik kebun. Citer citer ngan mak sambil ngadap TV.
- Kul 12.00 Makan tengahari.
- Kul 1 abah redi nak ke surau zuhur.
- Kul 1.30 Anak balik sekolah. Abah balik surau. Abah tidur sat. Anak buat homework. Ulangkaji.
- Kul 3 abah bangun. Citer citer lagi ngan mak. Makan petang 1 keluarga.
- Kul 4.30 abah gi surau asar. Mak layan perangai anak anak.
- Kul 5 abah gi kedai kopi. Sosializing. Dulu takder facebook. Anak gi main takraw kat balai raya.
- Kul 6.30 semua dah ada rumah. Siap gi surau sekeluarga nak maghrib. Pastu kuliah agama.
- Kul 9 pas isyak balik rumah. Tengok Tv sat.
- Kul 10.30 mlm semua dah tidur.

Best kan?

Hmmm... anak anak kita yang salah ke sebab berorientasikan peperiksaan atau hidup kita ni yg dah tonggang terbalik?

Dah tak tau yang mana hujung yang mana pangkal?
Agaknyalah...

A2: So balik citer tadi: Hapus ke tak UPSR dan PMR ni?
Q2: Errr...

layan bukansepet, layan.